:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Tuesday, October 12, 2010

Bab 3 : Cerpen Sara & Zafran ..

*************************

"Assalamualaikum. Sara dah balik." kedengaran layu.

"Waalaikumussalam. Anak mama dah balik ye. Layu je. How's your day?" balas mama.

"Penat. Kelam kabut. Malu." ringkas jawapan Sara.

"Hmm .. penat dan kelam kabut tu normal la. Tapi malu? Sebab?" mama kehairanan.

Sambil menarik nafas, Sara menceritakan kejadian di pejabat pagi tadi. Setelah habis Sara mengomel, mama terus ketawa mendengar cerita Sara.

"Mama ni. Sara cerita bukan nak suruh mama gelakkan Sara. Mama ni!" getus Sara sambil memanjat tangga dengan perasan geram.

"Ala anak mama sorang ni. Mama gelak pun salah. Dah memang kelakar, salah ke mama gelak? Sara tu, lain kali hati-hati dan jangan suka judge orang yang kita tak kenal lagi." nasihat mama sambil melihat Sara hilang di tingkat.

Sara menguak pintu kamarnya dan menghempaskan badan ke atas tilam empuknya sambil tangan kanannya menarik bantal busuknya dan dirangkul erat. Tenang dia rasa. Sara masih teringat insiden pagi tadi. Macam mana aku nak berdepan dengan dia esok? Kalau tiba-tiba dia marah dan terus fired aku macam mana? Mesti aku orang pertama yang paling singkat kerja kat company tu. Keluh Sara bimbang. Sara, lain kali mulut tu jaga sikit. Sara memberi amaran pada diri sendiri.

"Sara, jangan berangan lama sangat kat bilik tu. Lepas mandi, turun bawah tolong mama masak okay? Malam ni kita ada tetamu." laung mama.

Sara menutup telinga dengan bantal busuknya buat-buat tak dengar.

"Sara, jangan ingat mama tak tau. Kalau tak nak bantal busuk tu hilang malam ni, baik Sara bangun sekarang." mama menyambung.

Sara hanya ketawa mendengar amaran mamanya itu. Kerana itulah Sara amat menyayangi mamanya kerana terlalu memahami dirinya. Perlahan Sara beralih ke bilik air untuk mandi sebelum mamanya mengamuk.

******************************


"Amboi, sedapnya bau. Lapar pulak Sara." usik Sara sambil menggosok perutnya.

"Elok betul anak dara ni. Mama dah pesan turun tolong mama tapi saja je dia turun lambat-lambat. Nak 'ngelat' la tu." perli mama.

"Eh .. tak baik tau ma cakap macam tu. Tadi dah nak turun tapi Fara called. Tu yang lambat turun. Bergayut kejap dengan dia." balas Sara sambil mengenyitkan mata ke arah mamanya. Fara merupakan teman Sara yang paling akrab sejak di bangku sekolah lagi.

"Hmm .. patut la pun. Dah jumpa kawan bergosip, biasa la tu." mama ketawa kecil.

"Ok .. ok .. sekarang ni mama nak Sara tolong apa? Anyway, siapa tetamu mama ni? Sara kenal tak?" tanya Sara.

"Sara tak kenal. Kawan mama dengan papa masa study dulu. Lama dah kami tak jumpa. Baru-baru ni mama terjumpa kat Facebook." ujar mama.

"Hah? Mama ada Facebook? Kenapa Sara tak tau?"

"Sara tak tanya. Sara ingat orang tua tak tau bersosial ke?" perli mama sambil mengenyitkan mata. Sara ketawa mendengar jawapan mamanya.

"Ala .. Sara tau la mama expert in IT." gurau Sara. Mamanya lulusan universiti dalam bidang IT. Jadi, setakat laman web sosial ni hanya picisan bagi mama.

"Dah .. dah .. lekas tolong mama. Kejap lagi mesti mereka sampai."

"Papa mana mama? Tak nampak pun dari tadi."

"Papa tunggu mereka dekat simpang depan tu. Takut sesat pulak nak masuk kawasan rumah kita ni." sambung mama sambil tangannya lincah memotong sayur.

Sara hanya mengangguk kepala dan terus menolong mamanya menyediakan juadah makan malam sambil menyanyi kecil.

"Haip! Anak dara mana boleh menyanyi kat dapur." mama bersuara.

"Ala mama .. tu orang-orang dulu cakap. Sekarang ni dah tak valid dah." gurau Sara.

"Kalau tak ada orang-orang dulu, tak ada la orang-orang sekarang ni. Ada sebab kenapa orang-orang dulu cakap macam tu." jelas mama.

Sara tersenyum. Dia hendak membalas hujah-hujah mamanya tapi tak jadi kerana terdengar suara orang memberi salam di depan pintu rumah.

"Sara siapkan ni dulu. Mama nak ke depan. Dah sampai la tu." mama terus hilang di balik dinding dapur. Sara kembali menyambung kerjanya.


*******************************

No comments:

Post a Comment