:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Wednesday, December 14, 2011

31 days to go!

Salam ..

"Your baby is the size of a honeydew melon .."

hoho .. ye ke? alhamdulillah. tu aku dapat kat application yang aku download dalam henpon aku. hari ni genap 249 hari (35 minggu, 5 hari) dah baby ni menginap dalam perut mommy dia yang tak berapa nak besar ni. kalau mengikut EDD (Expected Delivery Date), insyaAllah lagi 31 hari. huuuu .. lebih kurang dalam sebulan je lagi baby ni boleh duduk dalam perut mommy ni. macam-macam perasan sebenarnya. neves .. tak sabar .. takut .. cuak .. berdebar-debar .. excited .. happy.

owh .. ! last week aku pegi scan untuk kali terakhir before deliver kat area Shah Alam. juz nak tau kedudukan uri dan baby je. alhamdulillah, setakat ni doc cakap semua okay. and finally me & mr.eM tau jantina our baby. selama ni scan tak nampak. doc tu pun terkejut sebab kami tak tau lagi jantina baby. dia pun terlepas cakap.

"haa .. okay, baby okay, kedudukan pun okay. kepala dia pun dah dok bawah. uri dia pun okay, nampak tak yang berselirat ni? tu uri dia la tu. okay, saya nak ukur air ketuban. hmm .. air ketuban pun okay. yang macam bentuk ulat ni tulang belakang dia. haa .. nampak tak yang macam beger ni, ni kemaluan dia, baby girl ni. "

memang nampak jelas. me & mr.eM serentak jawab, "owh .. baby girl eh?" doc siap tanya balik, "aik .. memang tak tau ke selama ni? ke memang nak rahsia? saya tercakap la pulak." hiks. aku & mr.eM tak kisah pun gugurl or boboiboy, yang penting sume sihat dan selamat.

so, balik tu aku tersenyum-senyum sebab dah tau jantina baby dan jawapan doc tadi meyakinkan lagi tekaan me & mr.eM. dah terbayang-bayang la nama-nama yang bakal diberikan tapi still tak konfem lagi. tunggu dia keluar nanti la eh?

p/s : preparation untuk baby sume dah okay .. but tak ada baju colour pink untuk baby, sume colour-colour selamat. takpe baby, nanti kita shopping baju gugurl yang chomey-chomey eh? (^__^)

4 comments:

  1. Ehermm!! TAHNIAH dpt baby girl! sure lawa cam mummy nyer juge =D

    ReplyDelete
  2. SH : auwww!! *blushing*
    tamao puji lelebih sgt yaw! =P

    ReplyDelete
  3. amin.. semua ok ..bestnyer baby girl .. kami dah ada dua hero nie .. kalau preggy lagi ke-3 mmg kena girl jugak ..hu..hu.. dah 2 kali c-sect ;-(

    ReplyDelete
  4. kak diana : huhu..amin. Insyaallah, yang ke-3 tu nanti bby gurl pulak. (^__^)y

    + doa harap sumenye selamat..!+

    ReplyDelete