Salam ..
:: mentang-mentang dah boleh view blog, asyik nak post je kejenye, ye dok? tadi aku gugel pasal pregnancy. biasalah, dah nak dekat ni kena tau banyak benda yang berkaitan dan buat persediaan untuk menghadapinya. banyak benda yang aku baru tau dan belajar pasal pregnancy's matters ni. makin baca, makin aku nak tau. makin baca, makin aku neves. makin baca, makin aku excited. campur tolak sekarang ni, lebih kurang lagi sebulan due date aku. so, aku kena tau tanda-tanda nak bersalin supaya aku tak berapa nak panik sangat nanti. so, ni antara tanda-tanda bersalin yang aku dapat dari website ni. bagus tau website ni sebab banyak info pasal pregnancy yang kita selalu tertanya. aku juz kopipes yang ni je :

Tanda-tanda bersalin :
1. Kontraksi Rahim - Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 minit secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian. Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.
2. Sakit Belakang - Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
3. Pecah ketuban - Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.
4. Bloody Show - Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.
5. Serviks terbuka - Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.
:: banyak lagi info berkaitan dengan pregnancy kat website ni. klik link ini untuk info yang lebih lengkap. baca jangan tak baca! ::

p/s : okay, nak cari info lagi. nanti kalau ada pape, aku share lagi kat sini.
No comments:
Post a Comment