:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Showing posts with label Myself. Show all posts
Showing posts with label Myself. Show all posts

Sunday, April 7, 2013

It's Sunday !

Salam.

oh.. arini Sunday eh? eh, why aku ada kat opis nih? hah? keje? okay.. okay.. calm down. aku memang keje arini. haha. adoi. so bored guys. meh ler teman. student pun takde sangat. kalau ada pun, mereka study. sape nak borak-borak dengan aku nih? but, think positive. aku dapat satu cuti ganti. hihi. boleh kumpul untuk pegi holiday nanti. eh, holiday? haha. just planned. ntah bila ntah.

baru keje tak sampai 4 tahun lagi tapi perasaan bosan+malas mula menular dalam diri. lebih suka stay+lepak umah main-main dengan my doter. even penat layan kerenah dia but i'm happy. tengok dia smile. tengok dia main. tengok gelagat dia. actually, several time aku cakap dengan mr.eM yang aku rasa macam nak quit my job. okay, for sure la dia tak setuju. he advices me a lot. okay, ada la betul nya. lepas dia advices, lega la sikit. but lama-lama perasaan tu datang balik. mr.eM buatkan satu situasi yang boleh buatkan keje aku ni fun. no stress. hmm.. okay, aku buat dulu, tengok macam mana the results.

lately ni, balik umah, baru masuk kereta, mulut aku dah bebel-bebel pasal keje. mr.eM pun pelik. dulu aku tak macam tu. stress keje? ntah la.. maybe. then, pagi-pagi nak pegi keje, liat betul. selalu mimpi yang that day ari minggu. aku cuba nak jadikan keje seharian aku ni fun. taknak stress. hmm.. doakan aku ye?

p/s : rasa macam nak buat business, tapi apa? ada terfikir several businesses but not study betul-betul lagi. mr.eM? dia mesti lah tak bagi. dia kata, keje je dulu. tak payah fikir nak buat keje lain.

p/s lagi : any idea tak?

Tuesday, April 2, 2013

April 2013..

Salam..

helo April! Alhamdulillah.. masih diberikan peluang untuk bernafas di muka bumi ini. sangat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk membuat amalan dan memperbaiki diri. terima kasih.

hmm.. susah kita nak puaskan hati orang ni kan? mana lagi penting, diri sendiri atau orang sekeliling? kalau diri sendiri dikatakan pentingkan diri. serba salah kan? tapi kadang-kadang SELFISH tu penting untuk kita. defend diri kita. dari mengikut telunjuk orang lain. kita sedar kemampuan diri kita. tapi orang lain? memang tak lah!

adakah kita dianggap bodoh kalau mengikut cakap orang? adakah kita dianggap pandai kalau hanya tahu membangkang cakap orang? entah lah, kadang-kadang pelik dengan kehendak orang. jadi, sebab tu aku kata SELFISH tu penting tapi biar bertempat. jangan memkhinzir buta saja. kan?

apa-apa pun, kita kena ukur kemampuan kita sendiri. bukan apa, takut tak terkejar. takut tak terlarat. takut tak tergendong. akhirnya, memakan diri sendiri. siapa nak tolong? entah.

aku harap bulan April ini akan bagi sinar baru.
aku harap bulan April ini aku dikurniakan kesihatan yang terbaik.
aku harap bulan April ini akan buatkan aku jadi lebih kuat.
aku harap bulan April ini akan menjadikan aku lebih berfikiran positif.

terima kasih kerana mengurniakan aku seorang teman, sahabat, kawan, boyfriend dan suami yang terbaik untuk aku.

terima kasih sebab sudi dengar masalah.
terima kasih sebab beri nasihat yang terbaik.
terima kasih sebab sudi pujuk bila sedih.
terima kasih sebab gelak-ketawa sama-sama.
terima kasih sebab sabar melayan kerenah ntah apa-apa ni.
terima kasih..

p/s : entry kalau taip dalam situasi hujan-hujan cenggini, memang camni lah jawabnya. haha!

Monday, December 3, 2012

Angry.. plz go away !

Salam..

hmm.. lately ni selalu sangat perasaan marah bersarang dalam hati. ntah mana silapnya, kadang-kadang aku tak perasan. marah yang aku sendiri kadang-kadang rasa tak perlu. tak patut. hal kecik. remeh temeh. dan bila marah-marah, mulalah sakit kepala. ubat dah tak larat nak makan. ya Allah, berikanlah semula kesabaran aku yang dulu. kesabaran milik aku yang dulu. amin..

Amin..
p/s : saya minta maaf.. saya ada buat salah.. marah-marah awak.. saya tak sengaja.. http://www.emocutez.com

Friday, November 2, 2012

Just us..

Salam..

apabila kami berdua di dalam kete.. inilah yang terjadi..

saya dan budak kedekut senyum.. 

Friday, October 12, 2012

Clumsy day..

Salam..

what a day! maybe today is my clumsy day. fikiran ntah ke mane ntah.

1. bangun pagi, nak basuh botol anak, tapi terbasuh pulak botol yang memang dah bersih. mamai kot.
2. nak buat susu anak, tertuang susu mama dia. mamai la tu..
3. nak panaskan bubur anak tapi ter'on' tungku yang kat sebelah. mamai lagi kot.
4. dari rumah, turun lif tekan G, tapi terturun kat level 3. takkan mamai lagi kot?
5. kat cafe pagi tadi, boleh pulak terlanggar bangku cafe. adoi! kejap lagi lutut ni biru la tu. mamai?

okay.. tu pagi tadi. petang?

1. upload sampai 3 kali tesis yang sama. adoi. takkan mamai namanya ni?
2. duty kat references desk arini.. student tanya lain, lain pulak aku jawab. nasib baik pandai kaver. okay, ni bukan mamai dah. ini mengarut namanya.
p/s : okay. nak balik lah. nanti ntah ape lagi aku buat. bye!

Friday, September 21, 2012

Weehuuu.. ~~

Salam..

okay, ini aku time lunch arini. aku nak tunjukkan betapa sejuknya opis aku di kala ini. memang dah tak tertahan. owh.. lupa nak tunjuk pakai setokin sekali.. Brrrr.. ~

korang rasa tak sejuknya? wuuuuu.. ~~
eh.. macam horror je picture ni.. misteriiii.. wuuuu.. ~~.
p/s : arghh.. sejukkkk!! nak balik..http://www.emocutez.com

Thursday, December 29, 2011

Alhamdulillah.. ~~

Salam ..

:: Alhamdulillah .. itu yang aku boleh katakan setakat ini. lama sangat tunggu .. nak dekat 2 tahun ++ dan akhirnya hari ini dapat jugak jawapannya. tahniah jugak pada kawan-kawan seangkatan dengan aku. owh .. mesti nak tau ape kan? ngee .. ~~ ni aku letak gambar bawah ni. tengok ni boleh buat aku tersenyum hari ni. penghujung tahun 2011 yang manis. ::


+ jeng .. jeng .. suspen.. +

+ Senyummmm .. +

p/s : psst..! orang kata rezeki anak .. alhamdulillah .. (^___^)

p/s lagi : tapi nama tu dia salah tulis .. hmm .. ~~

Thursday, October 6, 2011

Good news ..!

Salam ..

:: lupe nak hapdet story ari senin aritu. ari senin aku cuti sebab ada monthly check-up @ Klinik Kesihatan Shah Alam. bertolak dari rumah my mom @ sg. buloh pagi tu. then, sampai klinik pukul 8.30pg. that time, aku dapat no. 6036. wahh .. aku orang yang ke 36 orang? pukul berapa mereka-mereka ni sampai sana? almost pukul 12tgh baru selesai. menguap tu memang tak larat nak kira dah. tapi pada masa yang sama, hati ni dup dap dup dap risau pasal Hb tu. berdoa, harap-harap darah okay sebab aku tamao kena other injection. ::

:: ting tong .. 6.0.3.6 tertera kat monitor ala-ala macam kat bank tu. owh .. akhirnya nombor aku tiba. masuk bilik no. 18 macam biasa. nurse terus suruh aku baring atas katil untuk check my tummy, dibantu oleh 2 orang trainer nurse yang chomel. memang nurse ni chomel-chomel eh? hiks. okay-okay, then nurse tu pegang-pegang perut, ukur pakai tali tape. aku tak berapa sure sebab apa tapi aku rasa dia check kedudukan uri. then, dia bagi aku dengar dengupan jantung baby. alhamdulillah, nurse kata okay. lepas tu, dia check buku merah aku. dan sekali lagi alhamdulillah, Hb aku dah normal .. yeay! nurse tu pun terkejut sebab dalam sebulan aku boleh kejar balik ke paras normal. then, berat aku pulak dah mencecah 47.1kg! bulan lepas 44kg. uih .. tak penah seumur hidup aku capai berat badan cenggitu. aku tak sure part mana yang naik berat badan aku ni sebab aku rasa aku maintain je lagi. hiks. so, that day aku balik dengan hati yang riang ria. ops ..! lupa, that day aku kena jugak injection untuk kancing gigi dan sampai ke hari ni still rasa lenguh/sengal tangan sebelah kiri ..::

:: lepas makan dengan mr.eM, aku balik rumah nak tido sebab rasa ngantuk dan penat. dalam pukul 3ptg, mr.eM call suruh aku siap-siap sebab nak ajak pegi kL. buat apa? jeng .. jeng .. jeng! untuk amik kunci rumah baru kami! wahh..! almost a year baru dapat pegang kunci rumah tu. SABAR tu penting kan? so, petang tu hujan turun sangat-sangat lebat. memang dugaan betul. dah la pejabat peguam kat Pandan Indah tu tak tau kat mana. seperti biasa kami menggunakan teknologi canggih yang ada dalam phone dan sepanjang perjalanan, mr.eM tak abis-abis membebel sebab hujan + jem. akhirnya, kami yang basah lenjun ni jumpa jugak pejabat tu sebab risau nak kejar sebelum pukul 5. and now, we officially have our own house! ::

:: walaupun rumah tu tak seberapa, tapi dah nama pun rumah sendiri, so, we should proud rite? but, banyak benda nak kena renovate before move in. InsyaAllah, slow-slow la .. kan? so, two good news in one day. cool kan? ::

+ view dari atas rumah .. +

+ view dalam rumah .. +

+ view tuan rumah .. haha! eh, maintain kan? +


p/s : saje letak gambar sikit-sikit je .. teaser la konon!

p/s lagi : banyak nak pakai duit sekarang ni .. baby + rumah .. uhuk uhuk .. adoi!

Tuesday, September 27, 2011

108 more days ..

Salam!

:: okay .. aku tak tau la kenapa aku tak hapdet pasal benda ni kat blog aku. kalau ada pun, aku story sikit-sikit je. tak serius sangat. kalau ada orang yang terperasan, ada la. bukan aku tak nak story kat sini, tapi entah la. hari ni rasa nak kongsi kat sini. hari ni genap 24 minggu, 5 hari (bersamaan lebih kurang 6 bulan) ada insan yang istimewa telah bermastautin dalam perut aku ni. alhamdulillah, setakat ni semua okay. baby ni pun agak aktif dan selalu geli-geli dalam perut aku nih. dan dia makin aktif bila aku lambat makan. keh keh keh! kadang-kadang saje dera dia makan lambat, tapi at last, mesti dia yang menang dan aku akan turut jugak kemahuan dia.. *tak aci dah start buli mommy dia ..* ::

:: owh .. awal pregnancy memang teruk. morning sick yang agak melampau. semua food abis dia tolak keluar. jangan cakap morning je, tak kira masa. everytime lepas makan, mesti cari toilet dan berlarutan hingga 3 bulan pertama. rasa sangat seksa time tu. ::

:: tapi sekarang, alhamdulillah. selera makan pun dah okay. baby pun tunjukkan positif movement. tapi bila dia aktif sangat, kadang-kadang ada jugak aku ketuk-ketuk manja kat dia. tapi seperti biasa, dia buat tak tau je. haha! ::

:: every month aku akan pegi check-up dan buat buku merah kat Klinik Kesihatan Shah Alam. walaupun ramai orang kata klinik kerajaan ni leceh .. lembap .. lambat, tapi pada aku diaorang teliti. every month check tekanan darah + berat + check darah + air kencing. attend breast feeding course yang diaorang anjurkan. then, bagi nasihat untuk bakal-bakal ibu yang 1st time pregnant. dan yang aku suka, nurse-nurse kat situ friendly. memang la kena tunggu agak lama masa nak check-up, tapi sabar la .. sabar kan separuh dari iman. *walaupun ada tv, diaorang asyik bukak TV1 or TV2 je .. keh keh keh!* ::

:: dua bulan sebelum ni, nurse tu risau sebab Hb aku turun sangat rendah. dia suruh aku makan iron tablet banyak-banyak + obimin. tapi, badan aku ni tak boleh terima tablet tu. so, sebagai alteratif lain, aku terpaksa makan makanan yang boleh tambah darah aku. kalau next appointment next month rendah lagi, nurse tu nak bagi injection .. alamak! tamao .. tamao! so, aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak di-inject! ::

:: masa pregnant ni, ada beberapa perubahan yang terjadi dari segi fizikal & mental kat aku, antaranya :

>> dulu : degil dan susah nak makan .. dalam erti kata lain, makan memilih. tu sebab badan kurus kering!
>> sekarang : degil tu still ada tapi dah kurang. makan nak kena banyak sebab untuk dua orang. nak tak nak, memang kena pastikan perut ni tak lapar. kalau tak, baby dalam ni mengamuk! laci opis ni dah macam kedai runcit dah. penuh dengan food! hiks.

>> dulu : perut kalau lapar, selalu keluarkan bunyi-bunyian @ muzik yang boleh didengari oleh orang lain.
>> sekarang : baby dalam perut aktif bergerak-gerak. kadang-kadang macam menendang. mungkin tanda dia protes sebab lapar. geli rasanya kadang-kadang.

>> dulu : eh, kau ni kurus sangat la Lynn. makan la banyak sikit.
>> sekarang : eh, Lynn dah berisi sikit la sekarang ni. perut pun dah nampak dah. *peh! ni la 1st time dalam hidup aku ada orang cakap aku dah berisi sikit. terharu rasenya.*

>> dulu : masuk toilet, tak kisah toilet duduk or cangkung.
>> sekarang : masuk toilet, terus serbu toilet duduk. dah tak boleh cangkung sangat dah.

>> dulu : boleh tidur dalam pelbagai posisi dan lena sampai pagi.
>> sekarang : tak boleh tidur telentang .. kena mengiring dan sendal/peluk bantal. selalu terjaga malam-malam.

>> dulu : buang air kecil secara normal.
>> sekarang : ayakk! every setengah jam mesti pegi toilet .. penat lorr ..

>> dulu : kain baju kurung semua boleh zip tepi sampai atas.
>> sekarang : zip separuh je, then kena pakai pin .. haha! lepas tu kain dah singkat sebab pakai atas perut .. keh keh keh!

>> dulu : tahap kesabaran yang biasa-biasa je..
>> sekarang : tahap kesabaran yang semakin bagus. susah betul nak marah-marah time sekarang ni. selalu orang kata, pompuan pregnant ni cepat emo. tapi, aku tak ada la pulak. pelik .. pelik.

>> dulu : jalan-jalan @ shopping boleh sampai berjam-jam tanpa rehat.
>> sekarang : jalan dah terkedek-kedek .. pastu jalan lama sket, dah tak larat. kena duduk rehat then baru sambung balik.

:: tu je yang aku ingat setakat ni. kalau ada lagi, nanti-nanti aku tambah. tapi walau macam mane pun, setakat ni maintain je fizikal aku. tak nampak sangat lagi perut ni. mungkin sebab aku kurus sangat kot. tapi tak kisah la, asalkan doc kata baby ni okay. doakan aku! ::

p/s : happy sebab minggu lepas ramai kawan-kawan dapat baby baru yang sangat-sangat chomel ..! happy for them!

Friday, August 26, 2011

Sengih senyum sorang-sorang ..

Salam..

:: korang mesti pernah tersenyum-senyum sorang-sorang kan? maksudnya bila kita teringat something, tetiba terlintas then secara automatik tersengih-sengih. nggeee .. ~~ kadang-kadang rasa kelakar pun ada jugak. lebih-lebih lagi kalau ada orang tegur atau perasan kita dalam keadaan macam tu. "sewel ke hape pompuan ni?". tapi dia memang automatik la, bukan dibuat-buat. ::

:: aku selalu dalam situasi macam tu bila aku pergi satu-satu tempat yang aku pernah pegi. tak kisah la kita pernah pegi dengan sape pun. kadang-kadang siap ada macam flash-back gambar dalam kepala lagi. dah macam dalam TV atau komik kartun tu, kalau flash-back ada awan-awan atas kepala. takpun gambar hitam putih muncul. lebih kurang macam tu, bezanya in reality kita tak nampak la dia dok atas kepala kita kan?::

:: contoh, kalau aku pegi shopping mall ke, kebetulan lalu tempat yang aku pernah lalu, mesti aku tersengih-sengih dan teringat benda-benda yang jadi dulu-dulu. kalau yang tak best tu, tak ada la nak tersengih-sengih tapi still remembered. dan automatik juga akan terkeluar dari mulut, "eh, kita pernah la datang sini..". lebih kurang macam tu la ayatnya. dan secara tak langsung kita teringat kat orang tu. then, kadang-kadang yang paling kritikal siap sempat buat balik benda yang kita pernah buat dulu pada tempat yang sama. contoh, macam dulu aku datang mall dan aku singgah kat bahagian teddy bear, siap peluk teddy bear tu. then, aku datang lagi dan peluk teddy bear yang sama. pelik. takpun kita makan kat mall then duduk kat meja yang sama dan order menu yang sama. bezanya cuma orang dan masa. hmm .. kenangan tu tetap berada dalam ingatan aku dan takkan padam. ::

:: orang lain aku tak tau la. aku cerita pasal aku. sebab aku sangat terasa situasi ni semalam. tapi at the end, aku rasa sedih sebab aku tau aku takkan dapat patah balik ke belakang, ke masa dulu-dulu. jadi, just keep it ketat-ketat sebagai kenangan aku sendiri. terima kasih kepada mereka yang dulu-dulu sudi layan kerenah jakun aku pegi tempat-tempat macam tu. kadang-kadang kesian kat diri sendiri sebab rupa-rupanya banyak tempat-tempat yang menarik yang aku tak pernah jejak. terima kasih ya..! ::

:: so, lepas ni aku akan jejak tempat-tempat yang ade dalam wish list aku dengan mr. em. ada separuh dari wish list aku tu belum aku jejak dan buat lagi. insyaAllah, aku nak penuhkan semua! ekeke..! ::


p/s : Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you never want to lose. ~From the television show The Wonder Years.