:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts

Thursday, September 20, 2012

Raya.. raya.. raya!

Salam..

Raya di mana-mana! eh, sempat lagi tak nak post story & picture raya? ala.. boleh la.. boleh la eh? enjoice la pictures kat bawah ni sempena hari raya yang lepas.

raya raya di Kuang!

 ni raya raya di rumah saudara-mara!

ni pulak raya raya di PTAR!

oh.. ni pun kira picture raya jugak. with my besties!


p/s : hihi.. i janji, lepas ni i selalu hapdet blog eh? (^__^)p

Monday, September 12, 2011

Raya : lambat hapdet .. ~~

Salam ..

selamat hari raya! pehh .. gile lambat aku wish .. lama bebenor tak hapdet .. post pasal raya pun takde. kalau yang tahu, tahun ni aku beraya di kampung mr. em ..

hoho .. new experience and environment .. tapi aku suka and enjoy beraye kat sana .. sedara-mara tak putus-putus datang rumah, sampaikan FIL buat statistik berapa banyak kereta yang park depan rumah .. haha! tapi memang banyak gile .. sampai nak kuar beraya pun kena gerak cepat-cepat .. takut-takut bile nak kuar, ade orang datang beraye. rumah pun meriah sebab semua tahun ni turn beraye rumah Johor.

gambar raya ade banyak tapi sume dalam kamera. kalau nama pun dah dalam kamera tu, tak tau la zaman bila nak transfernye .. so, post raya ni memang takde gambar.

ade ke orang post pasal raye takde gambar? macam pelik je kan? takpe la .. haha!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! ~~

Monday, September 13, 2010

Syawal ke-4 ..

Salam ..

:: hari ke-4 dalam bulan Syawal :: pejam celik pejam celik dah 4 hari kita berada dalam bulan yang mulia ni. hari ni ramai teman2 yang sudah mula memulakan tugas yang telah lama ditinggalkan bersarang kat opis tu. selamat bekerja buat semua teman2 ku. aku masih lagi bercuti. sengaja aku mengambil cuti lama kali ini. nak rehat kononnya. tapi bila dah lama cuti ni, fikiran dah melayang ke opis. bosan pulak rasanya. nak keluar beraya? tiada teman pulak. jadi, hanya bermalas-malasan di rumah sahajalah nampaknya. melayari facebook? hmm..sampai bosan aku melihatnya. tiada apa yang menarik. menonton tv? juga tiada cerita yang menarik. kebanyakkan cerita hanya diulang2. bukankah sepatutnya mereka menyediakan lebih banyak rancangan yang menarik? aku B.O.S.A.N .. ::

Friday, September 10, 2010

1 Syawal ..

Salam ..


:: Salam 1 Syawal ..! :: pelik sebab pagi tadi dah boleh mamam siang hari. hiks. rasa janggal pulak sebab dah sebulan tak mamam siang. anyway, salam Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia. hari ni tak pergi mana2 pun. juz dok umah dan terima tetamu je .. tapi aku still happy sebab dapat beraya dengan my lovely family. tapi family yop pulak takde. tahun ni beraya kat Perak .. tapi takpe la, nak buat macam mana .. rite? =D ::


p/s : turn aku bagi duit raya tahun ni .. selalu aku yang dapat duit raya .. hiks ..

Salam Aidilfitri ..

Salam ..

:: baru siap iron baju aku and my mom. adoi, saket pinggang. *tak payah la nak angkat kening & cebik muka cmtu. memang penat ok?* hari ni rasa macam kurang sehat sket. dari tadi bersin & still selsema lagi. kesian kat Ya. dia pun bersin dari tadi. mungkin sebab aku. hope esok semua orang ok. ::

:: tadi jugak semua juadah untuk esok telah siap dimasak. so, tak sabar nak merasa rendang ma. *tadi aku dah rasa sikit tapi rasa macam tawar pulak. tapi ma dah adjust dah. hoho.* nasi impit pun dah rebus. ada kuah kacang dengan kuah lontong. yummy..! ::

:: tahun ni aku dah belikan ma, apak & nyah baju raya. alhamdulillah, ada rezeki lebih tahun ni. happy sgt2 sebab dah lama teringin nak belikan something untuk diaorang raya ni. tema kaler tahun ni ialah kaler OREN. sebenarnya takde pun tema-tema ni tapi tetibe je semua orang beli kaler oren, so aku follow je. ::

:: dari semalam sampai hari ni byk SMS aku terima dan time kaseh kepada semua kawan2 yang mengingati aku. jgn risau, aku dah balas dah semua SMS korang tu tapi memandang musim-musim perayaan ni, semua jadi pending. tak kira la line apa yang korang pakai sekali pun tetap sama. so, tak payah la marah-marah kalau SMS korang pending ok? *ditujukan kepada akak aku yang membebel dari tadi sebab SMS dia pending. hiks.* ::

:: di kesempatan ini, aku nak minta maaf byk2 kepada semua teman2, sanak saudara. dan of course to my family. tak kira la walau kat mana pun korang skrg. halalkan makan dan minum aku selama ni. maafkan segala kesilapan yang aku penah buat kat korang. maafkan aku kalau selama ni aku penah buat korang tersinggung dengan cara aku bercakap. terlepas kata. terkasar bahasa, mohon ampun dan maaf. aku sayang korang semua. ::


p/s : selamat hari raya aidilfitri .. maaf zahir & batin .. =D

quote : semoga aidilfitri tahun ini akan memberi seribu makna dan kenangan dalam kehidupan kita semua .. insyaAllah ..