:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Tuesday, September 7, 2010

Lelaki oh Lelaki ..

Salam ..

Kalau perempuan cantik pendiam
Lelaki akan kata : wow..! ciri2 isteri idaman ..
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata : tak reti berkomunikasi agaknya ..

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata : mesti ada krisis ni. kesiannya ..
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata : dah la tak lawa .. perangai plak mcm sial ..

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata : wow..! heroin sejati ..
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata : hmm .. taktik nak ngorat la tu ..


Kalau perempuan cantik dapat lelaki handsome
Lelaki akan kata : ok la .. bagai pinang d belah dua ..
Kalau perempuan tak cantik dapat lelaki handsome
Lelaki akan kata : kesian .. mesti dah kena bomoh lelaki tu ..

Kalau perempuan cantik di tinggal kekasih
Lelaki akan kata : buta kayu btol mamat tu ..!
Kalau perempuan tak cantik di tinggal kekasih
Lelaki akan kata : patut pon kena reject ..

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata : ntah dato' mana bela ni ..
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata : mesti anak org kaya ni ..

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah .. caringnya ..

Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata : eleh .. gedik la tu ..


Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata :
don't worry .. i will make u happy forever ..
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata : sikit2 nangis..!! cengeng betol .. ngade2 la ..

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata : dah la lawa .. pandai masak plak tu ..
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata : ntah sedap ke tak tu ..

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata : syoknye.. !! rindu la tu ..
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata : ko ni takde keje lain ke..??! sibuk ni tau tak..!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata : ee .. sukenya ..!!

Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata : asyik2 email dia...boring..!



p/s : hmm.. manusia tak pernah puas hati dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka .. tak salah untuk menilai tetapi jangan mengukur keperibadiaan seseorang melalui paras rupa semata-mata .. tak kenal maka tak cinta ..

quote : Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah ..

No comments:

Post a Comment