:: haa.. ni part 2 pulak.. ~
:: Teman Maya ::
:: Jangan Klik Sangat ::
:: Cari Sini ::
Sunday, February 19, 2012
Part 2 - Bersalin : aku takkan lupa sampai bila-bila!
:: haa.. ni part 2 pulak.. ~
Part 1 - Bersalin : aku takkan lupa sampai bila-bila!
Thursday, December 22, 2011
23 more days ..
Friday, December 16, 2011
Hapdet 3 : Saat Kelahiran ..
:: thanks to my BFF yang bagi link ke blog ini. memang sangat2 terbaik dan banyak sangat info pasal pregnancy. tekun gile aku baca & dapat banyak info yang aku baru tau dan faham. thanks cayunk. ni blog my BFF. blog dia pun best, ada banyak info pasal pregnancy & yang paling best, semua yang dia story tu base on her experience tau. so, lagi real kalau baca. *wah .. aku dah promote blog ko ni beb! hiks.* ::
:: okay, banyak benda yang aku baca dari blog Kak Engku ni. dia sangat berpengalaman sebab dia seorang jururawat terlatih dan bidan berdaftar serta mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang bersalin ni. wow! power kan Kak Engku ni. so, sape-sape yang nak dapatkan info yang details, boleh berpusu-pusu ke blog beliau eh? ::
:: aku sedang baca mengenai saat-saat kelahiran baby. selama ni pun aku cuma dengar dari pengalaman kawan-kawan. so, bila bace info ni, aku rasa lega & yakin sikit. at least, aku dapat la view sikit-sikit kan? okay, aku selalu dengar yang kadang-kadang nurse or doctor marah kalau kita rasa dah saket sangat-sangat macam nak bersalin tapi diaorang tak bagi teran. bile dengar, mesti kita akan rasa pelik or konfius. kalau dah rasa saket, teran je la kan? apa masalahnya? jadi, bila aku baca post Kak Engku ni, baru la aku paham kenapa. bukan diaorang saje-saje tamao kita teran. kita yang tak tau pape ni mesti rasa marah, dah la tengah menahan rasa saket .. kan? hmm .. ~~ ::
+ kredit to Kak Engku +
Thursday, December 15, 2011
Hapdet 2 : Tanda-tanda Bersalin ..
:: mentang-mentang dah boleh view blog, asyik nak post je kejenye, ye dok? tadi aku gugel pasal pregnancy. biasalah, dah nak dekat ni kena tau banyak benda yang berkaitan dan buat persediaan untuk menghadapinya. banyak benda yang aku baru tau dan belajar pasal pregnancy's matters ni. makin baca, makin aku nak tau. makin baca, makin aku neves. makin baca, makin aku excited. campur tolak sekarang ni, lebih kurang lagi sebulan due date aku. so, aku kena tau tanda-tanda nak bersalin supaya aku tak berapa nak panik sangat nanti. so, ni antara tanda-tanda bersalin yang aku dapat dari website ni. bagus tau website ni sebab banyak info pasal pregnancy yang kita selalu tertanya. aku juz kopipes yang ni je :
1. Kontraksi Rahim - Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 minit secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian. Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.
2. Sakit Belakang - Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
3. Pecah ketuban - Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.
4. Bloody Show - Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.
5. Serviks terbuka - Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.
:: banyak lagi info berkaitan dengan pregnancy kat website ni. klik link ini untuk info yang lebih lengkap. baca jangan tak baca! ::
Hapdet 1 : Mommy & Baby ..
:: pergh! mata aku dah tak boleh nak buka dah ni. sangat sleepy!!! kalau ada batang mancis ni, dah lama digunakan untuk sengkang mata nih. semalam tak berapa nak lena tidurnya. perut meragam 2-3 hari ni. tak tau la kenapa. baby dalam ni asyik menolak sampai pedih perut mommy dia ni. protes ke apa ntah. nak kata tak makan, makan macam biasa. cuma kuantiti sekarang ni dah kurang sebab makan sikit dah rasa kenyang. sekarang ni cepat pulak rasa kenyang walaupun makan sikit. mungkin sebab tu dia protes. tak cukup ye sayang? hmm .. berat badan pun naik sikit je masa check-up minggu lepas. ::
:: perubahan yang ketara sekarang ni :
+ cepat rasa letih / penat
+ rasa mengantuk
+ malas (okay, ni memang dari dulu lagi tapi sekarang bertambah-tambah malas. hiks.)
+ kaki dah rasa berat (kaki dah gemuk)
+ dah tak boleh berdiri lama-lama
+ dah mula sakit bahagian bawah perut macam sakit period tu (tapi tak kerap sangat)
+ tidur kena sendal dengan banyak bantal keliling badan
+ jalan dah makin slow / terkedek-kedek
+ hampir sume baju / seluar dah tak muat
+ penyabar (haa .. yang ni pelik sikit. selalu dengar perempuan time pregnant emosi lebih tapi aku lain pulak. susah nak marah-emosi time sekarang ni.)
:: setakat ni, tu antara apa yang aku rasa sekarang. tak boleh nak fikir sangat sebab terasa sangat mengantuk. kalau la boleh tidur sekarang ni, best gile! ::
p/s : okay, aku kena cari alternatif lain untuk hilangkan mengantuk yang teramat sangat nih! (=_=')
Wednesday, December 14, 2011
31 days to go!
"Your baby is the size of a honeydew melon .."
memang nampak jelas. me & mr.eM serentak jawab, "owh .. baby girl eh?" doc siap tanya balik, "aik .. memang tak tau ke selama ni? ke memang nak rahsia? saya tercakap la pulak." hiks. aku & mr.eM tak kisah pun gugurl or boboiboy, yang penting sume sihat dan selamat.
p/s : preparation untuk baby sume dah okay .. but tak ada baju colour pink untuk baby, sume colour-colour selamat. takpe baby, nanti kita shopping baju gugurl yang chomey-chomey eh? (^__^)
Thursday, October 6, 2011
Good news ..!
:: lupe nak hapdet story ari senin aritu. ari senin aku cuti sebab ada monthly check-up @ Klinik Kesihatan Shah Alam. bertolak dari rumah my mom @ sg. buloh pagi tu. then, sampai klinik pukul 8.30pg. that time, aku dapat no. 6036. wahh .. aku orang yang ke 36 orang? pukul berapa mereka-mereka ni sampai sana? almost pukul 12tgh baru selesai. menguap tu memang tak larat nak kira dah. tapi pada masa yang sama, hati ni dup dap dup dap risau pasal Hb tu. berdoa, harap-harap darah okay sebab aku tamao kena other injection. ::
:: ting tong .. 6.0.3.6 tertera kat monitor ala-ala macam kat bank tu. owh .. akhirnya nombor aku tiba. masuk bilik no. 18 macam biasa. nurse terus suruh aku baring atas katil untuk check my tummy, dibantu oleh 2 orang trainer nurse yang chomel. memang nurse ni chomel-chomel eh? hiks. okay-okay, then nurse tu pegang-pegang perut, ukur pakai tali tape. aku tak berapa sure sebab apa tapi aku rasa dia check kedudukan uri. then, dia bagi aku dengar dengupan jantung baby. alhamdulillah, nurse kata okay. lepas tu, dia check buku merah aku. dan sekali lagi alhamdulillah, Hb aku dah normal .. yeay! nurse tu pun terkejut sebab dalam sebulan aku boleh kejar balik ke paras normal. then, berat aku pulak dah mencecah 47.1kg! bulan lepas 44kg. uih .. tak penah seumur hidup aku capai berat badan cenggitu. aku tak sure part mana yang naik berat badan aku ni sebab aku rasa aku maintain je lagi. hiks. so, that day aku balik dengan hati yang riang ria. ops ..! lupa, that day aku kena jugak injection untuk kancing gigi dan sampai ke hari ni still rasa lenguh/sengal tangan sebelah kiri ..::
:: lepas makan dengan mr.eM, aku balik rumah nak tido sebab rasa ngantuk dan penat. dalam pukul 3ptg, mr.eM call suruh aku siap-siap sebab nak ajak pegi kL. buat apa? jeng .. jeng .. jeng! untuk amik kunci rumah baru kami! wahh..! almost a year baru dapat pegang kunci rumah tu. SABAR tu penting kan? so, petang tu hujan turun sangat-sangat lebat. memang dugaan betul. dah la pejabat peguam kat Pandan Indah tu tak tau kat mana. seperti biasa kami menggunakan teknologi canggih yang ada dalam phone dan sepanjang perjalanan, mr.eM tak abis-abis membebel sebab hujan + jem. akhirnya, kami yang basah lenjun ni jumpa jugak pejabat tu sebab risau nak kejar sebelum pukul 5. and now, we officially have our own house! ::
:: walaupun rumah tu tak seberapa, tapi dah nama pun rumah sendiri, so, we should proud rite? but, banyak benda nak kena renovate before move in. InsyaAllah, slow-slow la .. kan? so, two good news in one day. cool kan? ::
+ view dari atas rumah .. +
+ view dalam rumah .. +
+ view tuan rumah .. haha! eh, maintain kan? +
Wednesday, September 28, 2011
Zat besi..!
:: memandangkan post aku sebelum ni, aku ada cerita pasal Hb aku rendah. so, aku kena makan iron tablet unuk tambah darah. tapi, disebabkan badan ni tak boleh menerima, aku meng'goggle' untuk cari alternatif lain selain makan ubat. so, aku dapat info ni dari website ni. klik link tu. banyak info pasal pemakanan untuk ibu mengandung. tapi, aku cuma kopipes makanan yang tinggi zat besinya. ni aku tempek bawah sini :
Makanan kaya zat besi
> Sejumlah kecil zat besi ditemukan pada buah-buahan, sayuran, biji-bijian dan daging yang anda makan setiap hari. Tetapi disamping pil tambahan zat besi, cobalah untuk memakan beberapa makanan yang banyak mengandung zat besi dibawah ini setiap hari :
>> Daging sapi
>> Daging bebek (daging bebek tu ape eh? aku tak tau la ..)
>> Hati dan organ tubuh lainnya (jangan terlalu sering)
>> Kerang oyster (dimasak, jangan dimakan mentah)
>> Ikan sarden
>> Dedaunan hijau (kangkung, bayam) lobak
>> Labu air
>> Labu kuning
>> Kentang bersama kulitnya (hah..? biar betul?)
>> Bayam
>> Rumput laut (hah .. rumput??)
>> Legume misalnya kacang polong, kacang merah, kacang lima (kacang polong?? kacang lima?? ape tuu??)
>> Kacang kedelai dan produk-produk kedelai (????)
>> Sirop gula/tetes (okay .. aku makin blur ..)
>> Buah-buahan kering
>> daging bebek = daging itik.
Tuesday, September 27, 2011
108 more days ..
:: okay .. aku tak tau la kenapa aku tak hapdet pasal benda ni kat blog aku. kalau ada pun, aku story sikit-sikit je. tak serius sangat. kalau ada orang yang terperasan, ada la. bukan aku tak nak story kat sini, tapi entah la. hari ni rasa nak kongsi kat sini. hari ni genap 24 minggu, 5 hari (bersamaan lebih kurang 6 bulan) ada insan yang istimewa telah bermastautin dalam perut aku ni. alhamdulillah, setakat ni semua okay. baby ni pun agak aktif dan selalu geli-geli dalam perut aku nih. dan dia makin aktif bila aku lambat makan. keh keh keh! kadang-kadang saje dera dia makan lambat, tapi at last, mesti dia yang menang dan aku akan turut jugak kemahuan dia.. *tak aci dah start buli mommy dia ..* ::
:: owh .. awal pregnancy memang teruk. morning sick yang agak melampau. semua food abis dia tolak keluar. jangan cakap morning je, tak kira masa. everytime lepas makan, mesti cari toilet dan berlarutan hingga 3 bulan pertama. rasa sangat seksa time tu. ::
:: tapi sekarang, alhamdulillah. selera makan pun dah okay. baby pun tunjukkan positif movement. tapi bila dia aktif sangat, kadang-kadang ada jugak aku ketuk-ketuk manja kat dia. tapi seperti biasa, dia buat tak tau je. haha! ::
:: every month aku akan pegi check-up dan buat buku merah kat Klinik Kesihatan Shah Alam. walaupun ramai orang kata klinik kerajaan ni leceh .. lembap .. lambat, tapi pada aku diaorang teliti. every month check tekanan darah + berat + check darah + air kencing. attend breast feeding course yang diaorang anjurkan. then, bagi nasihat untuk bakal-bakal ibu yang 1st time pregnant. dan yang aku suka, nurse-nurse kat situ friendly. memang la kena tunggu agak lama masa nak check-up, tapi sabar la .. sabar kan separuh dari iman. *walaupun ada tv, diaorang asyik bukak TV1 or TV2 je .. keh keh keh!* ::
:: dua bulan sebelum ni, nurse tu risau sebab Hb aku turun sangat rendah. dia suruh aku makan iron tablet banyak-banyak + obimin. tapi, badan aku ni tak boleh terima tablet tu. so, sebagai alteratif lain, aku terpaksa makan makanan yang boleh tambah darah aku. kalau next appointment next month rendah lagi, nurse tu nak bagi injection .. alamak! tamao .. tamao! so, aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak di-inject! ::
:: masa pregnant ni, ada beberapa perubahan yang terjadi dari segi fizikal & mental kat aku, antaranya :
>> dulu : degil dan susah nak makan .. dalam erti kata lain, makan memilih. tu sebab badan kurus kering!
>> sekarang : degil tu still ada tapi dah kurang. makan nak kena banyak sebab untuk dua orang. nak tak nak, memang kena pastikan perut ni tak lapar. kalau tak, baby dalam ni mengamuk! laci opis ni dah macam kedai runcit dah. penuh dengan food! hiks.
>> dulu : perut kalau lapar, selalu keluarkan bunyi-bunyian @ muzik yang boleh didengari oleh orang lain.
>> sekarang : baby dalam perut aktif bergerak-gerak. kadang-kadang macam menendang. mungkin tanda dia protes sebab lapar. geli rasanya kadang-kadang.
>> dulu : eh, kau ni kurus sangat la Lynn. makan la banyak sikit.
>> sekarang : eh, Lynn dah berisi sikit la sekarang ni. perut pun dah nampak dah. *peh! ni la 1st time dalam hidup aku ada orang cakap aku dah berisi sikit. terharu rasenya.*
>> dulu : masuk toilet, tak kisah toilet duduk or cangkung.
>> sekarang : masuk toilet, terus serbu toilet duduk. dah tak boleh cangkung sangat dah.
>> dulu : boleh tidur dalam pelbagai posisi dan lena sampai pagi.
>> sekarang : tak boleh tidur telentang .. kena mengiring dan sendal/peluk bantal. selalu terjaga malam-malam.
>> dulu : buang air kecil secara normal.
>> sekarang : ayakk! every setengah jam mesti pegi toilet .. penat lorr ..
>> dulu : kain baju kurung semua boleh zip tepi sampai atas.
>> sekarang : zip separuh je, then kena pakai pin .. haha! lepas tu kain dah singkat sebab pakai atas perut .. keh keh keh!
>> dulu : tahap kesabaran yang biasa-biasa je..
>> sekarang : tahap kesabaran yang semakin bagus. susah betul nak marah-marah time sekarang ni. selalu orang kata, pompuan pregnant ni cepat emo. tapi, aku tak ada la pulak. pelik .. pelik.
>> dulu : jalan-jalan @ shopping boleh sampai berjam-jam tanpa rehat.
>> sekarang : jalan dah terkedek-kedek .. pastu jalan lama sket, dah tak larat. kena duduk rehat then baru sambung balik.
:: tu je yang aku ingat setakat ni. kalau ada lagi, nanti-nanti aku tambah. tapi walau macam mane pun, setakat ni maintain je fizikal aku. tak nampak sangat lagi perut ni. mungkin sebab aku kurus sangat kot. tapi tak kisah la, asalkan doc kata baby ni okay. doakan aku! ::
p/s : happy sebab minggu lepas ramai kawan-kawan dapat baby baru yang sangat-sangat chomel ..! happy for them!









