:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Showing posts with label Foods. Show all posts
Showing posts with label Foods. Show all posts

Monday, December 3, 2012

Makan-makan @ opis bahagian ke-3..

Salam..

hoho. makan oh makan di sambung untuk bahagian ke-3. haha!

posing !
 p/s : laparnye ! jom makan !

Friday, November 2, 2012

Makan-makan @ opis bahagian ke-2 !

Salam..

murah rezeki betul perut-perut kami minggu ni. ada lagi orang belanja makan. seronok-best nya! terima kasih kepada opismate yang sudi belanja kami-kami ni makan sedap-sedap. semoga kalian dimurahkan rezeki. aminnn..

muka-muka lapar.. kihkihkih.. :)

p/s : minggu depan agak-agak ada orang belanja lagi tak? hiks.

Wednesday, October 31, 2012

Makan-makan @ opis!

Salam..

aktiviti kami masa lunch tadi. yummy! thanks boss sebab belanja anak-anak ni. hiks.

time kaceh boss! *baju biru*
p/s : next.. sape pulak yang belanja nih? hiks.

Tuesday, October 23, 2012

Aku, mereka & Subway..

Salam..

Tak pernah makan Subway pun. tapi mereka-mereka ni lah yang ajar aku makan benda ni. uih! sedap rupanya! yummeh..!


p/s : addicted to Subway la pulak .. hiks.http://www.emocutez.com

Thursday, March 15, 2012

Home-made eskrem!

Salam..

:: disebabkan aku agak bosan duduk rumah, tangan ni mulalah ringan cari resepi-resepi ringan yang bahan-bahannya senang dicari. tengah dok ralit cari, tiba-tiba rasa nak makan eskrem. tapi nak try buat sendiri. so, aku dengan pakcik gugel ni cari ler resepinya. cari yang paling simple & kos tak banyak. akhirnya aku jumpa jugak. ::

:: bahan-bahan : coffemate, susu dutch lady & biskut oreo! blend je sume bahan-bahan ni. :: that's all folks.. ! ::

:: semalam, sementara anak kecik tak merengek, aku pun pegi la buat kejap. dan hasilnya.. tadaaa!!! ::

:: owh.. aku dah try rasa sikit yang kat tepi tu.. abaikan yee.. ::

p/s : senang je kan? sedap okay.. mcm eskerm kat mcd tau.. huhu.. :)

Wednesday, September 28, 2011

Zat besi..!

Salam!

:: memandangkan post aku sebelum ni, aku ada cerita pasal Hb aku rendah. so, aku kena makan iron tablet unuk tambah darah. tapi, disebabkan badan ni tak boleh menerima, aku meng'goggle' untuk cari alternatif lain selain makan ubat. so, aku dapat info ni dari website ni. klik link tu. banyak info pasal pemakanan untuk ibu mengandung. tapi, aku cuma kopipes makanan yang tinggi zat besinya. ni aku tempek bawah sini :

Makanan kaya zat besi

> Sejumlah kecil zat besi ditemukan pada buah-buahan, sayuran, biji-bijian dan daging yang anda makan setiap hari. Tetapi disamping pil tambahan zat besi, cobalah untuk memakan beberapa makanan yang banyak mengandung zat besi dibawah ini setiap hari :

>> Daging sapi
>> Daging bebek (daging bebek tu ape eh? aku tak tau la ..)
>> Hati dan organ tubuh lainnya (jangan terlalu sering)
>> Kerang oyster (dimasak, jangan dimakan mentah)
>> Ikan sarden
>> Dedaunan hijau (kangkung, bayam) lobak
>> Labu air
>> Labu kuning
>> Kentang bersama kulitnya (hah..? biar betul?)
>> Bayam
>> Rumput laut (hah .. rumput??)
>> Legume misalnya kacang polong, kacang merah, kacang lima (kacang polong?? kacang lima?? ape tuu??)
>> Kacang kedelai dan produk-produk kedelai (????)
>> Sirop gula/tetes (okay .. aku makin blur ..)
>> Buah-buahan kering

*ni website indonesia .. sebab tu aku tak paham perkataan yang digunakan. aku terpaksa meng'goggle' untuk mendapat kepastian!*

:: jadi, ni aku dapat dari pencarian aku kat google dan tanya kakak-kakak opis aku :

>> daging bebek = daging itik.
>> kacang polong atau kacang lima = alamak .. tak jumpa!
>> sirop gula/tetes = aaa .. tak jumpa jugak!
>> kacang kedelai = okay .. aku dah fedap! grr .. ~~

p/s : err .. nanti aku cari website bahasa yang kita paham okay? haih ~~

Tuesday, March 1, 2011

Lunch @Seksyen 2 !

Salam ..

:: huhu. memandangkan opis aku ni sejuk macam kat kutub utara, lunch tadi opismate ngajak lunch kat luar. so, kami orang decide nak mamam kat seksyen 2. nak pekena ABC cokelat. uiks. memang menyelerakan! *macam la aku mamam. kenyang sebab mamam nasi + ikan bakar + telur masin + sambal belacan. oh, terima kasih kepada opismate sebab dengan murah hati membelanja aku tadi. arigato kozaimas!* kalau kat seksyen 2 ni, memang terkenal la dengan ABC dia. tapi crowded la. biasalah, time lunch hour. tambah penuh dengan bebudak sekolah. *saket mata tengok bebudak sekolah zaman sekarang ni. hisap rokok tanpa sipu malu. nasib baik la aku tak ada adeq. haih ~*

:: okay .. nak sambung kerja .. tata. owh .. sebelum tu, sini aku tempek gambar ABC yang mengiurkan. yummy !


p/s : argghhh ! sangat sejuk opis aku ni !

Tuesday, January 11, 2011

Lunch @ Noodle Station ..

Salam ..

:: hehe. morning sume ! sehat tak? alhamdulillah .. (^_^). entry ni dah berlaku minggu lepas tapi baru nak update. sebab baru dapat gambar dari SH. biasa la kan, henpon tak canggih nak amek gambar, so, kena la tumpang orang punye. ekeke. ::

:: ni masa kami orang lunch kat Noodle Station kat SACC Mall, Shah Alam. naseb baek orang tak berapa ramai. kami orang pegi berlima .. aku - kak ayu - kak lia - shahrul - SH. tak plan pun , tetibe mereka ajak. mengidam kot. ekeke. tapi oklah jugak sebab hari-hari lunch kat kafe bosan jugak. sekali sekala kena tukar angin. perut pun boleh nanges kalau menu hari-hari sama. meh, aku tempek gambar muka-muka orang lapar. enjoice !~ ::

:: menu aku semestinya lamb chop. yummy ! tapi fries dia agak masin .. ::

:: muka-muka lapar .. ::

:: muka-muka lapar lagi .. ::

:: tuan punya henpon yang amek gambar-gambar ni .. ::

update : lupa nak letak gambar sendiri .. ekeke .. tertinggal pulak .. time kaceh SH sebab remind I ..

p/s : sebelum balik sempat tapau Big Apple lagi .. pelahap betul.

p/s lagi : SH .. thanks for the photo .. MySpace

Wednesday, September 15, 2010

Puding karamel ..

Salam ..

:: baca tajuk entry dah macam blog resepi la pulak. hiks. ari ni aku try buat puding karamel. 1st try ni. saja tak ada keje tadi. tengah2 surf internet, tetibe teringin nak try buat puding ni. aku cari resepi yang paling simple dan senang nak buat. so, bahan-bahan dia pun memang senang dan mudah didapati. bahan-bahan dia ni mesti ada punya kat setiap umah korang. tak payah susah2 nak pegi beli. hiks. antara bahan-bahannya :


:: so, hasilnya ..? tadaaa ..!! ::



p/s : 1st try la katakan. aku tak puas hati sikit. gula kat atas tu macam terlebih masak pulak. haha. yang lain ok kot. ma cakap bole la untuk beginner. hiks.

Thursday, September 2, 2010

Iftar @ Pizza Hut ..

Salam ..

tak ada plan nak berbuka kat mane ari ni. mungkin macam biasa beli makanan di bazaar dan berbuka di rumah saja. tetibe YM one of my friend update status : "jom kwn2 mkn pizza buka nanti. ape2 ym aku." terus aku buzz dia. hehe.

so, semalam aku berbuka di Pizza Hut @ sek. 7 tu je. thanks to kakak and Wana sebab book tempat awal-awal sebab orang memang ramai gile. sampai-sampai je, pizza dah terhidang depan mata. aku lupa pulak nama pizza tu. yang ada cheese kat tepi tu. kami amek set untuk 6 orang. dugaan btol la. ditambah pulak spaghetti Wana yang seakan-akan memanggil tu. haish.



ramai jugak manusia yang berbuka dengan pizza semalam. sambil makan-makan dan borak-borak, ada la satu pasangan ni yang menarik perhatian kami. posisi btol-btol di tepi tingkap. bukan la nak mengumpat or mengutuk tapi pelik dengan pasangan tu. tak seperti pasangan-pasangan lain yang gembira sesama sendiri. senyap. tiada gelak ketawa. masing-masing tekun dengan makanan di depan mata. cuma kadang-kadang si gadis cuba untuk berbual. yang lelaki menunjukkan muka bosan seperti malas nak melayan tetapi yang si gadis sangat gembira dan excited bercerita. lama jugak kami amati pasangan tersebut tetapi cover-cover jugak la sebab takut mereka perasan. kenapa agaknya ye?

sambil menunggu Wana and Epi datang, pasangan tersebut seakan mahu pulang. si gadis bangun mengambil plastik untuk ditapau mungkin manakala si lelaki itu memandang ke arah gadis itu atas bawah. seakan tak puas hati. masih menunjukkan muka serius. apa masalah lelaki itu ye? kemudian, mereka lalu dihadapan meja kami dan terus keluar. si gadis menaiki kereta manakala si lelaki itu menaiki motor Honda. tanpa mengucapkan sebarang kata-kata, mereka menghala ke arah yang berlainan. tetapi si gadis sempat melempar senyuman yang manis tetapi si lelaki itu tak pandang. kenapa dengan si lelaki itu? jadi, kami membuat kesimpulan bahawa mereka mungkin "blind date" semalam dan 1st time bertemu di situ.

buat si lelaki :: kalau ye pun tak suka, jangan la nampak sangat kat air muka tu. adakah sebab anda hensem so anda boleh berlagak macam tu?

buat si gadis :: kalau dah macam tu gayanya, find someone else that much much better than him. banyak lagi lelaki di luar sana untuk anda.


p/s : si gadis manis berbaju kurung ungu manakala si lelaki hanya jeans lusuh dan t-shirt oren. kontra btol.

quote : Some people come into our lives and quickly go .. some stay for a while, leave footprints on our hearts, and we are never, ever the same .. ~ Flavia Weedn ..

Monday, August 16, 2010

Tiramisu .. kite boleh mamam ke tak ek ..?

Salam ..

Ari ni ari ke-7 kite puase...kejap je rasenye...semalam berbuke dengan teman kat kedai makan yang xde orang langsung...besh btol la kedai ni..lepas berbuke tu, sembang2 bagai sampai la pukul 8++...baru je nak bangun, abg kat kedai tu hulurkan se'slice' eskrem Tiramisu...wahh...tetibe dapat rezeki camtu sebab selain bagi eskrim, abg kedai tu siap bagi buah kurma & bubur kacang hijau... (smoga kedai tu dilimpahkan rezeki yang berganda2..aminnn).. =D tapi memang manis giler la rasenye sampai ke ari ni me saket kepale sebab mamam eskrem tu...

So, me skrg ni nak cite pasal Tiramisu...kite boleh mamam ke x ek Tiramisu ni? Tadi me search kat Google...tengok kat wikipedia :


"Tiramisu is one of the most popular Italian cakes. It is made of savoiardi biscuits dipped in espresso, layered with a whipped mixture of egg yolks, sugar and maccarpone chees and topped with cocoa powder. Tiramisu may have originated as variation of another layered dessert, zuppa inglese. The recipe has been adapted into many varieties of puddings, cakes and other desserts."


Hmm...me ade Google la sket mengenai Tiramisu ni...kebanyakkan ingredient Tiramisu ni menggunakan rum/liquor/wain untuk menyedapkan lagi Tiramisu ni....ish..! Biar btol?? Salah satu contoh la kan...cube klik kat sini ..

Then, one of my friend yang keje kat Haagen Dasz cakap yang Tiramisu ni pun ade la campuran yang haram ni...hmmm...sesetengah orang cakap kalau yang pure tu memang ade campuran benda haram tu tapi sekarang ni dah ade alternative ingredient untuk gantikan campuran tu..akak tempat me keje ni cakap, dia penah tengok Chef Wan masak then dia ade mention yang dia dah tukarkan ingredient yang halal untuk orang Islam...(tapi akak tu x ingat la plak ingredient ape..). So, eskrem semalam tu aku rase bleh mamam la kot sebab takkan la abg tu nak bagi orang mamam sebarangan kan? Tapi, tu la 1st & last me mamam Tiramisu kot sebab manis sesangat la...xtahan btol..! Sampai saket kepale tau..n still hurt rite now... (-_-) .. Bwh ni antara picture2 cake & eskrem Tiramisu...(hikhik...xbaek tau bulan2 pose tengok mknan..=p) ..



p/s : suke mamam eskrem .. =D

quote : ala .. xde quote yang berkaitan dengan eskrem la .. hiks .. =D