:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Friday, April 12, 2013

Entry khas untuk ko ~

Salam.

benda ni aku penah cakap dulu.
tapi disebabkan ada sahabat tu, aku terpikir nak repost lagi.
*ko baca ke? haha.*

lelaki + perempuan = bestfriend.

boleh pakai lagi x formula atas ni?
*ko jangan nak baca senyum2 sangat okay. haha.*

entah la. aku tak pasti releven atau tak lagi formula ni.
setengah orang angguk, yang setengah lagi geleng-geleng.
tapi terpulang. ini cuma pendapat aku.

masa atau tempoh sesuatu perkenalan & persahabatan tu tak penting.
pada aku, yang penting keselesaan, kepercayaan dan kesefahaman.

Keselesaan : ko nak story apa-apa benda pun takde hal. hal lelaki, hal perempuan. ngumpat pun boleh jugak. tak kekok nak gelak kuat-kuat. nak makan comot-comot. nak nangis beria-ria. nak marah gila-gila. sebab apa? kita selesa dengan dia.

Kepercayaan : sangat penting! sebab kadang-kadang kita hanya story ke dia je. sebab apa? you trust him. dan dia akan bagi seberapa banyak advice. tu pun selepas dia marah-pujuk kita. tapi, at the end, dia juga yang tolong kita solve the problem. dia tak reti pujuk? haha. redha je lah !

Kesefahaman : yang ni pun kena ada. kalau dia senyap, okay.. kita faham dia taknak di ganggu. macam tu kita. kadang-kadang, bila kita sedih, dia ni macam tau-tau je.. kan? dia bagi kita calm dulu, then baru tanya. tak pernah paksa kita dengan benda-benda yang kita tak suka. sebab? dia kenal kita. tak buat apa-apa pun lagi, tapi dia dah tau. pelik? taklah, itulah kesefahaman.

tapi lama-lama, formula ni macam dah tak releven.
banyak faktor-faktor terjadinya benda ni.
jauh. komitmen lain. hmm..

tapi tak boleh nak mengeluh.
memang lumrah macam tu.
jadi, terima lah.

so, kepada ko..
chill babe!
jangan risau.
kita penah borak-borak pasal ni.
nak taknak, ko kena face it.
memang rasa sakit sikit.
eh, silap! sakit banyak..
but, we have to face it.

jangan tanya aku sakit dia macam mana.
sebab aku pun tak tau nak luahkan.
jadi, just well prepared okay?
Insyaallah, ko boleh handle.
*boleh ke? haha.*

 

sayang ko babe !

p/s : ko orang pertama aku buat entry khas okay! haha ~

No comments:

Post a Comment