:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Thursday, October 7, 2010

Bab 1 : Cerpen Sara & Zafran

Sara bingkas bangun dari katil empuknya tergesa-gesa. Dia membaling bantal busuknya yang jatuh di lantai ke atas katil. Dia sudah tidak peduli. Sara terus menyambar tuala yang agak lusuh di belakang pintu dan berlari menuju ke bilik mandi.

"Matilah aku hari ni. First day lapor diri dah lambat. Bodoh punya jam ayam. Tak berkokok pulak dia pagi ni." Sara mengomel sendirian sambil tangan pantas mengosok gigi dengan pergerakan yang agak laju dari kebiasaan. Tak sampai 10 minit, Sara keluar dari bilik mandi dan mencapai baju kurung kegemarannya.

"Nasib baik dah iron baju semalam. Kalau tak, bertambah lambat aku hari ni." ngomel Sara dan sempat lagi tersenyum kecil.

Sara mengenakan solekan ala kadar. Berpuas hati dengan penampilan diri, dia terus mencapai beg silang berwarna coklat dan bergegas keluar dari bilik sambil menuruni anak tangga.

"Ish .. kalau rumah ni ada eskelator kan bagus?" Sara mula merepek.

"La .. mama ingat anak gajah mana la yang turun tadi. Sopan la sikit. Awak tu anak dara." terdengar suara mama dari meja makan.

"Mama, Sara dah lambat ni. Kenapa mama tak kejutkan Sara? Kan hari ni first day Sara lapor diri." muncung mulut Sara berbicara dengan mama.

"Malas mama nak kejut. Dah besar panjang, bangun la sendiri. Mari sini. Sarapan dulu." selamba mama menjawab tanpa rasa bersalah.

"Tak sempat ma. Sara dah lambat ni. Simpang depan tu mesti jem. Sara sarapan kat ofis je nanti." sambil bersalam dan mencium pipi mama, terus menuju ke pintu.

"Ish .. bertuah budak ni. Siapa suruh bangun lambat." mama masih mengomel.

Sara ketawa kecil mendengar. "Assalamualaikum mama. Doakan Sara ye?"

"Hati-hati sayang." sempat mama berpesan.

********************************

"Hey, mata tu letak kat mana? Tak nampak orang ke? Buta ke apa?" sergah lelaki sebelah kanan Sara.

"Kalau iye pun saya ni buta, awak yang celik tu tak boleh nak elak ke?" se'das' aku bagi balik. Ingat dia je tau naik angin. Sara tertunduk-tunduk mengutip fail dan kertas bertaburan.

"Ow .. melawan pulak. Dia yang salah." terus lelaki itu berlalu. Garang tapi comel. Sweet jugak orangnya. Simple dengan hanya mengenakan sepasang kurung cotton berbunga kecil dan berbeg silang. Dia tersenyum kecil.

"Morning Mr. Zaf. Amboi, pagi-pagi dah tersengih ni. Mood baik nampak." tegur wanita yang banyak menolong dia menguruskan masanya di pejabat.

"Morning Lea. Awak ni, happy salah .. bad mood pun salah. Confius saya." sambil tertawa Zafran melayan setiausahanya.

"Ala .. bos tu pagi-pagi selalu serius je. Jarang sangat nak tengok bos macam ni." usik Lea.

"Ada-ada je awak ni." Zafran terus hilang di balik pintu biliknya.

Beg galasnya diletakkan di atas sofa di hadapannya dan terus ke meja sambil melabuhkan punggungnya ke kerusi empuk berwarna gelap itu. Mata teralih kepada helaian kertas di atas meja yang agak berselerak itu. Fikirannya juga berselerak sama seperti itu. Ada sedikit kerutan di dahi.

Tetapi kerutan itu hanya sementara bila dia teringat insiden terlanggar gadis comel pagi itu. Terbit sedikit rasa bersalah kerana menghamburkan kata-kata sebegitu. Dia juga bersalah tetapi egonya tinggi untuk meminta maaf. Ah .. biarlah! Perkara dah lepas.

"Mr. Zaf?" Sapaan Lea mengejutkan lamunan Zafran.

"Maaf bos. Saya dah ketuk tadi tapi tiada jawapan. Saya masuk je la tadi. Maaf bos."

"Hmm .. tak apa Lea. Saya yang tak dengar. Ada apa?" balas Zafran.

"Saya nak ingatkan bos. Pagi ni pukul 10 kita ada meeting." sambil meletakkan secawan kopi kegemaran bosnya yang tak pernah dia lupakan setiap pagi.

"Thanks Lea for reminds me and the coffee." Zafran tersenyum sambil meneguk dan terasa segar lalu di kerongkongnya. Sedap.

"Ok bos, saya keluar dulu."

"Ok!" sambil tangannya sibuk mengemas dan meneliti fail-fail untuk meeting nanti. Dia tak nak satu pun tertinggal.

******************************

4 comments:

  1. jadi penulis novel? can ask advise from "Aku Bukan Hisham"..

    yours
    SH

    ReplyDelete
  2. SH : hehe.saje2 je takde keje. takde bakat pun. juz for fun lorr. =)

    ReplyDelete
  3. saja2 ah? ok lah for 1st stage but i trust you can do it MORE.. keep it up k! =)

    yours
    SH

    ReplyDelete