:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Showing posts with label Friendships. Show all posts
Showing posts with label Friendships. Show all posts

Friday, April 12, 2013

Entry khas untuk ko ~

Salam.

benda ni aku penah cakap dulu.
tapi disebabkan ada sahabat tu, aku terpikir nak repost lagi.
*ko baca ke? haha.*

lelaki + perempuan = bestfriend.

boleh pakai lagi x formula atas ni?
*ko jangan nak baca senyum2 sangat okay. haha.*

entah la. aku tak pasti releven atau tak lagi formula ni.
setengah orang angguk, yang setengah lagi geleng-geleng.
tapi terpulang. ini cuma pendapat aku.

masa atau tempoh sesuatu perkenalan & persahabatan tu tak penting.
pada aku, yang penting keselesaan, kepercayaan dan kesefahaman.

Keselesaan : ko nak story apa-apa benda pun takde hal. hal lelaki, hal perempuan. ngumpat pun boleh jugak. tak kekok nak gelak kuat-kuat. nak makan comot-comot. nak nangis beria-ria. nak marah gila-gila. sebab apa? kita selesa dengan dia.

Kepercayaan : sangat penting! sebab kadang-kadang kita hanya story ke dia je. sebab apa? you trust him. dan dia akan bagi seberapa banyak advice. tu pun selepas dia marah-pujuk kita. tapi, at the end, dia juga yang tolong kita solve the problem. dia tak reti pujuk? haha. redha je lah !

Kesefahaman : yang ni pun kena ada. kalau dia senyap, okay.. kita faham dia taknak di ganggu. macam tu kita. kadang-kadang, bila kita sedih, dia ni macam tau-tau je.. kan? dia bagi kita calm dulu, then baru tanya. tak pernah paksa kita dengan benda-benda yang kita tak suka. sebab? dia kenal kita. tak buat apa-apa pun lagi, tapi dia dah tau. pelik? taklah, itulah kesefahaman.

tapi lama-lama, formula ni macam dah tak releven.
banyak faktor-faktor terjadinya benda ni.
jauh. komitmen lain. hmm..

tapi tak boleh nak mengeluh.
memang lumrah macam tu.
jadi, terima lah.

so, kepada ko..
chill babe!
jangan risau.
kita penah borak-borak pasal ni.
nak taknak, ko kena face it.
memang rasa sakit sikit.
eh, silap! sakit banyak..
but, we have to face it.

jangan tanya aku sakit dia macam mana.
sebab aku pun tak tau nak luahkan.
jadi, just well prepared okay?
Insyaallah, ko boleh handle.
*boleh ke? haha.*

 

sayang ko babe !

p/s : ko orang pertama aku buat entry khas okay! haha ~

Thursday, January 31, 2013

Permulaan 2013 yang menyedihkan!

Salam..

tak sangka permulaan 2013 yang super-duper menyedihkan! aku memang rasa sangat sedih. teramat-amat sedih. kenapa boleh jadi sampai macam ni? Ya Allah, aku harap semua ini akan berakhir.

Wednesday, December 5, 2012

Mode : Istanbul, Aku Datang.. again !

Salam..

hiks. baru semalam post pasal movie "Istanbul, Aku Datang", arini nak post lagi lah.. boleh? memang tengah mode tengok movie nih. balik umah pun still boleh tersengih-sengih lagi. adoi. dan disebabkan post aku semalam dalam blog ni, ada my dear-sweet-mommy to be-friend pun komen about this movie kat my FB's wall. nak tau tak dia cakap apa? hihi.

make sure watch banyak kali tau. nanti bby u terkenan muka LS !

lepas tu, tadi pegi cafe dengan opismate, masih bercakap pasal movie ni. dan bersambung di FB. meh aku share apa yang di komen :


bawah ni pulak saje la nak bakar line. geram-jeles! huh ! siap kamu !


p/s : nak jumpa Beto ! tak kira.. tak kira !

Monday, December 3, 2012

Adik bongsu kawen..

Salam..

Adik bongsu kami kawen minggu lepas.. alhamdulillah. happy for u babe!

semoga berbahagia sampai tua.. :)

Tuesday, November 27, 2012

Yang terakhir .. :)

Salam..

hujung minggu ni salah sorang sahabat terbaik aku akan mendirikan masjid.
alhamdulillah. dia yang last. adik kami yang paling bongsu.
tak sabar nak tengok kamu time nikah.
insyaAllah, aku akan ada masa akad nikah.

lepas ni dah tak attend my best friend's wedding dah.
lepas ni nak tunggu adik-adik untuk Zuhumaira pulak. hiks.
dan kamu orang kena pastikan. #attn : sue - daia - anum (soon!)
tolong la pecahkan tradisi dan bagi adik lelaki pulak untuk kakak-kakak Ayu, Raisha, Adelya & Maira okay? hiks.
p/s : shaz : kalau kau nak tambah lagi, make sure baby boy hokay? haha! http://www.emocutez.com


p/s : aku p/s nama ko je sebab aku tau ko je yang baca blog aku. yang lain memang tak lah! haha!

Friday, November 23, 2012

Kawan baik saya..

Salam..

saya ada kawan baik.
kawan baik saya tak ramai.
tapi saya bangga ada kawan baik macam mereka.
semua kawan baik saya baik sangat-sangat.

bila saya sedih-susah.. kawan baik saya mesti ada.
walaupun jauh, tak nampak muka tapi masih boleh berhubung.
terima kasih kerana menyediakan medium canggih itu.
saya sangat hargainya.

bukan saya nak mereka sentiasa ada dengan saya.
tapi mereka sentiasa ada bile saya perlukan.
itulah kawan baik saya.
teramat baik.

Terima kasih kerana sudi jadi kawan baik saya.
In shaa Allah.. yang terbaik sampai bila-bila.

Aminn..


p/s : saya tak perlu cakap siapa mereka kerana mereka sendiri tau siapa mereka.

Thursday, November 22, 2012

Feveret pic of the year !

Salam..

Owh.. sebelum terlupa.. dah lama tapi nak post jugak. gambar feveret of the year. sangat suka gambar ni teramat suke !

kami yang cantek !

p/s : rindu kamu orang !

Friday, November 16, 2012

My best friend wedding !

Salam.

selamat pengantin baru buat sahabat terbaik saya, Nurul Hidayah (Daia @ Yui) dengan pasangan sehidup sematinya Rafik pada 10.11.12. cantik kan angka tu? senang nak ingat date anniversary mereka ni. congrates dear ! happy for u okay ! ow.. lupa ! welcome to the club yaw ~ hiks. !

sahabat saya sangat cantek !
aku : maira lady bird : Daia !

p/s : tinggal lagi sorang.. hihi. http://www.emocutez.com

Tuesday, October 23, 2012

Aku, mereka & Subway..

Salam..

Tak pernah makan Subway pun. tapi mereka-mereka ni lah yang ajar aku makan benda ni. uih! sedap rupanya! yummeh..!


p/s : addicted to Subway la pulak .. hiks.http://www.emocutez.com

Friday, September 28, 2012

Opismate!

Salam..

haaa.. ni namanya tak ada keje. time kami orang ber-chill sesama sendiri. hiks.

eh.. yang budak tecik tu bukan opismate kami ye.. haha!
p/s : sejuk macam duduk dalam peti ais..http://www.emocutez.com

Thursday, September 20, 2012

Raya.. raya.. raya!

Salam..

Raya di mana-mana! eh, sempat lagi tak nak post story & picture raya? ala.. boleh la.. boleh la eh? enjoice la pictures kat bawah ni sempena hari raya yang lepas.

raya raya di Kuang!

 ni raya raya di rumah saudara-mara!

ni pulak raya raya di PTAR!

oh.. ni pun kira picture raya jugak. with my besties!


p/s : hihi.. i janji, lepas ni i selalu hapdet blog eh? (^__^)p

Wednesday, December 21, 2011

My BFF weds!

Salam ..

:: Post ini khas untuk my BFF yang baru je menamatkan zaman bujangnya dengan yang tersayang. *wuuu .. ayat surat khabar kan?* On 11.12.11 *no. cantek kan?*, maka my BFF ni dah jadi wife orang. happy for you dear. owh .. sowie eh sebab tak sempat sampai kat masjid on your akad nikah ceremony *walaupun aku yang paling dekat dari yang lain. hiks.* tapi time makan, konfem la aku ada kan? kehkehkeh .. you look so gorgeous in very simple ways .. like it very much okay? a nice and sweet ceremony with all the relatives. aku & All Blurs doakan kamu & hubby happily ever after .. amin .. ::

+ masa akad nikah kat masjid +



+kawan saya dah kawen dan dia sangat cantek! *gemoknye .. hmm .. abaikan baju ijau tu ..* haih ~~ +

p/s : Sue .. aku lupe nama hubby kamu .. err .. (-__-")

p/s lagi : ingat Sue .. tinggal kamu, Daia & Anum je harapan aku, Shaz, Miera & Shida untuk dapatkan waris lelaki .. haha! (^____*)y

Monday, August 15, 2011

Berbuka dengan My Besties!

Salam ..

:: alhamdulillah, hari ni dah 15 hari kita berpuasa. syukur sebab dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang berpuasa walaupun keadaan tak berapa nak stabil macam ni. nasib baik yang duduk dalam perut ni tak meragam. terima kasih ye .. ::

:: tak ada apa nak cerita, cuma nak post gambar aku and my besties semalam masa berbuka puasa di Benjiana SteakHouse kat Setiawangsa. sebelah dengan Sekinchan Ikan Bakar. dekat-dekat dengan uptown Setiawangsa. nasib tak sesat cari tempat ni dengan mr. em. susah nak jumpa sebab semua ada komitmen masing-masing. tapi alhamdulillah, dapat jugak berkumpul dengan family masing-masing. food pun not bad la, dia more kepada western food. menu semalam: lamb chop, chicken chop, mushroom soup, spaghetti bolognise, nugget, fries, hotdog.. *ada lagi tapi aku tak ingat dah .. hehe ..* ada juga kuih-kuih, nasi & lauk pauk tapi saja tamao makan sebab nak makan western. tempat ni juga ada surau, so senang la untuk kita. lepas makan ala kadar, pegi solat then sambung makan. best!::


:: so, lepas ni maybe raya baru jumpa mereka-mereka ni balik. guys, aku memang happy jumpa korang semua semalam! sayang korang..! ::

Wednesday, July 13, 2011

Kawan @ Sahabat : Penting ke?

Salam ..

:: dah .. tamao la komen pape .. tau ler lama aku tak update blog ni. ekeke. ::

:: kamu orang sume mesti ada teman baik kan? ataupun dengan kata lainnya, kawan rapat, sahabat baik, bestfren, teman rapat, kawan sehidup semati, kawan dunia akhirat, teman tapi mesra, BFF, dll ~ *banyak lagi term yang selalu kita guna, kamu orang tambah sendiri eh?* .. okay, aku sendiri pun ade teman-teman rapat untuk berkongsi happy or bad things. kalau boleh, semua benda kita nak story kan? ::

:: penting ke kawan @ sahabat @ teman ni? pada aku, sangat penting! tempat kita meluahkan segala yang terpendam dalam hati. especially perempuan. tapi, masalahnya .. nak mencari seseorang yang boleh dipanggil sahabat baik ni susah nak jumpa. sangat payah. kena berhati-hati. bukan macam kita pilih ikan kat pasar tu. nampak elok je dari luar, tapi sampai rumah nak siang, rupa-rupanya ikan tu busuk. ::

:: kamu orang tengok tak drama "Annissa" kat TV3 sekarang ni? aku memang tengah layan drama tu. tengok sambil emo. bising mulut ni bila tengok drama tu even tengok sorang-sorang. drama tentang persahabatan. pada aku, persahabatan ni kena jujur. ikhlas. tak ada pakai topeng-topeng ni. jaga hati sesama sendiri. selalu jadi pendengar setia. tak hipokrit. try to give the good advice, bukan menghasut. selalu ada bila kita perlukan. but, apa yang ada dalam drama ni, memang membuka mata aku supaya berhati-hati dalam memilih sahabat. bukan aku nak cakap BFF aku sekarang ni macam tu, they still the best even semua dah ada life sendiri. "kamu semua kawan aku dunia akhirat" ::

:: jadilah sahabat yang baik. jadi diri sendiri. kena jujur & ikhlas. bukan hanya memikirkan kepentingan sendiri. jangan tau nak lepaskan diri sendiri je. tengok sekeliling. bukan kita sorang je nak hidup dalam dunia ni. dunia ni besar. boleh ke kamu orang hidup sorang-sorang? ::


p/s : aku rindu semua BFF aku!

Tuesday, June 14, 2011

Happy 4 u guys!

Salam ..

:: gile lama tak hapdet blog ni!! konon busy letew .. maaf eh kengkawan, busy plus tak bape nak sehat .. banyak benda yang happen sebenarnya tapi dah lupa nak story mory .. ni rasa tetibe nak hapdet .. semacam ada rasa aura blogging kembali .. ekeke .. ceh! takde la, saja je cerita lebih .. ::

:: aku nak share 2 story .. happy story ye tapi bukan pasal aku tapi orang-orang sekeliling aku .. orang-orang yang aku sayang .. =) ::

:: firstly, nak cerita pasal my BFF's engagement day! it happen 4 June 2011 (Sabtu) @ Wangsa Maju. sume my BFF turun. almaklumlah, majlis wajib ye! kecuali Shida sebab still berpantang. OMG! my BFF sangat chanteq! tahniah my dear darling Nurul Hidayah Abdullah @ Daia! meh aku tempek gambar bawah sini eh? ::

:: secondly, also my lovely buddies, shira! sbb si cinderella ni dah ketemu dengan 'prince charming' yang ada sebelah sepatu kaca beliau! wah! sangat gembira untuk kamu dear! excited baca pengenalan mereka .. boleh buat novel hokay? but, still tak tau orangnya yang mana satu .. (p/s: but, adakah orang yang sama dalam twitter kamu yang sebelah kamu tu? gambar depan pintu kalau tak salah. kalau betul, owh .. hensem!) ::

:: muka bahagia kan? (p/s : yunk, i amik gambar u dr muka buku .. tamao marah eh?) ::

:: happy dengar kawan baik aku semua happy .. tersenyum-senyum dengar perkhabaran mereka ni .. dan aku sentiasa doakan kalian bahagia & gembira selalu walaupun kalian jauh di sana .. ::

p/s : kalau ada perkhabaran gembira lagi, nanti aku hapdet ye? (^_^)

Wednesday, March 30, 2011

Tuan rumah is back ..!

Salam ..

:: hye .. hye guys! ops! assalamualaikum readers! *bajet ramai orang baca blog sendiri.ekeke.* lama rasanya tak jenguk blog aku nih .. maklumlah, cuti panjang. so, hari ni 1st day aku masuk keje balik. maaf la yek sebab lama tak hapdet. busy bebenor rasanya. ni penat tak abis lagi nih. seminggu jugak ler aku cuti. cuti apa? ekeke. *malu tersipu-sipu.* ala aa korang mesti boleh agak punya. hmm .. aku tempek gambar je la eh? ::

:: sangat terharu sebab ramai member-member datang. yang lama tak jumpa pun ada. 4-5 tahun jugak tak jumpa. giler rinduuuuu sama kamu orang semua! agak excited and happy jumpa mereka-mereka. terima kasih banyak-banyak sebab sudi attend my ceremony. and those presents yang aku dapat, a million thanks yaw! tak terbalas rasanya .. semoga Allah murahkan rezeki kalian semua okay? but, pelik sikit sebab 80% presents yang aku & mr. eM dapat menjurus kepada bidang masakan. *aku tau ler aku tak pandai masak. perli la tu kan?* but, really appreciate! ::




my lovely family!

mr. eM's family!

my besties ever!

my dearest friends forever!

my 'gila-gila' friends a.k.a opismate!


p/s : next two weeks my weds @ Batu Pahat .. !

p/s : nanti hapdet picture dari official photographer pulak eh?

Tuesday, March 1, 2011

Lunch @Seksyen 2 !

Salam ..

:: huhu. memandangkan opis aku ni sejuk macam kat kutub utara, lunch tadi opismate ngajak lunch kat luar. so, kami orang decide nak mamam kat seksyen 2. nak pekena ABC cokelat. uiks. memang menyelerakan! *macam la aku mamam. kenyang sebab mamam nasi + ikan bakar + telur masin + sambal belacan. oh, terima kasih kepada opismate sebab dengan murah hati membelanja aku tadi. arigato kozaimas!* kalau kat seksyen 2 ni, memang terkenal la dengan ABC dia. tapi crowded la. biasalah, time lunch hour. tambah penuh dengan bebudak sekolah. *saket mata tengok bebudak sekolah zaman sekarang ni. hisap rokok tanpa sipu malu. nasib baik la aku tak ada adeq. haih ~*

:: okay .. nak sambung kerja .. tata. owh .. sebelum tu, sini aku tempek gambar ABC yang mengiurkan. yummy !


p/s : argghhh ! sangat sejuk opis aku ni !

Wednesday, December 22, 2010

Sekitar majlis wedding my BFF ..

Salam ..

:: ekeke. entry ni dibuat sebab tuan punya blog ni nak enterframe sikit. so, bagi chance eh? enjoice the picture ~ ::



*tuan rumah enterframe lebih .. ekeke. *

p/s : jangan pelik & tanya kenapa gambar pengantin sikit .. ekeke.

Tuesday, December 21, 2010

Congratulation dear ..!

Salam ..

:: aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru to my bff , Miera & Firdaus..! aku sangat happy ! lagi seorang dah tukar status. aku doakan mereka berdua kekal hingga ke akhir hayat .. & bahagia sampai bila-bila. happy jugak sebab dapat jumpa teman-teman lama yang lama gila tak jumpa. mmg excited ! ::

berdebar-debar sebelum diijab kabul .. chomel !

kawan aku yang chanteq .. kan? (^_^)

p/s : nanti aku update gambar lain .. ekeke ..

Friday, December 17, 2010

Tahniah ! sangat chomel !

Salam ..

:: entry ni dibuat khas untuk sahabat baik aku dunia akhirat yang telah menjadi mummy .. mom .. mak .. mama .. ibu .. bonda kepada Ayu Insyirah Binti Mohammad Hafidz. sangat gembira untuk dia. TAHNIAH shaz ! anak kamu sangat chomel. rasa nak cubit pipi dia. petang ni aku pegi lawat kamu okay? happy for you dear. ni aku curik dari FB kamu. ::

sangat chomel kan? geram ! (^_^)

p/s : happy ! hikhik .. =D