:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Showing posts with label Sports. Show all posts
Showing posts with label Sports. Show all posts

Friday, July 22, 2011

Sihat & Cergas! Senam yukk!

Salam ..

:: fuh! di hari jumaat yang mulia ni, PTAR buat program "Sihat & Cergas" untuk semua staf PTAR. so, ari ni satu hari semua orang pakai baju biru. pagi ni start dengan ceramah mengenai kesihatan oleh PM Zulkifli Abdul Kadir (Fakulti Sains Sukan). ceramah dia memang best giler dan sangat entertaining. sebab dia selitkan sekali dengan amalan seharian dan ibadah kita yang hari-hari kita buat tanpa sedar. banyak jugak la tips yang dia bagi untuk senaman yang betul. selama ni, senaman yang kita selalu buat tu banyak yang salah. dalam senaman ni pun, ada halal & haram tau. maksudnya yang kita patut buat dan tak patut kita buat dalam senaman. aku baru je tau tadi. antara tips yang dia share pagi ni :

1. kalau breakfast, banyakkan makan karbohidrat. dinner banyakkan protein. makan telur setengah masak tak digalakkan.
2. lepas makan, jangan terus minum air. tunggu dalam 30 minit, baru minum.
3. pencuci mulut/buah - makan sebelum makan, bukan selepas makan.
4. biasakan makan 2 jam sebelum senaman.
5. semasa nak bersenam, pastikan pakaian bersesuaian. kain jenis cotton digalakkan sebab boleh menyerap peluh.
6. jangan pakai pakaian tebal @ sweater - sebab nanti haba dan peluh dari badan tak keluar.
7. selepas senaman, jangan minum air suam (kecuali yang ada asma). kena minum air sejuk.
8. semasa melakukan senaman, kalau rasa pening-pening, stop terus. sebab kemungkinan darah kita masa tu terlampau tinggi.
9. then, last sekali PM Zulkifli galakkan semua staf pegi gym UiTM yang free tu untuk exercise. ekeke .. part ni yang aku macam susah je nak buat.. (-_-)"

:: tu antara tips yang dia share. banyak sebenarnya, tapi tak sempat tulis. banyak gelak sebab ceramah dia dalam bentuk jokes. then, after ceramah, staf semua naik ke level 2 untuk memulakan senaman yang dipanggil "chi qong". dia macam ala-ala tai-chi, pergerakkan yang memerlukan pernafasan yang teratur. pergarakkan "chi qong" ni lembut je tapi still rasa sengal-sengal kat bahagian tangan. mungkin kat aku je kot. hehe. dia ajar teknik pernafasan yang betul. even kita tak ada masa nak lakukan (konon-kononnye busy), PM Zulkifli syorkan dalam solat kita seharian. tanpa sedar, sebenarnya dalam solat jugak kita dah buat senaman-senaman macam tu. betul kan? jadi, kalau kita buat 5 kali sehari, InsyaAllah kita sihat dalaman dan jugak luaran. ::

:: bawah ni aku letak gambar-gambar masa senaman (bergambar je lebih ni). enjoice ~::

"baju putih tu la PM Zulkifli .. umur 51 tahun but still fit okay?"

"dengan tuan punya henpon mahal .."

"bersama opismate.."


"kenapa aku tak ada ni? ciss! ni la dia gadis-gadis PTAR.."


picture : kredit tu kak ayu dengan henpon mahalnya .. iPhone ~~

Thursday, July 14, 2011

Tak best!

Salam ..

:: semalam semangat berkobar-kobar nak tengok bola kat rumah. konon-konon ada la live kat tv. tapi hampeh & hampa! pelik betul la, perlawanan macam ni tak ada live kat tv! adoiyai! puas aku tekan remote tv, kot-kot ada la kat channel memane. cis! tu, syarikat persiaran berbayar tu, nape tak subcribe? bil makin mahal dia nak charge. tapi, perlawanan macam ni taknak subcribe pulak. ntah pape. emo aku semalam sampai tertido. ::

:: aku terpaksa la on twitter & facebook tunggu sape-sape yang update match tu. nasib baik la ada orang-orang yang baik hati nak tolong update kan. time kaceh eh? walaupun HARIMAU MALAYA kita kalah, but i'm still proud to be Malaysian! ::

p/s : lepas-lepas ni, perlawanan yang lain-lain tu, ade live ke kat A****? haih ~~

Wednesday, July 13, 2011

Siapa menang?

Salam ..

:: kengkawan, petang ni ada bola. Malaysia lwn Arsenal tu. ingat senang nak tengok ke? so, wajib tengok ni tau. sokong sikit harimau malaya kita ni. kamu orang rasa siapa menang? kalau boleh, mesti la aku nak Malaysia menang. walaupun nama Arsenal tu gah, tapi kalau kita menang, memang superb la kan? so, balik keje ni, kira reramai tunggu depan TV okay? kalau tak dapat pegi stadium pun, tengok kat rumah pun okay apa. lagi clear okay. tak kisah la kamu orang nak tengok kat rumah ke, Restoren Hakim ke, Restoren NZ, tumpang rumah jiran ke .. janji kita semua sokong harimau malaya tau. HIDUP HARIMAU MALAYA! ::



p/s : apehal aku nak semangat sangat pulak. hmm .. ntah !