Salam ..
:: dah lama aku nak cakap pasal tajuk ni. bukan ape, just wat to share my opinion. tak salah kan? setiap orang ada pendapat dan pandangan tersendiri. tak ada yang betul dan salah dalam hal ni, true? *angguk kalau kamu bersetuju dangan aku.* =) ::
:: persoalannya .. bolehkan lelaki dan wanita menjadi 'hanya kawan'? mesti ada antara kita yang angguk2 dan geleng2 kan? tak apa, tu korang punya pendapat. memang ‘cool’ kalau kita memiliki lelaki sebagai sahabat baik sebab mereka mempunyai perspektif dan pemikiran yang berbeza dalam apa jua perkara. tapi bukanlah aku nak cakap yang kawan perempuan itu tak ‘cool’ ~ jangan salah tafsir yee. lelaki selalunya lebih rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. tambahan pula, ianya logik untuk mendapatkan nasihat tentang lelaki daripada lelaki sebab ianya kadang2 agak menarik. sebab hanya mereka yang memahami kaum mereka sendiri. true? *aku tau ramai yang buat cmni. cakap kat diri sendiri jugak ni .. ngee~*::
:: ada satu lagi jenis, ia digelar The Facade - anda berdua hanyalah kawan biasa tetapi jauh di dalam hati tersembunyi rasa “gila” terhadapnya tetapi tidak ada keberanian untuk berterus terang. ini adalah kategori yang sukar. mengaku dan berhadapan dengan risiko kehilangan kawan atau sembunyikan perasaan dan bersedia untuk patah hati setiap kali dia berbicara tentang gadis kesukaannya? kedua-duanya akan membuatkan anda buntu. yang ni aku kopipes dari sini. so, korang penah rasa cmni tak? aku rasa, rata-rata penah mengalami keadaan cmni. so, apa yang korang lakukan? terpulang pada korang la. kalau korang jenis yang berani, aku rasa baik mengaku je. sekurang-kurangnya korang akan rasa lega apabila mengetahui apa yang korang patut tahu. sekiranya dia tidak mempunyai perasaan yang sama, sekurang-kurangnya korang tahu. true? but lepas tu mesti kita rasa janggal. hmm .. ::
:: ni aku dapat dari salah satu blog, "I feel just the opposite. Men and women cannot be just friends. Atleast in a sense of women-women friends. Men and women can't go to movies togther, shopping together, hang out together, etc. and then expect no emotional relationship to develop. There is just something in people that makes them gravitate toward each other. Especially when they start discussing problems in current relationships with each other. It just gets messy and can lead to awkard situations." ::
:: for me, depends on the situation. susah sebenarnya kalau bestfriend kita ni lelaki. bukan apa, perempuan ni cepat tersentuh. even lelaki tu tak ada apa2 perasaan pun kat kita tapi sebab kita dah kenal and faham perangai dia .. dan dia pun macam tu .. membuatkan kita rasa sangat selesa dengan dia. boleh kongsi apa saje dengan dia. sebab lelaki ni berfikiran terbuka dan tak cepat melatah. bila rasa selesa, akan timbul satu 'perasaan' lain dalam kita tak sedar. kalau dah berkaitan dengan perasaan ni, susah sikit kita nak control. true? sampai bila kita nak pretend yang kita tak ada apa2 perasaan dengan dia? saket kalau lama kita pendam. itu just pendapat aku. it all depends on yourself. true? ::
p/s : semuanya terpulang pada hati .. kalau kita tak bertepuk sebelah tangan, kita akan mendapat sahabat dan teman hidup sekaligus .. tapi kalau sebaliknya, kemungkinan besar kita akan kehilangan kedua-duanya sekaligus ..
quote : berilah cinta tanpa meminta balasan .. dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah ..
No comments:
Post a Comment