:: Aku terbangun dari tidur. Peluh membasahi dahi. Aku mengelap pantas. Mimpi buruk berulang lagi. Kenapa agaknya? Adakah ingin menunjukkan sesuatu? Tapi apa dia? Aku termenung. Seakan takut untuk menyambung tidurku. Takut ia akan berulang lagi. Tapi mata seakan berat minta ditutup. Aku kembali baring dan memeluk bantal erat-erat. Membaca doa-doa yang terlintas di fikiran. Kurang sedikit resah di hati. Ya Allah, kenapa begini? Kenapa ia berulang? Patutkah aku memberitahunya? Tapi buat apa? Tak penting aku rasa. Biarlah aku seorang menyimpannya. Lagipun, sekarang ini dia tidak mahu diganggu. Mahu bersendirian katanya. Tidak mengapa, aku bagi dia ruang untuk dirinya. Aku tak mahu menyesakkan fikirannya dengan perkara remeh-temeh begini. Banyak lagi benda yang mahu dia fikirkan. Ada perkara yang lebih penting perlu dia fokus. Aku hanya berdoa supaya dia selalu gembira dan berjaya dengan apa yang dia lakukan. Walaupun hati kuat untuk bertanya dan bercerita itu dan ini tapi seakan tersekat, seperti ada halangan. Tapi halangan itu sangat perlu supaya aku tidak tersasar jauh. ::
:: Aku bahagiakah? Hmm .. aku biasa sahaja .. ::
No comments:
Post a Comment