Salam ..
:: Baca slowly dan penuh penghayatan. ::
Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan, "Oh maafkan saya, saya tak perasan."
Katanya "Maafkan saya juga, saya tak nampak saudara."
Kami amat bersopan dan saling menghormati .. kami saling melambai sambil berlalu pergi.
Tetapi di rumah lain pula ceritanya .. bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda.
Lewat petang, ketika memasak makan malam .. anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam.
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh .. jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh."
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku .. aku tak sedar, betapa kasarnya kata-kataku.
Sedangku berbaring di katil mendengar muzik .. terdengar suara halus datang membisik.
"Bila bersama orang tak dikenali .. begitu bersopan dan merendah diri .. tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci".
"Cubalah kamu pergi lihat di lantai dapur .. kamu akan temui bunga-bungaan berterabur".
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu .. dia memetiknya sendiri .. kuning .. biru dan ungu".
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu .. kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu".
Pada ketika ini, aku merasa amat kecil sekali .. airmataku mencurah ibarat air di kali.
Senyap-senyap aku ke biliknya dan melutut di katil. "Bangunlah anakku .. bangunlah si kecil".
"Adakah bunga-bunga ini dipetik untuk ibu? Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak".
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu .. ibu tentu suka terutama yang ungu".
"Maafkan ibu atas sikap ibu hari ini .. ibu tak harus menjerkah kamu .. sebegini".
Katanya,"Oh ibu, itu tak mengapa .. Saya tetap sayang ibu melebihi segala".
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu .. dan ibu suka bunga itu, terutama yang ungu".
Tahukah kamu makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
Family most important, never pass over them! =)
ReplyDeleteglad to read my new blog (totally in English)
http://klangselangor.blogspot.com/2010/10/360-degree-view-at-my-house-by-shahrul.html
yours
SH