:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Showing posts with label Sara dan Zafran. Show all posts
Showing posts with label Sara dan Zafran. Show all posts

Tuesday, November 30, 2010

Bab 8 : Sara & Zafran

**********************************

"Morning Lea !" sapa Sara riang sebaik sahaja wajah comel Lea memenuhi ruang penglihatan.

"Morning dear. Amboi, happy semacam ni. Ada apa-apa ke?" balas Lea sambil mengangkat keningnya.

"Ish, you ni kalau I happy sikit, mesti nak kena ada apa-apa ke?" Sara memuncungkan sedikit mulutnya tanda protes.

"Ye la, selalu pagi-pagi ni semua orang macam moody sikit. Tapi pagi ni you dengan boss semacam je happy. Tadi pun dia masuk tersengih-sengih. Korang pergi date eh semalam?" Lea serkap jarang.

"Dating dengan cleaner tu? You pun agak-agaklah. Takkanlah I nak dating dengan dia tu. Banyak lagi kerja lain boleh buat. I happy sebab semalam I terjumpa orang yang sama hobi dengan I." Sara tertawa kecil.

"Sama hobi? Meaning?" Lea kerut keningnya.

"Blogging. I kan minat blogging. Semalam ada mamat bagi komen kat blog I. Lepas tu, sampai ke pagi I baca isi blog dia. Interesting." Sara tersenyum.

"Ish .. you ni macam tak ada hobi lain. Shopping ke, tengok wayang ke .. kan lagi best. Entah siapa la mamat tu. Sekarang ni Sara macam-macam orang menipu kat Internet ni. You better careful okay?" Lea memulakan ceramahnya.

"Baik makcik." ujar Sara sambil mengenyitkan mata lalu berlalu ke mejanya sebelum Lea menyambung ceramahnya.

"Eh Sara, hari ni kita lunch sama-sama eh? I dengar ada kedai makan baru buka kat hujung tu." ujar Lea.

"Tak nak. Nanti you tipu I lagi macam hari tu." Sara membalas kerana teringat peristiwa dia dengan Zafran.

"Haha .. I janji. Kali ni betul. Okay dear?" terdengar Lea ketawa dari arah mejanya walaupun wajah tidak kelihatan.

"Hmm .. tengoklah nanti macam mana." Sara terus mencapai fail yang tersedia di atas meja untuk membuat semakan sebelum meminta Zafran tandatangan.

**********************************

"Hey, Zafran ada?" sapaan wanita di hadapannya secara tiba-tiba sedikit mengganggu konsentrasi kerjanya.

"Boleh saya tahu cik ni siapa?" balas Sara sopan. Salam pun tak ada. Cais!

"Eh .. tak menjawab soalan betul. I tanya Zafran ada dalam bilik dia tak? Susah sangat ke soalan I tu?" perli wanita itu.

"Tak ada la susah sangat. Sebab saya rasa soalan saya tadi pun tak la susah sangat nak jawab kan?" Sara tersenyum menahan sabar.

"Amboi .. baru masuk kerja dah pandai perli-perli orang. You tak kenal ke I ni siapa?" nada suaranya sedikit naik.

"Memang saya orang baru di sini. Sebab tu saya tanya cik ni siapa. Kalau saya tahu, tak ada la saya tanya." Sara menjawab selamba.

"Hey .. jangan ingat dah keluar dengan bos you dah berlagak dengan I." balas wanita tersebut.

Sara terkedu. Siapa dia ni? Macam mana pulak dia tahu aku pernah keluar dengan Zafran? Adik dia ke? Ke kakak dia? Belum sempat Sara membalas, Lea yang datang entah dari mana terus bersuara apabila ternampak situasi tegang itu.

"Eh .. cik Julia. Lama tak nampak. Cari Mr. Zafran ke? Mari, I bawa you jumpa dia." Lea tergesa-gesa membawa wanita itu dari situ.

"Yup. I cari Zafran. Tapi ada orang tu macam polis pencen tanya macam-macam. Dah tak ada kerja lain dah agaknya. Baik jadi pak guard kat depan tu .. lagi bagus." sempat wanita itu menjeling Sara dan berlalu ke bilik Zafran dengan ditemani Lea. Sara hanya tunduk membisu. Geram. Sedap betul mulut dia cakap macam itu. Sabar ye Sara. Jangan layan orang gila tu. Ujarnya dalam hati.

Tuesday, November 9, 2010

Bab 7 : Sara & Zafran

"Damn..!" marah Julia sambil menghentak tangan pada stereng kereta dengan kasar. "Patutlah sekarang ni dia dingin dengan aku. Dah ada perempuan lain rupanya". Lantas, Julia memecut laju kereta Toyota nya deras dan hampir-hampir melanggar pejalan kaki. Dia tidak peduli. Hatinya sakit. "Siapa perempuan tu?". Pertanyaan yang berlegar-legar minta dijawab.

Sampai di rumah, Julia menghempaskan pintu rumahnya kasar.

"Astaghfirullah. Terkejut mama. Apa ni Julia? Hantu apa rasuk kamu ni?" Datin Suraya mengurut dada terkejut akibat perbuatan anak-anaknya itu.

"Ju tengah angin ni mama. Zaf dah ada perempuan lain. Patut la sekarang ni dah tak call Ju lagi. Entah perempuan mana pulak mangsa dia kali ni." ujar Julia sambil menghempaskan tubuh ke sofa di sebalah mamanya.

"Ish. Tak baik la Ju cakap macam ni. Mungkin teman sekerja dia. Cubalah jangan fikir bukan-bukan." pujuk mama.

"Teman sekerja? Tadi Ju nampak mereka lunch bersama. Mesra sambil bergelak ketawa tu teman sekerja? Ju tak percaya langsung." Julia mendengus marah.

"Sejak bila pulak anak mama ni jadi spy?"

"Mama, please. Ju tengah serius ni. Ju akan ajar perempuan tu. Suka hati ambil hak orang." Julia membuat keputusan.

"Cubalah bawa berbincang. Mama tak ajar anak mama bertindak sebelum berfikir." mama merenung ke arah anak perempuan tunggalnya itu.

Julia bangun dan terus menaiki tangga ke biliknya. Di fikirannya berlegar-legar agenda yang bakal dia lakukan dengan muka yang berkerut-kerut. Datin Suraya masih memandang anaknya dengan perasaan yang pelik. Tak pernah dia nampak anaknya begitu marah. Datin Suraya risau.


*************************

Setalah usai solat Isyak, Sara membuka notebook kesayangannya yang berwarna putih. Itulah temannya di waktu sedih atau gembira. Aktiviti yang sering dilakukan setiap malam iaitu menulis blog. Tempat untuk meluahkan perasaan ini merupakan salah satu terapi buat Sara kerana teman-teman baiknya jauh dan tiada disisi. Sejak Fara belajar di luar negara, Sara telah berjinak-jinak dengan dunia penulisan blog.

"Eh, ada komen terbaru." bisik Sara sambil tersenyum. Lantas tangannya menekan keypad notebooknya.

Saya tertarik dengan blog awak. Pada saya, cara penulisan awak jujur. Saya suka. Keep it up. Saya akan terus membacanya. ~ Jejaka Malaya.

"Jejaka Malaya? Old school betul nickname dia." Sara tersengih. Sara membalas sambil mencari-cari ayat yang sesuai.

Terima kasih jejaka Malaya. Tiada yang menarik. Sekadar berkongsi penulisan. Terima kasih kerana singgah. ~ Sara.

"Owh .. dia juga ada blog." segera Sara klik sambil membetulkan kedudukan duduknya. Beberapa saat, tertera blog 'Jejaka Malaya' itu di ruang notebooknya. Serentak dengan itu, satu lagu berkumandang. "Hey, lagu sama dengan blog aku." ujar Sara terkejut dalam hati. Lagu dari kumpulan OneRepublic yang berjudul Secrets memang merupakan lagi kegemaran Sara. "Kebetulan ni." bisik Sara. Matanya tertumpu pada setiap bait-bait kata blog itu. Sangat melankolik dan menggunakan metafora yang sangat indah.

Sara membaca setiap entri dengan penuh tekun. Makin lama makin seronok. Lama kelamaan, hatinya terpaut dengan hasil penulisan 'Jejaka Malaya' itu. Sara senyum.

****************************

Wednesday, October 20, 2010

Bab 6 : Cerpen Sara & Zafran

**************************
Tok tok ..! Kedengaran pintu diketuk.

"Masuk". Suara di dalam menjawab pendek. Terus Zafran mengangkat kepala ke arah pintu. Apabila wajah Sara terpampang di muka pintu, tiba-tiba hatinya berdebar. Wahai hati, jangan la sampai macam ni. Boleh kena heart-attack aku macam ni.

"Aaa .. ye Sara?" kedengaran sedikit gugup.

"Hmm .. you tak lunch ke? Jom la. Lea tak dapat ikut. Ada hal sikit katanya."balas Sara.

"Ow .. dah lunch ke? Banyak sangat kerja sampai lupa. Patut la perut I ada bunyi lagu rock. Give me 5 minute okay?" laju tangannya mengemas meja. Ni mesti plan Lea ni. Dia senyum.

"Baik. I tunggu you kt luar." Pandai juga bergurau cleaner ni. Sara tersenyum sendiri.

**************************

"You selalu makan kat sini ke?" Sara bersuara selepas mereka diam beberapa ketika. Masing-masing kelu untuk memulakan bicara.

"Tak la selalu tapi I suka makan kat sini sebab tak ramai orang dan cepat. Malas nak berebut-rebut."jelas Zafran. Sara mengangguk faham. Manis betul gadis di depannya ini.

"You memang suka pakai baju kurung cotton ke?" lama dia menyimpan pertanyaan itu untuk diajukan kepada tuan empunya badan. Hari ni baru berkesempatan.

"Yup. I memang suka kain cotton. Tak panas and sweet je corak dia. Kalau nak tau, 80% baju kurung dalam almari I semua kain cotton." terang Sara sambil tersenyum menampak giginya.

Aduh .. jangan la senyum depan aku macam ni. Tak tidur malam aku malam ni. Cantik betul ciptaan Tuhan ini. Zafran bersyukur.

"I nak tanya you tapi jangan marah okay?" tanya Sara. Zafran mengangguk setuju.

"Hmm .. susah betul nak tengok you senyum kat ofis. Kenapa ye? I tengok kalau you senyum pun dengan Lea je."berhati-hati Sara menyusun ayat. Takut menyinggung perasaan Zafran.

"Haha .. tu je ke pertanyaannya? I ingat apa la tadi. Tak mencabar langsung."gelak Zafran.

Boleh ketawa rupanya cleaner ni. Ingatkan saraf gelak dia dah terputus. Tapi handsome jugak dia ni kalau gelak. Haip! Sara .. jangan gatal! Hati Sara bermonolog.

"I bukan tak nak senyum. Sebab kalau hari-hari I senyum, takut semua tergoda dan cair tengok I nanti." jelas Zafran sambil tersenyum ke arah Sara.

Alamak! Betul la. Memang handsome! Haip! Sara .. wake up! Sara tergelak kecil untuk menutup sedikit getar di hati perempuannya itu.

"Eleh, perasan betul you ni." Sara tunduk malu. Caiss! Jangan la dia perasan aku tengok dia tadi.

Zafran gelak besar. Comel betul bila dia malu. Merah pipinya.

"Ok, let's go. Nanti lama-lama you jatuh cinta dengan I pulak." ujar Zafran selamba sambil bangun menuju ke kaunter. Ayat itu ditujukan kepada dirinya sendiri sebenarnya.

"Hah? Jatuh cinta? Please..!" balas Sara. Dia cepat-cepat mengekori Zafran dari belakang ke kaunter.

"Eh .. tak apa la. I belanja." Zafran menyeluk poket seluarnya.

"I tak nak terhutang budi. Biar la I yang bayar." Sara tak puas hati. Dia memang telah diajar untuk tidak termakan budi sesiapa.

"I kan boss. I la bayar." tangan masih mencari-cari dompet Polo berwarna hitam yang sering dibawanya. Mana pulak ni?

Melihat Zafran terkial-kial, terus Sara ke hadapan kaunter sambil mengeluarkan sejumlah wang. Wanita di kaunter itu terus menekan mesin dengan memasukkan jumlah wang yang diterimanya.

"Tak apa la. Maybe this time I belanja you. Next time you belanja I okay?" balas Sara sambil tersenyum. Sengaja dia berkata begitu untuk menyenangkan hati Zafran. Sara tau, lelaki akan rasa tak gentleman kalau wanita yang bayar. Lebih-lebih lagi orang yang berduit macam Zafran.

"Tak pernah dalam sejarah hidup I girl belanja. You are the one. Sorry susahkan you. I rasa tertinggal kat ofis." jelas Zafran. Malunya aku. 1st date keluar tak bawa dompet. Caiss! Mana aku letak tadi ni?

"So, i'm the first one who break the record? Wow .. i'm the lucky one." Sara bergurau.

"Lebih kurang la." balas Zafran sambil tergelak kecil. Yes, you are the lucky one who make my life happy again. Kata-kata yang hanya berlegar-legar di kepalanya.

Mereka menuju ke arah kereta sambil bergelak ketawa dan mereka tidak sedari ada sepasang mata mamandang mereka dengan penuh iri hati.

******************************

Monday, October 18, 2010

Bab 5 : Cerpen Sara & Zafran

**************************

"Sara, cleaner panggil you." Lea bersuara sambil mengenyitkan mata.

"Hey, slow la sikit volume tu. Nanti dalam tu dengar. Mampus I nanti. Kenapa dia tak call I terus? Bukan I tak ada telefon." getus Sara.

"Haa .. tau pun takut. Entah la, dia segan dengan you kot." usik Lea sambil gelak besar.

"Segan apa kejadahnya." balas Sara sambil membawa kertas kerja yang bakal dibincangkan dengan Zafran.

Sara sempat menjelirkan lidah ke arah Lea sambil berlalu ke bilik Zafran. Geram dengan telatah Lea yang selamba itu. Hanya dia dan Lea sahaja yang tahu panggilan keramat itu. Itu perjanjian mereka.

"Masuk." kedengaran suara garau dari dalam bilik itu selepas Sara mengetuk beberapa kali.

Sara menguak pintu coklat itu. Ya Allah .. berseleraknya bilik dia ni. Getus hati Sara.

Seraya melihat gadis idaman di depan mata, terus hati Zafran berdebar-debar. Cantik dia hari ni. Hanya dengan mengenakan baju kurung cotton berbunga merah sudah cukup nampak ayu dan lembut. Agaknya, dia ni memang suka baju kurung cotton.

Sara pelik dipandang begitu. Dah kenapa pulak cleaner ni pandang aku semacam? Baju aku koyak ke? Sara juga memandang dirinya sendiri.

"Hah .. apa yang you tengok pelik sangat tu?" tegur Zafran.

"Err .. I ke you yang pandang pelik? I rasa dialog tu sesuai untuk I."balas Sara.

"Suka hati I la nak pandang apa pun. Mata I kan?" Zafran menutup malu. Ego tinggi ni memang macam tu.

Sara mengerut dahi. Datang bulan ke dia ni? Nak marah je kerjanya. Patut aku yang marah dia. Ni terbalik pulak.

"Sudah. Malas I nak gaduh dengan you. Ni kenapa ni nak jumpa I?" Zafran membalas.

"Eh .. tadi Lea cakap you panggil." Sara makin pelik.

"Ow .. ye ke? Ada ke?" Zafran menggaru-garu kepalanya.

Sara bertambah pelik. Lea salah panggil ke?

"Hmm .. kalau tak ada, I keluar dulu. If anything, call me. Tak elok la kalau you asyik kacau Lea. Kesian dia kena panggil I pulak." Sara menyambung sambil menutup pintu bilik Zafran.

Zafran termenung dan berfikir. Aku ada panggil dia ke? Terus tangannya mendail nombor sambungan Lea.

***************************

"Apa la boss ni. Kan boss cakap kat saya yang boss suka kat Sara. Ni saya tengah adjust la ni. Tu la first stepnya. Spoil la boss ni." terang Lea perlahan. Takut didengari oleh orang lain. Itu adalah rahsia bossnya dan dia kena jaga itu.

"Hish .. awak pun bagi la hint awal-awal. Mana la saya nak tau. Lagipun masa awak panggil dia tu wrong timing la. Saya tengah buat kerja urgent ni." Zafran mengeluh.

"Mana la saya tau boss ada urgent matters." balas Lea. Kemudian, dia sambung, "Tak apa boss, saya akan lancarkan plan seterusnya."

"Okay tapi yang paling penting jangan sampai orang lain tau. Even my father, deal?" pesan Zafran. Dia tau, Lea satu-satunya orang yang boleh dipercayai.

"Yes boss! Deal!" balas Lea tersenyum sambil ligat berfikir rancangan terbaru untuk bossnya itu.

Lea teringat bagaimana bosnya mula-mula jatuh hati dengan Sara iaitu selepas pertama kali bermesyuarat tempoh hari. Tergelak Lea setelah mendengar luahan hati Zafran yang pada ketika itu merah padam mukanya bercerita. Tapi Lea berjanji akan menolong bossnya untuk memikat hati Sara.

Lea tiba-tiba terfikir satu plan. Dan terus mendail nombor sambungan Sara.


***************************

Sara meletakkan ganggang telefon disebelahnya. Pelik. Tak pernah-pernah si Lea ni ajak lunch. Hari ni buang tabiat ke? Hish .. Sara, kau ni tak baik buruk sangka tau. Lalu, Sara kembali menyambung kerjanya.

****************************

"Sara .. I minta maaf banyak-banyak sebab tak dapat lunch sama-sama. I ada hal urgent la dengan tunang I. But, I dah janji jugak dengan Mr. Zafran nak lunch sekali. So, you temankan dia lunch boleh tak?" pinta Lea dengan wajah seposen.

"Ala Lea .. you ni selalu macam ni tau. You yang tadi beria-ia ajak I. Takkan la I nak keluar berdua je dengan cleaner tu? Tak pasal awek dia tau and serang I nanti. Tak mahu la." jelas Sara.

"Cleaner tu tak ada awek. You jangan la risau. I dah janji tadi, takut dia tunggu nanti. Please dear." pujuk Lea.

"But Lea .."

"Please Sara .." Lea memotong kata-kata Sara.

Akhirnya Sara angguk dan akur. Terpaksa. Sara berlalu ke tempatnya untuk mengambil bagnya.

Lea tersenyum kegembiraan. Plan dia kali ini mengena. Sekarang hanya terletak pada kepakaran bossnya. Ligat tangannya mendail nombor 1-300-888-333. Terbayang Domino's Pizza di ruang mata. Nampaknya terpaksa la dia lunch sendirian semata-mata untuk memberi peluang kepada mereka berdua. Tapi lunchnya juga ditaja oleh bosnya. Lea tersenyum.

*****************************

Thursday, October 14, 2010

Bab 4 : Cerpen Sara & Zafran

**************************

"Sara, mari sini kejap. Tetamu kita dah sampai ni." laung mama.

"Ok mama." balas Sara.

Sara membetulkan bajunya agak basah terkena air. Ala .. selamba je la. Takkan nak tukar baju pulak. Sara terus keluar ke ruang tamu.

"Ina, ni la Sara. Anak perempuan tunggal kami. Ingat lagi tak?" mama perkenalkan temannya yang hampir sebaya usia dengannya. Sara terus salam dan tunduk mencium tangan teman mamanya tanda hormat.

"Mesti la Ina ingat. Dulu kan Ina selalu dukung si Sara ni. Cantik dah sekarang anak kamu ni." puji teman mamanya.

"Tengoklah mama dia siapa." Sara menyelit dan diikuti oleh hilai tawa mereka bertiga.

"Sudah-sudah la tu. Ni bawa tetamu kita ke ruang makan. Dah lapar agaknya mereka ni." celah papa sambil memeluk bahu temannya.

"Eh .. dato'!" Sara terkejut.

"Kamu Sara? La .. ni anak kamu ke Mad? Kecil betul dunia ni." Dato' Zakaria ketawa.

"Kamu berdua kenal ke?" tanya papa.

"Mana la tak kenal papa. Ni la big boss Sara." terang Sara sambil teringat insiden pagi tadi.

"Mad, anak kamu ni perangainya tak ubah macam kamu dulu. Kelam kabut." usik dato'.

"Haha .. ye ke?" papa hanya gelak besar. Muka Sara kemerahan menahan malu.

"Sara ni memang macam tu Zack. Dari kecil kalau ada yang tak kena, kelam kabut dia mengalahkan orang tua." tambah mamanya.

"Ala .. sudah-sudah la tu. Ni asyik Sara je yang kena. Tak aci la macam ni." Sara memuncungkan mulutnya.

"Hah .. yang tu Ina tau dia ikut siapa. Aduh!" Datin Marina menggosok-gosok lengannya kerana di cubit oleh mama. Dan serentak semua ketawa memenuhi ruang tamu rumah teres dua tingkat itu.

************************

"Nanti senang-senang jangan lupa singgah rumah kami pulak ye?" pesan Datin Marina sebelum hilang ke dalam perut kereta BMW 3 series itu.

"Insyaallah." mereka bertiga balas serentak sambil melambai-lambai ke arah mereka sehingga hilang dari pandangan.

"Papa, tak sangka uncle Zack tu humble orangnya. Baik betul. Selalunya kalau nama pun dah dato', mesti 'act' semacam." ujar Sara.

"Uncle Zack memang macam tu. Dari dulu lagi dia tak pernah nak bangga diri dengan apa yang dia kecapi sekarang ni. Dia banyak tolong papa dulu. Jadi, papa nak Sara timba seberapa banyak pengalaman dari dia, okay?" nasihat papa.

"Okay papa. Sara akan cuba." balas Sara sambil tersenyum.

"Good. Macam ni la anak papa." sambil menggosok-gosok kepala anak perempuannya itu. Kasih sayangnya kepada anak itu amat mendalam walaupun dia jarang menunjukkannya.

"Macam tengok cerita samarinda pulak." gurau mama memecahkan kesunyian. Mereka bertiga gelak bahagia.

Sara akan buktikan kepada papanya yang dia boleh berdikari. Sara tekad.

********************************

Tuesday, October 12, 2010

Bab 3 : Cerpen Sara & Zafran ..

*************************

"Assalamualaikum. Sara dah balik." kedengaran layu.

"Waalaikumussalam. Anak mama dah balik ye. Layu je. How's your day?" balas mama.

"Penat. Kelam kabut. Malu." ringkas jawapan Sara.

"Hmm .. penat dan kelam kabut tu normal la. Tapi malu? Sebab?" mama kehairanan.

Sambil menarik nafas, Sara menceritakan kejadian di pejabat pagi tadi. Setelah habis Sara mengomel, mama terus ketawa mendengar cerita Sara.

"Mama ni. Sara cerita bukan nak suruh mama gelakkan Sara. Mama ni!" getus Sara sambil memanjat tangga dengan perasan geram.

"Ala anak mama sorang ni. Mama gelak pun salah. Dah memang kelakar, salah ke mama gelak? Sara tu, lain kali hati-hati dan jangan suka judge orang yang kita tak kenal lagi." nasihat mama sambil melihat Sara hilang di tingkat.

Sara menguak pintu kamarnya dan menghempaskan badan ke atas tilam empuknya sambil tangan kanannya menarik bantal busuknya dan dirangkul erat. Tenang dia rasa. Sara masih teringat insiden pagi tadi. Macam mana aku nak berdepan dengan dia esok? Kalau tiba-tiba dia marah dan terus fired aku macam mana? Mesti aku orang pertama yang paling singkat kerja kat company tu. Keluh Sara bimbang. Sara, lain kali mulut tu jaga sikit. Sara memberi amaran pada diri sendiri.

"Sara, jangan berangan lama sangat kat bilik tu. Lepas mandi, turun bawah tolong mama masak okay? Malam ni kita ada tetamu." laung mama.

Sara menutup telinga dengan bantal busuknya buat-buat tak dengar.

"Sara, jangan ingat mama tak tau. Kalau tak nak bantal busuk tu hilang malam ni, baik Sara bangun sekarang." mama menyambung.

Sara hanya ketawa mendengar amaran mamanya itu. Kerana itulah Sara amat menyayangi mamanya kerana terlalu memahami dirinya. Perlahan Sara beralih ke bilik air untuk mandi sebelum mamanya mengamuk.

******************************


"Amboi, sedapnya bau. Lapar pulak Sara." usik Sara sambil menggosok perutnya.

"Elok betul anak dara ni. Mama dah pesan turun tolong mama tapi saja je dia turun lambat-lambat. Nak 'ngelat' la tu." perli mama.

"Eh .. tak baik tau ma cakap macam tu. Tadi dah nak turun tapi Fara called. Tu yang lambat turun. Bergayut kejap dengan dia." balas Sara sambil mengenyitkan mata ke arah mamanya. Fara merupakan teman Sara yang paling akrab sejak di bangku sekolah lagi.

"Hmm .. patut la pun. Dah jumpa kawan bergosip, biasa la tu." mama ketawa kecil.

"Ok .. ok .. sekarang ni mama nak Sara tolong apa? Anyway, siapa tetamu mama ni? Sara kenal tak?" tanya Sara.

"Sara tak kenal. Kawan mama dengan papa masa study dulu. Lama dah kami tak jumpa. Baru-baru ni mama terjumpa kat Facebook." ujar mama.

"Hah? Mama ada Facebook? Kenapa Sara tak tau?"

"Sara tak tanya. Sara ingat orang tua tak tau bersosial ke?" perli mama sambil mengenyitkan mata. Sara ketawa mendengar jawapan mamanya.

"Ala .. Sara tau la mama expert in IT." gurau Sara. Mamanya lulusan universiti dalam bidang IT. Jadi, setakat laman web sosial ni hanya picisan bagi mama.

"Dah .. dah .. lekas tolong mama. Kejap lagi mesti mereka sampai."

"Papa mana mama? Tak nampak pun dari tadi."

"Papa tunggu mereka dekat simpang depan tu. Takut sesat pulak nak masuk kawasan rumah kita ni." sambung mama sambil tangannya lincah memotong sayur.

Sara hanya mengangguk kepala dan terus menolong mamanya menyediakan juadah makan malam sambil menyanyi kecil.

"Haip! Anak dara mana boleh menyanyi kat dapur." mama bersuara.

"Ala mama .. tu orang-orang dulu cakap. Sekarang ni dah tak valid dah." gurau Sara.

"Kalau tak ada orang-orang dulu, tak ada la orang-orang sekarang ni. Ada sebab kenapa orang-orang dulu cakap macam tu." jelas mama.

Sara tersenyum. Dia hendak membalas hujah-hujah mamanya tapi tak jadi kerana terdengar suara orang memberi salam di depan pintu rumah.

"Sara siapkan ni dulu. Mama nak ke depan. Dah sampai la tu." mama terus hilang di balik dinding dapur. Sara kembali menyambung kerjanya.


*******************************

Friday, October 8, 2010

Bab 2 : Cerpen Sara & Zafran ..

*******************

Setelah berpuas hati dengan fail-fail yang tersusun di atas meja, mata melirik ke arah jam dinding. Hmm .. ada lagi setengah jam. Zafran bingkas lalu memutar tombol pintu. Lea mendongak ke arah Zafran kehairanan. Dan Zafran hanya membalas dengan senyuman.

"Kenapa awak tengok saya macam tu? Saya nak pergi tiolet. Nak ikut ke?"

"Haha .. Bos nak saya temankan ke?" gurau Lea.

Zafran ketawa dan berlalu melintasi beberapa meja staf-stafnya. Masing-masing tekun mengadap monitor. Banyak kerja barangkali. Ataupun membuka laman web sosial tapi sengaja membuat muka serius seakan-akan tekun melaksanakan tugasan. Ish .. tak baik aku bersangka buruk.

Sebelum melangkah ke tandas, dia terpandang sekelompok air bertakung di hadapan pintu tandas. Mana pulak perginya cleaner ni? Ni kalau orang tak nampak, boleh tersembam ni. Tanpa berfikir, Zafran menyinsing lengan baju kemeja birunya dan mencapai batang mop yang tersandar di sudut lalu membersihkannya.

"Bang, dalam tandas wanita tu licin sikit la. Nanti abang tolong lapkan sekali ek? Bahaya tu." terkejut Zafran dengan suara itu lalu mendongak.

Belum sempat Zafran bersuara, gadis itu terus bersuara, "Ow .. awak rupanya. Kerja cleaner rupanya tapi pakai smart gila. Jaga imej ye?" perli Sara. Sara terus menghilang di sebalik dinding hijau itu. Zafran masih di posisi yang sama. Terkedu. Sakit hati. Geram.

Setelah usai, Zafran membetulkan lengan baju dan menjeling ke dinding. Ah .. meeting! Dia bergegas ke biliknya dengan hati yang tidak puas dengan kejadian tadi.

Pintu bilik mesyuarat dikuak. Terdapat beberapa staf sudah memenuhi ruang. Zafran mengambil tempat biasanya. Fail diletakkan sambil membetulkan tali leher putihnya. Lea tersenyum ke arah bosnya. Tak lama selepas itu, pintu sekali lagi dikuak. Semua mata tertumpu ke pintu dan wajah yang biasa dilihat memenuhi muka pintu. Semua berdiri tanda hormat.

"Assalamualaikum semua. Maaf ye saya lambat sikit hari ni. Cucu saya tak sihat hari ni. Hantar dia pergi klinik tadi." lembut pertuturannya. Begitulah selalunya. Walaupun dia tuan punya syarikat tetapi tidak pernah sombong dengan staf bawahannya. Itulah yang membuatkan dia disenangi oleh semua orang. Tidak seperti anak lelakinya yang agak tegas dan kadangkala 'moody'.

"Pa, Iqbal tak sihat? Mama tak cakap apa-apa pun pagi tadi?" bisik Zafran apabila papanya melabuhkan punggung ke kerusi.

"Mama kamu lupa la tu. Tapi jangan risau. Demam biasa je." kata Dato' Zakaria kepada satu-satunya anak lelakinya. Zafran mengangguk sambil membetulkan posisi duduknya lebih selesa.

Pintu sekali lagi dikuak. Terpampang wajah yang amat dikenali. Kelam kabut gadis itu.

"Assalamualaikum. Saya minta maaf sebab lambat. Saya cari bilik ni tak jumpa. Besar sangat ofis ni." jujur. Memang dia sesat tadi.

"Ow .. besar ke? Tak pernah ada orang sesat lagi sebelum ni. Tapi tak apa la Cik Sara, at least jumpa jugak kan?" gurau Dato' Zakaria, diiringi dengan ketawa staf-staf lain.

Sara tertunduk malu. Muka merah menyala menahan malu. Sara, kau ni hari pertama dah kelam kabut. Ujarnya dalam hati sambil tercari-cari tempat kosong. Ah .. ada satu kosong! Cepat-cepat dia menuju ke arah kerusi kosong itu tanpa mengetahui ada sepasang mata yang merenung ke arahnya.

"Baiklah. Kita mulakan meeting sekarang. Tapi sebelum itu, saya nak memperkenalkan ahli keluarga baru syarikat kita. Cik Sara, sila kenalkan diri." ujar Dato' Zakaria.

Sara bangun sambil menarik nafas dalam-dalam. "Nama saya Nur Sara Iman Mohamad. Boleh panggil saya Sara. Saya baru lapor diri hari ini sebagai penolong pengarah grafik. Sila beri tunjuk ajar." dia tersenyum manis memandang ke arah muka-muka di bilik itu dan akhirnya terhenti kepada wajah yang dikenalinya. Lelaki itu juga memandang tepat ke arahnya. Pelik company ni. Cleaner pun duduk meeting sekali ke? Siap duduk sebelah bos pulak tu. Setelah selesai, Sara kembali duduk.

"Terima kasih Sara. Selamat datang ke company ini. Harap Sara dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk memajukan company ini. Kalau ada apa-apa kemusykilan, jangan malu-malu bertanya ye?" balas tuan punya syarikat itu.

"Insyaallah Dato'." Sara tersenyum manis.

Meeting tamat pada pukul 1 tengahari. Masing-masing gelisah. Mungkin sudah lapar. Dato' Zakaria amat memahami staf-stafnya lalu menangguhkan mesyuarat.

"Baiklah, kita tangguh meeting kita hari ini. Saya tau semua tak sabar-sabar nak lunch. Lunch hari ni saya belanja. So, semua bolehlah ke pantry ye?" sambil tersenyum dia berkata. Staf lain tersenyum lebar.

**************************

"Hai..! Termenung nampak? Ingat boyfriend ke?" sapa Lea mematikan lamunan Sara.

"Eh .. tak ada la. Mengelamun sikit je."gurau Sara.

"Saya Marlia. Sara boleh panggil Lea je. Setiausaha anak bos company ni."

"Ow .. salam perkenalan. Lea, tadi saya nampak clumsy ke dalam bilik meeting tadi?"

"Hiks .. itu rupanya yang membuatkan awak runsing. Ala .. biasa la Sara, first day kerja. Mestilah kekok sikit. Lama-lama nanti ok la tu." balas Lea.

"Ye ke? Malu saya tadi. Saya memang macam ni. Kalau dah buat silap, mesti kelam kabut."keluh Sara.

"Ala .. saya pun macam tu jugak mula-mula. Nanti bila dah biasa kat sini, ok la tu." pujuk Lea.

"Hmm .. dato' tu baik ye orangnya. Peramah. Tadi pun dia siap panggil cleaner sekali attend meeting kan? Bagus betul dia tu." puji Sara sambil memandang Lea.

"Cleaner? Mana pulak datangnya cleaner ni?" ujar Lea pelik.

"Ala .. mamat yang konon-konon pakai smart sebelah dato' tadi." selamba Sara menjawab.

"Uiks! Cik Nur Sara Iman, kalau nak tahu .. mamat tu satu-satunya anak lelaki Dato' Zakaria. Nama dia pun dekat-dekat dengan nama awak tau, Aidil Zafran Iman. He's my boss. Handsome macam tu awak kata dia cleaner?"gelak besar Lea mendengar. Merah muka Lea ketawa.

Lea sambung, "You know what, lepas ni Sara selalu la berjumpa dengan cleaner tu sebab dia pengarah bahagian promosi company ni. Good luck dear!"

Sara terlopong. Alamak, mati aku..!

**************************

Thursday, October 7, 2010

Bab 1 : Cerpen Sara & Zafran

Sara bingkas bangun dari katil empuknya tergesa-gesa. Dia membaling bantal busuknya yang jatuh di lantai ke atas katil. Dia sudah tidak peduli. Sara terus menyambar tuala yang agak lusuh di belakang pintu dan berlari menuju ke bilik mandi.

"Matilah aku hari ni. First day lapor diri dah lambat. Bodoh punya jam ayam. Tak berkokok pulak dia pagi ni." Sara mengomel sendirian sambil tangan pantas mengosok gigi dengan pergerakan yang agak laju dari kebiasaan. Tak sampai 10 minit, Sara keluar dari bilik mandi dan mencapai baju kurung kegemarannya.

"Nasib baik dah iron baju semalam. Kalau tak, bertambah lambat aku hari ni." ngomel Sara dan sempat lagi tersenyum kecil.

Sara mengenakan solekan ala kadar. Berpuas hati dengan penampilan diri, dia terus mencapai beg silang berwarna coklat dan bergegas keluar dari bilik sambil menuruni anak tangga.

"Ish .. kalau rumah ni ada eskelator kan bagus?" Sara mula merepek.

"La .. mama ingat anak gajah mana la yang turun tadi. Sopan la sikit. Awak tu anak dara." terdengar suara mama dari meja makan.

"Mama, Sara dah lambat ni. Kenapa mama tak kejutkan Sara? Kan hari ni first day Sara lapor diri." muncung mulut Sara berbicara dengan mama.

"Malas mama nak kejut. Dah besar panjang, bangun la sendiri. Mari sini. Sarapan dulu." selamba mama menjawab tanpa rasa bersalah.

"Tak sempat ma. Sara dah lambat ni. Simpang depan tu mesti jem. Sara sarapan kat ofis je nanti." sambil bersalam dan mencium pipi mama, terus menuju ke pintu.

"Ish .. bertuah budak ni. Siapa suruh bangun lambat." mama masih mengomel.

Sara ketawa kecil mendengar. "Assalamualaikum mama. Doakan Sara ye?"

"Hati-hati sayang." sempat mama berpesan.

********************************

"Hey, mata tu letak kat mana? Tak nampak orang ke? Buta ke apa?" sergah lelaki sebelah kanan Sara.

"Kalau iye pun saya ni buta, awak yang celik tu tak boleh nak elak ke?" se'das' aku bagi balik. Ingat dia je tau naik angin. Sara tertunduk-tunduk mengutip fail dan kertas bertaburan.

"Ow .. melawan pulak. Dia yang salah." terus lelaki itu berlalu. Garang tapi comel. Sweet jugak orangnya. Simple dengan hanya mengenakan sepasang kurung cotton berbunga kecil dan berbeg silang. Dia tersenyum kecil.

"Morning Mr. Zaf. Amboi, pagi-pagi dah tersengih ni. Mood baik nampak." tegur wanita yang banyak menolong dia menguruskan masanya di pejabat.

"Morning Lea. Awak ni, happy salah .. bad mood pun salah. Confius saya." sambil tertawa Zafran melayan setiausahanya.

"Ala .. bos tu pagi-pagi selalu serius je. Jarang sangat nak tengok bos macam ni." usik Lea.

"Ada-ada je awak ni." Zafran terus hilang di balik pintu biliknya.

Beg galasnya diletakkan di atas sofa di hadapannya dan terus ke meja sambil melabuhkan punggungnya ke kerusi empuk berwarna gelap itu. Mata teralih kepada helaian kertas di atas meja yang agak berselerak itu. Fikirannya juga berselerak sama seperti itu. Ada sedikit kerutan di dahi.

Tetapi kerutan itu hanya sementara bila dia teringat insiden terlanggar gadis comel pagi itu. Terbit sedikit rasa bersalah kerana menghamburkan kata-kata sebegitu. Dia juga bersalah tetapi egonya tinggi untuk meminta maaf. Ah .. biarlah! Perkara dah lepas.

"Mr. Zaf?" Sapaan Lea mengejutkan lamunan Zafran.

"Maaf bos. Saya dah ketuk tadi tapi tiada jawapan. Saya masuk je la tadi. Maaf bos."

"Hmm .. tak apa Lea. Saya yang tak dengar. Ada apa?" balas Zafran.

"Saya nak ingatkan bos. Pagi ni pukul 10 kita ada meeting." sambil meletakkan secawan kopi kegemaran bosnya yang tak pernah dia lupakan setiap pagi.

"Thanks Lea for reminds me and the coffee." Zafran tersenyum sambil meneguk dan terasa segar lalu di kerongkongnya. Sedap.

"Ok bos, saya keluar dulu."

"Ok!" sambil tangannya sibuk mengemas dan meneliti fail-fail untuk meeting nanti. Dia tak nak satu pun tertinggal.

******************************