*******************
Setelah berpuas hati dengan fail-fail yang tersusun di atas meja, mata melirik ke arah jam dinding. Hmm .. ada lagi setengah jam. Zafran bingkas lalu memutar tombol pintu. Lea mendongak ke arah Zafran kehairanan. Dan Zafran hanya membalas dengan senyuman.
"Kenapa awak tengok saya macam tu? Saya nak pergi tiolet. Nak ikut ke?"
"Haha .. Bos nak saya temankan ke?" gurau Lea.
Zafran ketawa dan berlalu melintasi beberapa meja staf-stafnya. Masing-masing tekun mengadap monitor. Banyak kerja barangkali. Ataupun membuka laman web sosial tapi sengaja membuat muka serius seakan-akan tekun melaksanakan tugasan. Ish .. tak baik aku bersangka buruk.
Sebelum melangkah ke tandas, dia terpandang sekelompok air bertakung di hadapan pintu tandas. Mana pulak perginya cleaner ni? Ni kalau orang tak nampak, boleh tersembam ni. Tanpa berfikir, Zafran menyinsing lengan baju kemeja birunya dan mencapai batang mop yang tersandar di sudut lalu membersihkannya.
"Bang, dalam tandas wanita tu licin sikit la. Nanti abang tolong lapkan sekali ek? Bahaya tu." terkejut Zafran dengan suara itu lalu mendongak.
Belum sempat Zafran bersuara, gadis itu terus bersuara, "Ow .. awak rupanya. Kerja cleaner rupanya tapi pakai smart gila. Jaga imej ye?" perli Sara. Sara terus menghilang di sebalik dinding hijau itu. Zafran masih di posisi yang sama. Terkedu. Sakit hati. Geram.
Setelah usai, Zafran membetulkan lengan baju dan menjeling ke dinding. Ah .. meeting! Dia bergegas ke biliknya dengan hati yang tidak puas dengan kejadian tadi.
Pintu bilik mesyuarat dikuak. Terdapat beberapa staf sudah memenuhi ruang. Zafran mengambil tempat biasanya. Fail diletakkan sambil membetulkan tali leher putihnya. Lea tersenyum ke arah bosnya. Tak lama selepas itu, pintu sekali lagi dikuak. Semua mata tertumpu ke pintu dan wajah yang biasa dilihat memenuhi muka pintu. Semua berdiri tanda hormat.
"Assalamualaikum semua. Maaf ye saya lambat sikit hari ni. Cucu saya tak sihat hari ni. Hantar dia pergi klinik tadi." lembut pertuturannya. Begitulah selalunya. Walaupun dia tuan punya syarikat tetapi tidak pernah sombong dengan staf bawahannya. Itulah yang membuatkan dia disenangi oleh semua orang. Tidak seperti anak lelakinya yang agak tegas dan kadangkala 'moody'.
"Pa, Iqbal tak sihat? Mama tak cakap apa-apa pun pagi tadi?" bisik Zafran apabila papanya melabuhkan punggung ke kerusi.
"Mama kamu lupa la tu. Tapi jangan risau. Demam biasa je." kata Dato' Zakaria kepada satu-satunya anak lelakinya. Zafran mengangguk sambil membetulkan posisi duduknya lebih selesa.
Pintu sekali lagi dikuak. Terpampang wajah yang amat dikenali. Kelam kabut gadis itu.
"Assalamualaikum. Saya minta maaf sebab lambat. Saya cari bilik ni tak jumpa. Besar sangat ofis ni." jujur. Memang dia sesat tadi.
"Ow .. besar ke? Tak pernah ada orang sesat lagi sebelum ni. Tapi tak apa la Cik Sara, at least jumpa jugak kan?" gurau Dato' Zakaria, diiringi dengan ketawa staf-staf lain.
Sara tertunduk malu. Muka merah menyala menahan malu. Sara, kau ni hari pertama dah kelam kabut. Ujarnya dalam hati sambil tercari-cari tempat kosong. Ah .. ada satu kosong! Cepat-cepat dia menuju ke arah kerusi kosong itu tanpa mengetahui ada sepasang mata yang merenung ke arahnya.
"Baiklah. Kita mulakan meeting sekarang. Tapi sebelum itu, saya nak memperkenalkan ahli keluarga baru syarikat kita. Cik Sara, sila kenalkan diri." ujar Dato' Zakaria.
Sara bangun sambil menarik nafas dalam-dalam. "Nama saya Nur Sara Iman Mohamad. Boleh panggil saya Sara. Saya baru lapor diri hari ini sebagai penolong pengarah grafik. Sila beri tunjuk ajar." dia tersenyum manis memandang ke arah muka-muka di bilik itu dan akhirnya terhenti kepada wajah yang dikenalinya. Lelaki itu juga memandang tepat ke arahnya. Pelik company ni. Cleaner pun duduk meeting sekali ke? Siap duduk sebelah bos pulak tu. Setelah selesai, Sara kembali duduk.
"Terima kasih Sara. Selamat datang ke company ini. Harap Sara dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk memajukan company ini. Kalau ada apa-apa kemusykilan, jangan malu-malu bertanya ye?" balas tuan punya syarikat itu.
"Insyaallah Dato'." Sara tersenyum manis.
Meeting tamat pada pukul 1 tengahari. Masing-masing gelisah. Mungkin sudah lapar. Dato' Zakaria amat memahami staf-stafnya lalu menangguhkan mesyuarat.
"Baiklah, kita tangguh meeting kita hari ini. Saya tau semua tak sabar-sabar nak lunch. Lunch hari ni saya belanja. So, semua bolehlah ke pantry ye?" sambil tersenyum dia berkata. Staf lain tersenyum lebar.
**************************
"Hai..! Termenung nampak? Ingat boyfriend ke?" sapa Lea mematikan lamunan Sara.
"Eh .. tak ada la. Mengelamun sikit je."gurau Sara.
"Saya Marlia. Sara boleh panggil Lea je. Setiausaha anak bos company ni."
"Ow .. salam perkenalan. Lea, tadi saya nampak clumsy ke dalam bilik meeting tadi?"
"Hiks .. itu rupanya yang membuatkan awak runsing. Ala .. biasa la Sara, first day kerja. Mestilah kekok sikit. Lama-lama nanti ok la tu." balas Lea.
"Ye ke? Malu saya tadi. Saya memang macam ni. Kalau dah buat silap, mesti kelam kabut."keluh Sara.
"Ala .. saya pun macam tu jugak mula-mula. Nanti bila dah biasa kat sini, ok la tu." pujuk Lea.
"Hmm .. dato' tu baik ye orangnya. Peramah. Tadi pun dia siap panggil cleaner sekali attend meeting kan? Bagus betul dia tu." puji Sara sambil memandang Lea.
"Cleaner? Mana pulak datangnya cleaner ni?" ujar Lea pelik.
"Ala .. mamat yang konon-konon pakai smart sebelah dato' tadi." selamba Sara menjawab.
"Uiks! Cik Nur Sara Iman, kalau nak tahu .. mamat tu satu-satunya anak lelaki Dato' Zakaria. Nama dia pun dekat-dekat dengan nama awak tau, Aidil Zafran Iman. He's my boss. Handsome macam tu awak kata dia cleaner?"gelak besar Lea mendengar. Merah muka Lea ketawa.
Lea sambung, "You know what, lepas ni Sara selalu la berjumpa dengan cleaner tu sebab dia pengarah bahagian promosi company ni. Good luck dear!"
Sara terlopong. Alamak, mati aku..!
**************************
No comments:
Post a Comment