:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Thursday, March 1, 2012

Zuhumaira : Aqiqah, cukur jambul & sunat @ BP..

Salam..

:: 25 Februari 2012 : alhamdulillah.. Maira telah selamat dicukur jambul @ Batu Pahat.. gambar sume kat brother-in-law.. lupa nak amek. family aku pun sume turun Johor kecuali my big bro. ni pun sebab my mum tak sehat & terpaksa balik awal. so, my big bro tak jadi turun BP. part ni yang tak best sebab kami orang dah plan nak jalan-jalan BP. sedih.. ::

:: seminggu jugak aku lepak BP. best duduk kampung. tenang je. lagipun stay lama kat sana sebab nak uruskan hal-hal Maira. lepas kenduri cukur jambul, then sunat & botakkan kepala Maira. uih.. pelik sebab dia nanges sikit je.. "hekk.." sama macam dia keluar dulu. dan seperti biasa, mama dia tutup mata tamao tengok. takut dia saket, aku yang nak nanges nanti.. hmm.. bagus-bagus.. kuat betul anak mama ni. kemudian, aku & mr.eM pegi Pejabat Agama Islam untuk bayar zakat rambut Maira. ::

:: Maira selepas dibotakkan.. muka redha je.. ::

:: then, kami orang buat sekali aqiqah untuk Maira. senang buat kat kampung sebab sume ada. kambing pun senang dapat. agak mahal jugak eh harga sekor kambing ni. tapi takpe la, bukan untuk sape pun.. kan? setelah sume setel, alhamdulillah.. balik Klang dengan perasan yang lega. bawah ni budak kecik yang mengantuk masa on da way balik Klang.. hihi. ::

:: merahnya mak ngah.. huhu.. ::

:: owh.. pic ni saje aku letak.. nak tunjukkan mama dia maintain lepas bersalin.. haha! ::

p/s : uih.. lama dah ni aku bersosial.. time to layan Maira.. bubye! :)

No comments:

Post a Comment