Salam ..
:: entry ini dibuat setelah menjenguk blog abg linglung mengenai zaman tadika. mmg sweet kalau diingatkan balik. (^_^). then, tiba-tiba aku teringat zaman aku sekolah rendah. tak berapa nak ingat darjah berapa tapi dalam lingkungan darjah 5 @ 6 macam tu. masa itu cekgu aku nak masukkan cita-cita dalam rekod murid-murid. *aku dah lupa nama cekgu tu. tapi dia sorang je panggil aku Haslinda*. jadi, beliau pun panggil la sorang demi sorang. turn aku lambat lagi sebab dia ikut alphabet. jadi, masa tu aku ada banyak masa berbual-bual dengan rakan-rakan dan bertanya mengenai cita-cita masing-masing. ketika itu fikiran berlegar-legar mencari cita-cita yang best.::
:: tak lama selepas itu, terdengar cekgu aku memanggil nama aku ..
"Haslinda, mari ke depan." tibalah giliran aku. aku berjalan ke hadapan kelas yang agak hingar bingar. maklumlah, dah abis exam jadi cekgu pun dah malas nak marah. jadi, aku terus duduk atas kerusi yang telah disediakan di tepi bucu meja guru. aku memandang cekgu itu sambil tersenyum. *kalau nak tau, aku ni anak kesayangan cekgu ni. sbb aku power BM masa itu. hikhik. riak kejap.* ok, kita sambung. cekgu aku membalas senyuman aku.
"okay, Haslinda. saya nak masukkan cita-cita dalam report card awak ni. jadi, saya nak tau tiga cita-cita awak. boleh?" aku kaget. alamak, aku hanya terfikir dua sahaja. satu lagi apa pulak?
tapi aku berlagak tenang. "okay cekgu, boleh je."
"pertama, saya nak jadi cekgu. macam cekgu." aku menjawab jujur. masa tu aku rasa jadi cekgu ni best. *aku bukan nak bodek cekgu aku okay?*
cekgu aku senyum mendengar jawapan aku. mungkin terharu barangkali. aku juga senyum sambil melihat dia menulis di dalam buku laporan aku. "okay, lagi?" cekgu bertanya kembali.
"kedua, saya nak jadi doktor. macam abang saya." aku jawab dengan pantas. tapi masa tu aku tak terer Sains tapi sebab aku rasa jadi doktor tu cool, aku belasah je. sekali lagi cekgu aku tu senyum. tapi senyum dia pelik sikit. seakan tak percaya aku boleh jadi doktor kelak. haish!
"okay, yang ketiga?" balas cekgu.
"hmm .. sebenarnya saya terfikir dua ni je cekgu. lagi satu saya tak tau nak jadi apa." jawab aku jujur dan perlahan. sempat jugak mata meliar kalau-kalau ada rakan-rakan yang memasang telinga. malu kalau rakan-rakan tau.
"ow .. macam tu pulak. hmm .. baiklah, awak minat buat apa?" tanya cekgu aku.
"entah la cekgu. saya memang nak jadi dua tu je. kalau dua je tak boleh ke cekgu?" aku tanya kembali sambil membuat senyuman yang paling manja di abad ini.
"tapi saya kena isi tiga. hmm .. macam ni la. saya rasa awak sesuai jadi pramugari. saya tulis dalam ni ye?" cekgu aku mengutarakan cadangannya.
"pramugari?" apa kebendanya tu? tak pernah dengar la pulak. tapi disebabkan tak nak malu depan cekgu kesayangan aku, aku mengangguk setuju dengan yakin. justeru, aku melihat beliau menulis di dalam buku laporan aku.
aku kembali ke tempat duduk dengan persoalan di kepala. "pramugari tu apa?" dan jawapan itu tidak terjawab sehinggalah aku tiba di rumah.
"mak, orang dah balik." aku jerit di muka pintu sambil tertunduk-tunduk membuka kasut sekolah yang telah bertukar warna dari putih melepak kepada warna teh ais itu. maklumlah, hari Jumaat.
"hah. awal kamu balik. pergi mandi lepas tu makan. nanti lambat nak pergi ngaji." mak membalas sambil mendukung seorang budak. *eh, tu bukan adik aku ye. mak aku memang jaga anak orang. aku kan anak bongsu.hehe.*
"mak, lin nak tanya sikit boleh?" tanya aku sambil mencubit pipi budak yang didukung mak.
"apa dia?" balas mak.
"tadi kat sekolah cekgu ada tanya cita-cita setiap orang. jadi, lin jawab nak jadi cekgu dan doktor. tapi cekgu suruh pilih tiga. jadi, cekgu suruh lin jadi pramugari. tapi mak, pramugari tu apa eh?" aku bercerita kepada mak.
"pramugari? kamu nak jadi pramugari ke?" mak tanya kembali. kehairanan.
"lin pun tak tau pramugari tu apa. tapi dah cekgu cakap macam tu, lin angguk je la." jawabku.
"pramugari tu orang yang kerja atas kapal terbang tu." mak terangkan.
"atas kapal terbang? ow .. kakak-kakak yang lawa-lawa yang selalu bawak beg beroda tu ke?" aku terbayang kakak-kakak tersebut yang sering aku lihat di kaca tv.
"hah. yang tu la. kenapa? kamu minat ke?"
"entah la mak. mak suka ke?" aku pulak tanya mak.
"rentikan la. banyak lagi kerja lain." mak seakan tak suka. *baca dalam intonasi slang perak ok?*
"mak macam tak suka je?" aku tanya.
"mak tak suka sebab nanti kamu kena pakai skirt. seksi. lepas tu nanti, kamu selalu tak ada sebab terbang sana sini." luah mak.
"tapi, nanti lin boleh jalan-jalan pergi negara orang. nanti lin bawak la mak sekali. kan best macam tu?" aku berangan.
"tak payah. pilih je kerja lain." mak terus bangun dan ke dapur.
aku termanggu sendirian. kenapa mak tak suka? pelik.
tapi bila dah meningkat dewasa ni, *dewasa ke?* baru la tau kenapa mak tak suka. sebab pekerjaan ni tak sesuai dengan aku. aku pernah tanya mak lagi bila dah dewasa ni. jawapan mak senang je, "boleh kalau kamu nak jadi pramugari tapi ada syarat. syaratnya, kalau ada pramugari bertudung, mak benarkan." dulu tak pulak mak cakap macam tu.
tapi walau apa pun jawapan mak sekarang, aku dah pun jadi seorang pustakawan. okay la kan? aku pun selesa macam ni sekarang. mungkin mak ada sebab tersendiri kenapa dia tak nak aku jadi pramugari. kadang-kadang aku tengok cerita 'awan dania', mesti aku tersengih-sengih. kalau tak, mesti aku dah berkawan dengan Scha al-Yahya kan? *okay, mari muntah beramai-ramai. haha.*
No comments:
Post a Comment