:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Friday, September 17, 2010

c.i.n.t.a

Salam ..


:: aku tak pandai bicara mengenai cinta. kerana aku juga tak memahami maksud cinta. setiap orang mempunyai tafsir cinta yang tersendiri. aku tidak arif mengenai cinta. mungkin aku tak cuba untuk memahaminya. pada siapa aku harus bertanya? siapa yang arif pasal cinta? kamu? anda? kau? awak? you? kadang2 cinta ini buat kepala pening. sampai saket kepala pulak tu. penangan cinta ni amat kuat. seperti orang dulu-dulu kata : makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. makna yang paling ringkas : a.n.g.a.u. hiks. penah aku ajukan soalan ini kepada seorang teman yang tak dikenali melalui emel. jadi, dia pun membalas :


"Jika ia sebuah cinta .. ia tidak hadir dengan permintaan .. namun ia hadir kerana ketentuannya .. jika ia sebuah cinta .. ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan .. namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan .."


jawapan yang begitu mendalam. perlu penghayatan sedikit. *tapi jangan la sampai begitu kerut di muka tu. aku pun tgh cuba untuk fahami bait-bait itu. hiks.* betul ke cinta memerlukan pengorbanan? perlukah pengorbanan hanya untuk menunjukkan kesetiaan kepada orang yang kita cintai? sesetengah orang berpendapat, cinta memang memerlukan pengorbanan, baru ada thrill dalam perhubungan. baru kita rasa cinta itu terlalu berharga dan sangat sukar untuk diperoleh. justeru, kita akan lebih menghargai apa itu cinta. hmm .. betul jugak kan? ::

:: kalau kamu tanya aku tentang cinta. ops! kamu memang salah orang. aku memang tidak arif tentang cinta. tapi pada aku, setiap orang amat memerlukannya kerana cinta itu indah dan sukar digambarkan dengan kata-kata. ::


p/s : kenapa aku bicara mengenai cinta ni? hmm .. saja ..! ~lalalalala .. =D

quote : tak semua orang mampu meluahkan apa yang mereka rasa melalui pertuturan .. cukup dengan hanya tingkah laku dan bahasa tubuh untuk menerangkannya .. kadang2 instinct jugak membantu .. hmm .. sukar bukan untuk memahami cinta? (ngeee~)

No comments:

Post a Comment