Salam ..
:: cinta itu indah. setuju ? selalunya bila bicara tentang cinta .. ia sering dikaitkan dengan hati dan perasaan. susah hendak tipu hati dan perasaan kalau dah suka. mungkin kita tak berkata-kata. simpan dan peluk erat-erat. takut orang tahu. tapi kadang-kala ia tetap hadir melalui perbuatan atau bahasa tubuh. sesetengah dari kita boleh rasakan aura itu. mungkin dari segi cara bertutur atau pandangan mata. bak kata pepatah, "dari mata, turun ke hati". ::
:: bagaimana cinta itu hadir ? berbagai cara. hanya tuan punya badan yang tahu. selalunya ia hadir disertakan dengan getaran di hati. membuatkan kita serba tak kena. berdebar-debar bila berdepan. rasa nak mengadap dia hari-hari. berbual-bual dan bergelak ketawa. bila tak jumpa rasa rindu. hati seakan berbunga-bunga. tersenyum dan nyanyi-nyanyi kecil. rasa bahagia teramat. betul ? (^_^) .. rata-rata pernah mengalaminya. rasanya indah kan ? ::
:: cinta memang indah. terutama kepada mereka yang betul-betul menghargainya. jangan sia-siakannya. cinta yang indah sukar dicari. sukar diganti. sekali terkena .. payah nak sembuh. sekali terluka rasa serik. terkilan. takut. emosi bercampur baur. cinta boleh jadi indah dan boleh jadi parah dalam sekelip mata. cinta boleh mengubah seseorang menjadi yang lebih baik atau sebaliknya. bergantung pada keadaan. begitulah penangan cinta. tapi, walau apa pun hakikatnya, kita masih mahu mencari cinta. mengapa ? hmm .. mungkin rasa kekosongan dan sunyi. justeru itu, hati meminta untuk diisi dan dipenuhi. ataupun kita iri hati dengan kebahagiaan orang lain ? terpulang .. tapi jangan sampai hanya 'tangkap muat'. carilah cinta dengan seikhlas hati. insyaallah .. kita akan temuinya. berusaha sedikit dan jangan hanya memeluk tubuh berdiri tegak menunggu. okay ? (^_^) ::
:: jadi, bagaimana hendak mengekspresi rasa cinta ? adakah dengan tutur kata-kata romantis ? kata-kata cinta ? tingkah laku ? ia perlu bersatu untuk menunjukkan rasa cinta. tapi, tak semua orang mampu luahkan. perlukan keberanian. sanggup tanggung risiko. berani ? hey .. lelaki perlu berani. make your own move. tak cuba mana nak tahu keputusannya. jangan putus asa sebelum cuba. takut kena tolak ? tak mengapa, sekurang-kurangnya cuba. tak berjaya tak mengapa .. sekurang-kurangnya tahu di mana kelemahan dan kekurangan yang boleh diperbaiki .. ::
:: apabila berdepan dengan soal hati .. kita sanggup buat apa sahaja. kalau boleh, semua orang inginkan cinta yang sejati. tulus. ikhlas. kekal sampai bila-bila. tapi kita hanya merancang. kita hanya mampu berusaha dan berdoa supaya Dia memberikan yang terbaik untuk kita. jadi, sebelum kita mencintai seseorang .. cintailah Allah SWT sepenuh hati. itulah cinta yang paling agung dan sejati. cinta yang tiada tolok bandingan. ::
p/s : mode tak berapa nak betul ..
Cinta boleh beli di supermarket.. tak percaya?
ReplyDeleteyours
SH
SH : uiks. really? bape sekilo? =p
ReplyDeleteTengok tempat. Kalau Tesco mahal sket.. giant murah sket.. Econsave sedang2..
ReplyDeleteSH : econsave pun ada? haha. boleh pulak mcm tu.
ReplyDeleteTaahaaa.. boleh je! Cinta itu Duit dan duit boleh beli cinta.. tak percaya kan? renung2kan..
ReplyDeleteyours
SH
SH : hiks.tak semua macam tu.terpulang ~ =)
ReplyDeleteTak semua tapi majoriti.. wahahaha~ =P
ReplyDeleteyours
SH
SH : hmm .. so, berusahalah cari yang minoriti tu. =)
ReplyDelete