:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Showing posts with label Movies/Drama. Show all posts
Showing posts with label Movies/Drama. Show all posts

Friday, April 12, 2013

The Devil Wears Prada : nice one!

Salam.

tadi tengah ari lepas mamam lunch, rasa macam nak tido. tapi, tetiba rasa nak tengok movie. scroll down pilih movie apa nak tengok. at last, aku pilih movie ni walau dah 150 juta kali aku tengok dan tak pernah bosan !

pada aku, movie ni memang sangat bagus. banyak mengajar aku supaya :
jangan cepat putus asa.
jangan cepat puas hati.
jangan cepat percaya dengan orang. lebih lagi yang baru kita kenal.
jangan buat keputusan terburu-buru.

movie ni mengajar aku untuk lebih motivated. walau orang sekeliling kita buat kita stress, tapi diri sendiri kena pandai handle. walau kita tak pandai nak buat sesuatu task yang diberi, jangan takut untuk mencuba. walau salah, tapi at least kita cuba.

 
movie ni juga mengajar aku yang walau orang under-estimate kita, don't give up! tunjukkan pada mereka yang kita boleh buat. tak kisah walau dengan cara apa sekalipun, don't give up !

movie ni mengajar aku yang 'just be yourself'. kita tak perlu jadi orang lain untuk dapatkan sesuatu atau memuaskan orang sekeliling. persoalannya adakah kita gembira dengan perubahan itu? biar la nampak buruk-hodoh, tapi kita kenal siapa kita.

dan movie ini juga mengajar aku, jika kita ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam kerja, pengakhirannya manis. susah-payah kerja kita terbalas bila kita rasa dihargai. walau nak ke arah manis ni susah, tapi rasa sangat berbaloi.

p/s : dan aku suka movie ni sebab ada Anne Hathaway!

Wednesday, December 5, 2012

Mode : Istanbul, Aku Datang.. again !

Salam..

hiks. baru semalam post pasal movie "Istanbul, Aku Datang", arini nak post lagi lah.. boleh? memang tengah mode tengok movie nih. balik umah pun still boleh tersengih-sengih lagi. adoi. dan disebabkan post aku semalam dalam blog ni, ada my dear-sweet-mommy to be-friend pun komen about this movie kat my FB's wall. nak tau tak dia cakap apa? hihi.

make sure watch banyak kali tau. nanti bby u terkenan muka LS !

lepas tu, tadi pegi cafe dengan opismate, masih bercakap pasal movie ni. dan bersambung di FB. meh aku share apa yang di komen :


bawah ni pulak saje la nak bakar line. geram-jeles! huh ! siap kamu !


p/s : nak jumpa Beto ! tak kira.. tak kira !

Tuesday, December 4, 2012

Istanbul, Aku Datang.. make me melting !

Salam..

gambar ehsan dari uncle google..
okay.. aku tau movie ni dah basi, tapi aku baru berkesempatan tengok "Istanbul, Aku Datang !" peh ! gila best ! gila romantik ! gila sweet ! gila comel ! gila kelakar ! gila lah! haha. hari ni saja, aku dah tengok 2 kali. dan still lagi tersengih-sengih tengok movie ni. dan yang paling buat aku melting adalah.. Beto Kusyairy ! jatuh cinta sama this guy ! dia berlakon dalam movie ni sangat best! bila scene dia, asyik tengok karektor dia je. sangat neutral. memang boleh melting habis. oh my english !  antara scene yang aku suka dalam movie ni ialah masa selepas Beto Kusyairy (Harris) bawa Dian (Lisa Surihani) jalan-jalan naik motor vespa. sangat sweet. dan aku aku suka skrip mereka berdua tepi laut tu. masa ni lepas Dian bergaduh dengan Azad (Tomok) :

Harris : so, macam mana? masih benci dengan Istanbul?
Dian : entah la awak. ada saya fikir. mungkin lebih baik kalau saya tak datang. tapi kalau saya tak datang, mungkin saya takkan tahu yang saya ni bodoh dan senang kena tipu.. kan?
Harris : bodoh ke? orang bodoh mana ada bergantung pada diri sendiri, awak. walaupun dah kena tipu, awak masih tak ada minta orang lain bantu awak. lepas tu bila awak ada masalah dengan housemate awak yang comel dan periang tu, pun awak handle sendiri jugak. dan yang paling hebat, awak boleh jumpa maggi asam laksa kat Istanbul. haa.. memang tabik!
Dian : Tapi, hakikatnya.. saya tetap kena tipu. dengan orang yang paling saya percaya pulak tu.
Harris : tapi siapa yang tak pernah kena tipu? mak saya pun pernah kena tipu dengan saya masa saya ponteng sekolah dulu. tapi tak bermaksud yang mak saya tu bodoh. cuma, kita senang percaya dengan kejujuran orang. lagi-lagi dengan orang yang kita sayang.
Dian : okay, kalau girlfriend awak buat macam tu..awak buat apa?
Harris : sebenarnya memang pernah jadi pada saya pun.
Dian : wow.. tak sangka.
Harris : tak sangka? tak sangka yang saya ada girlfriend ke apa?
Dian : tak sangka orang yang berpendirian macam awak ni pun boleh kena.
Harris : siapa yang boleh jamin yang diri dia selamat?
Dian : jadi awak buat apa?
Harris : saya maafkan dia.
Dian : kenapa?
Harris : bila dua hidup dah sebati, tak semudah itu untuk dileraikan.


Lisa dalam movie ni tersangat lah super-duper comel-kelakar-kelam-kabut ! memang kiut habis lah ! movie ni kalau tengok dari mula pun, kita dah boleh agak dengan siapa Dian kawen. tapi kita nak tau what the exactly happened between Azad dan Dian. ow.. Tomok berlakon pun best. tapi masih boleh digilap. hihi. dan yang aku suka movie ni, jalan cerita yang sangat fresh, ala-ala korean gitu. gud job Bernard Chauly !

super duper comel-kiut-sweet !
p/s : nak tengok kat astro first pulak !

Monday, January 31, 2011

Disleksia .. apa tu?

Salam ..

:: alamak .. pagi tadi aku lambat masuk opis lagi. lepas tu hujan pulak. itulah yang menyebabkan aku lambat hari ni. bile tengok e-jari bulan ni, banyak betol warna merah. dari semalam hujan tak berhenti. aku rasa kebanyakkan tempat semua macam tu. rasa malas dan lemau nak gerak pergi mana-mana. haih ~ ::

:: ow .. malam semalam aku melepak je kat umah dengan housemate merangkap roomate aku, SHIRIN. then, kami tengok satu cerita drama kat Astro ni, tajuk dia "Disleksia". mula-mula aku blur jugak, apa makna disleksia ni. maklumlah, dulu aku bukan pelajar pure science. tu yang tak berapa nak paham nama-nama saintifik ni. perasaan ingin tahu tu meluap-luap dan menyebabkan aku on internet via HTC aku ni then mulalah aku meng'google' mencari maknanya. naseb baek la kak wiki tolong aku. thanks kak wiki. meh, aku share kat sini makna dia :

" Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.

Ciri-ciri disleksia :
1.Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
2.Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
3.Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
4.Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
5.Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
6.Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
7.Sering berlaku di kalangan lelaki.
8.Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
9.Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

(klik sini kalau nak baca lagi yee.. )

:: dan yang menariknya masa aku tengok drama ni, parents dia bersabar dan berikhtiar hantar anak mereka ke sekolah khas tapi tak berkesan. lastly, parents dia hantar ke sekolah tahfiz. alhamdulillah, anak mereka akhirnya dah boleh sembahyang, menghafaz, mengaji, mengeja dan membaca macam kanak-kanak normal. bagus ending cerita ni. last sekali, dia tunjuk gambar nama-nama terkenal yang juga pernah mengalami disleksia. contoh macam Tom Cruise, Orlando Bloom dan Abshiek Bachan. ada lagi several names tapi aku dah tak ingat. ::

:: jadi, kalau ada anak-anak kita yang mengalami disleksia, kita jangan la give-up okay. jangan la torture anak kita macam-macam. jangan marah-marah dan kena banyak bersabar. sebab dia pun tak minta jadi macam tu kan? jadi, kita kena usaha dan insyaallah, Allah juga akan bantu kita. ingat, mereka ni bukan bodoh, cuma lambat dan susah nak fokus dalam sesuatu perkara. ::

~ antara orang-orang ternama yang pernah mengalami disleksia tapi masih berjaya dalam bidang masing-masing .. ~

p/s : disleksia bukannya penyakit .. jangan takut .. parents kena aware perkara ni pada usia awal mereka .. jangan ambil sambil lewa je .. okay?

Monday, January 24, 2011

Hani @ TV3 ..

Salam ..

:: okay .. sekarang ni macam layan pulak tengok drama-drama kat tv ni. hari tu aku layan drama Ayoub. tapi lambat follow. second last episod baru tengok. naseb baek la roomate aku ceritakan sinopsis cerita tu. time kaceh SHIRIN. ekeke. dia ikut kisah Nabi Ayoub. best jugak drama tu. ada moral of the story. tapi minggu lepas dah habis dah. so, sekarang ni aku layan cerita Hani (Slot Lestari) kat TV3. mula-mula malas jugak nak layan tapi sebab ada geng nak layan, aku on je. dah tengok 2-3 episod, best jugak. meh aku paste kat sini sinopsis cerita ni :


Ummu Hani lakonan Nur Fathia merupakan seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Hani menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara dan mahu menjadi seorang pensyarah.

Irfan lakonan Ryzal Jaafar pula seorang pelajar baru yang berpindah ke sekolah Hani selepas ayahnya, Dr. Adib ditugaskan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Irfan menjadi seorang yang pendiam dan gemar menyepikan diri selepas kematian abangnya akibat leukimia.

Kawan baik Hani, Aliah lakonan Siti Fathiyah dan Jalilah cuba mendampingi Irfan tetapi hanya mendapat layanan dingin. Hani mendapat tahu Irfan gemar membaca maka dia mula membaca novel kegemarannya bagi menarik perhatiannya.

Sikap optimis Hani telah mempengaruhi Irfan, dia telah berubah menjadi seorang yang lebih aktif. Hubungan mereka juga menjadi rapat dan Hani mula menyimpan perasaan terhadap Irfan dalam diam.

Hani yang selalu mengalami sakit kepala dan pening telah disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otaknya sebelum menghadapi peperiksaaan SPM. Lebih menyedihkan, dia akan menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya.

Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun.

Baginya, berita tersebut umpama hukuman mati untuk mengejar cita-cita dan cintanya.

Emosi Ummu Hani tertekan selepas menjadi orang buta. Mariam lakonan pelakon jelita Rozita Che Wan dan Mokhtar iaitu Esma Daniel sekeluarga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Ummu Hani.

Dr. Adib tidak mahu Irfan mengabaikan pelajarannya hanya kerana terlalu ambil berat terhadap Ummu Hani. Dr. Adib dan Shafinaz merancang untuk Aliah mendekati Irfan.

Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan Aliah telah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor.

Namun dapatkah Ummu Hani menerima hakikat bahawa kawan baiknya, Aliah telah menjadi suri hati Irfan?


:: ow .. satu lagi, aku suka jugak lagu tema drama ni. taip je kat Google .. then terus dapat. time kaceh pakcik Google ! Tajuk dia "Cinta Matiku" by Sixth Sense. Lirik dia kat bawah ni :

Akan ku biarkan dirimu
Merasuki hidupku
Akan ku biarkan cintamu
Meracuni hatiku

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

Korus
Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku

Ulang Korus

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

Ulang Korus

p/s : sad story kan? macam mana la ending dia kan? hmm .. ~~

Wednesday, December 29, 2010

Filem wajib tonton 2011 !

Salam ..

:: memandangkan aku memang suka tengok movie, aku usha-usha la movie-movie baru yang bakal keluar panggung. tak kisah la movie melayu ke, omputih, omhitam, cina, kartun atau lain-lain. janji best ! ::

:: sedang aku leka berinteraksi dengan pakcik google, aku terjumpa movie yang bakal menggegarkan industri perfileman tanah air. wah ! aku sangat teruja nak pegi tonton ! dijadualkan keluar 10 Mac 2011 iaitu Hikayat Merong Mahawangsa @ The Malay Chronicles : Bloodliness! aku tengok trailer dia memang tak sangka Malaysia boleh buat filem sebegini rupa. sekali pandang macam cerita Chronicles of Narnia pun ada. dua kali pandang macam filem Pirate of Carribean pun ada. tiga kali pandang baru tau itu filem MALAYSIA ! kredit to 3 orang anak muda yang hensem dan kaya iaitu KRU Studios yang telah berjaya membuat Malaysian people proud ! salah satu kejayaan yang amat membanggakan ! ::

* tengok poster pun dah teruja ni ! *

:: antara pelakon filem ini ialah ~ Stephen Rahman Hughes : Merong Mahawangsa (Pelakon Utama), Dato’ Haji Rahim Razali : Kesum (Pelakon Pembantu), Khir Rahman : Kamawas (Pelakon Pembantu), Ummi Nazeera : Embok (Pelakon Pembantu), Nellie Ng : Ying Ying (Pelakon Pembantu), Jehan Miskin : Embi (Malay Warrior - Pelakon Pembantu), Umie Aida : Lang (Ibu Merong Mahawangsa) ::

:: Sinopsis filem ni ~

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka untuk berkahwin dengan seorang Puteri China dari Dinasti Han. Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza dan mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan dijadikan tebusan.

Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat? ::

~ ni gambar-gambar belakang tabir :

*kena study sejarah balik ni.. *

kopipes dari sini.
p/s : tak sabar mau tonton ! jom ! MySpace

Tuesday, December 14, 2010

Tonton sampai lebam ..

Salam ..

:: wahh ~ minggu lepas minggu yang memenatkan. aduh ~ then juga minggu berhibur dan menghabiskan duit. sebab ujung minggu ni 4 kali aku tonton wayang ! eh .. silap ..! 5 kali ! gile la kan. pokai aku minggu ni. banyak pulak cerita best kuar ujung-ujung bulan ni. tapi memang dah lama tak tonton wayang pun. bawah ni adalah cerita-cerita yang membuatkan duit aku habis .. wahh ~ tengok sampai lebam namanya. ::


:: okay .. aku nak komen sikit cerita-cerita yang aku dah tonton ni. 1st, cerita Aku Tak Bodoh. ~ Pada aku, cerita ni best dan sesuai ditonton oleh semua lapisan umur. sebab ia mengisahkan latarbelakang 2 buah keluarga yang berbeza dalam mendidik anak-anak zaman sekarang. kita boleh lihat bagaimana keluarga kaya dan miskin mendidik anak-anak. diselang-seli juga dengan lawak-lawak yang boleh membuat aku gelak ketawa dan pada masa yang sama, boleh buat aku menitiskan air mata. gila touching aku ni ~ .. so, aku suggest la korang tengok cerita ni. banyak benda-benda tersirat dan juga menceritakan pengorbanan ibu bapa untuk anak-anak mereka. pesanan : ibubapa sekarang ni jangan la selalu cakap anak mereka bodoh. doa tu kalau ibubapa cakap macam tu. okay? ::


:: 2nd filem ~ Ngangkung : okay .. aku tak nak komen banyak sebab kalau korang search kat Internet sekarang ni, filem ni mendapatkan kutipan yang tertinggi setakat ini. so, terbuktilah ke'best'an tu. filem ini mengisahkan 3 orang pemuda yang suka main nombor ekor dan sering berjumpa bomoh-bomoh terrer untuk mendapatkan nombor. so, pelbagai adegan-adegan yang memang kelakar gile berlaku. dan of course aku suka tengok Shaheizy Sam dalam ni dan juga merupakan salah satu sebab kenapa aku tonton Ngangkung ni. so, cerita ni pun aku suggest untuk korang layan. ::



:: 3rd filem : The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader ~ woha ! memang terbaik ! sebab aku pengikut setia Nania. *selain Harry Potter yang sentiasa di hati*. aku tonton bersama my BFF di Wangsa Walk. panggung dia memang terbaik derr ! okay .. komen filem. episod kali ni Susan dan Peter tak ada sebab diaorang dah tua dan cukup umur. so, yang ada just Edmund dan Lucy. dan watak tambahan yang memang kelakar dalam ni ialah Eustace. dia ni cousin mereka-mereka ni. dan yang paling penting, ada Prince Caspian ! handsome & macho ! haih ~ .. so, pengembaraan kali ni agak mencabar walaupun ada part-part yang boring sikit. yang paling smart mestilah Aslan. so, aku suggest siapa yang memang penonton tegar Narnia, pergi la tonton eh? ::



:: then, cerita last ialah Hantu Kak Limah Balik Rumah. sambungan dari Zombie Kampung Pisang. dan aku tonton cerita ni 2 kali. genre kelakar seram. kita boleh gelak dan seram pada masa yang sama. ia mengisahkan Kak Limah yang menghantui penduduk Kampung Pisang. so, macam-macam insiden kelakar dan seram yang berlaku. dari mula sampai habis aku gelak. memang sesuai untuk sesiapa yang nak release tension. haa .. aku suka cerita ni sebab intipati dan skrip dia. banyak kita boleh renung dan fikir kerana kebanyakkannya berkisar mengenai sikap orang Melayu zaman sekarang. ada diselitkan unsur-unsur perli dan sinis. tapi masih dengan cara bersahaja dan santai. so, cerita ni pun aku suggest korang tengok eh? ::



:: then, aku ada tengok preview cerita baru, tajuk dia Morning Glory dan Gulliver's Travels. tengok macam menarik. lupa pulak bila keluar. adoi .. habis lagi duit aku macam ni. haih ~ ::

Monday, November 8, 2010

Jom tonton ..!

Salam ..

:: uiks. lama rasanya tak menjejakkan kaki ke panggung wayang yang berhampiran. dah tak ingat filem terakhir yang aku tonton. hmm .. lama tak tonton cerita animasi. jadi, beberapa hari ni, aku terpandang di kaca televisyen promo filem "Megamind". aku rasa menarik. jadi, aku bersama-sama pakcik Google mencari plot filem ini. walaupun pakcik aku ni mat saleh, tapi dia sedaya upaya mentafsirkannya kepada bahasa Melayu walaupun ayatnya agak tak tentu arah. maafkanlah dia ye? itu dah buat aku cukup terharu dengan kesungguhannya. terima kasih pakcik. sini aku tempekkan di bawah ni. ::

"Filem animasi megamind ini telah menggunakan suara bintang-bintang terkenal hollywood seperti aktor terkenal Will Ferrell (megamind), Brad Pitt (Metro Man), Ben Stiller (Bernard) dan artis Tina Fey (Roxanne Ritchi). Megamind (Will Ferrell) adalah penjahat ulung dan terpandai yang pernah ada. Selama bertahun-tahun, ia berusaha menakluk kota Metro dengan cara apa sekalipun. Setiap usahanya selalu digagalkan oleh pahlawan super yang dikenal sebagai Metro Man (Brad Pitt). Hingga suatu hari Megamind berhasil membunuhnya. Hidup Megamind kekosongan. Seorang penjahat tanpa seorang pahlawan penyelamat. Dia menyedari bahawa cita-cita hidupnya adalah untuk mencapai hal terburuk yang pernah terjadi padanya. Satu-satunya cara untuk keluar dari kehampaan tersebut adalah menciptakan pahlawan baru bernama "Titan", lebih besar, lebih baik dan lebih kuat dari Metro Man. Ternyata Titan merasa jauh lebih menyenangkan untuk menjadi penjahat daripada pahlawan. Titans tidak hanya ingin menaklukkan dunia, tetapi ingin menghancurkannya! Apakah Megamind akan dikalahkan oleh ciptaannya sendiri? Akankah Megamind yang akan menjadi pahlawan?" *aku sendiri pun pening baca .. hmm ..*

:: aww .. agak menarik. lihat saja pada karakternya mampu membuat penonton gelak. jadi, marilah kita tonton sama-sama. bila? entah la .. ekeke ..

Thursday, October 21, 2010

Movie baru ..

Salam ..

:: 21102010 :: ayakk! aku keje malam ari ni. choii..! ni aku baru masuk opis. so, today aku balik pukul 11 malam. ada sape-sape nak temankan aku tak? raise your hand please? *ok fine. aku tau takde sape angkat tangan. tunduk sedih.* but it's okay. aku dah biasa. *senyum balik.* ::

:: then, masa aku lunch tadi (aku lupa la nama kedai tu ape. sedap jugak lauk-pauk dia) .. aku tertengok la satu movie trailer kat channel astro max tu. (kat umah aku takde channel ni. tu yang macam teruja nak tengok tadi). ada movie baru kuar hari ni. tajuk dia "Life As We Know It". Genre movie ni comedy drama. then, pelakon-pelakon dia adalah Katherine Heigl dan Josh Duhamel. i like Josh Duhamel ..! ensem ..! minat dia jugak dalam movie "When in Rome". hiks. (^_^) ::

:: Ni aku kopipes sipnosis movie ni :

Holly Berenson (Katherine Heigl) is an up-and-coming caterer and Eric Messer (Josh Duhamel) is a promising network sports director. After a disastrous first date, the only thing they have in common is their dislike for each other and their love for their goddaughter, Sophie. But when they suddenly become all Sophie has in the world, Holly and Messer are forced to put their differences aside. Juggling career ambitions and competing social calendars, they’ll have to find some common ground while living under one roof.

:: macam sweet kan movie ni? ni antara picture yang aku rasa sweet mereka-mereka ni .. ::


p/s : suka tengok movie sweet-sweet cmni .. (^_^)

Saturday, September 18, 2010

Short quote ..

Salam ..

:: If I tell you I love you .. can I keep you forever? ~ Casper .. ::



p/s : suke tengok cerita ni ..

Friday, September 17, 2010

Mr. Perfect ..

Salam ..

:: korang penah tengok cerita korean ni tak? cerita ni dah lama dah. tetibe pagi ni aku teringat. tajuk dia "Seducing Mr. Perfect". hah? tak tengok?? perghh .. gile rugi! cepat2 la bawak pegi tengok. kalau yang dah tengok tu pasti tersenyum lebar sebab teringatkan muka hero cerita tu kan? kalau tak minat cerita korean pun, kalau tengok je hero dia, confirm korang nak tengok banyak kali. *cakap kat diri sendiri sekali .. ngee ~* ni aku tempek gambar hero dia kat bawah ni. nama dia Daniel Henney. jom cuci mata kejap! ::





:: hmm .. mulut tu tutup sikit ek? sikit2 sudah. ahaks! hensem? kacak? macho? hoho .. semua tu ada kat dia. memang mr. perfect kan? too perfect i think. ::

:: persoalannya .. ada ke mr. perfect macam ni? setiap pasangan menginginkan mr. perfect dalam hidup mereka. ada yang panggil term ni sebagai terlalu memilih. choosy. tapi tak salah kan kalau kita ni memilih? untuk mencari yang terbaik untuk diri sendiri. pada aku memang tak salah pun. kalau aku pun aku nak pilih yang terbaik untuk diri sendiri. tapi orang lain selalu anggap yang aku ni high taste. hello! i'm not that type of person ok? haish! but aku still ada kriteria-kriteria yang aku cari. hiks. ::

:: kalau dapat macam Daniel Henney ni pun jadi la. wahh! demand bebenor. hmm .. okez .. iras2 sikit je, boleh tak? hiks. =p ::

p/s : susah nak jaga orang2 hensem ni .. kalau couple nanti hati tak senang .. asyik risau je .. takut orang lain pulak minat kat dia .. alahai!

Wednesday, September 15, 2010

SEPI ..

Salam ..

:: sob sob .. (T_T) :: finish watching filem SEPI kat astro ria. ni semua atas hasutan akak & abg ipar aku. aku pun terjebak tengok cerita ni. yang membuatkan aku lebih tertarik dan semangat nak tengok cerita ni sebab pengarah dia Kabir Bhatia. same as cerita CINTA and Nur Kasih. memang lain betul garapan dari pengarah muda ni. dari jalan cerita .. camera shoot dia .. pencahayaan .. penghayatan .. details sgt. setiap inci scene tu memang unik. dan beliau berfikir out of the box. cara dia berfikir lain. sentuhan dia boleh buat semua penonton turut merasa apa yang ingin dia sampaikan. sedih .. gembira .. marah .. benci .. kecewa .. putus asa .. cinta .. semua ada. kita jugak boleh rasa. ::

:: ada ke cinta seperti adam, sufi dan imaan sekarang ni? pada aku cinta mereka sangat ikhlas. bukan sebab terpaksa. tapi dia datang dengan sendiri tanpa dipaksa. betul kata orang, cinta datang tanpa diundang. kalau dah memang tertulis, ia tetap akan berlaku walau apa halangan & dugaan yang menghalang. dengan syarat, kita kena percaya pada Allah. mungkin sebelum ini Dia menguji kita dengan pelbagai dugaan untuk jadikan kita lebih matang. sebab Dia telah menyediakan yang terbaik untuk kita. hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. cinta mereka hadir pada masa, tempat dan situasi yang tidak terduga. ::


:: adam & illyana ~ kalau jodoh tak kemana. even kita dah ada pasangan, tapi belum tentu itu adalah pasangan yang terbaik untuk kita. hanya kita yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. kdg2 cinta sejati kita tu berada di depan mata cuma ia mengambil masa untuk kita melihatnya dengan mata hati. ::


:: sufi & marya ~ yang ni memang sedih. setelah sufi hilang cinta pertamanya, beliau kecewa dan putus asa untuk hidup lalu mengabaikan anaknya. kerana dia menyalahkan diri sendiri terhadap kematian isterinya. tapi dia bersyukur kerana dikurniakan cinta kedua. sebab cinta sufi untuk marya sangat ikhlas. walaupun tak dapat bersama tapi sufi tetap ingat akan janji2nya terhadap marya. ::


:: imaan & khalil & ean ~ yang ni mula-mula konpius. rupa2nya imaan tak dapat terima kenyataan yang khalil dah tiada. imaan masih hidup dalam dunianya sendiri dan masih menganggap khalil masih hidup. hari2 dia bertemu dengan khalil .. berbual .. gelak ketawa .. bercerita macam2. tapi dia sedar bila munculnya ean dalam hidupnya. tapi imaan rasa bersalah kerana dia rasa telah menduakan khalil. satu hari dia mengejar khalil dan accident lalu koma. semasa koma, dia teringat semula bagaimana khalil mati didepan matanya sendiri. ::

:: bagusnya cerita ini ialah ketiga-tiga kisah ini saling berkaitan. memang unik dan kreatif cara pengarah muda ini berfikir. isteri sufi meninggal kerana kereta yang sufi pandu melanggar imaan yang sedang mengejar khalil. isterinya berada dalam kereta dan dilanggar oleh satu kereta lain lalu terbakar. sufi accident sebab ada satu flyers melekat dihadapan cermin keretanya. dan flyers itu datangnya dari adam. saling berkait kan? (^_^) .. ::


p/s : aku juga berharap agar mendapat cinta seikhlas mereka .. aminn ..

Sunday, September 12, 2010

Hari ke-2 Syawal ..

Salam ..

:: hari kedua raya :: takde apa yang menarik hari ni. aku pun dengan takde mood sebab saket perut. so, memerap je kat bilik. bangun pukul 11 pulak tu. tu pun sebab telah dikejutkan oleh ma. suruh mamam ubat. aku ni biasa la. every month memang cmni. memang tak boleh nak dielakkan. masalah perempuan la katakan. hiks. =p kalau nak diikutkan hati memang nak lepak kat bilik je. tapi sedara-mara datang rumah. tak sedap pulak kita dok dalam bilik .. rite? so, bangun .. mandi .. siap2 sket .. dok depan cermin dan try untuk senyum .. (^_^) after that, kiteorang pulak pegi rumah sedara kat Bandar Tasik Puteri. duduk2 .. makan2 .. borak2 .. suasana yang cukup indah aku rasakan. masing-masing ada cerita tersendiri. masa-masa begini la yang paling bermakna bila berkumpul sedara-mara. ditambah pulak dengan loghat Perak yang agak pekat. hiks. aku suka dengar. =) ::

:: malam :: still lepak2 kat rumah sambil menonton Zombie Kampung Pisang. cite ni memang lawak la tapi still menyimpan maksud yang tersembunyi. sinis sedikit. dan aku suka cerita ni sebab ada loghat Perak. kelakar tengok Awie cakap Perak. janggal bunyinya. tak sama dengan orang yang betul2 dari negeri itu. =D ::

:: pukul 11 :: masa ni memang aku book tv sebab aku dah lama nak tengok cerita ni. pisau cukur. *tak payah buat muka bosan cmtu. 1st time aku tgk preview cerita ni pun, sama la riak wajah aku cmtu*. tapi tadi totally change la beb. ntah kenapa aku suka cerita tu. *but it doesnt mean i'm type of that person ok?* ada message yang disampaikan melalui cerita tu. cerita tu buat aku berpikir. semua girls ni memang suka lelaki kaya ke? tak kira la tua or muda. asalkan duit banyak. not because of love. pelik. ada satu dialog dalam cerita ni :

"you nak kahwin dengan orang yang you tak cinta. you boleh bahagia ke?"

"boleh! mula-mula tak cinta. lama-lama cinta la."

senang betul bercakap. mereka-mereka ni tak rasa apa-apa ke? macam mana nak bahagia kalau tiada cinta di hati?

another dialog :

"kenapa you buat semua benda yang you tak suka semata-mata untuk orang lain? kenapa you tak jadi diri you sendiri?"

"jadi diri I? maksud you bodoh dan clumsy macam ni?"

"habis tu? you nak tunjuk kat siapa lagi sifat bodoh dan clumsy ni kalau bukan depan orang yang kita cintai?"

stop pretending and be yourself. susah ke? sesebuah perhubungan memerlukan kejujuran. sekali kita hilang kepercayaan terhadap sesorang, susah kita nak kembalikan semula perasaan itu. lagi satu dialog cerita ni :

"I nak kahwin dengan lelaki kaya sebab I kena fikir masa depan bakal anak-anak I. I tak nak diaorang hidup susah dan tak ada masa depan."

hmm...sebab tu ke mereka-mereka ni berfikiran begitu? patut ke mereka berbuat begitu? kadang-kadang tak boleh salahkan mereka-mereka ni 100%. sebab apa yang berlaku ni selalunya ada kaitan dengan kehidupan mereka dahulu. ada 1 scene dalam cerita ni. di mana situasi dalam bilik darjah. cekgu bertanya kepada anak-anak muridnya mengenai cita-cita apabila dewasa nanti. jawapan yang biasa didengar adalah seperti guru, polis dll. tapi girl ni bangun dan jawab :

"saya nak kahwin dengan tan sri. kalau bukan dengan tan sri, dato' pun boleh."

kanak-kanak sekecil itu dah boleh menjawab dan berfikiran begitu. pelik bukan? tapi ending cerita ni simple je. girls tu dah sedar dengan kesilapan mereka & make a right decision for their life. tak semua benda kita boleh beli dengan wang. memang wang tu penting. aku tak nafikan. tapi ada lagi benda yang paling penting yang kita terlepas pandang.

:: aku suka cerita ni sebab plot cerita yang menarik .. simple .. camera shoot macam cerita omputih .. memang menarik .. macam ada satu cerita omputih yang lebih kurang macam cerita ni .. tapi aku tak ingat cerita apa .. ::


p/s : maya karin & fazura cute dalam cerita ni .. gediks but tak menyampah .. aaron aziz hensem and macho gile .. =D

Monday, August 23, 2010

Teh tarik kurang manis..

Salam ..

Teh Tarik Kurang Manis ~~ aku tgk crite ni kat Astro Prima pukul 10 malam...before this memang ade tgk preview cite ni...crite tu macam besh tapi bile tgk Fasha Sandha, adoiyai..malas betul nak tgk...tapi memandangkan aku suke dgn hero dia which is Zulhuzaimy, aku tgk la jugak...heroin dia Ary Malik (dah lame xtgk dia ni berlakon..chumil jugak dia ni..)

Cerita dia simple je but sweet...x berat sangat & setengah jam pertama mmg aku gelak je tgk cite tu...mmg kelakar gile... =D lebih kurang mcm ni la cite dia :

ehsan (lakonan Zulhuzaimy) baru balik dr London dan everyday his mom asyik suruh dia kawen je..one day mase ehsan ni nak kuar gi bandar, dia hampir2 terlanggar sorg minah ni, azlin (lakonan Ary Malik) namanye..dia ni cekgu...sampai terlanggar pokok pisang (time ni mmg me gelak..!)..so, after that incident, both ni slalu la jumpe sesame, terawikh sesame, mkn sesame, etc. 2 bulan kenal, diaorang pun kawen..then, diaorang pindah umah...mak ehsan ni seorang yg pembersih gile...so, menantu dia pun kena la ade perangai mcm tu... =D wife dia ni xpandai masak tapi hari2 dia blajar masak khas utk hubby dia...then, hubby dia suruh benti keje & dok umah...so, wife dia ikut je...kat umah hari2 bersihkan umah & masak utk hubby dia...hari2 call tnye hubby nak mkn ape.. (so sweet..)..x penah naikkan suara kat hubby dia (yang ni mmg me salute kat dia...sabar orangnye..).. tapi dah few month kawen, lame2 hubby dia rase bosan dgn wife dia..and pada masa same, dia jumpe mimi (lakonan Fasha Sandha), opismate dia...memule diaorang ni not like each other tapi lame2 berbaik la pulak...mimi ni tau ehsan ni dah kawen, tapi lame2 dia rase bersalah sebab azlin datang opis jumpe dia..so, mimi ni amek keputusan nak tolong azlin dapatkan balik hubby dia...ballik dr jumpe mimi, azlin bagi keizinan kat ehsan utk kawen dgn mimi...memule ehsan terkejut then lame2 dia trime setelah dipujuk oleh azlin...then, ehsan bwk la si mimi ni jmpe mak dia & mak dia for sure la terkejut x bape nak suke dgn si mimi ni sebab mimi saje pakai baju bukan2, pastu dia cm berlagak gedik & diva...yang kelakarnye, soalan mak dia kat mimi.."seminggu berapa kali cuci kipas?"..hiks..kelakar btol soalan ni & dgn selambe mimi jwb.. "saya x pakai kipas, saya pakai air-cond.." berkerut muke mak dia...so, mimi saje je buat cm2 supaya ehsan pikir balik yang wife dia jauh lebih baik dr dia...so, ehsan teringat sume bnda yang wife dia penah buat utk dia..so, dia terus bangun & balik umah cari wife dia...baru dia sedar yang wife dia is the best... ~the end~

So, kesimpulannya...hargailah orang yang berada depan mata kite...kadang2 kite xnmpk yang ade depan mata kite...still lagi mencari...bile dah terase kehilangan dia, baru kite rase menyesal & patah balik utk mencari...setiap org ade kelebihan & kekurangan masing2...kite dijadikan berpasangan utk saling melengkapi antara satu same lain...(ingtkan utk diri sndiri jugak.. ~)..

p/s : cite ni buat aku byk berpikir ..

quote : Being happy doesn’t mean everything is perfect .. it means you have decided to look beyond the imperfections .. ~ unknown ..

Thursday, August 19, 2010

Termenung ..

Salam ..

"sejuknya." aku betul-betul berdiri depan pintu sliding door tu.

"kuat betul angin malam ni. macam nak hujan je." penat berdiri, aku duduk di sofa yang berwarna coklat. tapi pandangan tetap dihalakan ke luar rumah.

"mane la budak-budak ni? sorang pun tak ade. hmm..tak apelah, bukan tak biasa pun tinggal sorang-sorang macam ni." aku tersenyum. lama aku biarkan tubuh disapa oleh angin yang agak kuat itu. nyaman.

Kemudian, aku menghala ke arah televisyen, mencari remote. "mane pulak remote ni?" habis semua aku angkat, nasib baik sofa tu tak diangkat sama, berat. hiks.."ok, jumpa!"

tiada cerita yang menarik kecuali drama samarinda. Syurgamu Ramadhan tajuknya. "hmm...cerita sedih la ni. layan je lah dari tak ade." sambil mata tertumpu ke arah televisyen.

yang paling aku tertarik adalah lagu tema cerita ni ~ Azfar - Akan Ku Jumpa :


Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayang mu
Langit dan bumi setia menemani ku
Matahari menyinar tak pernah berpihak pada ku
Ku kepanasan tanpa perlindungan mu

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri mu dalam hidup ku ini
Rasa kecewa ada bilakah kita nak berlari
Namun yakin ku takkan ku temui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Wajahku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diri ku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu

Akan ku jumpa diri mu .. ohh
Dan ku kan terus

Menempuh mimpi-mimpi ku .. selalu

Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara

Cinta datang sembunyi
Andai ku kabur mencari
Hadirlah dalam hidup ku ini

Cinta datang engkau pergi
Bila langkah ku cuba
Untuk mengejar diri mu


aku pun tak tahu bila masa mata ini terpejam. yang terakhir aku ingat aku sedang berbaring di sofa coklat itu. kedengaran telefon bimbit berbunyi nyaring. alarm clock aku.

ahh, sudah pagi rupanya dan aku masih lagi di sofa coklat. sambil bangun dan mengeluh, "hmm .. terlepas sahur lagi hari ni." lantas aku menuju ke bilik air dan hampir-hampir terlanggar bucu katil. "hati-hati sikit lain kali boleh?"...

p/s : berair mata dengar lagu ni .. dont know why ..

p/s lagi : drama ni cite pasal kekeluargaan .. banyak yang boleh dijadikan pengajaran .. (promote sket : Slot Samarinda ~ Syurgamu Ramadhan - Selasa hingga Khamis, 10 mlm, TV3)



quote : When you look at your life, the greatest happinesses are family happinesses .. ~Joyce Brothers

Wednesday, August 11, 2010

Lagenda Budak Setan @ Astro Prima ..

Salam ..

Hye all..! pose x ari nie..? hiks...ari ni 1st day kite berpuase, rase tenang je pagi ni.. =) semalam xsahur sangat sebab malas nak kuar...so, mlm semlm me & housemate mamam cucur goreng Adabi yang telah dimasak oleh my housemate..(time kaceh kak Ayu..nanti bleh masak lagi yee walaupun separuh dari cucur lain bebenor warnenye..hoho.. =p)..sambil me nk iron baju semalam, me pun capai la remote Astro nak tengok cite ape yang besh..me tekan button info, tetibe je ternampak la tajuk Lagenda Budak Setan kat channel Astro Prima pukul 10.30..me pun ape lg...trus meng'iron' baju dengan pantas sekali dengan tudung & terus memecut ke toilet untuk bersiram..(kantoi plak xmandi lagi.. =p)..kuar je dari toilet, nasib baik la baru start lagu tema cite tu..

Hilangnya cintamu

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanya lah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu .. ~~

(yang lain sambung sendiri ek? taip je tajuk lagu ni..mesti kuar punye..hiks.. =D)

Me juz nak komen la 1st episod yang me tengok semalam...starting dia ok la...mood kat skolah tu menarik la..lupe plak nak tengok sekolah ape & kat mane...dalam tu nmpk la kenakalan Farid Kamil @ Kasyah yang suke mengenakan budak2 lain tu & he looks so handsome..! =D then, dengan geng2 nakal dia tu pun ok la...nampak serasi.. =) then, watak Ayu yang dipegang oleh Maslina Ramli tu macam kureng sket la...maybe sebab dalam otak dah set yang watak Ayu tu chomey dipegang oleh Lisa Surihani... =D

Then, ade jugak unsur2 humour yang dimasukkan dalam cite ni oleh Along Kamarudin tapi kalau bleh mantapkan lagi...lagi besh! (^_^)p angle camera pun ok & chanteq..ala2 movie tau.. =) (cewahh...macam la me ni terrer sangat la pasal bnda2 ni..hoho..)

So, secara keseluruhan, boleh la untuk 1st episod...nantikan episod seterusnye next week ok? me paste sket sinopsis cite ni kat sini kalau ade sesape yang xpenah tau @ bace buku by Ahadiat Akashah ni...

Siri ini bermula dengan kenakalan Kasyah (Farid Kamil) seorrang pelajar yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain bersama beberapa rakannya. Namun sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru bernama Ayu (Maslina), lalu membuatkan dia jatuh cinta. Walaubagaimanapun, bekas kekasih Ayu bernama Azmi (Nas-T) tiba-tiba muncul menagih semula cintanya. Ayu tepaksa menerima Azmi atas paksaan Mak Leha (Arifah Damanhuri) walaupun sebenarnye dia semakin menyayangi Kasyah. Selepas Ayu bernikah dengan Azmi, hati Kasyah hancur berkecai dan hidupnya menjadi tidak terurus. Selepas berkahwin, hidup Ayu tidak bahagia dan suatu malam setelah dibelasah teruk oleh Azmi, dia memandu dengan laju sehingga mengalami kemalnagn yang teruk. Ayu bernasib baik kerana umurnya masih panjang namun wajahnya sudah tidak secantik dulu. Lantaran Ayu meulakan hidup barunya dengan wajah baru serta nama baru, Emilia (lakonan Jue Aziz). Suatu hari, Ayu @ Emilia dipertemukan dengan Kasyah dan cinta mereka kembali bertaut. Kejadian kisah cinta ini ke satu sisi yang lain dan menemukan Katerina (lakonan Melissa Maureen Rizal) dengan Kasyah. Siapakah pula Katerina? Dan apakah yang terjadi dan bagaimanakah pengakhiran jalan cerita ini..?

Hmm...macam tu la sinopsis cite ni...same je dengan novel tapi novel lg besh kot..hiks.. =D Kepada sesiape yang nak kenal sape yang pegang watak Ayu tu, ni picture dia :

p/s : suke tengok Farid berlakon sesame dengan Lisa.. =D

quote : If you love somebody, let them go .. if they return, they were always yours .. if they dont, they never were ..

Friday, August 6, 2010

Adamaya Vs. Epilog Syurga Cinta ..

Salam ..

Memandangkan ari ni me keje malam & xramai student plak malam ni (me sangat suke..hiks..), tetibe tertengok plak slot Akasia kat tv3 tu...sekarang ni dah ade slot baru...Epilog Syurga Cinta (ala...same je dengan cite Syurga Cinta kat wayang tu, tapi ni versi drama plak..)..me xtgk lagi cite ni & xtau la nk komen besh ke x...tapi yang membuatkan me nak tgk jugak cite ni sebab ade Amani..!! ala...budak kecik chomey gile yang berlakon cite Adamaya (favourite cite ni..!) tu..name sebenar dia Mia Sara Nasuha tapi me lebih suke panggil dia Amani...so cute lah..! =D

So..me nak start la tengok cite ni sebab ade Amani..nak tengok bleh x lawan ke'besh'an cite Adamaya & mampu ke cite ni buat me tersenyum2, tersengih2 & tergelak2 sorg2..? will see..! =D cast dia pun bleh tahan jugak which are : Zizan Nin & Fida (chomey la dia ni..).. so..ni sedikit sebanyak sinopsis cite Epilog Syurga Cinta :

" Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.

Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.

Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya. Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah... "



So..cam tu sinopsis cite ni yang telah me copy paste dari blog QIMIE[DOT]COM.. (jgn mara ye sbb me copy paste ni..) =D


p/s : hmm...pasni keje men'download' cite ni la plak..hiks.. =D

quote : You can’t force someone to love you .. you can only stalk them and hope for the best ..