:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Wednesday, September 15, 2010

SEPI ..

Salam ..

:: sob sob .. (T_T) :: finish watching filem SEPI kat astro ria. ni semua atas hasutan akak & abg ipar aku. aku pun terjebak tengok cerita ni. yang membuatkan aku lebih tertarik dan semangat nak tengok cerita ni sebab pengarah dia Kabir Bhatia. same as cerita CINTA and Nur Kasih. memang lain betul garapan dari pengarah muda ni. dari jalan cerita .. camera shoot dia .. pencahayaan .. penghayatan .. details sgt. setiap inci scene tu memang unik. dan beliau berfikir out of the box. cara dia berfikir lain. sentuhan dia boleh buat semua penonton turut merasa apa yang ingin dia sampaikan. sedih .. gembira .. marah .. benci .. kecewa .. putus asa .. cinta .. semua ada. kita jugak boleh rasa. ::

:: ada ke cinta seperti adam, sufi dan imaan sekarang ni? pada aku cinta mereka sangat ikhlas. bukan sebab terpaksa. tapi dia datang dengan sendiri tanpa dipaksa. betul kata orang, cinta datang tanpa diundang. kalau dah memang tertulis, ia tetap akan berlaku walau apa halangan & dugaan yang menghalang. dengan syarat, kita kena percaya pada Allah. mungkin sebelum ini Dia menguji kita dengan pelbagai dugaan untuk jadikan kita lebih matang. sebab Dia telah menyediakan yang terbaik untuk kita. hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. cinta mereka hadir pada masa, tempat dan situasi yang tidak terduga. ::


:: adam & illyana ~ kalau jodoh tak kemana. even kita dah ada pasangan, tapi belum tentu itu adalah pasangan yang terbaik untuk kita. hanya kita yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. kdg2 cinta sejati kita tu berada di depan mata cuma ia mengambil masa untuk kita melihatnya dengan mata hati. ::


:: sufi & marya ~ yang ni memang sedih. setelah sufi hilang cinta pertamanya, beliau kecewa dan putus asa untuk hidup lalu mengabaikan anaknya. kerana dia menyalahkan diri sendiri terhadap kematian isterinya. tapi dia bersyukur kerana dikurniakan cinta kedua. sebab cinta sufi untuk marya sangat ikhlas. walaupun tak dapat bersama tapi sufi tetap ingat akan janji2nya terhadap marya. ::


:: imaan & khalil & ean ~ yang ni mula-mula konpius. rupa2nya imaan tak dapat terima kenyataan yang khalil dah tiada. imaan masih hidup dalam dunianya sendiri dan masih menganggap khalil masih hidup. hari2 dia bertemu dengan khalil .. berbual .. gelak ketawa .. bercerita macam2. tapi dia sedar bila munculnya ean dalam hidupnya. tapi imaan rasa bersalah kerana dia rasa telah menduakan khalil. satu hari dia mengejar khalil dan accident lalu koma. semasa koma, dia teringat semula bagaimana khalil mati didepan matanya sendiri. ::

:: bagusnya cerita ini ialah ketiga-tiga kisah ini saling berkaitan. memang unik dan kreatif cara pengarah muda ini berfikir. isteri sufi meninggal kerana kereta yang sufi pandu melanggar imaan yang sedang mengejar khalil. isterinya berada dalam kereta dan dilanggar oleh satu kereta lain lalu terbakar. sufi accident sebab ada satu flyers melekat dihadapan cermin keretanya. dan flyers itu datangnya dari adam. saling berkait kan? (^_^) .. ::


p/s : aku juga berharap agar mendapat cinta seikhlas mereka .. aminn ..

No comments:

Post a Comment