:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Tuesday, October 2, 2012

Kalaulah ..

Lokasi : Bilik Asrama Gegurl.

"Eh.. yang kau tersengih-sengih sorang-sorang ni dah kenapa?" sergah Lina sambil tepuk bantal.

"Opocot! Haih.. Cubalah bagilah salam. Nasiblah aku ni tak ada sakit jantung. Kalau tak, kesian kawan kau yang comel ni tau." ngomel Dina.

"Ah.. malas nak layan kau. Yang kau tersengih-sengih tadi kenapa? Ada apa-apa la tu. Cepat cerita kat aku." Lina terus duduk atas katil Dina untuk bergosip.

"Ish.. kau ni. Kang kalau aku nangis, susah pulak. Sengih pun salah ke? Tak ada apa-apa la. Okaylah.. aku nak pergi library." Dina bangun dari katil sambil menyanyi-menyanyi kecil lagu kegemarannya masa kini, "Aku Suka Dia.."

Dari jauh, Lina memandang pelik. Library? Biar betul.. tempat yang paling liat Dina nak jejak.. pelik..

Lokasi : Library.

Dari jauh Dina memandang susuk tubuh seseorang. "Yes! Dia dah sampai!" Jerit Dina gembira, tetapi hanya bergema di dalam hati. Dia cuma tahan agar tidak ketara. Tak pasal-pasal orang labelkan dia 'sewel' nanti.

Dina sanggup habiskan masa berjam-jam di perpustakaan. Sebelum ini, jangan harap dia nak jejak kaki di perpustakaan. "Perpustakaan untuk budak-budak nerd je." Ayat yang pernah dia lontarkan dulu. Tetapi sekarang, lain pulak.

Kalaulah Lina tahu kenapa dia suka pergi library, 7 keturunan dia kena gelak nanti. Hanya kerana seorang lelaki..

Lokasi : Cafe.

"Eh.. maaf! Tak sengaja.. saya tak nampak tadi. Maaf ye!"

"Oh.. tak apa. Sikit je. Lain kali careful ye. Nanti ada pulak orang lain yang melecur." sinis.

Dina berdengus dan berpaling ingin membalas kata-kata sinis itu. Tetapi tak jadi. Dina terkedu.

It's him! Alamak! Macam mana ni? Oh.. rupa aku sekarang ni macam mana? Tudung aku senget tak? Baju.. okay tak? Matching tak seluar aku? Kasut macam mana pulak? Tiba-tiba Dina rasa gugup. Terkedu. Tegak berhenti tanpa kata. Teh O panas masih berasap di tangan. Tiba-tiba Dina rasa gelap.

Lokasi : Klinik Kesihatan.

Sayup-sayup kedengaran suara orang ketawa sakan. Perlahan-perlahan Dina membuka mata. Sekeliling putih. Eh.. aku kat mana ni? Kat syurga ke?

"Aduh!" Dina memandang tangan kanannya. Berbalut. Rasa pedih.

"Haa.. dah sedar dah budak ni." Lina duduk di sebelah katil.

"Aku kat mana ni?"

"Kat klinik. Tangan kau melecur sikit terkena air panas, then kau pengsan. Kenapa kau boleh pengsan tiba-tiba ni?"

Takkanlah aku nak bagitahu aku pengsan sebab bertentang mata dengan mamat tu. Memang Lina akan ketawakan aku sampai akhir semester dan aku tak akan biarkan ia terjadi.

"Entahlah, tiba-tiba rasa nak pitam. Tapi macam mana aku sampai sini?"

"Dia yang dukung kau bawa ke sini." Lina menuding jari ke arah susuk badan yang amat dia kenali. Alamak, it's him.. again!

"Dukung?" Homaigod! Rasa nak pitam lagi sekali.. malu!!

Harith senyum sambil berpeluk tubuh. Bersandar di dinding putih. Dah macam model pulak dah. Berbaju putih berkolar, berseluar jeans serta beg silang hitam. Kacak!

Okay.. aku dah melalut. Aku rasa aku tengah berhalusinasi. Penangan ubat barangkali.
Bro.. kau jangan nak senyum-senyum macam tu boleh tak? Boleh pengsan kali ke-2 nanti ni.

"Terima kasih. Maaf menyusahkan." Dina bersuara.

"Sama-sama. No hal. Tapi nak cakap sikit boleh?" balas Harith.

"Apa dia?"

"Awak ni ringan sangat. Makan banyak sikit. Tak thrill betul dukung awak tadi."

Demmm..! Lagi sekali aku nak jerit.. Malu! Aku hanya mendengar Lina ketawa berdekah-dekah. Siap kau Lina!

Lokasi : Bilik Asmara Gegurl.

"D, aku tengok kau ni diam je sejak keluar klinik aritu. Kau okay tak? Kalau ada apa-apa, kau bagitahu aku. Aku boleh temankan kau pergi check-up." Lina bersuara. Dia pelik dengan Dina. Jadi pendiam.

"Aku okay je. Jangan risau." Dina senyum.

"Eh, lupa aku nak bagitahu. 2 hari lepas, mamat yang dukung kau tu ada tanya aku..."

"Hah! Dia tanya pasal aku? Betul ke? Dia tanya apa? Dia okay tak? Dia sihat tak? Kenapa dia tanya? Kenapa baru sekarang kau baru nak bagitahu aku. Dah 2 hari pulak tu. Cepatlah, apa dia cakap?" Dina bersungguh duduk menghadap Dina seperti anak kecil yang hendak dengar story-teller dari cekgu tadika.

"Eh.. eh! Aku tak habis cakap lagi kau dah potong. Mana satu soalan kau yang aku nak jawab dulu ni? Pelik betul kau ni. Haaa..." Lina tersengih-sengih. Macam dah nak faham kenapa Dina jadi pendiam kebelakangan ni.

Demm! Kantoi!

Lokasi : Rumah Harith.

"Eh, kau ni biar betul Lina. Jangan la main-main."

"Betullah ni. Tak percaya? Okay, aku jumpa ni bawah bantal dia. Baca. Mesti kau tak percaya. Dan kau kena berterima kasih dengan aku sebab aku dah tolong kau selama ni. Dan dengar sini baik-baik, Dina is a wonderful person i ever met. So, jaga dia elok-elok.. okay? Aku balik dulu." Lina terus bingkas bangun sambil kenyit mata.

"Lina.. tak minum dulu ke?" laung mama Harith merangkap mak ngah Lina.

"Tak apa Mak Ngah. Lina dah lambat ni. Lain kali ye?"

"Kirim salam ibu ye Lina."

"Okay!"

Buku yang Lina beri tadi masih di tangan. Bergetar tangannya untuk buka dan baca isinya. Perlahan-perlahan Harith menyelak halaman pertama.

Belong's to : Medina Sofiya Abdul Hadi.
Status : Privacy! Secret! Rahsia!

Harith tersenyum. Nama yang cantik.
Diselak halaman yang lain. Laju semakannya. Kemudian, Harith terhenti di halaman 45.

1 Januari 2012.
Aku terserempak dia depan library. Nasib baik tak bertembung. Tapi dia tak perasan aku. Pandang pun tak. Hmm..

* Kalau la kamu tahu waktu tu ketar lutut aku bila bertembung dengan kamu masa tu. Bukan tak nampak, tapi tahan rasa gementar dalam hati. Ya Allah, cantik gadis ni. Aku hanya pandang dari jauh. *

5 Januari 2012.
"Dia duduk di tempat kegemarannya. Macam selalu. Kemeja putih berkotak-kotak dan khakis coklat. Smart! Kenapa aku yang rasa nervous? Dina.. relax.."

*Kau tak tahu sebelum keluar bilik, aku tanya setiap orang tentang penampilan aku. Aku nak kelihatan kacak depan kamu. Habis semua budak junior aku paksa komen tentang baju dan seluar aku.*

7 Januari 2012.
"Mana dia ni. Lambat 10 minit hari ini. Tapi at last, dia datang library jugak. Spot tempat yang paling dia gemari. Meja baris kedua, betul-betul belakang rak buku-buku Sains. Berbaju putih lagi. Dia sangat menyerlah dengan putih!"

* Kamu tak tau macam mana aku merayu dengan student yang selalu duduk meja tu. Sampai aku belanja dia makan sebulan untuk aku duduk di meja tu. Supaya senang nampak kamu di baris lima meja depan aku. Baju tu pun aku pinjam dengan junior aku. Nasib baik sama saiz. Dan aku tau kamu suka kaler putih.*

8 Januari 2012.
"Ya Allah, bagilah aku kekuatan untuk aku tegur dia hari ni. Amin." Alamak.. Tak jadi. Hari ni dia ada bawa kawan. Hmm.. Tak apa, maybe next time."

"Kenapa tak tegur? Aku tunggu kamu tegur setiap hari. Tapi hari tu Omar sibuk nak lepak sama. Kecewa betul masa tu. Aku nampak kamu tinggalkan library. Seminggu aku pujuk Omar supaya jangan ikut aku lepak. Sebagai balasan, Omar pinjam Blackberry aku selama seminggu."

11 Januari 2012.
Hari ni dia tak datang library. Mana la agaknya dia pergi?"

"Kalaulah kamu tahu waktu tu aku demam teruk. 3 hari berkurung dalam bilik. Sebab terkena hujan masa tengok kamu main bola jaring semalamnya. Aku memang senang demam kalau kena hujan. Memang dari kecil. Tapi aku tak kisah, asalkan aku dapat tengok kamu. Happy kamu masa tu."

20 Januari 2012.
Hari yang paling malu dalam hidup aku. Terlanggar dia di cafe. Dan yang paling malu, aku boleh pengsan depan dia. Aaaaaaa...!!! Nak dijadikan cerita, dia dukung aku pergi klinik! Aaaaaaa...! Malu kuasa tiga! Tapi itulah saat paling indah. Sangat indah. Rasa nak pengsan terus. Terima kasih awak."

* Ya Allah.. kalaulah kau tahu, betapa cuaknya aku bila kamu pengsan. Kalaulah kamu boleh dengar dengup jantung aku masa dukung kamu, silap-silap aku yang boleh pengsan. Macam-macam doa aku baca supaya aku tak pengsan sama. Nervous teramat sangat. Pertama kali tengok wajah kamu dari dekat. Sangat dekat. Ya Allah, kamu sangat cantik. Aku terpaksa berlagak cool bila bercakap dengan kamu depan Lina. Sumpah, masa tu  aku sangat kaku dan terkedu. Tapi, sebab tak nak kena bahan dengan Lina, aku berlagak cool. Posing sandar di dinding tu pun aku tiru dalam majalah maskulin. Tapi, tentang badan ringan tu, memang betul pun. Kamu kena makan banyak-banyak. hiks. Dan, betul.. itu juga adalah saat yang paling indah dalam hidup aku..." *

Harith terus menutup buku itu. Rasanya cukuplah sampai situ dia membaca isinya. Dia dah faham. Senyuman lebar menghiasi wajahnya

Yes.. Harith Zikry, kau tak bertepuk sebelah tangan! Alhamdulillah.. Thanks Lina!

-The End-

No comments:

Post a Comment