:: okay .. aku tak tau la kenapa aku tak hapdet pasal benda ni kat blog aku. kalau ada pun, aku story sikit-sikit je. tak serius sangat. kalau ada orang yang terperasan, ada la. bukan aku tak nak story kat sini, tapi entah la. hari ni rasa nak kongsi kat sini. hari ni genap 24 minggu, 5 hari (bersamaan lebih kurang 6 bulan) ada insan yang istimewa telah bermastautin dalam perut aku ni. alhamdulillah, setakat ni semua okay. baby ni pun agak aktif dan selalu geli-geli dalam perut aku nih. dan dia makin aktif bila aku lambat makan. keh keh keh! kadang-kadang saje dera dia makan lambat, tapi at last, mesti dia yang menang dan aku akan turut jugak kemahuan dia.. *tak aci dah start buli mommy dia ..* ::
:: owh .. awal pregnancy memang teruk. morning sick yang agak melampau. semua food abis dia tolak keluar. jangan cakap morning je, tak kira masa. everytime lepas makan, mesti cari toilet dan berlarutan hingga 3 bulan pertama. rasa sangat seksa time tu. ::
:: tapi sekarang, alhamdulillah. selera makan pun dah okay. baby pun tunjukkan positif movement. tapi bila dia aktif sangat, kadang-kadang ada jugak aku ketuk-ketuk manja kat dia. tapi seperti biasa, dia buat tak tau je. haha! ::
:: every month aku akan pegi check-up dan buat buku merah kat Klinik Kesihatan Shah Alam. walaupun ramai orang kata klinik kerajaan ni leceh .. lembap .. lambat, tapi pada aku diaorang teliti. every month check tekanan darah + berat + check darah + air kencing. attend breast feeding course yang diaorang anjurkan. then, bagi nasihat untuk bakal-bakal ibu yang 1st time pregnant. dan yang aku suka, nurse-nurse kat situ friendly. memang la kena tunggu agak lama masa nak check-up, tapi sabar la .. sabar kan separuh dari iman. *walaupun ada tv, diaorang asyik bukak TV1 or TV2 je .. keh keh keh!* ::
:: dua bulan sebelum ni, nurse tu risau sebab Hb aku turun sangat rendah. dia suruh aku makan iron tablet banyak-banyak + obimin. tapi, badan aku ni tak boleh terima tablet tu. so, sebagai alteratif lain, aku terpaksa makan makanan yang boleh tambah darah aku. kalau next appointment next month rendah lagi, nurse tu nak bagi injection .. alamak! tamao .. tamao! so, aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak di-inject! ::
:: masa pregnant ni, ada beberapa perubahan yang terjadi dari segi fizikal & mental kat aku, antaranya :
>> dulu : degil dan susah nak makan .. dalam erti kata lain, makan memilih. tu sebab badan kurus kering!
>> sekarang : degil tu still ada tapi dah kurang. makan nak kena banyak sebab untuk dua orang. nak tak nak, memang kena pastikan perut ni tak lapar. kalau tak, baby dalam ni mengamuk! laci opis ni dah macam kedai runcit dah. penuh dengan food! hiks.
>> dulu : perut kalau lapar, selalu keluarkan bunyi-bunyian @ muzik yang boleh didengari oleh orang lain.
>> sekarang : baby dalam perut aktif bergerak-gerak. kadang-kadang macam menendang. mungkin tanda dia protes sebab lapar. geli rasanya kadang-kadang.
>> dulu : eh, kau ni kurus sangat la Lynn. makan la banyak sikit.
>> sekarang : eh, Lynn dah berisi sikit la sekarang ni. perut pun dah nampak dah. *peh! ni la 1st time dalam hidup aku ada orang cakap aku dah berisi sikit. terharu rasenya.*
>> dulu : masuk toilet, tak kisah toilet duduk or cangkung.
>> sekarang : masuk toilet, terus serbu toilet duduk. dah tak boleh cangkung sangat dah.
>> dulu : boleh tidur dalam pelbagai posisi dan lena sampai pagi.
>> sekarang : tak boleh tidur telentang .. kena mengiring dan sendal/peluk bantal. selalu terjaga malam-malam.
>> dulu : buang air kecil secara normal.
>> sekarang : ayakk! every setengah jam mesti pegi toilet .. penat lorr ..
>> dulu : kain baju kurung semua boleh zip tepi sampai atas.
>> sekarang : zip separuh je, then kena pakai pin .. haha! lepas tu kain dah singkat sebab pakai atas perut .. keh keh keh!
>> dulu : tahap kesabaran yang biasa-biasa je..
>> sekarang : tahap kesabaran yang semakin bagus. susah betul nak marah-marah time sekarang ni. selalu orang kata, pompuan pregnant ni cepat emo. tapi, aku tak ada la pulak. pelik .. pelik.
>> dulu : jalan-jalan @ shopping boleh sampai berjam-jam tanpa rehat.
>> sekarang : jalan dah terkedek-kedek .. pastu jalan lama sket, dah tak larat. kena duduk rehat then baru sambung balik.
:: tu je yang aku ingat setakat ni. kalau ada lagi, nanti-nanti aku tambah. tapi walau macam mane pun, setakat ni maintain je fizikal aku. tak nampak sangat lagi perut ni. mungkin sebab aku kurus sangat kot. tapi tak kisah la, asalkan doc kata baby ni okay. doakan aku! ::
p/s : happy sebab minggu lepas ramai kawan-kawan dapat baby baru yang sangat-sangat chomel ..! happy for them!
Waaaa.. TAHNIAH Lin! jadi mummy la tak lama lagi.. patot nmpk lain ja muka.. berseri2 naa.. =D
ReplyDeleteaku sukeee.....jgn lupe tulis diari ummi ituuu taw...heehehhe...i'm happy for u dear..
ReplyDeletesob..sob..sedey lak..hahahahhaha..
**jaga diri weh...syg ko^_^
SH : hoho..thanks shahroll! :) berseri-seri la sangat.. :p
ReplyDeletefara fara : hiks..aku still tulis lagi dalam buku tu..thanks! *sayang kamu jugeee...*