Salam ..
:: mesti korang tersenyum kalau teringat zaman kecik-kecik kan? ni antara perkara-perkara yang menandakan korang baby tahun 60-80 an ::
Rindunya kat zaman kecik2 dulu .. Happy je memanjang .. main je dengan kawan-kawan 24 hrs ..
> kita membesar dgn menonton Donny & Marie Show, G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron ..
> berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah? hmm .. mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat sebelah...ingat tak, misi kat sekolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kita kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kena la tampal ..
> ni sure korang ingat .. program minum susu di sekolah. nak galakkan budak2 time tu minum susu. sekotak 30 sen je beb .. hiks!
> cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan .. kan?
> semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin ..
> Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular untuk meluangkan masa dengan family. ni for those yang dok KL la ..
> time sekolah menengah, korang sure beli kasut sekolah Bata BM Turbo (tapak merah & hijau), kalau yang susah tu pakai kasut plastik je, Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu .. ada yang suka stoking tebal la ..
> internet? email? mendalah apa tu? CD? ape tu? kaset tape penah la dengar. tiket wayang pun 5 henggit je time tu ..
> kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee, Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dalam dia, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum tak dilupakan, 'Ti Kam' ..
> bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la,Happy Family la dalam class ..
> tapi bunyi loceng la yang paling best skali. boleh beli aiskrim dengan apek kat luar sekolah tu .. lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggalkan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yang dapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti keluar awal.
> lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola, rounders .. permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three','Police & Sentry', kejar2 duduk ..
> kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kena patahkan kat tengah2 dia ..
> lipat kertas kecik2, pastu buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni .. baling2 kapur ..
> hmm .. budak2 kat universiti sekarang, kebanyakannya lahir thn 1987/88. sekarang digelar 'remaja'.
> bagi diorg, diorg mana penah dengar lagu 'We Are the World, We Are the Children ..' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yang Westlife nyanyi .. bukan Billy Joel nyanyi .. bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ada satu je Vietnam ..
> AIDS wujud sejak diorg lahir.
> CD pun wujud time diorg lahir.
> Michael Jackson dah putih dah time tu.
> Diorg percaya Spiderman dengan Incredible Hulk tu filem2 baru.
> Diorg tak boleh bayangkan skrin hitam putih untuk sebuah komputer.
> Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.
> Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih .. dan diorg sekarang tak reti nak switch on TV kalau takde remote control.
> dan diorg tak paham macam mana kita boleh survive dekat universiti tanpa handphone ..
> hmm...jom kita check, kita ni dah tua ke :
(1) korg paham apa yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
(2) kebanyakan member2 skolah menengah kita dah kawin
(3) korg sure pelik bile nengok budak2 kecik main komputer .. selamba je
(4) kita geleng kepala bile nengok budak2 sekolah menengah guna handphone
(5) kita dah tak banyak sembang2 dengan member melalui telefon lagi setiap hari
(6) bila jumpa member lama dari semasa ke semasa seronok bila bersembang
(7) pasal cerita2 lama, cerita2 kelakar yang kita alami masa dulu time kecik2, nakal2 dulu
(8) last skali, bile dah bace email ni, korang akan terpikir untuk forwardkan dekat member2 lama korg ..
Sure diorg suka punye la .. hehehe .. Ya, kita pun dah semakin tua ..!! Teringat zaman2 dulukan? =D
p/s : *senyum* thanks Ina sebab bagi emel ni .. =D
quote : Hidup umpama aiskrim .. nikmatilah ia sebelum cair ..
No comments:
Post a Comment