:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Friday, September 3, 2010

Zakat fitrah ..

Salam ..

:: entry penting :: lebih kurang seminggu lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. mesti sume tgh sebok membuat persiapan untuk menyambut hari kemenangan umat Islam ini. masing-masing sebok bershopping sakan. orang penuh di kedai-kedai. berpusu-pusu dan sesak. macam ada perhimpunan. macam semut. pelbagai kain rentang terpampang menandakan ada jualan murah. memang tertarik. lebih2 lagi government bagi bonus raya.

tapi sudahkah mereka-mereka ini membayar zakat fitrah? sesetengah orang menjawab:


"ow..bayar zakat? ala .. nanti2 la. byk lagi masa."

"zakat selalu bapak aku yang bayar. biar je la dia yang bayar."

"memang niat nak bayar tapi tak sempat la. aku sebok dengan keje."

"nak bayar kat mane ek? online tak boleh ke?"

yang paling teruk aku penah dengar :

"ow..kena bayar ek? tak tau la pulak."

cetek betol pengetahuan agama mereka-mereka ini. bukan nak kata aku ni pandai sangat tapi at least basic tu kena ada. shopping bole plak kita menghabiskan ribuan ringgit tetapi kenapa kalau zakat ni kita nak berkira? zakat fitrah jugak salah satu rukun islam yang ke-5 wajib ditunaikan :
(1) Mengucap dua kalimah syahadah
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat

kadang-kadang aku tak paham dengan manusia ni. terlalu moden barangkali pemikiran mereka ni. tak salah nak moden tapi basic agama kena pegang. kena jaga. kena amek tau. agak-agak mereka-mereka ini tau tak makna zakat fitrah itu sendiri ?

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

:: Syarat wajib zakat fitrah ::

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah :


(1)Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

(2)Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

(3)Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

(4)Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.


:: 5 waktu mengeluarkan zakat fitrah ialah ::

Waktu Wajib
Terbenam matahari 30 Ramadhan sehingga terbit matahari 1 Syawal

Waktu Afdhal
Sebelum Solat Aidilfitri

Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan

Waktu Makruh
Selepas solat Aidilfitri sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal

Waktu Haram
Selepas terbenam matahari 1 Syawal

(*mengikut jenis beras)

p/s : so, moh le reramai pergi tunaikan tanggungjawab kita yang satu ni .. semoga kita semua diberkati .. amin ..



quote : Ingatlah .. kita tidak akan menjadi miskin atau susah hanya kerana kita berkongsi sedikit daripada harta kita dengan orang lain ..

No comments:

Post a Comment