:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Tuesday, April 2, 2013

Holiday : Lost World of Tambun!

Salam.

entry ni back-dated sebenarnya. tapi tak sempat nak share. holiday ni bulan lepas. on my triple celebrations. jalan-jalan at Lost World of Tambun! heeeeee. saja layan-layan budak kecik ni. mula-mula dia takut. terkejut agaknya. tapi lama-lama, seronok taknak keluar dari air pulak.

muncung sedepa bila mula-mula masuk air.. ngeee..

"kenapa saya kena pakai pelampung nih??"

maira's first swimming suit!

okay.. dia dah mula seronok...

ni abah dia pulak yang over.. hihi.
pic mama dia? errr.. segan nak letak. simpanan sendiri je la. haha. yang penting, mr.eM and my doter happy!

p/s : mama dia siap sapukan lotion sebab takut anak dara dia hitam.. haha!

Monday, February 4, 2013

Finally.. home suwitt home!

Salam..

yeay! at the end, my house are already set-up. almost a year i'll be waiting for. alhamdulillah.. now pening nak isikan pulak. haha. no lah. barang dah ada, just nak re-arrange je. so, sekarang takde la malu nak ajak kengkawan lepak umah. jom jom! tapi inform dulu.. kang takde orang kat umah.. haha!



pic 1 hingga 3 ni boleh nampak pergerakan budak kecit tu nak main plug..




budak kecik yang sibuk.. haha!
p/s : nanti i update gambar umah full dengan barang-barang pulak. kihkihkih..

Tuesday, October 30, 2012

Raya @ Tropical Village..

Salam..

nak tau tak apa kami buat time raya baru-baru ni? hiks.

budak pipi bam-bam.. kedekut senyum..
p/s : raya kamu orang macam mana pulak?

Thursday, September 27, 2012

Anak sedara yang pandai posing!

Salam..

haha! my bro-in-law baru tagged picture doter dia @ anak sedara aku yang berumur 5 tahun. picture ape? picture niiiiiiiiiii.....

bergaya kan? boleh jadi model ni.. baru 5 tahun okayyy???

p/s : amboi.. amboi.. budak-budak sekarang nih..

Thursday, March 1, 2012

Zuhumaira : Aqiqah, cukur jambul & sunat @ BP..

Salam..

:: 25 Februari 2012 : alhamdulillah.. Maira telah selamat dicukur jambul @ Batu Pahat.. gambar sume kat brother-in-law.. lupa nak amek. family aku pun sume turun Johor kecuali my big bro. ni pun sebab my mum tak sehat & terpaksa balik awal. so, my big bro tak jadi turun BP. part ni yang tak best sebab kami orang dah plan nak jalan-jalan BP. sedih.. ::

:: seminggu jugak aku lepak BP. best duduk kampung. tenang je. lagipun stay lama kat sana sebab nak uruskan hal-hal Maira. lepas kenduri cukur jambul, then sunat & botakkan kepala Maira. uih.. pelik sebab dia nanges sikit je.. "hekk.." sama macam dia keluar dulu. dan seperti biasa, mama dia tutup mata tamao tengok. takut dia saket, aku yang nak nanges nanti.. hmm.. bagus-bagus.. kuat betul anak mama ni. kemudian, aku & mr.eM pegi Pejabat Agama Islam untuk bayar zakat rambut Maira. ::

:: Maira selepas dibotakkan.. muka redha je.. ::

:: then, kami orang buat sekali aqiqah untuk Maira. senang buat kat kampung sebab sume ada. kambing pun senang dapat. agak mahal jugak eh harga sekor kambing ni. tapi takpe la, bukan untuk sape pun.. kan? setelah sume setel, alhamdulillah.. balik Klang dengan perasan yang lega. bawah ni budak kecik yang mengantuk masa on da way balik Klang.. hihi. ::

:: merahnya mak ngah.. huhu.. ::

:: owh.. pic ni saje aku letak.. nak tunjukkan mama dia maintain lepas bersalin.. haha! ::

p/s : uih.. lama dah ni aku bersosial.. time to layan Maira.. bubye! :)

Friday, October 21, 2011

Happy 4th birthday to my lovely niece!

Salam ..

I just want to wish a very happy 4th birthday to my lovely, talkative & cuteness niece, Zuhaira Aqila! you are big girl now sayang .. semoga menjadi anak yang solehah & berjaya dalam hidup di dunia & akhirat .. amin.


+ Zuhaira Aqila, Zalikhaa Areesya & my sis! +


+ muka adek Areesya yang geram dengan cake! grrrr .. ~~ +

p/s : ni celebrate at my sis mother-in-law's house .. (^__^)

Monday, October 17, 2011

Gedik + eksaited ..

Salam ..

:: entry pendek ni saje aku buat sebab nak tunjuk gambar ni .. haha! mengikut perancangan asal, bulan depan baru nak beli barang-barang ni tapi disebabkan aku ni gedik + eksaited, aku buat la muka kesian dekat mr.eM. so, aku dapat grab ni je sebagai permulaan. beli murah-murah je pun. sebab nanti dia kan cepat membesar. ye dok? keh keh keh! ::


p/s : disebabkan aku tak tau lagi jantina sebenar my bby ni, aku beli colour-colour selamat je. dah scan aritu tapi doc cakap tak nampak. hmm .. nak bagi seprais kat mummy dia letew. hihi ~~

Tuesday, October 11, 2011

Event hari ahad ..

Salam ..

:: ni hapdet untuk event hari ahad pulak. so, ahad lepas, my parents-in-law datang straight away from Batu Pahat untuk attend convocation my sister-in-law at PICC (Putrajaya International Convention Center) kat Putrajaya. So, aku dan mr.eM kena entertain mereka kat sini. dalam masa yang sama, mereka nak tengok our new house. ::

:: then, lepas tengok-tengok rumah, baru kami ke Putrajaya. convocation tu sesi petang. sampai sana awal pulak, dalam pukul 11pg. so, lepak-lepak la kami kat sana sementara nak menunggu ke pukul 2ptg. after my parents-in-law masuk dewan, kami (aku, mr.eM, my two sister-in-law & brother-in-law wannabe) merayap ke Alamanda. mana lagi nak pegi kalau kita dah kat Putrajaya, rite? nak masuk dewan pun bukan boleh, so terpaksa la menghabiskan masa terluang kat sana. hajat asal nak tengok wayang but the timing tak sesuai. jadi, kami-kami ni jalan-jalan cuci mata je. ada banyak sale pulak time-time camni tapi poket kami-kami yang tak berapa nak 'sale'. hiks. ::

:: about 5ptg tu, parents-in-law call bagitau dah keluar dewan. then, kami-kami pun gerak ke PICC. after salam-salam, kami berangkat ke Shah Alam. plan asal, my parents-in-law nak straight balik Batu Pahat but my sister-in-law yang drive tak larat sebab mengantuk sangat. so, mereka check-in hotel and gerak awal subuh keesokkan harinya. so, that's how me and mr.eM spend our weekends with them! ::

+ my sister-in-law with mr.eM .. *mana gambar saya? biasa la, tuan tanah memang selalu tukang amik gambar je .. haih ~~* +



p/s : jarang kita dapat spend time dengan yang tersayang .. so, bile kita ada peluang, please don't waste it! (^_^)

p/s lagi : after this two events yang membuatkan aku rasa tak sihat sampai hari ni .. dah tak boleh nak aktif sangat .. cepat penat .. haih ~~

Tuesday, September 27, 2011

Special family events @ Batu Pahat ..

Salam..

:: hye sume! lame tak hapdet kan? tuan rumah makin rase malas nih..memanjang rase busy nye. keh keh keh~~ sowie ah..lately ni banyak event yang berlaku, so tu yang jarang hapdet tu..::

:: okay, pertama tama sekali aku nak hapdet event ujung minggu lepas. aku dan mr.em pulang Batu Pahat..sebab ada special family events. apekah? ngee ~~ my sister-in-law dirisik dan sekaligus ditunangkan dengan pilihan hatinya. just very simple ceremony among our family je tapi tetap best. best dengan macam-macam food! haha! tu yang aku suka tu, sampai tak tahu nak makan yang mana satu. okay, ni antara gambar-gambar sepanjang events .. enjoice~ ::

:: budak kecik yang paling busy sepanjang events .. ::

:: perbincangan sedang diadakan .. ::

:: selesai perbincangan, di sebalik tirai langsir kami sibuk bergambar .. ::

:: ni sume my sister-in-law .. owh .. yang baju oren tu mak tok! ::

:: antara food yang disediakan .. ::

:: roti jala yang gemuk-gemuk .. ::

:: taraaaa .. !! ni la pasangan yang ditunangkan tu! congrates my dearest sister-in-law & Zul! ::

:: owh .. balik Batu Pahat Jumaat malam tu, jem yang sangat teruk menghala ke Seremban. haih ~~ mereka-mereka ni tak abis-abis beraya lagi ke? cubalah dok rumah .. nasib baik la mr.em relax je walaupun mulut dia membebel sepanjang perjalanan .. ops! (^_^") ::

Monday, September 12, 2011

Raya : lambat hapdet .. ~~

Salam ..

selamat hari raya! pehh .. gile lambat aku wish .. lama bebenor tak hapdet .. post pasal raya pun takde. kalau yang tahu, tahun ni aku beraya di kampung mr. em ..

hoho .. new experience and environment .. tapi aku suka and enjoy beraye kat sana .. sedara-mara tak putus-putus datang rumah, sampaikan FIL buat statistik berapa banyak kereta yang park depan rumah .. haha! tapi memang banyak gile .. sampai nak kuar beraya pun kena gerak cepat-cepat .. takut-takut bile nak kuar, ade orang datang beraye. rumah pun meriah sebab semua tahun ni turn beraye rumah Johor.

gambar raya ade banyak tapi sume dalam kamera. kalau nama pun dah dalam kamera tu, tak tau la zaman bila nak transfernye .. so, post raya ni memang takde gambar.

ade ke orang post pasal raye takde gambar? macam pelik je kan? takpe la .. haha!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! ~~

Wednesday, February 16, 2011

New family members !

Salam ..

:: hye .. hye!! morning sume .. sehat tak? aku okay je. hari ni keje macam biasa. owh .. semalam merupakan ari gembira sebab aku dapat new family members. my big bro dapat lovely baby girl semalam. tahniah yop & kak zu ! alhamdulillah, sume selamat dan sehat. kakak ipar aku bersalin kat PPUM. nasib baiklah semalam cuti sempena Maulidur Rasul. this cute baby girl dilahirkan secara normal (2.478 kg) pada pukul 7.15 pagi semalam, 15 Februari 2011. baby ni memang tak sabar nak keluar sebab kalau ikut due date yang sebenar lagi 2 minggu. so, tahun ni aku ada 5 orang anak sedara. but this cute baby girl belum ada nama lagi. kalau dah ada nanti, aku hapdet. sini aku letak picture dia eh? ::


p/s : welkam darling ! *ada rupa macam acu dia tak?* ekeke. MySpace

Monday, January 3, 2011

Entry pertama 2011 ..

Salam ..

:: ello ! selamat tahun baru semua ! ini adalah entry pertama di tahun 2011 .. apa mood kamu orang pagi ni ? happy ? excited ? neves ? sedih ? blur ? hmm .. jawab dalam hati eh? hari ni hari pertama bekerja di tahun 2011. tapi pagi-pagi lagi aku dah lewat thumb print. lewat 1 minit 43 saat ! adush ! permulaan tahun baru yang tak berapa nak elok. haih ~
MySpace

:: auww .. hari ni juga ramai ibubapa yang masih bercuti untuk menghantar anak-anak ke sekolah. terutamanya kepada anak-anak yang buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke sekolah. macam-macam perangai. macam-macam mood. ade yang nanges teresak-esak .. ketawa berjumpa kawan baru .. blur dengan orang yang ramai .. neves menjejakkan kaki di tempat asing .. maklumlah, persekitaran yang baru untuk mereka. hmm .. teringat zaman aku dulu, time tadika. mak terpaksa temankan aku belajar sama-sama dalam kelas. hilang kelibat mak dari pandangan, mulalah laju air mata mengalir. sabar betul mak aku tunggu kan ? hingga ke sekolah rendah, mak masih menghantar aku naik basikal. sampai darjah 4. kawan-kawan ada yang mengejek, tapi aku tak kisah langsung. sampai waktu rehat, aku bergegas ke kantin. dan mak masih setia menunggu dengan bekal di tangan. mulut riuh bercerita itu ini dengan mak. mak senyum dan mendengar. sabar betul mak aku kan? ::
MySpace

:: okay .. sekarang ni bila ingatkan balik, rasa macam dah besar sangat pulak. dah kena mula hidup berdikari. umur pun dah banyak dah. tak terbalas jasa ibubapa aku yang membesarkan aku. memberi aku kasih sayang hingga sekarang. terima kasih mak ! terima kasih apak ! haish .. mood sedih pulak ! tak mahu sedih-sedih di tahun baru kan? aku doakan kamu orang happy selalu dan mencapai impian masing-masing tahun ni okay ? ::

p/s : anak bongsu memang manjanya lebih sikit .. kan? ekeke.MySpace

Wednesday, October 20, 2010

FAMILY ..

Salam ..

:: Baca slowly dan penuh penghayatan. ::

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan, "Oh maafkan saya, saya tak perasan."

Katanya "Maafkan saya juga, saya tak nampak saudara."

Kami amat bersopan dan saling menghormati .. kami saling melambai sambil berlalu pergi.

Tetapi di rumah lain pula ceritanya .. bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda.

Lewat petang, ketika memasak makan malam .. anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam.

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh .. jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh."

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku .. aku tak sedar, betapa kasarnya kata-kataku.

Sedangku berbaring di katil mendengar muzik .. terdengar suara halus datang membisik.

"Bila bersama orang tak dikenali .. begitu bersopan dan merendah diri .. tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci".

"Cubalah kamu pergi lihat di lantai dapur .. kamu akan temui bunga-bungaan berterabur".

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu .. dia memetiknya sendiri .. kuning .. biru dan ungu".

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu .. kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu".

Pada ketika ini, aku merasa amat kecil sekali .. airmataku mencurah ibarat air di kali.

Senyap-senyap aku ke biliknya dan melutut di katil. "Bangunlah anakku .. bangunlah si kecil".

"Adakah bunga-bunga ini dipetik untuk ibu? Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak".

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu .. ibu tentu suka terutama yang ungu".

"Maafkan ibu atas sikap ibu hari ini .. ibu tak harus menjerkah kamu .. sebegini".

Katanya,"Oh ibu, itu tak mengapa .. Saya tetap sayang ibu melebihi segala".

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu .. dan ibu suka bunga itu, terutama yang ungu".


Tahukah kamu makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

Wednesday, September 15, 2010

Wanita sangat istimewa ..

Salam ..

Mengapa WANITA sangat istimewa ..

mama dan papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. “i letih la .. dah lewat ni, i nak tido lah ..

mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas. leceh pulak nanti. dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink. rendam lepas makan tadi. basuh jap. susun pinggan kat rak, lap dapur. terpercik kena sambal masa masak tadi. check air panas dalam flusk. takut habis pulak nanti malam anak nak susu. memang dah kering pun flusk ni, jerang la air. sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong. salin la gula ni kejap. check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok. nasib baik ade lagi. ish .. ni lauk bila ni .. semalam. dah beku dah. basuh la kejap. pegi dry yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh. penat dah ni, besok je la basuh. sidai kain lap je lah.

tik ..! bunyi air dah masak. salin air dalam flusk. ok settle. baru teringat tak solat lagi. on da way nak pegi bilik, papa tgk tv lagi. nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska. check .. baju 2 pasang, towel. towel kecik utk selsema. calamine lotion untuk sapu ruam. pampers 4 keping. alamak .. terlupa pulak masukkan botol. basuh botol jap. ok settle.

ternampak pulak beg pegi keje. hmm .. besok nak pakai beg polo coklat lah, asyik2 pakai beg hitam ni je. salin jap barang2 pegi beg coklat. check sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2. leceh pulak. selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti. haish .. sempit la beg ni. hangin je. nak kena beli ni beg baru. rasenya 25hb ni Sogo sale nih. mana flyers tadi ek. ha .. ni dia. ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa. ok settle.

Tetiba dengar suara papa, "u buat apa lagi tu .. tadi kata nak tido."

"yelah nak tido la ni. nak solat jap.”

masuk toilet. buat apa2 yang patut. cuci muka dulu. 2 jenis pulak tu. adoi .. gosok gigi. solat. pakai toner. pakai treatment cream. nak lawa and maintain punya pasal lah ni. nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak. hiks. bukak almari. emmm .. pakai baju hijau ni lah besok. gosok kejap. check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni.

kat bilik belakang. laa .. kenapa komputer ni tak tutup ni? gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah. ish .. pegi dapur .. basuh .. sambung gosok baju. gantung elok2. kemaskan baju gantung2. masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor. ok settle.

dgr suara papa lagi. "i dah ngantuk ni." dalam pada nak masuk ke bilik. owh .. pokok aku dah nak mati ni ha. lupa dah 3 hari tak siram. ok, siram jap. check jap pintu ni. sah tak kunci lagi. grill pun tak tutup. ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku. bukak lampu luar. ni mainan ni sepah2. masukkan la dalam bakul mainan budak ni. banyaknya. sampai bawah meja makan pun ade. adoi .. ok dah.

ok dah boleh baring. adoi .. sakitnya pinggang. cium si comel ni kejap. selimutkan dia. laa .. kenapa basah ni? emm .. tukar la pampers ni. tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la. nanti pegi Sogo 25hb. ni beli la skali…ok sayang tido k? kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni ek? tido sampai pagi k? gud nite. sweet dreams.

aaahh .. sedapnya dapat baring. mana pulak lotion sapu kurus aku nih. ha .. ni dia. sambil sapu lotion kurus. setkan alarm. setkan program kerja besok. pagi pukul 9.30 ada meeting. ahh .. boring. panas pulak lotion nih. dah la. hmm .. sedapnya lelapkan mata. Ya Allah .. terima kasih untuk rezekiMU hari ini. mohon keberkatan dari mu Tuhan.

papa pun bangun tutup tv. "i dah ngantuk sangat ni. nak tido lah. citer pun tak best malam ni, bola pun takde." selang seminit .. dengar suara papa berkeruh. hmm .. dah agak dah.



p/s : Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah .. setiap wanita adalah istimewa dengan cara mereka sendiri .. aku sayang ma aku! =)

Friday, September 10, 2010

1 Syawal ..

Salam ..


:: Salam 1 Syawal ..! :: pelik sebab pagi tadi dah boleh mamam siang hari. hiks. rasa janggal pulak sebab dah sebulan tak mamam siang. anyway, salam Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia. hari ni tak pergi mana2 pun. juz dok umah dan terima tetamu je .. tapi aku still happy sebab dapat beraya dengan my lovely family. tapi family yop pulak takde. tahun ni beraya kat Perak .. tapi takpe la, nak buat macam mana .. rite? =D ::


p/s : turn aku bagi duit raya tahun ni .. selalu aku yang dapat duit raya .. hiks ..

Salam Aidilfitri ..

Salam ..

:: baru siap iron baju aku and my mom. adoi, saket pinggang. *tak payah la nak angkat kening & cebik muka cmtu. memang penat ok?* hari ni rasa macam kurang sehat sket. dari tadi bersin & still selsema lagi. kesian kat Ya. dia pun bersin dari tadi. mungkin sebab aku. hope esok semua orang ok. ::

:: tadi jugak semua juadah untuk esok telah siap dimasak. so, tak sabar nak merasa rendang ma. *tadi aku dah rasa sikit tapi rasa macam tawar pulak. tapi ma dah adjust dah. hoho.* nasi impit pun dah rebus. ada kuah kacang dengan kuah lontong. yummy..! ::

:: tahun ni aku dah belikan ma, apak & nyah baju raya. alhamdulillah, ada rezeki lebih tahun ni. happy sgt2 sebab dah lama teringin nak belikan something untuk diaorang raya ni. tema kaler tahun ni ialah kaler OREN. sebenarnya takde pun tema-tema ni tapi tetibe je semua orang beli kaler oren, so aku follow je. ::

:: dari semalam sampai hari ni byk SMS aku terima dan time kaseh kepada semua kawan2 yang mengingati aku. jgn risau, aku dah balas dah semua SMS korang tu tapi memandang musim-musim perayaan ni, semua jadi pending. tak kira la line apa yang korang pakai sekali pun tetap sama. so, tak payah la marah-marah kalau SMS korang pending ok? *ditujukan kepada akak aku yang membebel dari tadi sebab SMS dia pending. hiks.* ::

:: di kesempatan ini, aku nak minta maaf byk2 kepada semua teman2, sanak saudara. dan of course to my family. tak kira la walau kat mana pun korang skrg. halalkan makan dan minum aku selama ni. maafkan segala kesilapan yang aku penah buat kat korang. maafkan aku kalau selama ni aku penah buat korang tersinggung dengan cara aku bercakap. terlepas kata. terkasar bahasa, mohon ampun dan maaf. aku sayang korang semua. ::


p/s : selamat hari raya aidilfitri .. maaf zahir & batin .. =D

quote : semoga aidilfitri tahun ini akan memberi seribu makna dan kenangan dalam kehidupan kita semua .. insyaAllah ..

Sunday, August 29, 2010

Ogos ..

Salam ..

:: Ogos :: bulan yang di mana terdapat banyak events yang menarik. setiap orang mempunyai agenda yang tersendiri. di samping cuti yang agak banyak pada bulan ini, kita juga menyambut Hari Kemedekaan yang ke-53 : 1 Malaysia Menjana Transformasi. memandangkan sambutan kemerdekaan jatuh pada bulan Ramadhan, tapi masih ada sambutan yang diadakan secara tertutup di stadium Bukit Jalil. nampak macam meriah je (aku pun tak pegi, tengok kat tv je. hihi.) alhamdulillah. negara kita masih lagi aman dan makmur. kalau nak ikutkan orang, lagi 3 tahun negara kita ni dah pencen dah. hiks. =D i'm proud to be Malaysian!

Then, dalam bulan ini juga, 2 minggu berturut2 celebrate birthday and mam cake. hoho. which are my sis (20hb) and my mom (27hb). happy birthday both of you..! =D so, 2 minggu ni memang sampai muak la mamam cake. ahaks. tapi, seperti biasa orang paling sebok mestilah anak buah aku yang naughty tu. dia pun sebok nak tiup lilin. pastu air liur dia pun tersembur. eerk! =p


So. sebenarnya minggu depannya pulak (4hb) birthday my father pulak. nak beli cake lagi ke? hmm..takut muak la pulak. berbuka di luar? macam besh. akan ku usulkan kepada mereka2 yang berkenaan. hehe.


p/s : my sis - 33 tahun :: my mom - 56 tahun :: .. i luv my family a lot ..!

quote : You don't choose your family .. they are God's gift to you .. as you are to them .. ~Desmond Tutu ..