:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Sunday, August 29, 2010

Kenapa bukan saya ..?

Salam ..

aku dapat story ni dari one of my friend. aku tertarik dengan story ni .. sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku .. semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfaat .. sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA ..

Kenapa Tak Rogol Saya?

Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US.
Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya.
Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang.
Jalan yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut.
Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu.
Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati.
Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya.
Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar,
dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu.
Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan.
Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan,
dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia.
Wanita ini nak tahu sangat sebabnya.
Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu ..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab :

“No, you are not alone.
That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side.
If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan.
Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak.
Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya.)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu.
Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

**********************************************************

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya,
Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita.
Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

p/s : time kaseh kerana share this story with me ..

quote : buatlah perkara yang disuruh dan tinggalkanlah segala larangan untuk mendapat keberkatan dari-Nya .. insyaallah ..

Touching ..

Salam ..

Terharu tengok keakraban dua haiwan ini. walaupun ianya tidak boleh berkata-kata tapi dari gerak geri .. gerak tubuh dan air muka haiwan ini, kite dapat rasekan kesedihan .. keakraban .. kehilangan seorang teman .. kehilangan teman sepermainan .. alangkah besarnya ciptaan-Mu ya Allah ..

video

p/s : tengok bape kali pun air mata still mengalir jugak ..

quote : persahabatan tidak mengira paras .. rupa .. atau keturunan .. hargailah mereka sebelum kita kehilangan mereka untuk selama-lamanya ..

Hayatilah ..

Salam ..

video

Detik-detik pemergian Rasulullah SAW ..

Rase macam kite ade pada mase tu. bile bace je, berkaca-kaca mata aku. rase sayu sangat. rase diri ni terlalu kecil. rase insaf. rase sedih. rase terharu. rase sebak. terlalu besar pengorbanan beliau kepada umatnye. terlalu kasih beliau kepada umatnye. terlalu tinggi kesabaran beliau. beliau terlalu sempurna.

p/s : ya Allah .. beliau terlalu hebat ..

quote : Cinta kepada bunga akan layu .. cinta kepada manusia akan berpisah tetapi cinta kepada ALLAH s.w.t akan kekal abadi ..

Ogos ..

Salam ..

:: Ogos :: bulan yang di mana terdapat banyak events yang menarik. setiap orang mempunyai agenda yang tersendiri. di samping cuti yang agak banyak pada bulan ini, kita juga menyambut Hari Kemedekaan yang ke-53 : 1 Malaysia Menjana Transformasi. memandangkan sambutan kemerdekaan jatuh pada bulan Ramadhan, tapi masih ada sambutan yang diadakan secara tertutup di stadium Bukit Jalil. nampak macam meriah je (aku pun tak pegi, tengok kat tv je. hihi.) alhamdulillah. negara kita masih lagi aman dan makmur. kalau nak ikutkan orang, lagi 3 tahun negara kita ni dah pencen dah. hiks. =D i'm proud to be Malaysian!

Then, dalam bulan ini juga, 2 minggu berturut2 celebrate birthday and mam cake. hoho. which are my sis (20hb) and my mom (27hb). happy birthday both of you..! =D so, 2 minggu ni memang sampai muak la mamam cake. ahaks. tapi, seperti biasa orang paling sebok mestilah anak buah aku yang naughty tu. dia pun sebok nak tiup lilin. pastu air liur dia pun tersembur. eerk! =p


So. sebenarnya minggu depannya pulak (4hb) birthday my father pulak. nak beli cake lagi ke? hmm..takut muak la pulak. berbuka di luar? macam besh. akan ku usulkan kepada mereka2 yang berkenaan. hehe.


p/s : my sis - 33 tahun :: my mom - 56 tahun :: .. i luv my family a lot ..!

quote : You don't choose your family .. they are God's gift to you .. as you are to them .. ~Desmond Tutu ..

Saturday, August 28, 2010

Berbuka puase bersame bff .. !

Salam ..

:: Khamis ~ 26/8/2010 :: akhirnye dapat jugak together2 dgn my bff. berbuke puase dengan my bff kat sri rampai. kat kedai Said Ali. name mcm kedai mamak tapi kedai melayu sebenarnye. ramai jugak la org yang mam kat situ. we all amik buffet yang price dia rm19. ok la kan? buleh dikatakan murah la jugak. sesape yang nak pegi tu, dia dekat dengan lot kedai baru kat sri rampai. kat situ ade old town. said ali ni sederet la dgn old town tu.

gerak dari shah alam pukul 5.30 ptg. then, jem truk nak sampai wangsa maju. so, berbuke teguk air masak je. (diragui keadaan air tersebut kerana menurut tuan pnye kete, jangka hayat air tersebut tak dapat dikenalpasti.) tapi, disebabkan tak ada pilihan lain, redah je la. hiks. =D

Then, sesampai je kat kedai tu, tanpa berlengah lagi terus la mamam. tapi lauk pauk dia tak ade la sedap sangat pun. biase2 je. kena la dengan price dia. tapi disebabkan excited nak jumpe my bff ni, tak pe la. asalkan dapat gather2. gelak sume bagai nak pecah kedai tu. ade jugak mata-mata yang sinis memandang ke arah meja we all tapi ade we all kisah ke? diaorg tak tau yang kiteorg ni susah gilew nak gather2 cmtu. lepas makan pun xreti-reti nak balik. still lagi lepak2 dan bergelak ketawa. happy.

Lepas ni tak tau la bile lagi nak jumpe. memasing dah ade commitment sendiri. nak buat cmne. bukan lagi macam zaman dolu-dolu. nak kuar call je. tapi skrg mane buleh cmtu. ade yang kena minta izin dengan hubby, tunang and bf. tapi aku tak ralat atau salahkan tentang tu sebab sume orang dah ade life sendiri. so do I. but satu je yang aku harap. hope this valuable friendship were never ended forever. walaupun sume berjauhan tapi korang tetap ade dalam hati aku. sayang sangat dengan korang sume. terima kaseh kerana hadir dalam hidup aku. thanks my bff..! =D

:: daia ~ anum ~ shaz ~ sue ~ aku ~ miera ::


p/s : thanks beb .. =)

quote : A hug is worth a thousand words .. a friend is worth more .. ~ Jasmine Fitzwilliam ..

Thursday, August 26, 2010

Tolong Ingatkan Aku ..

Salam ..

Tolong Ingatkan Aku by Ana Raffali ..

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita


(Klik sini utk download lagu ni)


p/s : lagu nasihat ..

quote : Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul ..

Terperangkap Dalam Lif ..?

Salam ..

Pernah tak korang terperangkap dalam lif..? ape yg korang buat kalau korang dalam situasi ini? nanges..? jerit..? rase nak pitam/pengsan..? ke blur..? hiks..semua tu berkemungkinan akan dialami oleh org2 yang ade pengalaman terperangkap dalam lif.

Situasi ini juga berlaku kat aku kelmarin. mase tu mmbe aku call, nak jumpe aku kat level 3 sebab dh lame x jumpe. aku pun dgn confident cakap, "ok, jap lagi lynn naik ye?"

So, aku pun menuju ke arah lif dan terus menekan angka 3 sambil menyanyi2 kecil (lupe dah lagu ape..) lame aku tunggu, lepas tu bunyi "ting" menandakan pintu lif tersebut dah sedia untuk bukak tapi yang tak sedap hatinya cara pintu lif tu bukak agak kasar dan menakutkan.

"kenapa lif ni bunyi semacam je?" tapi, sebab dah tak pikir sgt pun, aku redah je naik sambil tekan button tutup pintu tu dan lagi skali lif tu mengeluarkan bunyi yang kasar.

"ish..jangan la macam2 lif ni."

Then, ape yang aku pikirkan tu happen jugak. lif tu tetibe off and stop. damn..! biar btol ni? dah la sorg2 mase tu. ape nak buat ni? pandang tipon kat tangan.

"nak call cmne? kredit pun tak ada." mase tu la baru tau kepentingan kredit. huh..! dah terlambat ok! mase tu baru la rase mcm mane perasaan terperangkap dalam lif. so, aku tarik nafas & try not to be nervous. padahal dalam hati rase cam nak menjerit je. hiks. mata dah berair sket dah sebenarnye. =p aku pandang angka 3 tu yang tetibe kuar simbol '--' .

"alamak, kenapa pulak kuar simbol ni? ape maknenye ni?

Then, aku pun gatal tangan tekan sume button yang ade. lepas tu, aku baru je nak tekan button yg ade gmbr loceng tu sebab macam dah lame sgt je aku dok dalam tu. baru je nak tekan, tetibe lif tu on balik. bunyi dia cm kite on kan air-cond umah tu and dia kuar angka 0, terus hantar aku kat level 0. nak bukak pintu lif tu pun mcm lame je. bile dah bukak tu, terus aku lari kuar. dan aku amek keputusan utk naik tangga je, exercise la sket. hiks. sampai level 3, mengah aku.

mmbe aku siap tnya, "lynn, kenapa ni? macam baru balik berjogging je." aku pun cite ape yang berlaku dan mmbe aku boleh bantai gelak secara berjemaah dengan mmbe2 dia. padahal diaorg tak kenal aku pun. caiss! malu aku.

So, kesimpulannye :
i) kalau boleh, jangan la naik sorg2. (tapi takkan la nak ajak mmbe teman kot, macam pelik je.)
ii) pastikan tipon tu ade kredit. (canggih je lebih tapi tak ade kredit, hampeh!)
iii) tak payah la naik lif, exercise sket naik tangga. (yang ade asma/semput tak digalakkan)
iv) suruh je mmbe tu tunggu kat bawah. (tapi dah namenye library, mesti la kena study kat atas kan? hmm.. )

Hmm..walaupun ape pun, kite kena la sentiasa berhati2 ok? Kat bawah ni ade beberapa prosedur kecemasan kalau terjadi situasi mcm ni yang aku kopipes kat sini :

Tindakan Pengguna Yang Terperangkap :
(i) Sila tekan butang kecemasan (alarm) berulang-ulang kali untuk menarik perhatian orang diluar/ruang legar atau penyelamat.
(ii) Jika anda mempunyai telefon bimbit, sila hubungi talian terus Jabatan Keselamatan. Sekiranya talian diatas gagal dihubungi, sila hubungi terus syarikat lif.
(iii) Jangan membuka pintu lif dengan kekerasan kerana akan menyebabkan kesulitan yang melampau.
(iv) Jangan panik dan bertenang. Bantuan akan tiba sebentar lagi.

Tindakan Mereka Yang Mengetahui Orang Yang Terperangkap Dalam Lif :
(i) Hubungi Jabatan Keselamatan/ERT
(ii) Sekiranya talian diatas gagal dihubungi, sila hubungi terus syarikat lif

Tindakan Jabatan Keselamatan/ERT
(i) Hubungi Syarikat Lif berkenaan dan Jabatan Pembangunan.
(ii) Hubungi Jabatan Bomba sekiranya keadaan berikut berlaku :-
a) Syarikat lif tidak dapat dihubungi
b) Mangsa berada dalam keadaan kritikal seperti sesak nafas, pitam dan seumpamanya yang memerlukan tindakan segera.
c) Pekerja Syarikat lif tidak tiba selepas 45 minit dihubungi.


p/s : cuakness betol la. hiks. skrg ni shelving naik tangga je. =p

quote : Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan ..

Wednesday, August 25, 2010

Egokah aku ..?

Salam ..

Egokah aku - Wali Band

Ku .. tak pernah merasa
Gundah di hatiku .. ketika denganmu
Saat kau .. kau belai rambutku
Kau temani aku .. kau basuh lukaku

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau kutahu ku tak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau kutahu kau tak memilihku
Ku harap Tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Sadarkah kini ku tak rela
Iman ku telah sirna
Mimpiku tak nyata

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau kutahu ku tak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau kutahu kau tak memilihku
Ku harap Tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu
Kuharap Tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

(Klik sini kalau nak download lagu ni ~)

p/s : tetibe dengar lagu ni .. sebak .. meaningful ..

quote : Jangan terlalu menyayangi seseorang .. kelak kita akan membencinya .. jangan pula terlalu membenci seseorang .. kelak kita akan menyayanginya ..

Tuesday, August 24, 2010

Tipon ..

Salam ..

Hmm..tengah besh2 belek2 handphone, tetibe berbunyi plak. terkejut aku. caiss..! nasib baek xterlepas handphone, nyaring gile bunyi dia. satu nama tertera. nama yang aku malas nak angkat kalau dia call.

aku fikir, "nak angkat ke tak nak ek? hmm...buat2 xdengar je boleh kan?". bukan ape, malas nak berbual dengan dia. tak ada topik nak dibualkan. so, aku abaikan je la. (jgn la ckp aku ni jahat sangat. ade la sebabnye, ok?)

"hmm..senyap jugak akhirnya." lame lepas tu, sekali lagi berbunyi, "ahh..tak give up betul dia ni." aku still buat keras je, tak nak angkat. walaupun aku tak angkat, aku rase terngiang2 suara dia berbual. maaf ok? saya memang tak ada mood nak berbual dgn anda.

Talian terhenti lagi. dan itu yang terakhir. mungkin orang di sana pun dah give up nak call lagi. lame handphone di tangan, tetibe terfikir nak tukar handphone pulak. kalau boleh, kali ni nak beli nokia kot. tak nak beli sony ericsson dah. serik. asyik rosak memanjang. mungkin aku yang tak tau jage. so, dengan tak ade keje nye, aku pun surf la Internet cari handphone2 yang terkini di pasaran. rambang mata beb! dah canggih2 dah handphone skrg ni. rase ketinggalan betul aku ni. kali ni, aku tak nak dah handphone slide. maybe nak beli yang QWERTY keypad or touch screen. (cukup ke duit aku ni? hiks..) antara yg menarik perhatian, calon2nye adalah :
NOKIA X6


NOKIA E72

BLACKBERRY (Bold)


Samsung Jet



HTC Diamond


i-phone


p/s : hiks. survey je lebih. bukan nak beli pun. bile tengok harga, macam tak jadi pulak rasenye. k.e.d.e.k.u.t. =p

quote : hmm...penat cari. tak ada yang berkaitan. =)

Monday, August 23, 2010

Rindu..!

Salam ..

"acu..!" terus aku dengar satu suara nyaring dan menjerit. aku kenal sgt suara tu. aku tersenyum.

"ye Ya..!" aku juga separuh menjerit sambil ketawa. aku juga dengar dia ketawa.

"acu keje ke?" dia bertanya. aku dengar suara perlahan di sana. hiks..mama dia yang suruh tanya rupenye.

"acu keje la Ya.." aku jawab.

"acu bile nak balik?"

"ala..nanti acu balik la." aku tersengih. dah pandai ank buah aku ni.

"ok, nanti acu balik tau." dengan pelatnye.

"ye Ya, nanti acu balik ok?"

"ok acu..! nah, cakap dengan mama pulak.." aku dengar dia menjerit memanggil mama nye. laju je dia pass baton kat mama dia.

"wei, kau bile balik? ma suruh balik minggu ni. nak ajak kau pegi beli barang nak buat kuih." ujar kakak ku.

"ow..ye ke? ye la, aku memang balik minggu ni. nanti pape aku bgtau la ok?" jawabku kembali.

"ok, dah la. abis kredit aku." kedengaran gelakkan kuat di hujung sana.

"caiss..! kedekut gile..!" aku balas. geram. tapi aku tau dia hanya bergurau.

"haha..ok lah..bye!"

"ok..bye!" jawabku pendek.

perbualan tamat di situ. alamak, aku lupe tanya ma sehat ke tak. ape punye ank la ni. nak call balik handphone kena barred. ish..! xpe la, nanti2 la aku call. sowie ma! =D

~ ni la buah hati aku yang naughty ~ Zuhaira Aqila ~


p/s : rindu bangat sama family nih.. =D

quote : To us, family means putting your arms around each other and being there .. ~ Barbara Bush

My weekend..?

Salam ..

Lately ni dah jarang bukak fb...macam malas nak bersosial rasenye...weekend pun xbuat pape...juz dok umah, basuh kain & tgk tv...sume cite hindustan aku layan...hiks.. =D penat tgk tv, aku masuk bilik & berbaring atas katil...penat bergolek2, aku paksa mata ni pejam...dah puas aku cube, akhirnye t'lelap jugak...

Tapi x lame...dalam 15 minit je...ahh...nape x pejam terus je, lagi senang.. ishh! istighfar bebyk zuhaslinda...hmm...aku bingkas bangun sebab kpale dah berat, mungkin sebab lame berbaring...ataupun mungkin penat berfikir...entahlah! yop dah pesan, "jgn lupe mkn ubat tu, jgn pikir yang berat2 sgt, kang kpale tu saket lg.." hiks..baek doc! sekarang ni kalau duduk sorang2, fikiran ni slalu sangat terbang...khayal...termenung...ni kalau ma nmpk ni, mesti kena cubit..."apa ni anak dara termenung2 cam ni.." tetibe rindu kat ma..tu la, suruh balik umah xnak...kan dah rindu...hiks...sowie ma! mggu depan Lynn balik ye..? =D

Yang peliknye, lately ni kalau tdo mesti slalu terjage & dapat mimpi yang same berulang-ulang... kdg2 rase takut nak tdo sebab setiap kali terjage, mesti nanges...mimpi ape? hmm...ade la...biar aku sorang je yang tau... =) sampai roomate kejutkan.."akak, ok ke ni? nape akak nanges..? mimpi buruk ek?" aku cuma tersenyum. Terus aku bangun, pegi toilet & amik wuduk, solat sunat & tdo balik...rase tenang yang teramat sangat...

Begitulah aku menghabiskan masa weekend aku...mungkin orang lain sibuk menunggu weekend dengan pelbagai plan2 yang menarik tapi bagi aku, weekend atau weekday same je...xde beza pun..

p/s : xpe2...this weekend balik umah sebab besday ma..! =D

quote : Dreams are free, so free your dreams .. ~ Astrid Alauda

Teh tarik kurang manis..

Salam ..

Teh Tarik Kurang Manis ~~ aku tgk crite ni kat Astro Prima pukul 10 malam...before this memang ade tgk preview cite ni...crite tu macam besh tapi bile tgk Fasha Sandha, adoiyai..malas betul nak tgk...tapi memandangkan aku suke dgn hero dia which is Zulhuzaimy, aku tgk la jugak...heroin dia Ary Malik (dah lame xtgk dia ni berlakon..chumil jugak dia ni..)

Cerita dia simple je but sweet...x berat sangat & setengah jam pertama mmg aku gelak je tgk cite tu...mmg kelakar gile... =D lebih kurang mcm ni la cite dia :

ehsan (lakonan Zulhuzaimy) baru balik dr London dan everyday his mom asyik suruh dia kawen je..one day mase ehsan ni nak kuar gi bandar, dia hampir2 terlanggar sorg minah ni, azlin (lakonan Ary Malik) namanye..dia ni cekgu...sampai terlanggar pokok pisang (time ni mmg me gelak..!)..so, after that incident, both ni slalu la jumpe sesame, terawikh sesame, mkn sesame, etc. 2 bulan kenal, diaorang pun kawen..then, diaorang pindah umah...mak ehsan ni seorang yg pembersih gile...so, menantu dia pun kena la ade perangai mcm tu... =D wife dia ni xpandai masak tapi hari2 dia blajar masak khas utk hubby dia...then, hubby dia suruh benti keje & dok umah...so, wife dia ikut je...kat umah hari2 bersihkan umah & masak utk hubby dia...hari2 call tnye hubby nak mkn ape.. (so sweet..)..x penah naikkan suara kat hubby dia (yang ni mmg me salute kat dia...sabar orangnye..).. tapi dah few month kawen, lame2 hubby dia rase bosan dgn wife dia..and pada masa same, dia jumpe mimi (lakonan Fasha Sandha), opismate dia...memule diaorang ni not like each other tapi lame2 berbaik la pulak...mimi ni tau ehsan ni dah kawen, tapi lame2 dia rase bersalah sebab azlin datang opis jumpe dia..so, mimi ni amek keputusan nak tolong azlin dapatkan balik hubby dia...ballik dr jumpe mimi, azlin bagi keizinan kat ehsan utk kawen dgn mimi...memule ehsan terkejut then lame2 dia trime setelah dipujuk oleh azlin...then, ehsan bwk la si mimi ni jmpe mak dia & mak dia for sure la terkejut x bape nak suke dgn si mimi ni sebab mimi saje pakai baju bukan2, pastu dia cm berlagak gedik & diva...yang kelakarnye, soalan mak dia kat mimi.."seminggu berapa kali cuci kipas?"..hiks..kelakar btol soalan ni & dgn selambe mimi jwb.. "saya x pakai kipas, saya pakai air-cond.." berkerut muke mak dia...so, mimi saje je buat cm2 supaya ehsan pikir balik yang wife dia jauh lebih baik dr dia...so, ehsan teringat sume bnda yang wife dia penah buat utk dia..so, dia terus bangun & balik umah cari wife dia...baru dia sedar yang wife dia is the best... ~the end~

So, kesimpulannya...hargailah orang yang berada depan mata kite...kadang2 kite xnmpk yang ade depan mata kite...still lagi mencari...bile dah terase kehilangan dia, baru kite rase menyesal & patah balik utk mencari...setiap org ade kelebihan & kekurangan masing2...kite dijadikan berpasangan utk saling melengkapi antara satu same lain...(ingtkan utk diri sndiri jugak.. ~)..

p/s : cite ni buat aku byk berpikir ..

quote : Being happy doesn’t mean everything is perfect .. it means you have decided to look beyond the imperfections .. ~ unknown ..

Friday, August 20, 2010

Rehat sebentar ..

Salam ..

Saje post entry ni .. me dapat dari paper Metro .. juz untuk renungan kite bersama .. enjoice ..! =D

~ tak nampak nak bace? klik kat picture tu ok? =D~

p/s : so, berjimat-cermat la k? =D

quote : xde la hari ni ..

Thursday, August 19, 2010

Termenung ..

Salam ..

"sejuknya." aku betul-betul berdiri depan pintu sliding door tu.

"kuat betul angin malam ni. macam nak hujan je." penat berdiri, aku duduk di sofa yang berwarna coklat. tapi pandangan tetap dihalakan ke luar rumah.

"mane la budak-budak ni? sorang pun tak ade. hmm..tak apelah, bukan tak biasa pun tinggal sorang-sorang macam ni." aku tersenyum. lama aku biarkan tubuh disapa oleh angin yang agak kuat itu. nyaman.

Kemudian, aku menghala ke arah televisyen, mencari remote. "mane pulak remote ni?" habis semua aku angkat, nasib baik sofa tu tak diangkat sama, berat. hiks.."ok, jumpa!"

tiada cerita yang menarik kecuali drama samarinda. Syurgamu Ramadhan tajuknya. "hmm...cerita sedih la ni. layan je lah dari tak ade." sambil mata tertumpu ke arah televisyen.

yang paling aku tertarik adalah lagu tema cerita ni ~ Azfar - Akan Ku Jumpa :


Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayang mu
Langit dan bumi setia menemani ku
Matahari menyinar tak pernah berpihak pada ku
Ku kepanasan tanpa perlindungan mu

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri mu dalam hidup ku ini
Rasa kecewa ada bilakah kita nak berlari
Namun yakin ku takkan ku temui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Wajahku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diri ku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu

Akan ku jumpa diri mu .. ohh
Dan ku kan terus

Menempuh mimpi-mimpi ku .. selalu

Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara

Cinta datang sembunyi
Andai ku kabur mencari
Hadirlah dalam hidup ku ini

Cinta datang engkau pergi
Bila langkah ku cuba
Untuk mengejar diri mu


aku pun tak tahu bila masa mata ini terpejam. yang terakhir aku ingat aku sedang berbaring di sofa coklat itu. kedengaran telefon bimbit berbunyi nyaring. alarm clock aku.

ahh, sudah pagi rupanya dan aku masih lagi di sofa coklat. sambil bangun dan mengeluh, "hmm .. terlepas sahur lagi hari ni." lantas aku menuju ke bilik air dan hampir-hampir terlanggar bucu katil. "hati-hati sikit lain kali boleh?"...

p/s : berair mata dengar lagu ni .. dont know why ..

p/s lagi : drama ni cite pasal kekeluargaan .. banyak yang boleh dijadikan pengajaran .. (promote sket : Slot Samarinda ~ Syurgamu Ramadhan - Selasa hingga Khamis, 10 mlm, TV3)



quote : When you look at your life, the greatest happinesses are family happinesses .. ~Joyce Brothers

Missing ..

Salam ..

Rindu..? Missing someone..? me xsuke ape yang me rase skrg nie...xsuke..xsuke...! kalau bleh nak elak tapi me x kuat..nak ignore tapi hati ni pulak x nak...hati..nape la kamu ni degil sangat..? Kamu jgn la buat me cmni...kamu kena kuat...kalau kamu kuat, me pun akan kuat...kalau kamu x degil, me pun ikut x degil...kite kan kembar..? Plz..me dah penat sgt...penat melawan antara kamu dgn akal fikiran...mane satu yang me nak ikut..? Akal fikiran tu boleh jugak me pakse2 dia tapi kalau kamu, macam mane me nak pakse? Sebab me x nak saketkan kamu, sebab kalau kamu saket, impak dia sgt besar..saket dia teramat sgt...ssh nak rawat...pegi la jumpe mane2 doc pun, still x boleh elok...(tapi tgk la doc tu ensem ke x..hiks..)..


Hati..kalau kamu saket, sape yang boleh pujuk kamu ye..? Tolong la wahai hati, hindarkanlah ape yang kamu rase sekarang ni...


p/s : mode : x bape besh ..

quote : You may be out of my sight .. but never out of my mind ..

Manusia @ binatang ..?

Salam ..

Manusia ke binatang..? ~ x tau nak cakap ape dengan orang2 zaman sekarang ni...dah macam x de pegangan agama..xde la me nak cakap me ni baek sgt tapi at least kite tau mane hukum2, halal & haram...mane btol & salah...mane baek & buruk...

Lebih2 nak akhir zaman ni...macam2 bnda yang x baek happen...lately ni yang plg ketara & ari2 ade je berita keluar kat tv tu which is kes pembuangan baby...dan kebanyakkan baby tu sume cukup sifat & still ade tali pusat lagi...subhanaallah...ape yang mereka2 ni pikir ye? pikir nak 'sedap' je ke? dah la dapat dosa besar sebab maksiat, pastu dapat pulak dosa buang baby...double dosa korang dapat...besh ke? ape dosa baby2 yg chumil2 ni??? kalau korang2 yang pandai 'buat anak' ni xnak anak tu, ramai lagi orang yang nak...nape lakukan double dosa cmni...? kebanyakkan diaorg ni ade masalah dalam life...masalah family...cetek pegangan agama..pengaruh tv...pengaruh rakan...

So, dalam kes cmni...kite nak salahkan sape..? parents kite? parents kite dah mencorakkan sebaek mungkin kepada anak2 mereka tapi bile dah besar panjang, pandai2 la pikir sendiri...ape2 pun, sumenye datang dari kite sndiri...jgn salahkan orang lain...ari ni je, dalam paper ada 2 kes pembuangan baby... sigh ~






p/s : adakah kita tidak lagi takut denganNya ..? subhanallah ..

quote : Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah .. tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah ..

Sopan la sket ..!

Salam ..

tret..tret.. (tipon aku menjerit memecah hening pagi di opis..)

"siapa pulak ni? nombor tak kenal la pulak..ni yang aku malas nak angkat ni...nak angkat ke tak nak ek?" aku mengeluh.

"hye, angkat je la tipon tu...nape biarkan je?" akak sebelah ni bersuara.

aku tersengih je."nak angkat la ni." aku menjawab.

"hello, ni cik Zulhaslinda Sulaiman ke?" terdengar suara di hujung sana.

"waalaikumussalam...ye saya.."aku menjawab. saja aku perli. salam pun xde. nama aku pun dia salah sebut. caiss! getus hati.

"eh..maaf..lupe bagi salam..assalamualaikum." terdengar tawa kecil dari mamat tu.

"saya dah jawab dah td. ni sape ye..?" malas aku nak layan sebenarnya.

"cik busy ke sekarang? saya nak curi sikit masa cik boleh?" katanya.

"hmm...penting ke? ok lah, saya bagi awak curi masa saya dalam 10 minit..cukup ke?" aku balas.

"oh, cukup tu cik..terima kasih." dia diam sebentar.

"saya dari maybank...nak tanya cik pasal credit card..."ayat dia tergantung.

"ow..ok..macam ni la encik...apa nama encik ye?" aku bertanya.

"saya Danial Iman..panggil Danial boleh, Iman pun boleh..." jawabnya.

wahh..sedap nama dia.." macam ni la encik Danial, saya ni dah banyak sangat terima panggilan dari bank ni especially pasal credit card...saya dah penat dengar. So, sebelum encik cerita dengan panjang lebar, saya nak beritahu awal-awal yang saya tak berminat nak guna credit card ni sebab saya ni boros.." panjang lebar aku berbahasa.

Terdengar tawa mamat tu. Eh, gelak pulak dia ni, aku buat lawak ke? Tak faham betul aku.

"cik dengarlah dulu apa yang saya nak beritahu ni. Sebenarnya kalau saya pun saya tak galakkan cik guna cerdit card buat shopping. Kalau awek saya pun saya tak bagi buat macam tu, boleh bankrup saya nanti."terdengar lagi mamat tu gelak. Dia ni perli aku ke ape ni.

Dia sambung. "ok, credit card yang saya katakan ni ialah Maybank Islamic credit card. Kalau cik tak nak buat shopping, cik boleh gunakan untuk isi minyak sebab cik akan dapat point setiap kali cik isi minyak." satu nafas dia memberi penerangan.

"ow..kalau macam tu lagi la saya tak berminat sebab saya ni mana ade kereta lagi..pergi kerja pun tumpang orang." aku rasa macam berjaya mengelakkan diri kali ini. Aku tersengih.

"kalau macam tu, cik boleh apply and bagi orang lain guna. Orang tersayang maybe. Cik mesti ade boyfriend kan? Cik boleh bagi dia pakai. Boyfriend cik mesti ada kereta kan?" amboi, sesedap rasa je dia ni perli aku balik. Caiss..!

"encik Danial, takpelah. Saya rasa saya tak berminatlah. Kalau boyfriend saya nak pakai isi minyak tu, pakai cash je la. Dia pun tak suke pakai credit card ni." aku nak menamatkan perbualan ni.

"ow..betul la dah ada boyfriend ye?" dia gelak dan sambung, "betul ke ni cik? saya sebenarnya dalam perjalanan ke UiTM ni sebab dah 35 orang apply credit card ni. Kalau termasuk cik, cik orang yang ke-36." jelas mamat tu.

"uih..ramai juga ye? kalau dah ramai macam tu, kalau saya sorang je tak apply, tak effect apa-apa pun kan?" saja bergurau.

"hmm..macam ni la cik. Cik ambil no tipon saya ni. Kejap lagi saya call cik balik untuk confirmation. Cik fikir la dulu ok?" masih tidak berputus asa.

"oklah, saya fikir dulu. ok, assalamualaikum." jawabku.

"waalaikumussalam."

15 minit kemudian ..

tret .. tret .. (Alamak, mamat tadi call la pulak..)

"assalamualaikum. cik Zulhaslinda Sulaiman kan? ni saya, Danial Iman yang call cik tadi." masih salah menyebut nama aku.

"oh..encik Danial. ye, saya ingat encik."

"so, macam mana cik? dah fikir masak-masak ke? kalau cik nak apply, saya boleh datang office cik sekarang." jelasnya.

"hmm...saya dah fikir dah encik, saya rasa saya tak berminatlah. minta maaf ye?"

"ok, kalau macam tu tak apalah. dah cik tak nak, saya tak boleh nak paksa. bye!."

"tutttt..." tipon diletak.

"erk..". tak sempat aku nak bagi salam dia terus letak tipon. amboi, sopan betul orangnya kan? tadi bukan main cakap elok-elok tapi bila kita reject je, terus letak. Aku sebenarnya nak fikir dulu nak apply ke tak nak tapi kalau dah macam ni orangnya, memang tak ada harapan la aku nak call balik. hilanglah customer mamat tu yang ke-36 ni. Caiss..!

~the end~

p/s : saket hati ..

quote : Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kaya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti .. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Tuesday, August 17, 2010

Baju raye .. cotton lagi ..?

Salam ..

Hikhik..ok..kalau tengok entry ni mesti sume orang cakap..'ai, baru seminggu pose dah sebok nak pikir baju raye ke?'...G.U.Y..mane la tau bab2 cmni...diaorang x tau yang kaum hawa ni kena tempah baju awal2...kalau x, nanti tailor x nk amek sebab mase dah suntuk sangat...kaum adam senang, beli yang dah siap je...tapi for me, me beli baju yang dah siap jugak kot...malas la nak antar2 tailor ni sebab mesti diaorang xnk... ngee ~

Kalau nak diikutkan, price dia lebih kurang same je dengan baju ready-made...so, for me yang x memilih sangat ni, me beli baju yang dah siap je la...murah pun murah la, asalkan nampak chanteq.. =D bile nak beli baju ni, yang paling pening bile nak cari colour yang sesuai dengan kite...ni yang me failed ni...ish..! Selalu beli dengan ma sebab taste me & ma lebih kurang same je..so, this year nak colour ape ek? hmmm....still tengah pikir lagi sebenarnye...


Now ni, sume orang tengah shopping sakan kat Jakel Shah Alam...sampai Jakel skrg ni bukak sampai kol 12 tgh mlm..!! wahh..btol2 promotion ni...kdg2 lalu depan Jakel tu memang teringin je nak singgah tapi bile pikir2 balik, malas la sebab nanti mesti terjebak beli macam2 dalam tu...kain2 dia memang 'chanteq2' tapi agak mahal la...hehe.. =p macam mane x terjebak, masuk2 je Jakel tu dah ade orang sambut kite & mengekor je belakang kite ni tnye nak beli ape...padahal nak tengok2 je tapi bile salesgirl tu bukak mulut cite pasal promotion, adoiyai...x memasal duit bertukar tangan nanti...serik lorr...hikhik.. =D


p/s : nak beli baju kurung cotton je la... =D

quote : The only thing to do with good advice is pass it on .. it is never any use to oneself ..

Loves ourselves first ..

Salam ..

Orang selalu cakap...kalau kite nak sayang orang lain, kite kena sayang diri kite dulu...btol x? Selalu sangat dengar orang cakap mcm tu...dialog sume orang...ayat standard...Tapi kalau nak dipikir2kan balik, ade jugak btol nye...sebab, macam mane kite nak sayang or taking care orang lain kalau diri sendiri pun terabai...serabai...hiks... ;D macam mane kite nak sayang diri sendiri ek?


If me, i like shopping..! Shopping merupakan terapi & memanjekan diri for me and at the same time menunjukkan salah satu cara kite sayang diri sendiri..kalau me, me slalu rase tu adalah reward diri sendiri setelah penat-lelah keje...tapi lain orang, lain carenye...sesetengah orang x suke shopping...but suke pegi spa ke or yang berkaitan dengan ke'chanteq'an..


Sesetengah orang suke pegi vacation..! seronok jugak tu.. =D


One of my friend pulak berpendapat, sayang diri sendiri ni adalah lebih kepada take care of ourselves..means that jage kesihatan...jage pemakanan...jage diri leklok...jangan ngengade sshkan hati orang lain...tu baru namenye kite sayang diri sendiri...hmm...btol jugak tu kan?


So, sebenarnye terpulang pada kite mcm mane kite nak appreciate & loves ourselves...kalau kite boleh take care of ourselves, baru la kite boleh sayang & take care orang lain pulak...kan? (cakap untuk diri sendiri.. ngee~)


p/s : nobody in this whole world that I loves so much - my mom ..

quote : Better to have loved and lost .. than to have never loved at all .. ~ Alfred Lord Tennyson ..

Monday, August 16, 2010

Tiramisu .. kite boleh mamam ke tak ek ..?

Salam ..

Ari ni ari ke-7 kite puase...kejap je rasenye...semalam berbuke dengan teman kat kedai makan yang xde orang langsung...besh btol la kedai ni..lepas berbuke tu, sembang2 bagai sampai la pukul 8++...baru je nak bangun, abg kat kedai tu hulurkan se'slice' eskrem Tiramisu...wahh...tetibe dapat rezeki camtu sebab selain bagi eskrim, abg kedai tu siap bagi buah kurma & bubur kacang hijau... (smoga kedai tu dilimpahkan rezeki yang berganda2..aminnn).. =D tapi memang manis giler la rasenye sampai ke ari ni me saket kepale sebab mamam eskrem tu...

So, me skrg ni nak cite pasal Tiramisu...kite boleh mamam ke x ek Tiramisu ni? Tadi me search kat Google...tengok kat wikipedia :


"Tiramisu is one of the most popular Italian cakes. It is made of savoiardi biscuits dipped in espresso, layered with a whipped mixture of egg yolks, sugar and maccarpone chees and topped with cocoa powder. Tiramisu may have originated as variation of another layered dessert, zuppa inglese. The recipe has been adapted into many varieties of puddings, cakes and other desserts."


Hmm...me ade Google la sket mengenai Tiramisu ni...kebanyakkan ingredient Tiramisu ni menggunakan rum/liquor/wain untuk menyedapkan lagi Tiramisu ni....ish..! Biar btol?? Salah satu contoh la kan...cube klik kat sini ..

Then, one of my friend yang keje kat Haagen Dasz cakap yang Tiramisu ni pun ade la campuran yang haram ni...hmmm...sesetengah orang cakap kalau yang pure tu memang ade campuran benda haram tu tapi sekarang ni dah ade alternative ingredient untuk gantikan campuran tu..akak tempat me keje ni cakap, dia penah tengok Chef Wan masak then dia ade mention yang dia dah tukarkan ingredient yang halal untuk orang Islam...(tapi akak tu x ingat la plak ingredient ape..). So, eskrem semalam tu aku rase bleh mamam la kot sebab takkan la abg tu nak bagi orang mamam sebarangan kan? Tapi, tu la 1st & last me mamam Tiramisu kot sebab manis sesangat la...xtahan btol..! Sampai saket kepale tau..n still hurt rite now... (-_-) .. Bwh ni antara picture2 cake & eskrem Tiramisu...(hikhik...xbaek tau bulan2 pose tengok mknan..=p) ..



p/s : suke mamam eskrem .. =D

quote : ala .. xde quote yang berkaitan dengan eskrem la .. hiks .. =D

Saturday, August 14, 2010

Believe it @ not ..?

Salam ..

Sabtu ~~ x buat pape sangat ari ni..me juz lepak2 & bermalas2 kat umah je...rase malas btol nak gerak gi mane2...tadi basuh kain je..selebihnye bermalas2an depan tv...cite pun x de yang besh plak tu...tapi ari ni rase something missing tapi x tau ape...rase macam ade something x kena tapi sampai skrg x tau ape dia...puas dah pikir..hmm....xpela, abaikan..!

Malam ni pun x de wat pape, juz tengah tengok CSI je kat AXN...ni series lame ni sebab macam dah penah tengok je..my favourite series.. =D

Ow..ok..! Dah tau dah ape nak tulis..semalam me & other friends temankan member pegi berubat @ Ampang...jauh bebenor perjalanan kami...sebab my friend ni macam kena ganggu 'something' la..so, one of my friend ni ajak la try berubat dengan father-in-law dia...so, me kesian plak kalau dia nak pegi sorang2..so, me pun temankan la dia...

Hmm...honestly, me x percaye sangat bnda2 camni...bukan me nak cakap besar tapi me susah sket nak percaye...maybe sebab x penah jadi depan mata kot..kan? So, pakcik yang kiteorang jmpe ni bgtau yang my friend ni maybe dah terpijak, terlanggar & terhinggap sesuatu kat dia...then, that things tu dah masuk & menumpang dalam badan my friend...seram kan? that things tu berkenan dengan my friend...sebenarnye this things happened mase we all keluar ramai2 at 1 night pegi karaoke & minum2 kat tepi tasik sek. 7 dalam kol 12++ tgh mlm...at that time, memang kiteorang happy melampau malam tu sebab jarang dapat kuar ramai2 skaligus camtu...after that, my friend ni macam kena ganggu..

Bukan tu je, relationship dia dengan boyfriend dia pun effect sebab that things kacau both of them...kesian sangat tengok diaorang sebab asyik gaduh je...that things kacau diaorang sampai dalam phone...boyfriend dia dengar suara 'lelaki' lain dalam phone & tuduh my friend ni ade bawak guy lain balik umah...mase tu memang diaorg gaduh teruk...x kan la my friend nak buat macam tu...gile ke hape...

So, pakcik tu ade bagi my friend ni ayat al-Quran..dia pesan lepas solat bace ayat tu...ataupun mase bile2 la..kalau bleh bile kite x buat pape tu, bace ayat tu...ayat tu pakcik tu amek mase dia suruh my friend pegang al-Quran then bukak je page mane2...then, pakcik tu macam ade buat pengiraan then trus tulis ayat tu atas kertas...then, pakcik tu ade jugak bagi macam tangkal & pesan supaya tangkal tu jangan lekang dari badan dia...ayat-ayat al-Quran rasenye...then, pakcik tu ade bagi air untuk minum...last skali, dia pesan lepas ni kalau boleh jangan kuar malam2 lagi...takut plak me nak kuar malam2 pasni...

So, me ade la juga surf Internet pasal benda2 macam ni...bukan ape, juz nak gain knowledge je...interesting jugak nak tau.. =)..so, enough for today...conclusionnye, ari ni biase2 je...xde pape yang menarik...


p/s : tadi dapat berbuke dengan murtabak..yeay! =D tapi ade lagi ayam percik x mamam lagi..hiks..jom mamam skrg...! =p

quote : Being cool .. is not trying to be cool ..

Friday, August 13, 2010

Senyum..!

Salam ..

Semalam me keje malam lagi..uhuk uhuk.. (T_T) tapi x de student pun..happy balik ! (^_^)..so, semalam me berbuke dengan teman...(time kaceh ye sebab ajak me gi berbuke..hoho..)..yang besh sebab kedai tu x de orang langsung, so xpayah nak berebut-rebut...makanan pun ok la, bleh la tahan.. =D

Then, kol 8.15 malam me masuk library balik..then, terus surfing Internet & berFB...tengah-tengah bosan tu, me terjumpe plak lagu ni by Malique ft Najwa - Senyum .. =D lirik dia simple...

Malique ft Najwa - Senyum

Senyum .. senyum .. senyum
Senyum .. senyum

Verse:
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus:
Senyum ..
Tak perlu kata apa-apa
Senyum ..
Tak perlu kata apa-apa
Senyum ..
Tak perlu kata apa-apa
Senyum ..
Tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus
Ulang Verse

Senyum .. =D

p/s : dah ari jumaat...malasnye rase nak wat keje... (-_-) tapi sebab esok cuti, happy balik..! (^_^)

quote : If you smile when no one else is around .. you really mean it .. ~ Andy Rooney

Thursday, August 12, 2010

Happy ..! (^_^)

Salam ..

2nd day kite berpuase...semalam 1st day puase berbuke kat umah Kuang...sangat seronok..!!! u know what, x sangka plak sume orang balik berbuke umah ma.. =D x plan pape pun...semalam balik pun x cakap dengan sesape pun, main redah je...hiks..(tu pasal la kena marah dengan ma sebab suke sangat balik secara mengejut..hikhik...sowie ma.. =D)..tapi semalam nak balik Kuang, jem dia dah mengalahkan nak balik raye...kuar opis kol 5 sharp then sampai highway Guthrie kol 6++...adoiyai...

So..sampai kat Kuang, singgah la kat bazaar depan masjid tu...kat situ pun orangnye punyalah ramai...sampai situ dalam kol 7 camtu tapi sume makanan dah nak abis...siap ade yang tengah ngemas nak tutup dah..laku btol 1st day pose ek? Then, yang kelakarnye, sampai umah je me bukak la tudung saji nak tengok ape juadah berbuke ari ni tapi sume kueh, lauk ade la 2 jenis je kot..then, skali lagi dimarahi ma kerana me jugak xbeli lauk sangat, juz beli kueh2 and air je...ma pun trus mengeluarkan isi perut dari peti sejuk tu yang boleh dimasak dalam mase setengah jam sebelum berbuke...alang pun kena marah jugak sebab dia beli ayam percik je, tu pun dua ketul je sebab dia pun x tau sume orang balik berbuke termasuk la my brother-in-law yang tetibe jugak nak balik Kuang...and Amer, my kazen pun datang berbuke and beli kueh jugak...hahaha..tapi nasib baek sempat dicover oleh yop and kak Zu sebab diaorang ade beli lauk...hoho..(syabas yop kerana berjaye mengurangkan kemarahan ma...!=D)

So, sume la ade kat umah berbuke for 1st day pose.. =D sangat seronok..!! and yang paling seronok mestilah Zuhaira Aqila (Ya) sebab ramai orang ade kat umah.. =D so, i'm happy today!

p/s : salah satu makanan wajib yang kena ade everytime berbuke ialah murtabak..! =D

quote : Nothing can bring you happiness but yourself ..

Wednesday, August 11, 2010

Lagu chomey ..

Salam ..

Hmm...ari ni dengar lagu2 slow je...ikut mood..so, ari ni dengar lagu mocha je.. =D

Mocca - I Remember

I remember .. the way you glanced at me..yes I remember
I remember .. when we caught a shooting star .. yes I remember
I remember .. all the things that we shared, and the promise we made, just you and I
I remember .. all the laughter we shared, all teh wishes we made, upon the roof at dawn

Do you remember ..
When we were dancing in the rain in that December
And I remember .. when my father thought you were a burglar
I remember .. all the things that we shared, and the promise we made, just you and I
I remember .. all the laughter we shared, all the wishes we made, upon the roof at dawn

I remember .. the way you read your books .. yes I remember
The way you tied your shoes .. yes I remember
The cake you loved the most .. yes I remember
The way you drank your coffee .. yes I remember
The way you glance at me .. yes I remember
When we caught a shooting star .. yes I remember
When we were dancing in the rain in that December
And the way you smile at me .. yes I remember ..


p/s : lagu yang akan dipasang kalau tengah tensen ..

quote : Love .. it's a missing puzzle waiting to be found .. and when you do find it, you finally figure out the picture life has to show you ..

Lagenda Budak Setan @ Astro Prima ..

Salam ..

Hye all..! pose x ari nie..? hiks...ari ni 1st day kite berpuase, rase tenang je pagi ni.. =) semalam xsahur sangat sebab malas nak kuar...so, mlm semlm me & housemate mamam cucur goreng Adabi yang telah dimasak oleh my housemate..(time kaceh kak Ayu..nanti bleh masak lagi yee walaupun separuh dari cucur lain bebenor warnenye..hoho.. =p)..sambil me nk iron baju semalam, me pun capai la remote Astro nak tengok cite ape yang besh..me tekan button info, tetibe je ternampak la tajuk Lagenda Budak Setan kat channel Astro Prima pukul 10.30..me pun ape lg...trus meng'iron' baju dengan pantas sekali dengan tudung & terus memecut ke toilet untuk bersiram..(kantoi plak xmandi lagi.. =p)..kuar je dari toilet, nasib baik la baru start lagu tema cite tu..

Hilangnya cintamu

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanya lah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu .. ~~

(yang lain sambung sendiri ek? taip je tajuk lagu ni..mesti kuar punye..hiks.. =D)

Me juz nak komen la 1st episod yang me tengok semalam...starting dia ok la...mood kat skolah tu menarik la..lupe plak nak tengok sekolah ape & kat mane...dalam tu nmpk la kenakalan Farid Kamil @ Kasyah yang suke mengenakan budak2 lain tu & he looks so handsome..! =D then, dengan geng2 nakal dia tu pun ok la...nampak serasi.. =) then, watak Ayu yang dipegang oleh Maslina Ramli tu macam kureng sket la...maybe sebab dalam otak dah set yang watak Ayu tu chomey dipegang oleh Lisa Surihani... =D

Then, ade jugak unsur2 humour yang dimasukkan dalam cite ni oleh Along Kamarudin tapi kalau bleh mantapkan lagi...lagi besh! (^_^)p angle camera pun ok & chanteq..ala2 movie tau.. =) (cewahh...macam la me ni terrer sangat la pasal bnda2 ni..hoho..)

So, secara keseluruhan, boleh la untuk 1st episod...nantikan episod seterusnye next week ok? me paste sket sinopsis cite ni kat sini kalau ade sesape yang xpenah tau @ bace buku by Ahadiat Akashah ni...

Siri ini bermula dengan kenakalan Kasyah (Farid Kamil) seorrang pelajar yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain bersama beberapa rakannya. Namun sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru bernama Ayu (Maslina), lalu membuatkan dia jatuh cinta. Walaubagaimanapun, bekas kekasih Ayu bernama Azmi (Nas-T) tiba-tiba muncul menagih semula cintanya. Ayu tepaksa menerima Azmi atas paksaan Mak Leha (Arifah Damanhuri) walaupun sebenarnye dia semakin menyayangi Kasyah. Selepas Ayu bernikah dengan Azmi, hati Kasyah hancur berkecai dan hidupnya menjadi tidak terurus. Selepas berkahwin, hidup Ayu tidak bahagia dan suatu malam setelah dibelasah teruk oleh Azmi, dia memandu dengan laju sehingga mengalami kemalnagn yang teruk. Ayu bernasib baik kerana umurnya masih panjang namun wajahnya sudah tidak secantik dulu. Lantaran Ayu meulakan hidup barunya dengan wajah baru serta nama baru, Emilia (lakonan Jue Aziz). Suatu hari, Ayu @ Emilia dipertemukan dengan Kasyah dan cinta mereka kembali bertaut. Kejadian kisah cinta ini ke satu sisi yang lain dan menemukan Katerina (lakonan Melissa Maureen Rizal) dengan Kasyah. Siapakah pula Katerina? Dan apakah yang terjadi dan bagaimanakah pengakhiran jalan cerita ini..?

Hmm...macam tu la sinopsis cite ni...same je dengan novel tapi novel lg besh kot..hiks.. =D Kepada sesiape yang nak kenal sape yang pegang watak Ayu tu, ni picture dia :

p/s : suke tengok Farid berlakon sesame dengan Lisa.. =D

quote : If you love somebody, let them go .. if they return, they were always yours .. if they dont, they never were ..

Tuesday, August 10, 2010

Happy Ramadhan ..!

Salam..

Juz want to say Happy Ramadhan to all of u..! =D xsabar nak pose esok..so, mlm ni dah bleh gi solat terawikh.. =D so, jom2 mlm ni kite berterawikh..!

p/s : mode : happy!

quote : Ramadhan is the month of blessings .. and i'm sure you'll get your share too .. coz Allah is happy with you ..! =D

Monday, August 9, 2010

Cute quotes ..

Salam ..

Geramnye ari ni sebab 1 ari xle bukak FB & blogs..tensen tau..! =( ni pun td try & error je..bleh la plak..(yeay! senyum balik.. =D) ari ni xde pape nk cite sgt sebab dah nak balik dah ni...td me tngah surf internet & found cute quotes...maklumlah, me kn memang suke kumpul quotes.. =D ni antara yg me t'jumpe td..



p/s : cute .. rite?

quote : atas tu kan dah ade..hiks.. =D

Sunday, August 8, 2010

Ibu ~ Ina ~ Aleng ..

Salam ..

Ari ni me hepii sangat2 sebab semlm Ina msg bgtau nak jumpe sebab ibu trn Shah Alam..lame gile xjumpe diaorg ni.. =D so, diaorg plan nak jumpe kat Plaza Alam Sentral...nak main bowling la plak...hiks...dah lame xmain ni... =p so..mcm biase la kan, janji pukul 10 pg nk jumpe tapi atas sebab2 yang xbleh dielakkan, jumpe diaorg pukul 12 tgh..haha... =D

Sampai2 sane je, orang ramai gile...rupe2nye ade tournament...xtau la dr mane..so, secare kebetulan, tiga2 pakai baju coklat...mcm berjanji plak...walaupun jumpe ber'3, tapi riuh dia mcm 10 org...lepas gmbr2 diupload di FB, ramai la plak yang jeles & tnye nape xajak...hiks.. =D sowie ye kengkawan...xsempat nak ajak sebab ni plan last minutes.. =p so, ni antara gmbr2 yg Ina upload pakai camera Ina.. =D


p/s : balik2 je tangan kanan saket sebab dah lame xmain bowling...adoiyai..

quote : True friendship comes when silence between two people is comfortable ..

Friday, August 6, 2010

Adamaya Vs. Epilog Syurga Cinta ..

Salam ..

Memandangkan ari ni me keje malam & xramai student plak malam ni (me sangat suke..hiks..), tetibe tertengok plak slot Akasia kat tv3 tu...sekarang ni dah ade slot baru...Epilog Syurga Cinta (ala...same je dengan cite Syurga Cinta kat wayang tu, tapi ni versi drama plak..)..me xtgk lagi cite ni & xtau la nk komen besh ke x...tapi yang membuatkan me nak tgk jugak cite ni sebab ade Amani..!! ala...budak kecik chomey gile yang berlakon cite Adamaya (favourite cite ni..!) tu..name sebenar dia Mia Sara Nasuha tapi me lebih suke panggil dia Amani...so cute lah..! =D

So..me nak start la tengok cite ni sebab ade Amani..nak tengok bleh x lawan ke'besh'an cite Adamaya & mampu ke cite ni buat me tersenyum2, tersengih2 & tergelak2 sorg2..? will see..! =D cast dia pun bleh tahan jugak which are : Zizan Nin & Fida (chomey la dia ni..).. so..ni sedikit sebanyak sinopsis cite Epilog Syurga Cinta :

" Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.

Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.

Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya. Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah... "



So..cam tu sinopsis cite ni yang telah me copy paste dari blog QIMIE[DOT]COM.. (jgn mara ye sbb me copy paste ni..) =D


p/s : hmm...pasni keje men'download' cite ni la plak..hiks.. =D

quote : You can’t force someone to love you .. you can only stalk them and hope for the best ..

150 juta by Fynn Jamal ..

Salam ..

Hmm...ari ni ari jumaat..me keje malam ari ni, so td masuk keje kol 2..basah la jugak kena ujan dua tiga titik tadi...sejuk je ari ni...me sangat suke situasi mcm ni..tenang je.. =D sambil mamam egg sandwich dengan minum hot cuppucino (macam omputih sangat la plak..hiks..), me pasang la lagu favorite yang slalu berkumandang kat PC me ni...kalau orang lain dengar pun, mesti dah sampai muntah2 darah dah..hiks.. =D

Kalau kite tengok tajuk & lirik lagu ni...mesti orang berkerut je kening nye sebab lirik dia mmg straight forward...lagu ni one of my friend suggest suruh dengar..1st time dengar trus suke gile...!! me ni ssh nk suke lagu2 baru ni...1st skali mesti tgk lirik dia...then, baru suke lagu dia.. =D lirik dia mmg besh...xpercaye?? ok...me paste lirik dia kt bawah ni ok?

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“Saya mungkin baran tak kira masa”
“Tapi saya tahan kalau salahnya saya”
“Saya mungkin saja keras kepala”
“Tapi saya manja bila kita berdua”

“Saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua ..


Hikhik...besh kn? =D banyak kali tengok lirik ni dan memang sempoi gile lirik dia..banyak lagi lagu2 kak fynn yg dia produce and kebanyakkan nye lebih kurang mcm ni jugak...so, kalau sesiapa berkenan, taip je name Fynn Jamal ni kat Google...mesti keluar pnye..kat youtube pun byk jugak.. =D

p/s : lagu2 skrg ni kebanyakkan nye sume straight forward kn? senang nak paham.. =D

quote : God gave us everything in pairs-two hands, two eyes, two ears…But why only one heart? Because he gave another to someone else for us to go find ..

Wednesday, August 4, 2010

Hari Mesra PTAR 2010 ..

Salam ..

Fuhh..penatnye 3 ari ni sebab baru je abis Hari Mesra PTAR 2010 (3-4 Ogos 2010) kat library PTAR 1 nih..tapi seronok sebab dapat organize aktiviti dan games yg menarik..dan yang paling besh nye ialah booth me menang sebab terpilih untuk "booth pilihan pengunjung"..! hikhik...xsia2 sampai saket2 pinggang sebab berdiri..hmmm...baru la me terpikir, cmne la agaknye salesman/salesgirl yang dok berdiri sepanjang hari kat shopping complex tu kan? gile kental btol la diaorang tu kan..? *muka kagum kejap*

Anyway, congrates kat sume warga BPBPT (Bahagian Pembangunan Bibliografik & Pemprosesan Teknikal) kerana telah bertungkus lumus membanting tulang menjayakan event nih..(cewahh..!) =D so..ade la snap beberapa picture from hp nisa & kak lia...


~ Ekin ~ Nisa ~ Sis Lia ~ Efi ~ Nani ~

p/s : hmmm..tetibe tengok picture ni mcm something missing..ow..rupenye xcukup korem...miz u wawan... ='(

quote : Friendship doubles your joys, and divides your sorrows ..