:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Friday, December 17, 2010

Terima kasih ibu ..

"Wei .. tak nampak ke? Mata letak kat mana? Lutut ke tumit?" garang bahasanya. Terkejut si lelaki. Kelam kabut tertunduk-tunduk mengutip isi beg yang terburai bersepah. Bekas cawan berisi air mocha lattenya juga menyembah bumi.

"Hah .. lain kali mata tengok depan. Jangan berangan. Menyusahkan orang betul." sekali lagi marahnya terhambur keluar tanpa sekatan. Sempat dia menjeling ke arah fail di atas lantai yang tertera nama Iqram. Tak sempat nak baca habis. Takut si lelaki perasan tingkah lakunya.

"Maaf. Saya tak sengaja." pendek tutur si lelaki kepada si perempuan itu. Sempat si lelaki menjeling ke arah si perempuan. Patutlah kasar dan garang semacam. Perempuan tak berapa nak perempuan rupanya. Cantik orangya tapi sayang. Terselindung dengan tingkah laku kasarnya, getus hati kecil si lelaki.

"Maaf? Habis tu, baju aku ni siapa nak ganti? Eyy .. geram betul la." sambil mengelap baju putih yang telah bertukar warna coklat. Si perempuan terus pergi meninggalkan si lelaki tersebut dalam keadaan marah menyirap.

Si lelaki masih memandang ke arah si perempuan itu. Dia tersenyum. Memang cantik !

Sesampai di kedai mamak, sekumpulan remaja perempuan sedang lepak dan diselang-seli dengan ketawa yang kuat. Si perempuan itu menuju ke meja itu dengan muka amarah.

"Wei .. ni apehal muka macam cencorot ni?" salah seorang dari mereka menegur.

"Ha'ah la. Baju kau tu kenapa ada colour tambahan tu? Fesyen ke?" lagi seorang mencelah seakan ingin melawak.

"Ada mamat bodoh mana entah langgar aku. Spoil betul la. Dapat maki aku la jawabnya." terang si perempuan.

"Relax la beb. Cool-cool down sudah. Baju je kot. Boleh basuh. Dah-dah, meh breakfast. Tengahari nanti kita jamming. Yeah !" seorang perempuan bersuara ingin menenangkan si perempuan itu.

Si perempuan kembali tersenyum.

* * * * *

"Assalammualaikum ibu. Rajinnya orang tu. Ibu siapalah tu kan?" si perempuan itu menyapa dan mengusik ibunya setelah melihat ibunya di laman.

"Waalaikumussalam. Mestilah rajin. Ada anak dara tapi macam anak teruna. Alamat memang mati la jawabnya bunga-bunga ibu ni." seloroh ibunya tajam tapi masih ada nada bergurau.

"Aik .. kenakan orang balik. Dah terer la ibu sekarang." si perempuan terkulat-kulat tersengih.

"Ibu belajar dari anak dara dialah, siapa lagi." ibunya tertawa kecil. Si perempuan ikut sama tergelak.

"Suri, cubalah la pakai pakaian macam perempuan sikit. Asyik pakai seluar jeans dengan t-shirt. Dulu cantik Suri berbaju kurung. Tapi sekarang dah tak pernah ibu tengok. Tu, rambut tu potong lagi ke? Pendek sangat dah Suri. Berdosa tau kalau kita ni menyerupai lelaki." ibunya sambung dengan nada lembut. Takut anak di depannya tersinggung walaupun luarannya seakan kasar tapi dia amat mengenali hati anaknya itu.

"Ala ibu .. style sekarang ramai perempuan rambut pendek. Senang nak urus dan ringkas. Tak serabut." Suri mempertahankan pendiriannya.

"Hmm .. ubah la sikit penampilan tu. Suri tu perempuan. Kena jaga tingkah laku. Perangai tu kena senonoh. Barulah ada orang nak anak ibu ni." pujuk ibu.

"Ibu .. kalau betul orang tu suka Suri, dia kena terima Suri seadanya. Bukan luaran semata-mata." Suri terus berlalu masuk rumah. Air matanya bergenang dan hampir tertumpah mengingatkan kenangan lama. Suri tak mahu menangis depan ibunya. Suri perlu kuat. Dah lama dia tanamkan dalam diri yang dia boleh hidup tanpa lelaki. Kaum itulah yang telah mengubah dirinya dari seorang perempuan lemah lembut kepada perempuan kasar itu. Dia pernah dikecewakan. Dia sudah serik.

* * * * *

"Suri .. ibu nak jodohkan Suri dengan anak kawan ibu. Suri setuju tak?" Suri yang sedang makan hampir tersembur keluar mendengar kata-kata ibunya malam itu.

"Apa ni ibu? Tak payah la ibu susah-susah aturkan. Suri boleh cari sendiri." Suri sedikit kasar.

"Kalau nak harap Suri yang cari, sampai ibu tutup mata pun belum tentu ada." ibunya berkata perlahan.

"Suri tak suka ibu cakap merepek macam ni." Suri memandang ibunya. Suri tahu ibunya amat mengharap. Semenjak ayahnya meninggal dunia 3 tahun lepas, tinggallah mereka berdua. Suri anak tunggal. Ibunya bertambah risau apabila umur Suri telah menginjak ke angka 28 tahun.

"Ini permintaan terakhir ibu. Lepas ni ibu takkan minta apa-apa lagi. Suri jumpa dulu orangnya. Kalau Suri rasa tak sesuai atau tak suka, ibu tak kisah. Suri boleh tolak. Boleh ye Suri?" ibunya memujuk. Suri terpaksa akur. Sayangnya dia kepada ibu melebihi segalanya. Suri mengangguk lesu.

* * * * *

"Ibu .. ibu! Tengok abang dengan ayah ni. Dari tadi kacau Seri." lamunannya terhenti teringat arwah ibunya. Segera dia menyeka air matanya dari tumpah apabila terdengar suara kecil mengadu. Hampir-hampir mahu menangis.

"Aril .. jangan buat adik macam tu. Ibu report ayah nanti." ugut Suri.

"Ala .. ayah pun join sekali tadi ibu. Tengok ayah dah lari." Aril menunjuk ke arah laman hijau itu. Segera Suri juga menoleh ke arah yang sama. Kelihatan seseorang menyorok di sebalik pasu bunga besar itu.

"Sayang .. awak tu bukan kecik sangat sampai saya tak nampak awak." Suri menahan gelak.

"Sayang .. jangan dengar cakap Aril tu. Saya tak buat pun. Saya memang duduk sini dari tadi."

"Encik Iqram Daniel .. tak baik menipu depan anak-anak. Tak elok tau." Suri ugut.

"Puan Suri Daniella .. mana ada saya tipu. Tak baik tuduh tau." Iqram masih tak mengaku.

"Ayah .. cikgu cakap tak baik menipu. Allah marah." sekecil bersuara.

"Haa .. kan dah kena. Jawablah Encik Iqram Daniel." Suri mengenyit mata ke arahnya.

"Aril ni tak sporting la. Kan dah janji tak nak report. Sini ayah geletek pinggang tu." Iqram menuju ke arah Aril. Anak sulungnya itu telah bersedia untuk lari. Bermulalah adegan kejar-mengejar keliling laman rumah mereka. Diselang-seli dengan gelak ketawa mereka berempat. Sangat bahagia. Suri bersyukur kerana masih ada insan yang sudi menerima dirinya. Syukur dengan nikmat-Nya.

"Terima kasih ibu kerana telah menemukannya dengan seorang lelaki yang penyayang dan penyabar untuk dirinya. Seorang lelaki yang terbaik untuknya. Seorang lelaki yang telah berjaya menukar Suri yang kasar kepada seorang yang cantik dan lemah-lembut. Terima kasih suamiku .. ~"

* * * * *

3 comments:

  1. best gak cite ni..ko reka/copy? aku yg byk baca novel ni pun tak terbuat lagi waima cerpen pun..

    ReplyDelete
  2. kemas! gua baca dgn steady sampai habis..hehe..tp laki yg jadi suami tu kalaulah lelaki yg sama yg di awalan cerita...ermm..pun syok juga..hehe

    sambe ah masuk contest cerpen Kisah Klasik Kita? rugi bakat tenggelam tak cuba..

    ReplyDelete
  3. Nyah : hehe.saje reka masa ari jumaat aritu. jumaat kan rehat lama sket. ekeke.

    lung : haha.same guy la lung yg dr mula tu. thanks sbb baca. ni cubaan pertama. byk lg nak kena perbaiki. segan nak masuk kontes tu. =D

    ReplyDelete