:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Showing posts with label Advice. Show all posts
Showing posts with label Advice. Show all posts

Wednesday, October 3, 2012

Pilihan : baik atau buruk?

Salam..

Kalau kita nak borak mengenai pilihan, banyak yang kita boleh persoalkan. dan pilihan selalunya dibuat tuan empunya badan. sebab hanya dia yang tahu baik buruk pilihannya. persoalannya, bolehkah kita puaskan hati semua orang dengan pilihan yang kita buat? tak pun, kita ikut kata hati. tak perlu hiraukan orang sekeliling kita. kata orang, "jaga hati sendiri dulu, baru jaga hati orang lain." betul juga tu.

Pada aku, tiada kategori pilihan baik atau buruk. semuanya bergantung kepada individu. lain orang, lain resultnya. kadang-kadang, pilihan kita sama tapi effectnya lain. kenapa jadi macam tu? pada aku, hanya kita sendiri tau baik atau buruk pilihan yang kita buat.

Dan pilihan selalunya terjadi bila kita berada dalam dua situasi berbeza ataupun berada di dua persimpangan dilema. (eleh.. nak kata tajuk lagu Nora la tu kan?) dan kadang-kadang, dua-dua pilihan tu adalah terbaik tapi kita tak boleh nak grab dua-dua sekali. pernah tak rasa macam tu? kita masih kena pilih. kenapa tak boleh pilih dua-dua? hmm.. mungkin resultnya lain kalau kita pilih dua-dua. jadi, berbalik pada diri sendiri. mampu tak kita pilih dua-dua dan laksanakannya?

Pilihan tetap di tangan kita. jangan kerana orang sekeliling, kita ragu-ragu nak buat pilihan. kita masih boleh pilih yang terbaik, selagi kita percaya ianya adalah pilihan kita yang paling terbaik. jika itu pilihan yang kita pilih, kita mesti yakin dan teruskan.

Cuma kadang-kadang kita masih rasa tak yakin dengan pilihan sendiri, tapi itulah namanya dugaan kan? dan setiap pilihan kita, mesti ada dugaan. kalau tiada dugaan, macam tak cukup rencahnya. dan selalunya, pilihan yang banyak dugaan ni, di akhirnya pasti manis. setuju?


p/s : soalannya : berapa kali aku guna perkataan 'pilihan' di atas? hiks.

Monday, September 12, 2011

Temujanji pertama @ ngedate ..

Salam ..

haha .. entri yang ngengade aku nak buat .. sebab tetibe ada sahabat minta pendapat mengenai 1st date dating. owh .. dah macam doctor love pulak. but, aku just dengar and komen sikit-sikit je. maklumlah, aku sendiri pun tak ada pengalaman sangat pasal dating-dating ni. tapi dulu, 1st date aku dengan mr. em kat Segamat, Johor. tu pun bukan ngedate berdua-duaan, tapi beramai-ramaian. kesian jugak la dia kena belanja member-member aku makan. haha! yang tu boleh dikira dating ke? hmm .. boleh la kot.

ada la aku komen sikit-sikit dengan sahabat aku sorang ni pasal kuar dating 1st time ni. so, ada beberapa kesimpulan yang aku boleh simpulkan kat sini. antaranya :

*S = sahabat
*A = aku

S : eh, kalau 1st date girl bayar masa makan takpe ke?
A : pada aku, takpe je. tapi ade sesetengah girl fikir guy tu tak gentleman. lokek. kedekut. tapi, aku rasa tengok keadaan la. kalau rasa guy tu tak mampu or tempat yang korang pegi mencekik tu mahal sangat, takde hal la kalau girl yang tolong bayarkan. tengok jugak la guy tu keje ape. jangan la ngengade nak makan tempat mahal-mahal. kesian pulak dia nak bergolok gadai semata-mata. tapi kadang-kadang, guy ni pun pandai jugak. nak test girl ni orangnye macam mana. betul x?

S : macam mana nak tau dia interested atau bosan dengan kita?
A : yang ni susah nak cakap. kena pandai tengok riak wajah dangan bahasa tubuh dia. kalau kita tengah borak-borak, dia pandang tepat kat kita, maknanya dia tengah dengar la tu. kalau anak mata dia melilau, guy tu dah bosan dengan kita. so, cepat-cepat la ubah topik. borak la topik-topik yang releven sikit. kalau kita tau dia suke atau tak suke sesuatu, lagi bagus. tapi, rasenya kalau 1st date ni both akan kurang berborak. maklumlah, malu-malu lagi. sebab tu kadang-kadang penting bawak orang ketiga sebagai peneman. sebab nanti ada satu-satu masa, both senyap sunyi. jadi, orang ketiga ni sedikit sebanyak boleh memeriahkan keadaan sikit. but, 1st impression penting jugak kan? so, jangan la membebel sangat, okay? ngee~~

S : macam mana nak tau lepas 1st date ni dia nak jumpa kita lagi ke x?
A : hehe .. tunggu je la dia call. jangan lupe tukar-tukar nombor tipon. kita jangan la expect esoknye dia terus call kite. bagi la masa sikit. tapi, kalau kita nak message dulu pun apa salahnya. maybe, juz say hello ke, gud morning ke. bukan la perigi nak cari timba, tapi pada aku tak salah kalau kita dah suka. salah seorang mestilah make a move kan? kalau tak, sampai bila-bila la dua-dua jual mahal. yela, memasing ada ego kan? :)

S : so, tak salah la kalau girl yang ajak guy tu kuar lepas tu kan?
A : nop! pada aku tak salah .. bukannye korang kena terus kapel, berkawan dulu. tak salah kan? sebab ini merupakan proses perkenalan korang. lama-lama, baru kita tau perangai dan hati budi satu sama lain. kadang-kadang, 1st date ni kita selalu kaver-kaver cun/macho. 1st date takkan menceritakan sume benda tentang diri kita. so, lepas-lepas tu, baru nampak diri sebenar. kan best macam tu..

S : macam mana nak tau dia sesuai ke x dengan kita?
A : hmm .. tu susah sikit. kadang-kadang, lama berkawan pun still rasa tak sesuai. tapi pada aku, yang penting kita rase selesa bila dengan dia. terima perangai-perangai sengal kita and jadi diri kita sendiri. make him as a bestfriend. boleh cerita apa-apa je dengan dia. sampai satu tahap, kita akan berasa sangat-sangat selesa dan happy dengan dia. insyaAllah, mungkin dia orangnya .. :)

S : so, tu ke yang ko rasa dengan mr. em eh? selesa?
A : haha! yup .. mungkin sebab dah lama sangat kenal .. he can be my bestfriend .. teman nanges .. tempat luahkan perasaan tak puas hati atau marah .. tempat aku merajuk .. teman aku bergelak ketawa .. seorang suami .. dan bakal seorang ayah. :)


*ade lagi soalan dia tanye tapi aku lupe la pulak. banyak gelak je ade la. but, tak semua pendapat aku ni orang boleh terima. terpulang pada diri sendiri. kalau rase okay, ikut la. kalau tak okay, takyah nak ngikut sangat .. okay?*

p/s : aku doakan sahabat aku tu buat pilihan yang terbaik .. amin .. :) u go girl!

Monday, April 4, 2011

Perempuan jual mahal .. salah ke?

Salam ..

Negatif : Kalau perempuan jual mahal?

perempuan : jual mahal.
lelaki : eleh .. bajet cun nak jual mahal .. (bla .. bla .. bla) *sambung dengan ayat-ayat yang selalu menyakitkan hati ..*

perempuan : jual mahal.
lelaki : ala .. saja la tu .. taste konon tinggi sangat .. mana nak layan orang macam kita ni .. *suka pikir bukan-bukan.*

Kalau perempuan terlebih peramah / jual tak bape nak mahal?

perempuan : jual tak bape mahal.
lelaki : ni tak boleh jadi bini nih .. semua orang dia layan .. *sambung la ayat korang sendiri yang selalu korang dengar.*

perempuan : jual tak bape nak mahal.
lelaki : tak payah la kalau perempuan macam tu .. macam tak ada maruah .. terhegeh-hegeh nak jantan .. *sowie, ayat agak kasar, tapi it's reality right?*

Cubalah berfikiran positif sikit :

perempuan : jual mahal.
lelaki : hmm .. susah nak tackle awek ni .. ni kena berusaha lebih ni .. mesti perempuan ni bukan jenis suka melayan lelaki sebarangan .. *kadang-kadang lelaki rasa tercabar kalau perempuan tu tak layan .. more challenging katanya.*

perempuan : jual tak bape nak mahal.
lelaki : bagusnya perempuan ni .. walaupun cun tapi tak sombong .. *kan bagus fikir camni?*

:: hmm .. salah ke perempuan jual mahal? serba salah jadinya. kalau dilayan terlebih, dikata kita gatal .. tak ada maruah .. muka tak malu. tapi bila tak dilayan, juga sibuk diperkatakan. kononnya sombong .. high taste .. berlagak. haih ~ .. mana satu ni? pada aku, tak salah perempuan jual mahal kerana martabat perempuan tinggi. al-Quran juga banyak menegaskan tentang martabat seorang wanita. jadi, tak perlu kita menurunkan martabat dan maruah kita semata-mata untuk disenangi dan disukai oleh semua orang. jadi diri kita yang sebenar. biar apa orang kata, Insyaallah .. Allah telah sediakan pasangan yang penyabar .. penyayang .. baik .. untuk diri kita. biarlah dia bersusah sikit untuk mendapatkan tempat di hati kita. ada orang cakap, sekali kita dapat apa yang kita hajati dengan bersusah payah, kita akan lebih menghargainya. betol kan? ::

:: dengar perempuan dan wanita di luar sana! jadilah perempuan yang tinggi maruahnya. jangan sesekali merendahkan maruah kita semata-mata untuk memuaskan hati seorang lelaki. carilah lelaki yang menghormati kita sebagai seorang wanita. jadilah epal yang nun tinggi di atas sana, yang susah untuk dipetik. orang yang boleh memetiknya itu adalah orang yang benar-benar inginkannya dengan usaha yang bersungguh-sungguh. ::

p/s : sweet tengok Shaheizy Sam semalam dengan mummy dia masa ABPBH.. sayang dan hormatnya dia dengan mummy dia .. kan?

MySpace

Wednesday, March 9, 2011

Bored? Do something!

Salam ..

:: owh ! lama rasanya tak buat graffiti kat blog aku ni .. sehat ke? baguih la tu. aku pun sama, sehat sejahtera. tengah-tengah lepak ni, tiba-tiba aku rasa nak cakap pasal 'BOSAN'. kamu orang mesti la pernah rasa bosan kan? sampai blur tak tau nak buat apa. duduk diam pikir ligat nak buat apa untuk hilangkan bosan. kalau kamu orang tak pernah rasa macam tu, kamu manusia pelik! kembali ke tempat asalmu! fuhh ~ ::


:: sebenarnya, banyak cara untuk hilangkan perasaan bosan ni. kadang-kadang kita kena kreatif sikit. kata orang omputih, pikir di luar kotak. jangan jumud sangat minda tu. dari kita duduk diam tak buat apa-apa, buatlah benda yang kita suka buat. HOBI. kamu orang ada hobi tak? tipulah tak ada. tidur tu pun dikira hobi ye. *cakap kat diri sendiri.hiks.* tak kisah la apa hobinya, bela ikan dalam balang kaca + bela tikus belanda + kumpul kulit kerang + memancing + menjahit manik + karaoke + bermain alat muzik + melukis + tengok drama korea sambil nanges-nanges atau blogging macam aku ni .. asalkan ia boleh mengisi masa lapang kamu orang dan kamu orang takkan merasa bosan lagi. maksudnya, bila kita ada benda lain nak buat dan pikir, kita tak la rasa bosan. cubalah! ::


:: buat-buat banyak kerja. tapi, kalau memang betul ada kerja lagi bagus. busy kan diri dengan kerja-kerja pejabat atau kerja-kerja rumah. sesetengah orang yang berkerjaya, jarang rasa bosan sebab kerja menimbun. mungkin tak sempat nak pikir BOSAN tu. orang Melayu kata, workaholic. kadang-kadang weekend pun tercongok kat opis siapkan kerja. tu kalau yang belum kawen. life dia cuma pagi pergi opis, malam baru ada kat rumah. bagi yang dah kawen dan surirumah sepenuh masa, boleh lah sebok kan diri dengan membuat kerja-kerja rumah. hey, jangan ingat kerja rumah tu tak banyak ye. kadang-kadang lagi banyak dari kerja opis dan sangat memenatkan! tapi mesti tak bosan kan? *tapi rasa penat la pulak. releven ke idea ni? haha!* ::


:: owh .. kalau la kamu orang memang betul-betul tak ada hobi atau memang tak tau sangat nak buat apa untuk hilangkan kebosanan tu, marilah kita membuat amal ibadah. seperti kita tahu, amal ibadah wajib dalam Islam. jadi, perbanyakkanlah amal ibadah kita supaya kita akan jadi lebih tenang. paling simple pun, kita banyakkan solat-solat sunat + baca al-Quran + berzikir dan lain-lain yang berkaitan. dan kalau kita selalu buat, Insyaallah ia akan jadi rutin harian dan sedikit sebanyak bosan tu pun hilang. ::

p/s : apesal aku membebel pasal BOSAN ni? aku tengah bosan ke? eh .. tak ada la. *garu-garu kepala.*

p/s lagi : owh ! aku kalau bosan, aku suka tidur. haha !

Thursday, March 3, 2011

Definisi : cantik ..

Salam ..

:: cantik @ chantek @ chanteq @ cantek .. ejaannya mungkin berlainan tapi makna dan bunyinya tetap sama, kan? sekarang dah banyak perkataan baru yang telah dicipta oleh bebudak zaman sekarang. kreatif mungkin. aku tetiba terfikir mengenai persepsi dan pendapat mengenai cantik ni. ::

:: apa maksud cantik? macam mana yang dikatakan cantik tu? rupa paras .. perwatakan dan tingkah laku .. kesopanan .. pertuturan .. atau dalaman? pada aku, susah kita nak definisikan kategori cantik ni. mata semua lain-lain. contohnya macam Lisa Surihani .. kamu orang rasa dia cantik? pada aku dia memang cantik tapi pada orang lain belum tentu. mungkin mereka kata Fasha Sandha lagi cantik. jadi, definisi cantik ni tak ada salah betulnya. terpulang pada individu. ::

:: kurus atau gemuk. cantik tak? kalau luar negara, kebanyakkan model semua kurus kering. sebab pada mereka, kurus itu cantik. tapi kalau di Africa, gemuk itu cantik. jadi, terjadilah pelbagai cara mereka mahu nampak cantik. diet yang bukan-bukan, semata-mata mahu cantik. makin bertambah la yang menghidap penyakit Bulimia dan Aneroksia. then, sekarang ni banyak iklan untuk kuruskan badan. tinggi belanjanya tu. tak apalah kalau banyak duit. silakan. tapi janganlah sampai memudaratkan diri sendiri yer? ::

:: warna kulit. putih melepak .. hitam manis .. sawo matang .. kuning langsat .. mana satu cantik? pada aku setiapnya mempunyai keistimewaan tersendiri. jangan membandingkan diri sendiri dengan orang lain. yang penting kita sihat. contohnya macam MJ, sanggup suntik untuk jadi putih sebab padanya, putih itu cantik mungkin. tapi tengoklah efek dia kemudian hari, kan? orang banyak duit kan? tapi pada aku, biarlah warna asalnya. seperti adik-beradiknya yang lain. kata orang, hitam itu menawan. tapi, mata orang lain-lain. ::

:: botox @ plastic surgery. erk! yang ni aku memang tak sokong langsung. tak salah nak cantik tapi jangan sampai mengubah kejadian Tuhan. haish! kalau dah banyak duit sampai tak tahu nak buat apa, elok derma pada yang memerlukan dari buat benda-benda macam ni. selalunya orang-orang Barat yang buat untuk kelihatan cantik dan sentiasa muda. jangan yer! hep! ::

:: alat solek @ make-up. owh. zaman sekarang ni, keluar rumah sidai kain pun pakai make-up. nak sentiasa nampak cantik katanya. paling simple, mereka akan mengenakan bedak asas dan lip-balm. tak salah tapi berpada-pada. sesetengah orang tidak mahu kelihatan tidak bermaya dan pucat. contoh, mereka yang sentiasa berjumpa 'client'. tapi ada sesetengah tu yang 'over' sikit. pendek kata, dah macam tepung gomak. habis segala dia letak kat muka. belum lagi dengan bulu mata palsunya yang beberapa meter ke depan. mereka takut nak berdepan orang ramai dengan 'muka bogel'. memang cantik tapi menenggelamkan 'natural beauty' seseorang itu. sayangnya sebab setiap orang telah diciptakan kecantikkan yang tersendiri. kecantikkan bukan hanya bergantung kepada rupa paras semata-mata. okay? ::

:: cantik = seksi. hehe. tak tau nak komen sangat. kebanyakkan lelaki suka wanita seksi. aku pernah tanya kepada kaum adam ni tapi rata-rata mereka jawab, kawan-kawan je. stok 'geli-geli'. mereka tak nak berkahwin dengan mereka ni. sebab akhirnya mereka akan mencari wanita yang menutup aurat untuk dijadikan isteri dan ibu kepada anak-anaknya. kenapa eh? jadi, tak perlu seksi untuk menarik perhatian dan mahu kelihatan cantik. kadang-kadang, wanita bertudung juga boleh nampak seksi. ekeke. pernah dengar? sebab seksi ni subjektif. terpulang pada si dia menilainya. ::

:: cantik = keyakinan diri. memang betul. kebanyakkannya mereka rasa kalau mereka cantik, keyakinan diri juga tinggi. orang akan lebih memandang kita. tapi, janganlah sampai melanggar larangan agama kita yang melarang kita mengubah setiap kejadian-Nya. keyakinan diri bermula dari dalaman. tanamkan sifat itu dalam-dalam. ::



:: cantik = akhlak. sangat setuju. cantik dari dalaman sangat penting. cantik dari tingkah laku, kesopanan, cara bercakap dan perangai. walau kita tidak cantik di mata manusia, tapi biarlah kita cantik di mata Allah. itu lebih penting kan? cantik luaran ni sekejap je. bila-bila masa saja Allah boleh tarik balik. jadi, biarlah tak cantik di luaran tapi indah dalamannya. insyaallah ~ ::

:: dan pada aku, pertama yang aku tengok adalah mata. aku suka tengok mata orang. sebab pada aku, mata itu cantik. dan dari mata juga kita boleh tahu seseorang itu jujur atau propa. bukan yang pakai 'contact lens' tu ye? 'natural eye' la. tak nak mata yang berwarna-warni tu. lebih-lebih lagi anak matanya warna cekelat. sangat cantik. tapi mata Aishwarya Rai cantik kan? =D ::

p/s : pada aku, cantik itu datang dari mata. dan dari mata turun ke hati. sebab tu kita suka orang atau barang yang cantik ..

Friday, November 26, 2010

Practice makes perfect ..

Salam ..

:: hye kamu orang .. lama tak update kan? busy sikit sebab nak menghampiri hujung tahun. banyak nak kena attend bengkel sana sini. nasib baik jam kredit latihan melambak-melambak tahun ni. selama setahun lebih kerja sini, banyak benda yang aku dapat dan belajar. tahu selok belok kerja. kenal dengan ramai orang. tahu dan layan banyak kerenah. ada yang seronok dan ada yang tak sedap sangat nak layan. tapi bila nama pun kerja dalam satu organisasi, mestilah pelbagai kerenah kita jumpa dan lihat. tapi dengan semua pengalaman inilah yang banyak membantu kita menjalani kehidupan seharian kita. (^_^) ::

:: entri ini berkaitan dengan apa yang lung komen dari salah satu entri aku sebelum-sebelum ini dan membuatkan aku terfikir. ayat lung lebih kurang macam quote yang pernah diungkapkan oleh Kurt Cobain iaitu : "Practice makes perfect, but nobody's perfect, so why practice?". mungkin lung ada kaitan dengan Kurt Cobain agaknya. *lung .. jangan marah bro. gurau. hikhik.* ::

:: tapi betul kan? kita selalu dengar ungkapan itu. walaupun bukan dari Kurt Cobain sendiri, mungkin dari orang lain. kita sering lakukan perkara yang sama berulang kali untuk menjadikan kita lebih sempurna tapi kita tahu tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni selain-Nya, tapi kenapa kita masih lagi mencari kesempurnaan itu? pelik tapi inilah yang berlaku. jika aku tukar sikit ayat itu menjadi seperti, "Practice makes better." yang ni aku setuju sikit. ::

:: jadi, lung cakap .. "just be yourself." aku rasa tak perlu nak jadi perfect kalau kita rasa itu bukan diri kita. rasa tak selesa. rasa janggal. buat apa yang kita rasa betul. jangan jadi orang lain semata-mata untuk puaskan hati orang lain. cukup dengan hanya menjadi lebih baik dari sebelumnya dan sentiasa ingin memperbaiki diri sendiri. itu lebih baik aku rasa. ::


p/s : aku seronok jadi diri aku .. setiap orang ada kelebihan masing-masing .. unperfect but special .. itu yang membezakan kita dengan orang lain .. jadi, berbanggalah dengan diri sendiri ..

Tuesday, November 23, 2010

Penawar hati ..

Salam ..

:: penawar hati? eh .. hati pun ada penawar? perlu ke? hish .. mesti la perlu. sebab dari hati la semua benda dari segi tingkah laku, perbuatan, pemikiran dan sebagainya bermula. jadi, jika nak membuat sesuatu keputusan, hati haruslah bersih .. suci .. tenang. jadi, hati memerlukan penawar untuk membersihkan hati supaya tidak bertambah parah saketnya. bawah ni aku paste sikit panduan untuk penawar hati :

"Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5 :

1)
Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya.
Tapi biasanya kita membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah ramai di kalangan umat Islam yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.

2)
Mengosongkan perut.
Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi SAW sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan.

3)
Bangun bersolat malam.
Ramai orang boleh bangun malam. Bangun sebab nak terkencing, atau kerana anak menangis, atau kerana mahu tonton Euro, atau kerana waktu penerbangan, atau juga kerana hendak makan sahur. Tetapi bangun untuk bersolat malam walau 2 rakaat, memang sangat berat.

4)
Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur.
Ramai juga beranggapan, waktu sahur hanyalah untuk makan sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya, antara waktu mustajab doa ialah ketika waktu sahur.

5)
Duduk di majlis orang-orang soleh.
Duduk menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama orang baik tentu menenangkan jiwa. Ia jauh lebih mulia berbanding berada di disko, kedai kopi atau di padang bola.


Firman Allah : “…ingatlah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang”

p/s : jadi .. jagalah hati kita dulu sebelum kita jaga hati orang lain .. kalau bukan kita sendiri yang jaga, siapa lagi kan?

Thursday, November 11, 2010

Saya minta maaf ..

Salam ..

:: waktu tengahari perut hanya diisi dengan cokelat cadbury hazelnut. sedap. (^_^) malas nak bersesak-sesak di cafe yang orangnya ramai macam ulat. bukan tu saja, menu yang sama setiap hari. tekak juga naik jelak minta tolong isikan dengan menu yang lain. bila orangnya dah macam ulat, mulalah semua orang mahu dilanggar dan disenggol. terasa tempat itu sempit. tiba-tiba, tanpa sedar kita disenggol oleh 'ulat-ulat' tadi. hampir-hampir makanan atau minuman kita terjatuh. nasib baik kita bijak mengawalnya dari jatuh menyembah lantai. tapi kadang-kadang nasib kita tak berapa baik lalu mengotorkan lantai itu. jika sesetengah 'ulat' yang kurang moralitinya, hanya buat tak endah. buat-buat tak perasan. padahal masa itu, dia tak tau perasaan kita. mulalah mulut ringan berkata-kata disertakan dengan mimik muka yang agak kelat. dan ada juga 'ulat' yang tinggi budi bahasanya dan laju sahaja ayat maaf dari mulutnya sambil tersenyum, "saya minta maaf. saya tak sengaja." ayat yang budak berumur 4-5 tahun pun boleh tuturkannya. tapi, dengan hanya ayat ini dituturkan. ianya sudah memadai untuk buat hati sejuk dan tak jadi menyinga. betul tak? ::

:: jadi, tadi aku berkunjung ke website dan terlihat artikel yang bertajuk "kuasa kemaafan'. tertarik aku dengan artikelnya. satu dua komen dari rakan-rakan mayanya juga ada yang menarik. artikel ini dimulakan dengan satu ayat. sini aku letak bawah ni :

"lebih senang memaafkan seseorang musuh dari memaafkan seorang kawan - William Blake."

:: setuju? mungkin ada yang mengangguk kecil. aku? aku setuju. sebab? baiklah, musuh adalah orang yang tak kenal hati budi kita. tak kenal siapa kita dan begitulah sebaliknya. dia hanya nampak keburukan dari kebaikan kita. jadi, bila kemaafan dipinta, senang sahaja dilafazkan. tetapi kalau dia kawan kita, kenal hati budi kita dan tahu siapa kita, memang susah kita memaafkannya walau kesilapannya sebesar zarah. sebab? kawan yang baik adalah orang yang paling rapat dengan kita. kongsi suka duka. jadi, bila kesilapan dilakukan, payah kita menerimanya. rasa tertipu pun ada. hati rasa sakit sebab dia tergamak memainkan hati kita. tapi kenapa?

ego? mungkin.

sakit hati? ya. sebab rasa kita dipermain-mainkan. tak ikhlas untuk berkawan dengan kita.

marah? ya. memang marah.

sedih? ya. sangat sedih.

aku ada beberapa kawan baik. kawan aku sampai bila-bila. walau macam mana jauh, kami tetap bersama. dalam hati. jadi, jika gaduh, kami hanya menganggap gaduh-gaduh manja. gaduh adik-beradik. memang aku akan elakkan dari pertengkaran. tidak mahu berpanjangan. hari ni bermasam muka tapi esok bergelak ketawa. dah aku harap kawan ini akan kekal sampai aku mati. aku sayang mereka. ::


sue : kawen tahun depan.
aku : sama macam sue.
shaz : dah kawen. bakal dapat baby.
daia : status? tak available rasanya.
shidah : dah kawen. pun bakal dapat baby. tapi shaz dulu.
miera : kawen tahun ni. nak dekat dah.
anum : memilih sangat. still available. sape2 nak kenal boleh la.

p/s : aku sayang kalian semua .. (^_^)

Tuesday, November 9, 2010

Menabur tahi lembu ke dalam pinggan ..

Salam ..

:: lepak kejap. saket bahu mengadap PC. berpinar mata. jadi, aku mengambil kesempatan menjengah dan menjelajah ke blog-blog dan website-website feveret aku. tetibe, aku terjumpa artikel ni. bila baca betul-betul, apa yang dia cuba sampaikan, mungkin pernah berlaku pada kita. aku tempek sini eh? ::

::Cerita 1 : Menabur Tahi Lembu Ke Dalam Pinggan ..

Bercakap dengan menggunakan bahasa yang celaka akan merobek kebenaran dan menyakitkan hati pendengar. Kebenaran akan tertutup dengan rosaknya bahasa dan hodohnya akhlak kita.

Bercakap main redah akan mengundang padah. Bukan sahaja nasihat kita tidak akan didengari oleh manusia, bahkan penampar pula yang dilayangkan ke pipi kita.

Mulut kita perlu dipandu oleh logik akal dan disemak oleh rasa hati. Kata-kata kita perlu dilapik dengan hujah yang jelas dan jangan bercakap berlandaskan emosi.

Apabila kita memberikan nasihat kepada seseorang, pastikan niat kita adalah untuk mengubahnya ke arah kebaikan, bukannya untuk memalukan seseorang.

Nasihat kita adalah untuk membetulkan seseorang, bukannya untuk menjatuhkan maruahnya.

Nasihat yang diberi adalah sebagai tanda kasih sayang, bukannya salam untuk permusuhan sesama kita.


Cerita 2 : Kisah Tahi Lembu Sebagai Baja Sayur ..

Untuk mendapatkan sayur-sayuran yang segar dan sedap untuk dimakan, kita perlu memberikan baja kepada sayur-sayuran. Kadang-kadang, baja yang kita guna adalah baja organik ataupun baja tahi lembu.

Bilakah kita meletakkan baja itu kepada sayur-sayuran?

Kita meletakkan baja tahi lembu semasa sayur-sayuran masih berada di dalam batasan tanah kebun. Kita menabur baja ketika sayur-sayuran sedang berkembang matang sebelum dipetik dan dimasak untuk dimakan.

Bagaimana pula dengan sayur-sayuran yang kekurangan baja?

Sayur-sayuran yang kekurangan baja akan kelihatan layu, tidak segar dan rasanya pasti tidak sedap. Mungkin si petani terlupa untuk menaburkan tahi lembu dan memberikan baja yang secukupnya kepada sayur-sayuran tersebut.

Jadi, kalau kita termakan sayur yang tidak sedap kerana kekurangan baja, adakah kita akan menaburkan tahi lembu ke dalam pinggan kita untuk memberikan baja kepada sayur-sayuran itu?

Pastinya kita tidak akan sebodoh itu untuk menaburkan tahi lembu ke dalam pinggan kita hanya disebabkan oleh sayur yang kekurangan baja.

Tahi lembu perlu ditabur semasa sayur masih berada di batasan kebun, bukannya setelah dimasak dan dijadikan hidangan makan.

Begitulah perumpamaan untuk nasihat.

Kalau menabur baja, kita perlu tahu tentang tempat, masa dan kaedah yang sesuai untuk membaja, begitu jugalah dengan nasihat. Nasihat perlu diberikan pada masa yang sesuai, kena dengan tempat dan betul kaedahnya.

Ingatlah kata-kata Imam Syafie sebagai panduan untuk kita semasa memberikan nasihat kepada sesiapa sahaja.


"Berikanlah nasihat kepada aku di kala aku sedang bersendirian dan janganlah menasihati aku di kala aku di tengah kerumunan orang. Memberi nasihat di tengah keramaian orang samalah dengan kehinaan dan aku tidak sudi untuk mendengarnya. Apabila engkau tidak bersependapat dengan aku dan aku tidak mahu mematuhi nasihat kamu, maka janganlah kamu marah." Imam Syafie ..

Nasihat adalah untuk menunjukkan manusia ke arah jalan yang benar, bukannya untuk menjauhkan seseorang daripada kebenaran.

Nasihat yang baik wajib disulami dengan bahasa yang indah. Bukannya indah pada bunga bahasa yang kita pentingkan, tetapi tepat pada penggunaan kata.

Kita wajib bercakap tentang kebenaran dan perlu menghiasi kebenaran dengan bahasa yang indah. Kebenaran diutamakan, barulah diserikan dengan bahasa yang indah. Kebenaran yang disampaikan pasti akan berbekas di hati dan bahasa yang indah akan menyedapkan telinga yang mendengar.

Tiada gunanya jika bahasa dikarang indah, tetapi tiada manfaat yang dapat diambil. Rugilah pula kalau kebenaran dihambur dengan melulu, sakit telinga yang mendengar dan hati pasti sukar mahu menerimanya. Dan yang terlebih buruk, jika mulut mengeluarkan perkataan yang keji, ditambah pula dengan perangai yang buruk.

Sesungguhnya, bahasa yang indah akan memberikan sinar kepada perkara yang benar. Kebenaran didahulukan, bahasa diutamakan.

Bercakap tanpa berfikir, tanda rendahnya ilmu dan tanda rosaknya akhlak.

Inilah nasihat dan peringatan di dalam Islam.

Benar dalam perkataan dan perbuatan, mengetahui yang benar dan mengamalkannya, taat dalam beragama, meletakkan sesuatu pada tempatnya dan menjawab dengan tegas dan tepat.

Semoga Allah mempermudahkan usaha dakwah Islam dan semoga Allah membukakan hati kita untuk menerima kebenaran. Insyaallah ..


p/s : kopipes dari sini ..

Wednesday, November 3, 2010

Perigi cari timba ..

Salam ..

:: tengah dok men'surf' internet waktu rehat ni, aku gunakan sedikit ruang dan masa menjenguk blog teman-teman. tersengih-sengih aku membacanye. dah jadi macam hobi baru pulak. sebab apa yang aku baca itu hanya sekadar pengetahuan. ada yang memang lawak. hilang penat jap baca blog-blog mereka ni. sangat kreatif. (^_^) .. jadi, masa aku tekun menghadap pc, aku terjumpa headline macam tajuk entry aku ni. tetibe aku rasa menarik nak dibincangkan kat sini. jadi, aku kopipes dari website faveret aku sebahagian situasi nya kat bawah ni. kalau amek sume, panjang sangat. meh baca kejap. ::


:: Selalunya, setiap hubungan itu dimulai oleh si jejaka. Mendekati si gadis, merisik si gadis, sehingga meminang si gadis. Caranya pelbagai. Bagi lelaki yang faham apa itu Islam, apa itu hukum syarak, si jejaka akan menguruskan dengan panduan tersebut. Tapi tidak kurang juga, lelaki mengambil panduan bukan dari Al-Quran dan sunnah.

Apabila lampu hijau diberikan oleh si gadis, biasanya selepas itu akan menyusullah ijab dan kabul. Lelaki meminang wanita, itu biasa dan lumrah bagi masyarakat.

"Apa kata, akak yang mulakan dulu. Maksud saya akak yang merisik lelaki tu?" Cadangan "ganjil" saya.

"Ish .. seganlah. Tak buat dek orang," pintas beliau.

Ya .. perempuan meminang lelaki itu aneh bagi masyarakat kita. Tetapi jika kita menyemak kembali helaian sejarah gemilang, yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat, hubungan membina keluarga Muslim lagi mukmin itu bukan dengan cara satu hala.

Ada sirah mentafsirkan hubungan itu dimulai oleh jejaka meminang wanita. Dalam pada masa yang sama, ada sirah mencatatkan hubungan itu dimulai oleh wanita itu sendiri.

Lupakah kita dengan kisah cinta Murabbi Cinta kita, Rasulullah s.a.w. dengan wanita syurga, Siti Khadijah. Dalam kisah cinta, cinta terbaik yang harus kita umat akhir zaman contohi sudah semestinya baginda. Ini membuktikan, pinangan itu bukan satu talian kehidupan yang bersifat satu hala tetapi boleh bertukar menjadi dua hala. Tergantung keadaan dan masa.

Seganlah!

Ya segan, kerana tidak dibuat dek orang kita. Sedangkan syariat begitu luas melebar dalam menatacara hidup umat Islam. Cukup cantik dan cukup sempurna, berbanding keterikatan adat yang menyempit. Menyusahkan.

Yang wajib, tidak dibuat.
Yang sunat, dilihat wajib.
Yang haram, itu dipertahan!

Sebenarnya, ada sesetengah adat dan syariat yang boleh dicantumkan. Dan jika ada pertembungan, bagi kita yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul, syariat itu diletakkan di hadapan sekali hatta pedang di leher sekalipun.

Kebenaran itu di zaman ini dilihat asing dan janggal di mata masyarakat. Justeru menjadi "cicak yang pekak" amat dituntut biarpun dicop sebagai tidak tahu malu! ::

"Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula)." (Surah An-Nur:26)

::okay. macam mane? aku kopipes ni bukan nak suruh wanita-wanita sekarang brave and make a first move but tak salah kalau kita yang approach dulu. situasi kat atas ni hanya contoh dan aku just nak share je untuk dijadikan panduan. setiap orang mesti mempunyai pandangan masing-masing. suka atau tak, itu terpulang. betol tak? ::

p/s : kejap lagi sambung bengkel ISO. so, ari ni update ni je dulu okay? (^_^) .. petang-petang sikit update lagi ..

Tuesday, November 2, 2010

Renungan ..

Salam ..

:: Jika kamu memancing ikan .. setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup .. ::

:: Begitulah juga .. setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang .. setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu .. ::

:: Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh .. cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak .. tentu sukar untuk kamu menambalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi .. ::

:: Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya .. akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya .. ::

:: Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu .. mengenyangkan .. berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain? Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal .. ::

:: Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu .. MENYAYANGIMU .. MENGASIHIMU .. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL .. ::

~kopipes dari LayarMinda .. ~