:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Monday, February 13, 2017

Wow... !

Assalamualaikum WBT..

Like seriously??

Last post 2013? And now.. 2017?
Lama gileeeee tak update.
Nak log in pun dah lupa macam mana.

Kenapa baru sekarang nak update?
Sebab ada kawan suruh sambung balik.
Entah la lepas ni ada masa ke tak.
Kalau ada, aku updates.. okay??

Sunday, April 14, 2013

Paling kecik hati !

Salam.

ujung minggu yang paling kecik hati. sampai hati buat macam ni..

sangat sedih ~~

memang aku cuba sabar, tapi kalau dah kerap sangat, siapa tak kecik hati.

aku bukan jenis cepat kecik hati, tapi kali ini..


AKU MEMANG SANGAT KECIK HATI..

TERIMA KASIH!

Friday, January 4, 2013

Welcome 2013 !

Salam..

selamat tahun baru ! tak lambat kan aku nak wish. sori ye kengkawan sebab lama tak update. bulan disember 2012 adalah bulan yang paling sibuk. sibuk kenapa? sibuk bercuti panjang.. sibuk berkursus.. jadi, tak berkesempatan nak bercerita di sini. macam-macam nak share tapi stage by stage la eh? banyak sangat ni. yang penting nanti aku update pasal aku bercuti. ke mana? adalah !

dan aku berharap agar tahun 2013 memberikan pengalaman yang amat berharga seperti tahun-tahun lepas. walaupun macam-macam dah terjadi pada 2012, tapi semua tu aku kutip dan jadikan sebahagian dari pengalaman dan suka-duka dalam hidup aku. dan 2013.. please be nice to me !

p/s : azam 2013? hmm.. nantilah pikir. kalau dah dapat, nanti aku tulis ye? okay, wait for my next post okay?
*bajet glamer ade banyak pembaca..haha!*

Wednesday, November 21, 2012

Tolonglah..

Salam..

aku sangat tak suka apa yang aku rasa sekarang.
terlampau tak suka.
tolonglah.. aku tak kuat.
pergilah jauh-jauh.. jangan kacau-ganggu aku.. tolonglah..

rasa sangat kosong.
tak tenteram.
tak boleh fokus.
ya Allah.. tolonglah bawanya pergi sana..
jauh.. jauh.. jauh lagi.. boleh?

rasa tak nak buat apa-apa.
rasa tak nak ingat apa-apa.
ya Allah.. tolong aku ye?

p/s : fara-fara.. sekarang kita rasa lain kan? tapi tak apa lah.. kan? http://www.emocutez.com

Sunday, November 4, 2012

Tak ada tajuk..

Salam..

wahai hati.. cukup-cukup lah tu.
macam ni rasanya kalau hati kita rasa sedih.
teramat sedih.
semakin hari semakin dekat.
dan semakin aku takut dia hilang.
hilang terus.

ya Allah.. terlalu ingin aku lupakan.
puas sudah untuk berpura-pura tenang.
tapi aku tak kuat.
memang tak kuat.

rasa teramat bersalah membelenggu hati.
kadang-kadang aku rasa pentingkan diri.
tapi kalau ia berkaitan dengan hati, memang aku kalah.
kalah teruk.

walau puas bergenang air mata, tapi masih tak dapat dipujuk hati ini.
hati perempuan, lembut kan?

lebih-lebih dengan orang yang aku sayang.
teramat sayang.

p/s : moga aku tak lupa macam mana nak senyum hari esok.

Thursday, November 1, 2012

No title..


You just make my day precious..
Make me smile.
Blushing.
Laughing like crazy.
Forget my problem.
You teaches me a lot about life and 
Insyaallah, i will remember that.

It's enough for me.


Thank you.. you means a lot to me. Yes.. it's you.     http://www.emocutez.com

Wednesday, October 31, 2012

Senyum ?

Salam..

selagi kamu mampu senyum, senyumlah..
kalau bukan untuk diri kamu, mungkin untuk orang lain..
manalah tau.. mungkin dengan senyuman itu, mampu mengubah perasaan orang sekeliling kita..
senyuman kan satu sedekah.. tak salah kan?

kadang-kadang senyum ni boleh buat kita relief.. rasa lega..
sedut udara dalam-dalam, lepas tu hembus sambil senyum..
hmm.. lega tak?
hah.. tak lega lagi? hmm.. mungkin hidung kamu tersumbat kot? hiks.
tak apa, nanti cuba lagi eh?

p/s : suka tengok kamu senyum.. aku kat sini pun ikut senyum..http://www.emocutez.com

p/s lagi : tapi kadang-kadang, kita senyum tak semestinya kita happy. tapi kalau itu yang boleh buat orang yang kita sayang happy, senyum je lah.. kan?

Tuesday, October 23, 2012

Online shopping..

Salam..

dah janji tamao buat online shopping lagi. tapi arini ni tangan gatal-gatal cuci-cuci mata. geramnya. tapi yang banyaknye sume baju-baju my little doter. comei-comei cute sangat. macam mana nak kurangkan tabiat online shopping ni? mr.em dan nasihat, aku janji tak buat dah. tapi dah macam seronok pulak. homaigod ! macam mana nak buat nih? help.. help..!

ni sume salah website yang jual-jual online la ni. kat facebook lagi. siap tagged-tagged pulak tu. mana tak tergoda? salah aku ke? *memang salah aku pun !* bila online shopping, tak rasa duit keluar. tetiba susut. hujung bulan baru terkial-kial. *haih.*

aku suka online shopping sebab :
1. tak perlu nak pergi mana-mana. melangut depan PC. searching via internet. klik. esok terus sampai depan mata. senang tak?
2. tak perlu Q panjang-panjang kat cashier nak bayar.
3. tak perlu bersesak-sesak kat mall.
4. tak penat berjalan-jalan cari barang.

yang aku tak berapa suka pasal online shopping :
1. kadang-kadang barang yang sampai tidak menepati apa yang kita bayangkan. *dari segi jenis kain, warna, dll.*
2. kena redha. kalau dah sampai tapi tak suka, burn la duit kita tu.
3. tak nampak duit keluar. bahaya!
4. kena marah dengan en.suami.. haha!

sekarang ni, kat facebook banyak page-page untuk online shopping ni. rambang mata okay? tapi shopping bukan untuk diri sendiri, tapi untuk budak bam-bam ni. hiks.


p/s : harap-harap en.suami faham.. hihi. http://www.emocutez.com

Tuesday, October 16, 2012

Merungut..

Salam..

lokasi : cafe. tengah Q nak bayar makanan di tangan.

si A : eh, lama tak jumpa. ko kat mana sekarang.
si B : aku kat bla.. bla.. bla.. (aku tak dengar sangat. heee.)
(perbualan mereka lebih kepada pembelajaran-student. okay, aku boleh teka mereka ni lecturer.)

si A : aku memang tengah sibuk sekarang ni. kejap lagi budak-budak ni ada exam. bla.. bla.. bla.. (lebih kepada angkat bakul sendiri dan mengeluh banyak keje. malas aku nak tulis.)
si B : angguk-angguk gelak kecil.
(perbualan masih berkaitan dengan pembelajaran-student)
si A : ah! aku tak kisah orang nak cakap ape, yang penting dekan tau aku buat keje.
(tak pasti perkara yang dibincangkan, tetapi lontaran vokal yang agak kuat. mungkin dia nak orang ramai dengar dia cakap.)

si A : adoi. panjang betul la nak Q. kalau kat negara orang putih, dorang ada policy. kalau customer Q lebih dari 5 orang, konfem dorang bukak kaunter lagi satu. kite kena la ikut macam negara orang putih tu.
si B : tu la. betul tu. haha.
si A : susah nak tukar mentaliti orang Melayu kita ni. macam mana nak tukar sebab ada huruf i kat tengah-tengah tu. tu yang pemikiran macam orang-orang dulu tu. taknak berubah. (itu adalah merujuk kepada perkataan UiTM.)
si B : angguk-angguk mengiakan lagi.

si A : patutnya dorang kena la tukar cara keje tu. dari dulu sampai sekarang macam ni je. haih ~
si B : betul-betul. (tersengih-sengih.)

masa aku meghulurkan not RM2 ke makcik cashier tu, kedengaran suara si A,

"eh, ada lempeng ubi lah. dah lama tak makan. boleh la amik 2 keping."

aku senyum sinis. dalam hati. bukan ke dia. nak mampos.. nak kena lempang? haha!

p/s : kenapa aku senyum? sebab dok tadi dia pom-pang pom-pang tak puas hati, nak ikut cara orang putih, tapi last-last makan lempeng ubi jugak. eh eh, nape tak makan scramble-egg, half-boil egg, mushroom-soup atau bread and jam?

p/s lagi : jangan tau nak merungut. memang susah nak puaskan hati orang ni. sebagai lecturer, jangan tunjuk sangat ketidakpuashatian macam tu. lagipun, kamu tu pun cari rezeki di bawah nama UiTM tu jugak, kan?

p/s lagi sekali : udah-udah la merungutnya. tak kemana kalau tau nak merungut dalam cafe. cuba pegi jumpa ayahanda VC kita tu. ayahanda kita sangat open-minded. kan lagi bagus mengadu pada saluran yang betul dari ko mengadu kat saluran telinga aku tadi? tak ada apa yang akan berubah.

p/s last sekali ni : si B tu memang tau mengiakan je ke? cubalah bersuara kalau tak setuju. owh lupe.. sebab sebelum aku pegi, si A belanja si B tu. hmm.. bertuahlah kamu si B oii..

Thursday, October 11, 2012

Wednesday, October 10, 2012

Jangan..

Salam..

jangan ingat aku selalu senyum-senyum, aku ni bodoh..
jangan ingat aku selalu sengih-sengih, aku ni tak ambil tahu,
jangan ingat aku diam-diam, aku ni boleh dipijak-pijak,
jangan ingat aku ketawa, aku ni tak kecil hati,
Allah yang tahu segalanya..

jangan ingat aku senang dibuli,
jangan ingat aku diam, aku takut,
sebab kadang-kadang orang yang diam, lagi bisa dari yang banyak cakap,
jangan ingat aku diam sebab tak tahu apa-apa,
aku diam sebab nak jaga hati orang,
aku tak nak gaduh-gaduh,
tapi bila keadaan memaksa..
kamu kena ingat satu benda pasal aku,
aku boleh jadi orang yang paling kejam dengan kamu..

p/s : kesabaran ada tahapnya.. jangan cuba-cuba nak diuji..

Friday, October 5, 2012

Ada ke macam ni?

Salam..

harap-harap kat Malaysia takde la kes cenggini eh? ke ada jugak? ish.. ish.. tak baik tau boss dia  ni. haih ~

cian gadis comel ni.. alahai ..
p/s : "saya tidak boleh mengecewakan majikan saya." itu ayat last dia.

Thursday, October 4, 2012

Papan iklan ..

Salam..

cuma nak share kat sini dari muka buku Faizal Ismail (FBI). share dari wall dia. selama ni memang aku ikuti juga pasal ni sebab Faizal penah mention pasal billboard a.k.a papan iklan di tepi federal highway di HotFm. Faizal memang selalu update papan iklan ni dan setiapnya ada perubahan. ni aku kopipes dari muka buku beliau.

Gambar 1 : nampak macam dolphin kan?
Gambar 2 : masih nampak macam dolphin..
Gambar 3 : Haa.. apa yang korang nampak? baju merah tu dah buat penambahan lagi.. tak nampak lagi dolphin tu..
Gambar 4 : makin jelas. baju merah lukis orang.. ada pokok kelapa..
Gambar 5 : taraaaa!! jelas kan?

p/s : siapa la agaknya baju merah tu? hmm.. awesome!

Thursday, September 20, 2012

Testing via mobile.. jakun!

Salam..

hoho.. ni sesaje testing update via mobile. okay, aku tau dah lapuk.. tapi seyesly, aku jakun! kemain canggih bebenor teknologi sekarang ni. okay, aku jadi jakun lagi..

Tuesday, May 29, 2012

New background blog!

Salam..

Hihi.. huhu.. hehe.. rehat kejap sambil update background blog bersawang ni.. (^__^)
Okay ke?
Saje tukar angin.. hehe..

Wednesday, May 2, 2012

Gelagat..

Salam..

kamu orang pernah tak tengok orang tengah jalan depan kita, lepas tu dia senyum sorang-sorang? pelik tak? aku baru je tengok orang macam tu. kelakar pulak. tapi nasib baik gadis tu comel.

kamu orang pernah tak duduk dalam bilik, tapi orang luar tak nampak kita dalam bilik tu?
mesti la pernah kan? tapi dengan gaya tengah betulkan rambut sambil tengok ke arah cermin pintu bilik kita. rasa macam nak tampar je kan? aku baru je tengok tadi. betul-betul depan pintu bilik aku. kelakar jugak rasanya. rasa nak sergah pun ada jugak tapi takut dia ada heart-attack pulak. tergelak aku tengok gelagat dia. tapi dia tak secomel gadis yang aku cerita tadi.

tapi tu la, kadang-kadang benda-benda macam ni.. memang kita buat tanpa sedar. tak sengaja. kita mana nak tahu ada orang dok perati, ye dak? aku mengaku, aku juga ada buat benda-benda macam ni kadang-kadang. tapi hari ni aku berada di tempat yang memerhati. sebab tu aku komen.

hari ni aku kerja shif malam.. sampai pukul 10.00 malam. harap-harap dapat tengok gelagat orang kejap-kejap lagi. suke.

Lamanya..

Salam..

:: lama tak hapdet kan? sejak tukar department baru ni, agak busy sikit. maklum lah, banyak benda nak kena catch-up. but so far, aku okay. makin hari makin suka dan selesa dengan tugasan baru. alhamdulillah.. ::


Friday, April 6, 2012

Orang-orang..

Salam..

orang-orang sekeliling kita ni macam-macam perangai.
nampak macam sama tapi tak.
sebab itu orang dulu ada bilang,
"rambut sama hitam, hati lain-laim.."
susah nak buat orang sekeliling suka kita.
hmm.. memang tak boleh pun.
sebab diri sendiri pun belum tentu semua orang suka.

perlu ke jadi orang lain untuk buat orang suka kita?
ish.. tak payah.. "be yourself.." - tu kata hati.
kalau ikut kata akal, "kita kena hiprokrit, sebab nanti orang tak suka."
kadang-kadang kena hiprokrit sebab kepentingan individu..
hmm..

kadang-kadang takut nak berbuat baik dengan orang.
takut disalaherti.
tapi juga akan di cop sombong hidung tinggi.
penyudahnya.. ikut saja rentaknya.
selagi boleh ikut, diamkan saja.
tapi, nanti dikata tiada pendirian pulak.
haih ~~ pening.. pening..

p/s : dah lama tak tulis cenggini.. (^__^)

Sunday, February 19, 2012

ehem!

Salam..

:: rindu aku? ye.. ye.. tau tu. jap lagi aku update banyak2 sampai sume orang bosan okay? banyak benda ni nak cite. sampai tak tau mana nak start dulu. maybe aku akan start dengan kenapa aku dah lama diam & biarkan blog ni bersarang. bukan apa, sebab utamanya aku takde laptop. ni pun ehsan dari akak aku. so, pasni aku akan update satu-satu okay? tapi, sebelum tu aku nak mandikan budak kecik ni dulu. ohh! lupa pulak, i'm a mother now! tu pun salah satu sebab aku dah lama tak update blog nih. so, nanti aku cite pasal budak kecik nih.. okay? ::

p/s : macam la ada orang nak tau, kan? ah! tak kisah la.. kan? :)

Wednesday, December 14, 2011

Tak boleh nak hapdet .. grrr!

Salam..


:: sowie .. sowie .. lama tak hapdet. bukan tamao, tapi tak boleh. semenjak dah tukar PC baru ni, ada certain blogs aku tak boleh nak view. even blog aku ni sendiri. why eh? ni ntah macam mana tetiba boleh pulak. pelik .. pelik. ke aku kena tekan pape untuk view? haih ~~ susah la kalau tak bape nak celik IT nih. ::


p/s : kejap lagi aku hapdet post lain eh? ni post untuk minta maaf je .. hiks! (^__^)y