:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Monday, April 25, 2011

Gaduh-gaduh sayang ..

"Woi .. cepat la sikit. Kau mandi ke berenang tu? Lama gila. Pastu senyap je dalam tu. Kau hidup lagi tak?" terkejut Azman disergah dari luar. "Siot budak Ramli ni. Nasib baik tak kena sakit jantung." ujar Azman dalam hati sambil mengurut dadanya.

"Ye la. Aku nak keluar la ni. Tak reti nak sabar betul." balas Azman. Segera dia meletakkan berus giginya yang sudah berubah warna kehitaman. Lama tak diganti. Bukan tak ada duit, tapi jimat.

"Kau ni kalau mandi, macam orang pompuan. Terhegeh-hegeh." sempat Ramli mengomel hingga hilang di balik pintu toilet. Azman malas nak balas. Hanya senyap dan sempat memberi jelingan maut.

Setelah puas hati di depan cermin kecil yang muat-muat muka tu, Azman segera keluar dari rumah sewanya. Tertunduk-tunduk dia mencari kasut di rak. Tiba-tiba dia rasa macam nak pengsan. Aroma rak kasut itu menusuk rongga hidungnya. Azman segera menahan nafasnya. Merah padam mukanya. Rasa kembang anak tekak. "Ish .. si Ramli ni berapa tahun agaknya tak basuh kasut dia ni?" Azman menyalahkan kasut Ramli. Padahal, sama saja mereka berdua tu. Siapa yang nak mengaku kan?

Setelah jumpa kasut yang dicari, Azman membuka pintu pagar. Apabila dia ingin menghidupkan enjin motornya, terbeliak mata Azman. Tayar kempis! "Siot, siapa punya kerja ni?" Dia menoleh kiri kanan. Dia ternampak seseorang sedang menahan gelak di rumah sebelah. Gadis itu cepat-cepat pandang tempat lain.

"Hoi .. kau ni memang suka cari gaduh kan? Apasal kau pancitkan tayar motor aku?" Azman marah.

"Amboi-amboi .. sedap-sedap kau je tuduh aku. Bila masa aku pancitkan pulak? Ingat aku tak ada kerja lain ke? Nampaknya, bukan aku sorang je yang tak suka kau kat sini kan?" sengaja gadis itu membakar Azman.

"Tak ada orang lain yang suka buat kerja-kerja jahat ni kalau bukan kau." balas Azman.

"Wah .. kau tu baik sangat ke? Semalam siapa yang buang sampah kat laman rumah aku ni? Kelmarin, siapa yang patah-patahkan ranting pokok bunga aku depan rumah ni? Ingat aku tak tau ke? So, padan la muka kau kan?" ujar gadis itu geram.

"Ow .. ni kes nak balas dendam la ni? Kau yang mula dulu. Siapa yang sorok sebelah kasut aku minggu lepas? Pasal kau la, aku lambat masuk ofis. Kalau tak nak aku patahkan pokok bunga kau tu, jangan bagi bunga tu masuk kawasan rumah aku ni. Faham?" balas Azman lagi.

"Haha .. aku rasa bukan minggu lepas je kau masuk ofis lambat. Cuba tengok jam kau tu." ujar gadis itu sambil mengangkat kening ala-ala Ziana Zain. Azman kaget. Alamak .. pukul 8.30 ! Lambat lagi aku hari ni ! "Pompuan ni ..!!" Kata-kata itu hanya bergema dalam hatinya yang panas.

Segera Azman meluru keluar. "Dah la lambat, kena naik bas pulak." Gelak tawa gadis itu masih kedengaran mengiringi langkahnya ke bus-stop. "Siap kau nanti." Azman mengepal tangannya tanda marah.

* * * * *

"Kau ni, kalau tak cari gaduh dengan mamat sebelah ni tak boleh ke?" tegur Wani.

"Bukan aku yang cari gaduh, dia yang mula dulu. Aku pantang kalau ada orang buli aku." balas Syikin.

"Dah-dah la tu Kin. Kau tu baru pindah sini. Selama aku duduk sini, tak ada pulak aku bergaduh dengan jiran-jiran sini." pujuk Wani.

"Aku dengan jiran-jiran lain okay je. Dengan mamat sebelah ni je. Perangai macam hampeh. Siapa tak sakit hati. Menyampah aku tengok muka dia." Syikin masih tak mahu mengaku bersalah.

"Jangan benci sangat Kin. Lama-lama suka." Wani tersenyum.

"Haha .. cliche la Wani. Nope!" Syikin tersengih sambil geleng kepala.

* * * * *

Begitulah peperangan yang berlaku antara mereka berdua yang berlaku hampir setiap hari. Pelbagai kejadian yang berlaku. Dari perang mulut, sehinggalah ke harta benda melayang sana sini. Tak cukup dengan itu, harta benda teman serumah juga menjadi mangsa. Masing-masing tak mahu mengalah. "Kita semua adalah pemenang, tak ada pengalah." Mungkin mereka berdua memegang kata-kata semangat ini. Haih ~

* * * * *

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." sahut Syikin.

"Nak, tumpang tanya boleh? Rumah sebelah ni tak ada orang ke?" tanya makcik tua itu sambil mengelap peluhnya.

"Diaorang kerja makcik. Eh, makcik singgahlah rumah saya dulu. Panas ni." Syikin segera membuka pintu pagar. Beg baju yang agak berat sudah bertukar tangan.

"Terima kasih nak. Baik betul anak ni. Nama makcik Selamah. Panggil saja Mak Mah. Anak makcik tinggal kat sebelah ni." terang Mak Mah.

"Ow .. saya Syikin. Time macam ni diaorang kerja. Petang nanti baru ada. Tak apa, makcik duduk je rumah saya ni. Tak adalah saya bosan sorang-sorang." Syikin tersenyum.

"Susahkan anak je. Terima kasih ye. Mak Mah saja tak bagitahu anak Mak Mah nak datang hari ni. Nak surprise la konon. Balik-balik Mak Mak yang surprise." Mak Mah gelak. Syikin juga tergelak sama. Rindunya pada arwah ibunya sedikit terubat dengan kehadiran Mak Mah.

"Mak Mah, duduk dulu. Syikin buatkan air. Kejap lagi Syikin masak, kita makan sama-sama ye?" kata Syikin.

"Eh, tak payah susah-susah Syikin."

"Ala .. tak susah pun. Syikin suka masak." Syikin mengenyit mata ke Mak Mah.

"Syikin pandai masak masakan kampung tak? Mak Mah ada bawak sayur-sayur kampung sikit. Boleh la kita masak."

"Ow .. ye ke? Bestnya. Dah lama tak masak masakan kampung ni. Boleh la sikit-sikit. Syikin cuba ye?"

* * * * *

Azman segera menoleh ke arah suara gelak ketawa yang amat dikenalinya. Eh, takkanlah ...

"Mak ! Apa mak buat kat situ? Bila mak sampai?" Azman terkejut lihat maknya sedang bergelak ketawa dengan musuh tradisinya itu.

"Man, baru balik kamu ye? Mak tumpang sekejap rumah Syikin ni. Mak sampai pagi tadi." balas Mak Mah. Syikin hanya diam. Tiba-tiba mukanya berubah masam. "Mak Mah ni mak si mamat hempeh ni ke? Aku ingatkan mak si Ramli."

"Dia ni ke anak Mak Mah?" tanya Syikin.

"Nilah anak Mak Mah. Korang berdua mesti dah lama kenal kan?" Mak mah senyum.

"Kenal sangat mak. Dah la mak, jangan lama-lama sangat kat rumah tu. Gatal-gatal badan tu nanti." saja dia cakap begitu. Syikin mendengus geram. Dia tahan untuk membalas Sebab dia hormatkan Mak Mah.

"Eh .. gatal-gatal? Mak tak rasa macam tu pun." Mak Mah pelik. "Syikin, makcik balik dulu ye? Sebelah je pun. Nanti kita borak-borak lagi ye?" Mak Mah sempat mengusap kepala Syikin. Syikin tersentuh.

* * * * *

"Mak, sedapnya mak masak. Favourite saya pulak tu. Mak duduk sini terus la. Boleh gemuk Man kalau macam ni hari-hari." Azman puji. Ramli mengangguk setuju. Laju saja tangannya menyumbat nasi ke mulut.

"Eh, tu bukan mak yang masak. Syikin yang masak. Sedap kan? Mak pun tambah 2 kali tadi." Mak Mah tergelak comel.

"Syikin? Syikin mana?"

"Jiran sebelah rumah kamu ni la. Takkan la kamu tak tau nama dia?" kata Mak Mah.

Hampir tersedak. Ramli juga terhenti suapannya. Dia tahu peperangan yang berlaku antara mereka berdua. Selalu dia dan Wani yang mengendurkan ketegangan antara mereka apabila perang tercetus.

Hmm .. Syikin namanya. Dia tak pernah tahu. Masakannya sedap. Dia seorang yang susah nak puji masakan orang lain kecuali maknya. Padanya, masakan maknya adalah yang terbaik di alam semesta.

"Man, yang kamu tersengih-sengih tu kenapa?" Mak Mah tegur.

"Eh .. mana ada la mak." cepat-cepat dia sambung makan. Ramli tersengih kambing. Dia tahu kelemahan Azman. Dia memang suka makan dan cerewet. Azman pernah kata, kalau ada pompuan yang boleh masak makanan favourite dia sesedap maknya, dia akan kahwin dengan pompuan tu. Ramli masih tersenyum.

* * * * *

"Kin, aku teringin nak makan asam pedas. Kau tolong masakkan hari ni boleh tak?" Wani mengendeng-ngendeng Syikin sambil buat muka comel.

"Hish .. macam orang mengandung pulak teringin bagai. Ye la .. nanti aku masakkan okay?" Syikin tersenyum. Dia memang suka masak. Ilmu itu dia peroleh dari arwah ibunya.

"Masak lebih sikit ye? Nanti boleh kita bagi Mak Mah sekali." Wani bersuara. Syikin hanya mengangguk sutuju.

* * * * *

"Sedapnya bau. Bila mak masak ni? Tak nampak pun mak berkungfu kat dapur." tanpa mempedulikan orang sekeliling, segera dia mencedok nasi dan lauk yang telah membangkitkan nafsu makannya. "Wah .. sedap! Mak memang terbaik!"

"Sedap kan Man? Tu Syikin yang masak tu." Ramli bersuara dari belakangnya. Hampir nak terkeluar nasi di mulutnya. Ramli tergelak.

"Pandai betul Syikin tu masak kan Man? Susah nak cari pompuan yang pandai masak masakan kampung sekarang ni. Untung betul siapa yang dapat dia jadi menantu." sengaja Mak Mah berkata begitu. Ramli hanya menahan gelaknya. Azman sempat tendang kaki Ramli di bawah meja. Berkerut muka Ramli.

* * * * *

Setelah hampir 3 minggu dia tak nampak kelibat Syikin. Selama itu juga tiada perang yang berlaku. Aman. Tiap-tiap pagi, Azman tidak miss nak terjenguk-jenguk jirannya itu. Yang kelihatan hanya Wani. Nak bertanya .. segan. Ego tinggi. Selama 3 minggu itu, ada suatu perasaan pelik dalam dirinya. Rasa kehilangan. Kosong. Hari-harinya suram, kelam, malap. Rindu rasanya untuk bergaduh dengan musuh tradisinya itu. Kemana agaknya ye?

"Hai .. tak pernah-pernah lepak luar rumah ni. Apa kes?" sapa Ramli. Dia juga rasa pelik kerana beberapa hari ni Azman jadi pendiam.

"Tak ada apa. Saja. Nak tengok bintang."

"Nak tengok bintang ke nak tengok orang sebelah rumah? Kalau nak tengok orang sebelah rumah, memang takkan dapat la." Ramli bersuara.

"Kenapa?" tanya Azman ingin tahu.

"Sebab dia dah pindah. Dia dapat tawaran belajar kat luar negara. Wani cerita, dia kat sana dalam 4 tahun. Hmm .. tak sangka kan? Nampak macam budak kampung tapi rupa-rupanya budak pandai. Dia best student kat universiti dia dulu. Dia tumpang rumah Wani sebab nak uruskan hal-hal dia sebelum berangkat ke sana." panjang lebar Ramli bercerita.

"Hah? Ye ke? 4 tahun?" Azman terkejut. "Lamanya. Tak sempat aku nak berbaik-baik dengan dia. Macam mana aku nak luahkan apa yang aku rasa? Semuanya salah aku. Aku dah terlambat." Tapi kata itu hanya tertinggal di kerongkongnya.

"Sebelum dia gerak, Wani bagi aku ni, dia suruh pass kat kau. Syikin yang bagi katanya." Sehelai kertas berlipat kemas bertukar tangan.

"Aku masuk dulu. Sejuk." Ramli berlalu. Malas dia mahu kacau orang nak berjiwang-jiwang. Azman mengangguk.

Kepada :
Jiran sebelah rumahku @ musuh perangku,

Maaf sebab tak sempat nak ucap 'bye-bye' kat awak. Terima kasih sebab jadi teman perang saya selama kita berjiran. Mesti awak anggap saya macam-macam kan? Haha .. tak apa, saya tak kisah. Untuk pengetahuan awak, tak pernah ada orang yang boleh lawan perangai saya yang kasar ni. Bila jumpa awak, saya rasa tercabar. Sebab tu saya suka berperang dengan awak. Tapi, lama-kelamaan, perasaan itu bertukar. Saya pun confius dengan perasaan sendiri. Saya minta maaf kalau selama ini, kata-kata saya mengguris perasaan awak. Jangan benci saya okay?

Awak jangan risau, 4 tahun tu tak lama. Lepas 4 tahun nanti, kita jumpa lagi ye? Nanti mesti awak rindu nak gaduh-gaduh dengan saya lagi kan? Make sure dalam masa 4 tahun ni awak tak pindah rumah okay? Sebab nanti awak susah nak cari jiran 'sebaik' saya. Ow .. kalau awak rindu nak gaduh dengan saya, kita gaduh secara maya je boleh? Sekarang kan teknologi dah canggih. Ni alamat emel saya, syikinsaleh@yahoo.com. Baiklah, saya stop sini dulu. Maaf ye, saya tak pandai tulis surat. =)

p/s : Hmm .. kalau boleh, tunggu saya ye?

Dari jiran sebelah @ musuh ketatmu,
Syikin Saleh.




Azman tersenyum. Senyum yang dia sendiri tak tahu apa maknanya. Yang dia tahu, saat dan ketika itu, dia rasa gembira. Baik, aku akan tunggu.

No comments:

Post a Comment