:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Showing posts with label Solat. Show all posts
Showing posts with label Solat. Show all posts

Monday, December 6, 2010

Selamat Tahun Baru 1432 Hijrah ..

Salam ..

:: tak lama lagi umat Islam akan menyambut tahun baru. aku nak ucapkan "selamat tahun baru" (1432 Hijrah) kepada semua kenalan, teman dan seluruh umat Islam di muka bumi ini. harap segala doa dan hajat kita dimakbulkan. harap semua berjalan seperti yang dirancang. bawah ini aku share doa akhir tahun dan doa awal tahun. marilah kita sama-sama berdoa. ::

Doa Akhir Tahun (Baca selepas solat Asar 29 Zulhijjah 1431 / 6 Disember 2010 - Isnin) :


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.

Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.

Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun (Baca selepas solat Maghrib 6 Disember 2010 - Isnin) :


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

p/s : semoga kita semua di dalam keredhaan-Nya .. amin ..

Thursday, December 2, 2010

Usap muka selepas usai solat ..

Salam ..

:: dah lama aku nak buat entry ini selepas cousin aku utarakan hal ni. jenuh jugak cari & tanya pakcik Google. tapi ada teman yang sudi berkongsi mengenai perkara ini. aku letak bawah sini eh? ::

Mengusap muka setelah selesai berdoa dan setelah selesai solat bukan datangnya dari Nabi s.a.w kerana banyak hadis-hadis tentang adanya hal itu telah dilemahkan oleh ulama-ulama hadis. Yang sahih dari Nabi s.a.w ialah baginda mengangkat tangannya dan pada masa tertentu baginda tidak mengangkatnya. Mengamalkan mengusap muka setelah selesai berdoa dan solat bukanlah dari ajaran Nabi s.a.w. dan tidak perlu kita memandai lebih daripada baginda.

Dari Ibnu Abbas ra.,dia berkata,Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Apabila engkau meminta kepada Allah, maka hendaklah engkau berdoa dengan kedua tapak tanganmu dan janganlah engkau berdoa dengan kedua punggung(tapak tangan). Apabila engkau telah selesai berdoa, maka usaplah mukamu dengan kedua tapak tanganmu.”

[H.R. Ibnu Majah-daif/lemah]


Dari Saaib bin Yazid dari ayahnya, “Bahwasanya Nabi s.a.w apabila berdoa mengangkat kedua tangannya. Baginda mengusap mukanya dengan kedua tangannya(setelah selesai berdoa)”

[H.R. Abu Daud-daif/lemah]


Dari Ibnu Khattab,katanya:

“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila mengangkat kedua tangannya waktu berdoa baginda tidak turunkan kedua(tangan) itu sehingga baginda mengusap mukanya lebih dahulu dengan kedua tangannya.”

[H.R. At-Tirmidzi-sangat daif/lemah]


Kata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah:

“Adapun tentang Nabi s.a.w mengangkat kedua tangannya masa berdoa maka sesungguhnya telah datang padanya hadis-hadis yang sahih banyak. Sedangkan tentang baginda mengusap mukanya dengan kedua tangannya, maka tidak ada padanya kecuali satu-dua hadis yang tidak dapat dijadikan hujah dengan keduanya.


Dari Malik bin Yasar,telah bersabda Nabi s.a.w:

“Apabila kamu meminta kepada Allah, maka mintalah kepada-Nya dengan tapak tanganmu dan janganlah meminta kepada-Nya dengan punggung(tangan)”

[H.R. Abu Daud-sahih]


Kata Ibnu Abbas ra. :

“Permintaan itu iaitu engkau mengangkat kedua tanganmu setentang dengan kedua bahumu.”

[H.R. Abu Daud]

p/s : aku baru tau .. dah terbiasa buat selepas solat .. tengok sini kalau nak tau lebih lanjut ..