:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Showing posts with label Gathering. Show all posts
Showing posts with label Gathering. Show all posts

Monday, December 3, 2012

Makan-makan @ opis bahagian ke-3..

Salam..

hoho. makan oh makan di sambung untuk bahagian ke-3. haha!

posing !
 p/s : laparnye ! jom makan !

Adik bongsu kawen..

Salam..

Adik bongsu kami kawen minggu lepas.. alhamdulillah. happy for u babe!

semoga berbahagia sampai tua.. :)

Thursday, November 22, 2012

Feveret pic of the year !

Salam..

Owh.. sebelum terlupa.. dah lama tapi nak post jugak. gambar feveret of the year. sangat suka gambar ni teramat suke !

kami yang cantek !

p/s : rindu kamu orang !

Friday, November 16, 2012

My best friend wedding !

Salam.

selamat pengantin baru buat sahabat terbaik saya, Nurul Hidayah (Daia @ Yui) dengan pasangan sehidup sematinya Rafik pada 10.11.12. cantik kan angka tu? senang nak ingat date anniversary mereka ni. congrates dear ! happy for u okay ! ow.. lupa ! welcome to the club yaw ~ hiks. !

sahabat saya sangat cantek !
aku : maira lady bird : Daia !

p/s : tinggal lagi sorang.. hihi. http://www.emocutez.com

Tuesday, October 23, 2012

Aku, mereka & Subway..

Salam..

Tak pernah makan Subway pun. tapi mereka-mereka ni lah yang ajar aku makan benda ni. uih! sedap rupanya! yummeh..!


p/s : addicted to Subway la pulak .. hiks.http://www.emocutez.com

Thursday, September 20, 2012

Raya.. raya.. raya!

Salam..

Raya di mana-mana! eh, sempat lagi tak nak post story & picture raya? ala.. boleh la.. boleh la eh? enjoice la pictures kat bawah ni sempena hari raya yang lepas.

raya raya di Kuang!

 ni raya raya di rumah saudara-mara!

ni pulak raya raya di PTAR!

oh.. ni pun kira picture raya jugak. with my besties!


p/s : hihi.. i janji, lepas ni i selalu hapdet blog eh? (^__^)p

Tuesday, October 11, 2011

Event hari ahad ..

Salam ..

:: ni hapdet untuk event hari ahad pulak. so, ahad lepas, my parents-in-law datang straight away from Batu Pahat untuk attend convocation my sister-in-law at PICC (Putrajaya International Convention Center) kat Putrajaya. So, aku dan mr.eM kena entertain mereka kat sini. dalam masa yang sama, mereka nak tengok our new house. ::

:: then, lepas tengok-tengok rumah, baru kami ke Putrajaya. convocation tu sesi petang. sampai sana awal pulak, dalam pukul 11pg. so, lepak-lepak la kami kat sana sementara nak menunggu ke pukul 2ptg. after my parents-in-law masuk dewan, kami (aku, mr.eM, my two sister-in-law & brother-in-law wannabe) merayap ke Alamanda. mana lagi nak pegi kalau kita dah kat Putrajaya, rite? nak masuk dewan pun bukan boleh, so terpaksa la menghabiskan masa terluang kat sana. hajat asal nak tengok wayang but the timing tak sesuai. jadi, kami-kami ni jalan-jalan cuci mata je. ada banyak sale pulak time-time camni tapi poket kami-kami yang tak berapa nak 'sale'. hiks. ::

:: about 5ptg tu, parents-in-law call bagitau dah keluar dewan. then, kami-kami pun gerak ke PICC. after salam-salam, kami berangkat ke Shah Alam. plan asal, my parents-in-law nak straight balik Batu Pahat but my sister-in-law yang drive tak larat sebab mengantuk sangat. so, mereka check-in hotel and gerak awal subuh keesokkan harinya. so, that's how me and mr.eM spend our weekends with them! ::

+ my sister-in-law with mr.eM .. *mana gambar saya? biasa la, tuan tanah memang selalu tukang amik gambar je .. haih ~~* +



p/s : jarang kita dapat spend time dengan yang tersayang .. so, bile kita ada peluang, please don't waste it! (^_^)

p/s lagi : after this two events yang membuatkan aku rasa tak sihat sampai hari ni .. dah tak boleh nak aktif sangat .. cepat penat .. haih ~~

Tuesday, September 27, 2011

Special family events @ Batu Pahat ..

Salam..

:: hye sume! lame tak hapdet kan? tuan rumah makin rase malas nih..memanjang rase busy nye. keh keh keh~~ sowie ah..lately ni banyak event yang berlaku, so tu yang jarang hapdet tu..::

:: okay, pertama tama sekali aku nak hapdet event ujung minggu lepas. aku dan mr.em pulang Batu Pahat..sebab ada special family events. apekah? ngee ~~ my sister-in-law dirisik dan sekaligus ditunangkan dengan pilihan hatinya. just very simple ceremony among our family je tapi tetap best. best dengan macam-macam food! haha! tu yang aku suka tu, sampai tak tahu nak makan yang mana satu. okay, ni antara gambar-gambar sepanjang events .. enjoice~ ::

:: budak kecik yang paling busy sepanjang events .. ::

:: perbincangan sedang diadakan .. ::

:: selesai perbincangan, di sebalik tirai langsir kami sibuk bergambar .. ::

:: ni sume my sister-in-law .. owh .. yang baju oren tu mak tok! ::

:: antara food yang disediakan .. ::

:: roti jala yang gemuk-gemuk .. ::

:: taraaaa .. !! ni la pasangan yang ditunangkan tu! congrates my dearest sister-in-law & Zul! ::

:: owh .. balik Batu Pahat Jumaat malam tu, jem yang sangat teruk menghala ke Seremban. haih ~~ mereka-mereka ni tak abis-abis beraya lagi ke? cubalah dok rumah .. nasib baik la mr.em relax je walaupun mulut dia membebel sepanjang perjalanan .. ops! (^_^") ::

Monday, August 15, 2011

Berbuka dengan My Besties!

Salam ..

:: alhamdulillah, hari ni dah 15 hari kita berpuasa. syukur sebab dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang berpuasa walaupun keadaan tak berapa nak stabil macam ni. nasib baik yang duduk dalam perut ni tak meragam. terima kasih ye .. ::

:: tak ada apa nak cerita, cuma nak post gambar aku and my besties semalam masa berbuka puasa di Benjiana SteakHouse kat Setiawangsa. sebelah dengan Sekinchan Ikan Bakar. dekat-dekat dengan uptown Setiawangsa. nasib tak sesat cari tempat ni dengan mr. em. susah nak jumpa sebab semua ada komitmen masing-masing. tapi alhamdulillah, dapat jugak berkumpul dengan family masing-masing. food pun not bad la, dia more kepada western food. menu semalam: lamb chop, chicken chop, mushroom soup, spaghetti bolognise, nugget, fries, hotdog.. *ada lagi tapi aku tak ingat dah .. hehe ..* ada juga kuih-kuih, nasi & lauk pauk tapi saja tamao makan sebab nak makan western. tempat ni juga ada surau, so senang la untuk kita. lepas makan ala kadar, pegi solat then sambung makan. best!::


:: so, lepas ni maybe raya baru jumpa mereka-mereka ni balik. guys, aku memang happy jumpa korang semua semalam! sayang korang..! ::

Wednesday, March 30, 2011

Tuan rumah is back ..!

Salam ..

:: hye .. hye guys! ops! assalamualaikum readers! *bajet ramai orang baca blog sendiri.ekeke.* lama rasanya tak jenguk blog aku nih .. maklumlah, cuti panjang. so, hari ni 1st day aku masuk keje balik. maaf la yek sebab lama tak hapdet. busy bebenor rasanya. ni penat tak abis lagi nih. seminggu jugak ler aku cuti. cuti apa? ekeke. *malu tersipu-sipu.* ala aa korang mesti boleh agak punya. hmm .. aku tempek gambar je la eh? ::

:: sangat terharu sebab ramai member-member datang. yang lama tak jumpa pun ada. 4-5 tahun jugak tak jumpa. giler rinduuuuu sama kamu orang semua! agak excited and happy jumpa mereka-mereka. terima kasih banyak-banyak sebab sudi attend my ceremony. and those presents yang aku dapat, a million thanks yaw! tak terbalas rasanya .. semoga Allah murahkan rezeki kalian semua okay? but, pelik sikit sebab 80% presents yang aku & mr. eM dapat menjurus kepada bidang masakan. *aku tau ler aku tak pandai masak. perli la tu kan?* but, really appreciate! ::




my lovely family!

mr. eM's family!

my besties ever!

my dearest friends forever!

my 'gila-gila' friends a.k.a opismate!


p/s : next two weeks my weds @ Batu Pahat .. !

p/s : nanti hapdet picture dari official photographer pulak eh?

Thursday, October 14, 2010

Gathering lagi ..

Salam ..

:: lunch @ masjid. hehe. pelik? bukan dalam masjid shah alam .. kat tepi dia je. mamam kat situ boleh tahan jugak. nasib baek tadi tak ramai sgt orangnya. kalau tak, bekpes mesti penuh. tadi gathering kecik-kecik dgn fara fara, tok ketua, ijad & hizwan. as usual, mesti saket perut gelak. tak abis2 nak mengenakan orang. happy sket jumpa dgn mereka-mereka ni. dah lama tak bergelak ketawa macam ni. adoiyai. ::

p/s : "wei, aku dah kurus kan?" pertanyaan fara fara kat semua orang hari ni. tak abis-abis. hiks.

Takde tajuk ..

Salam ..

:: yeay! ari ni aku dah masuk opis balik setelah berpenat semalam di iLQaM. everything going smoothly and i'm satisfy. thanks all my team work for the good job. well done guys! *tepuk2 bahu sendiri*. yesterday rasa macam saket tulang belakang. sebab berdiri je kerjanya. but it's okay. dah lepas dah pun. (^_^) hari ni ada event lain tapi aku tak involve. fuhh ~ =) *kelegaan*. ::

:: then, semalam aku menemankan teman baek aku, fara fara kat Blue Wave Hotel. PTAR ada event this week. so, ramai staf cawangan turun sini. merasa la aku menjejakkan kaki kat situ. quite nice la jugak hotelnya. so, semalam bergosip2 dengan fara fara macam-macam benda. dari hal-hal kerja sampai la ke hal-hal yang dah merepak meraban. aku sampai tak sedar bila aku tertidur. haha. lama tak jumpa fara fara. so, macam ni la jadinya. macam-macam cerita kuar diselang seli dengan gelak ketawa yang agak melampau dan penuh dengan keterujaan. *sowie ye orang bilik sebelah kalau kami ni buat bising semalam*. hoho. maybe malam ni pun aku temankan dia lagi. cian pulak dia sorang2 kat situ. ::


p/s : shira cayunk .. besh kalau kamu jugak ada. boleh bergosip .. =D

p/s lagi : okez .. nanti aku update lg .. nak kemas kertas2 yang berselerak atas meja ni jap .. baru sehari tak masuk opis dah jadi macam ni .. sigh ~

Monday, October 11, 2010

My BFF weds and penat ..

Salam ..

MySpace

:: sigh ~ mengeluh penat. selalu orang cakap today is Monday blues tapi tak blues pun. pagi-pagi dah banyak keje. ni semua sebab event this Wednesday untuk Bengkel Amalan Terbaik PTAR 2010. pening jugak jadi AJK Hadiah & Cenderahati ni. now dah setel hampir 90%. so i'm really relief. *boleh tarik nafas sikit dah.* but sekarang ni still waiting the supplier for the manicure & t-shirt. so, when do the checklist, everything is under control. ok guys, i have to go to settle few things. ::

:: ah .. before that, congrates to my best friend, norzuhaili (elly) and her hubby, azlan for their wedding yesterday at Puncak Alam. 101010. nice date huh? very 'pink'ful and sweet. your pelamin very gorgeous and sweet .. i like it! (^_^) and meet my old school mate there. miss them so much. so, i wish all the best in life and marriage .. always happy .. makes me 'aunty' quickly .. and luv u dear..! pictures? later okay? ::

:: ow .. today lunch with 'geng induksi', tok ketua and ijad at station kopitiam at sec. 7. others busy. *ye ke busy?* but, never mind. just two of them can make me laugh already. topic that we discuss : AKNC. kawen. rokok. dot dot dot. *tak boleh nak crite sebab aku bawah umo*. caiss! ow .. ijad, gud luck okez? aku doakan ko selamat hari ni dari 'bos' ko tu. ::

p/s : feel sleepy .. haish!

Wednesday, September 22, 2010

Gathering kecik-kecik ..

Salam ..

:: lunch break tadi baru lepas jumpa teman2 induksi kat restoran gembira seksyen 3 .. ke 4 ek? aku pun tak sure. memula nak mkn kat pak long tapi tutup. tu pun dah lambat sebab keluar pukul 1.30 pm. plan tetibe cmni la jadinya. thanks ijad sebab amek aku kat ptar td. so, tadi juz lepak2 and minum2 dengan wan misi ~ shaharil ~ ijad & bakal wife ijad, zana. anyway, congratulations to ijad & zana on their wedding this November. date dia 27 November 2010. =) lagi sorg teman aku nak kawen. happy for them ..! ::

MySpaceMySpace


:: tadi macam nak pecah perut gelak bila hang-out together mcm tu. lama tak jumpa mereka2 ni. kebanyakkan cerita berkisar kepada zaman-zaman induksi dulu. walau berulang cerita tu aku dengar tapi tetap kelakar dan memang akan gelak. rasa rindu pulak bila teringat balik. antaranya cerita pasal Kamil ~ mermaid kat Teluk Batik ~ baju i'm single yang wan misi pakai tepi pantai tu ~ then terus ke cerita bebudak2 lain masa kat sana. memang besh la..! happy and seronok dapat jumpa diaorg. hope lepas ni ada gathering lagi. gathering beraya mungkin .. ::

p/s : kalau gathering dengan diaorg ni .. memang tak sah kalau tak kena buli .. haish! tapi aku tetap happy jumpa korang sume tadi !

Thursday, September 2, 2010

Iftar @ Pizza Hut ..

Salam ..

tak ada plan nak berbuka kat mane ari ni. mungkin macam biasa beli makanan di bazaar dan berbuka di rumah saja. tetibe YM one of my friend update status : "jom kwn2 mkn pizza buka nanti. ape2 ym aku." terus aku buzz dia. hehe.

so, semalam aku berbuka di Pizza Hut @ sek. 7 tu je. thanks to kakak and Wana sebab book tempat awal-awal sebab orang memang ramai gile. sampai-sampai je, pizza dah terhidang depan mata. aku lupa pulak nama pizza tu. yang ada cheese kat tepi tu. kami amek set untuk 6 orang. dugaan btol la. ditambah pulak spaghetti Wana yang seakan-akan memanggil tu. haish.



ramai jugak manusia yang berbuka dengan pizza semalam. sambil makan-makan dan borak-borak, ada la satu pasangan ni yang menarik perhatian kami. posisi btol-btol di tepi tingkap. bukan la nak mengumpat or mengutuk tapi pelik dengan pasangan tu. tak seperti pasangan-pasangan lain yang gembira sesama sendiri. senyap. tiada gelak ketawa. masing-masing tekun dengan makanan di depan mata. cuma kadang-kadang si gadis cuba untuk berbual. yang lelaki menunjukkan muka bosan seperti malas nak melayan tetapi yang si gadis sangat gembira dan excited bercerita. lama jugak kami amati pasangan tersebut tetapi cover-cover jugak la sebab takut mereka perasan. kenapa agaknya ye?

sambil menunggu Wana and Epi datang, pasangan tersebut seakan mahu pulang. si gadis bangun mengambil plastik untuk ditapau mungkin manakala si lelaki itu memandang ke arah gadis itu atas bawah. seakan tak puas hati. masih menunjukkan muka serius. apa masalah lelaki itu ye? kemudian, mereka lalu dihadapan meja kami dan terus keluar. si gadis menaiki kereta manakala si lelaki itu menaiki motor Honda. tanpa mengucapkan sebarang kata-kata, mereka menghala ke arah yang berlainan. tetapi si gadis sempat melempar senyuman yang manis tetapi si lelaki itu tak pandang. kenapa dengan si lelaki itu? jadi, kami membuat kesimpulan bahawa mereka mungkin "blind date" semalam dan 1st time bertemu di situ.

buat si lelaki :: kalau ye pun tak suka, jangan la nampak sangat kat air muka tu. adakah sebab anda hensem so anda boleh berlagak macam tu?

buat si gadis :: kalau dah macam tu gayanya, find someone else that much much better than him. banyak lagi lelaki di luar sana untuk anda.


p/s : si gadis manis berbaju kurung ungu manakala si lelaki hanya jeans lusuh dan t-shirt oren. kontra btol.

quote : Some people come into our lives and quickly go .. some stay for a while, leave footprints on our hearts, and we are never, ever the same .. ~ Flavia Weedn ..

Sunday, August 29, 2010

Ogos ..

Salam ..

:: Ogos :: bulan yang di mana terdapat banyak events yang menarik. setiap orang mempunyai agenda yang tersendiri. di samping cuti yang agak banyak pada bulan ini, kita juga menyambut Hari Kemedekaan yang ke-53 : 1 Malaysia Menjana Transformasi. memandangkan sambutan kemerdekaan jatuh pada bulan Ramadhan, tapi masih ada sambutan yang diadakan secara tertutup di stadium Bukit Jalil. nampak macam meriah je (aku pun tak pegi, tengok kat tv je. hihi.) alhamdulillah. negara kita masih lagi aman dan makmur. kalau nak ikutkan orang, lagi 3 tahun negara kita ni dah pencen dah. hiks. =D i'm proud to be Malaysian!

Then, dalam bulan ini juga, 2 minggu berturut2 celebrate birthday and mam cake. hoho. which are my sis (20hb) and my mom (27hb). happy birthday both of you..! =D so, 2 minggu ni memang sampai muak la mamam cake. ahaks. tapi, seperti biasa orang paling sebok mestilah anak buah aku yang naughty tu. dia pun sebok nak tiup lilin. pastu air liur dia pun tersembur. eerk! =p


So. sebenarnya minggu depannya pulak (4hb) birthday my father pulak. nak beli cake lagi ke? hmm..takut muak la pulak. berbuka di luar? macam besh. akan ku usulkan kepada mereka2 yang berkenaan. hehe.


p/s : my sis - 33 tahun :: my mom - 56 tahun :: .. i luv my family a lot ..!

quote : You don't choose your family .. they are God's gift to you .. as you are to them .. ~Desmond Tutu ..

Saturday, August 28, 2010

Berbuka puase bersame bff .. !

Salam ..

:: Khamis ~ 26/8/2010 :: akhirnye dapat jugak together2 dgn my bff. berbuke puase dengan my bff kat sri rampai. kat kedai Said Ali. name mcm kedai mamak tapi kedai melayu sebenarnye. ramai jugak la org yang mam kat situ. we all amik buffet yang price dia rm19. ok la kan? buleh dikatakan murah la jugak. sesape yang nak pegi tu, dia dekat dengan lot kedai baru kat sri rampai. kat situ ade old town. said ali ni sederet la dgn old town tu.

gerak dari shah alam pukul 5.30 ptg. then, jem truk nak sampai wangsa maju. so, berbuke teguk air masak je. (diragui keadaan air tersebut kerana menurut tuan pnye kete, jangka hayat air tersebut tak dapat dikenalpasti.) tapi, disebabkan tak ada pilihan lain, redah je la. hiks. =D

Then, sesampai je kat kedai tu, tanpa berlengah lagi terus la mamam. tapi lauk pauk dia tak ade la sedap sangat pun. biase2 je. kena la dengan price dia. tapi disebabkan excited nak jumpe my bff ni, tak pe la. asalkan dapat gather2. gelak sume bagai nak pecah kedai tu. ade jugak mata-mata yang sinis memandang ke arah meja we all tapi ade we all kisah ke? diaorg tak tau yang kiteorg ni susah gilew nak gather2 cmtu. lepas makan pun xreti-reti nak balik. still lagi lepak2 dan bergelak ketawa. happy.

Lepas ni tak tau la bile lagi nak jumpe. memasing dah ade commitment sendiri. nak buat cmne. bukan lagi macam zaman dolu-dolu. nak kuar call je. tapi skrg mane buleh cmtu. ade yang kena minta izin dengan hubby, tunang and bf. tapi aku tak ralat atau salahkan tentang tu sebab sume orang dah ade life sendiri. so do I. but satu je yang aku harap. hope this valuable friendship were never ended forever. walaupun sume berjauhan tapi korang tetap ade dalam hati aku. sayang sangat dengan korang sume. terima kaseh kerana hadir dalam hidup aku. thanks my bff..! =D

:: daia ~ anum ~ shaz ~ sue ~ aku ~ miera ::


p/s : thanks beb .. =)

quote : A hug is worth a thousand words .. a friend is worth more .. ~ Jasmine Fitzwilliam ..

Thursday, August 12, 2010

Happy ..! (^_^)

Salam ..

2nd day kite berpuase...semalam 1st day puase berbuke kat umah Kuang...sangat seronok..!!! u know what, x sangka plak sume orang balik berbuke umah ma.. =D x plan pape pun...semalam balik pun x cakap dengan sesape pun, main redah je...hiks..(tu pasal la kena marah dengan ma sebab suke sangat balik secara mengejut..hikhik...sowie ma.. =D)..tapi semalam nak balik Kuang, jem dia dah mengalahkan nak balik raye...kuar opis kol 5 sharp then sampai highway Guthrie kol 6++...adoiyai...

So..sampai kat Kuang, singgah la kat bazaar depan masjid tu...kat situ pun orangnye punyalah ramai...sampai situ dalam kol 7 camtu tapi sume makanan dah nak abis...siap ade yang tengah ngemas nak tutup dah..laku btol 1st day pose ek? Then, yang kelakarnye, sampai umah je me bukak la tudung saji nak tengok ape juadah berbuke ari ni tapi sume kueh, lauk ade la 2 jenis je kot..then, skali lagi dimarahi ma kerana me jugak xbeli lauk sangat, juz beli kueh2 and air je...ma pun trus mengeluarkan isi perut dari peti sejuk tu yang boleh dimasak dalam mase setengah jam sebelum berbuke...alang pun kena marah jugak sebab dia beli ayam percik je, tu pun dua ketul je sebab dia pun x tau sume orang balik berbuke termasuk la my brother-in-law yang tetibe jugak nak balik Kuang...and Amer, my kazen pun datang berbuke and beli kueh jugak...hahaha..tapi nasib baek sempat dicover oleh yop and kak Zu sebab diaorang ade beli lauk...hoho..(syabas yop kerana berjaye mengurangkan kemarahan ma...!=D)

So, sume la ade kat umah berbuke for 1st day pose.. =D sangat seronok..!! and yang paling seronok mestilah Zuhaira Aqila (Ya) sebab ramai orang ade kat umah.. =D so, i'm happy today!

p/s : salah satu makanan wajib yang kena ade everytime berbuke ialah murtabak..! =D

quote : Nothing can bring you happiness but yourself ..

Sunday, August 8, 2010

Ibu ~ Ina ~ Aleng ..

Salam ..

Ari ni me hepii sangat2 sebab semlm Ina msg bgtau nak jumpe sebab ibu trn Shah Alam..lame gile xjumpe diaorg ni.. =D so, diaorg plan nak jumpe kat Plaza Alam Sentral...nak main bowling la plak...hiks...dah lame xmain ni... =p so..mcm biase la kan, janji pukul 10 pg nk jumpe tapi atas sebab2 yang xbleh dielakkan, jumpe diaorg pukul 12 tgh..haha... =D

Sampai2 sane je, orang ramai gile...rupe2nye ade tournament...xtau la dr mane..so, secare kebetulan, tiga2 pakai baju coklat...mcm berjanji plak...walaupun jumpe ber'3, tapi riuh dia mcm 10 org...lepas gmbr2 diupload di FB, ramai la plak yang jeles & tnye nape xajak...hiks.. =D sowie ye kengkawan...xsempat nak ajak sebab ni plan last minutes.. =p so, ni antara gmbr2 yg Ina upload pakai camera Ina.. =D


p/s : balik2 je tangan kanan saket sebab dah lame xmain bowling...adoiyai..

quote : True friendship comes when silence between two people is comfortable ..

Sunday, July 18, 2010

Gathering .. finally in 13 years ..


Salam ..

Hmmm..kalau nak pikir2 kan memang macam xpercaye je sebab dapat jumpe mmbe2 lame yang dah 13 tahun xjumpe..slalu chatting YM je...tapi pada tanggal 17 Julai 2010 (ari sabtu) maka termetrailah harapan sume orang untuk together-gether jumpa kat Burger King kat sek. 13 Shah Alam setelah selama berminggu plan..siap ada syarat lagi..which is : "saturday:July 17th:2pm:bege king sec 13 shah alam - lmbt smp.byr mkn!!.." haha...itulah adalah pesanan dari salah seorang dr kiteorg.. =D mara bebenor dia sebab dah lame bincang pun xdapat jugak kata sepakat..xde la ramai mane pun..juz 5 orang je termasuk me... =p

Mana xmara..mule-mule plan nak makan steamboat..pas2 xjadi pulak..pas2 ade la beberapa kali tukar...and last skali jumpe la kat Burger King tu.. =D tapi yang kelakarnye...dok kat c2 x order pape pun sebab sume nak gi tempat lain mamam...adoiyai...nak decide tempat mamam pun sket punye susah dan mengambil masa selama 2 jam diselang-seli dgn cerite-cerite zaman skolah dulu...hahaha...

Bile ingt2kn balik...kelakar jugak la zaman skolah dulu...zaman sekolah rendah...masing2 bertukar-tukar cite...gelak ketawa..me rase hepii je mase tu...masing2 excited nak bercerite..and ada jugak la gosip2 dulu yang tersimpan akhirnye terbongkar...hoho.. =D

Dan akhirnye sume sepakat untuk mamam di Sunway Pyramid tapi still xtau nak mamam kt mane & skali lg kami membuang mase jalan2 sambil mencari tempat yg sesuai...syaratnye, tempat tu bleh gelak kuat2...haha..(yg ni me yg request).. so...akhirnye kami sume menerjah ke kedai mama Laksa Shack..1st time me mamam kat c2, so xtau nk order ape...sume mahal2 plak tu...so, me order nasi lemak lauk rendang...tapi xkena dengan tekak la..so, xabis..but thanks a lot to zami & hafiz sebab sudi menghabiskan duit untuk membelanja kami...huhu.. =p

So, ade la beberape gmbr yg sempat di snap dgn menggunakan kamera Elly...credit tu her.. =D


~ elly ~ sue, gugurl & husband ~ zami ~ hafiz ~

p/s : hmmm...next gathering maybe event bukak pose plak ok? time ni girls plak yg blanje... =D

quote : Side by side or miles apart, dear friends are always close to the heart ..