:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Showing posts with label Health-Beauty. Show all posts
Showing posts with label Health-Beauty. Show all posts

Wednesday, March 16, 2011

Lately yang tak sehat ..

Salam ..

:: 4.00 pm. ari ni aku keje malam. so, tadi aku masuk pukul 1.00 pm. lately ni, kesihatan amat tidak memuaskan. mungkin sebab cuaca yang hujan memanjang. asal petang, mesti hujan. antibodi tak kuat. jadi, weekend lepas aku dapat pakej demam yang tak berapa nak lengkap sangat. tapi kira teruk la jugak. pakej demam dengan food poisoning sekali. *serik betul nak makan kenduri kawen ni*. ditambah pulak dengan tekak bengkak. nak telan air pun perit giler. haih ~ .. ni pun tak berapa nak stabil, still dizzy and tekak still saket. ditambah dengan kesejukkan opis aku yang ditahap terlampau rasanya, menyebabkan aku rasa lemah. owh .. ni antara ubat yang aku kena telan walaupun beso-beso saiz ubatnya. terima kaceh doc! ::

~ banyak tak? hehe .. telan je la .. ~

:: okay .. nanti aku update lagi. kalau rajin, malam ni aku buat grafitti lagi eh? selamat bekerja ! ::

p/s : hey .. kamu orang semua ! jaga kesihatan elok-elok eh? MySpace

Thursday, March 3, 2011

Definisi : cantik ..

Salam ..

:: cantik @ chantek @ chanteq @ cantek .. ejaannya mungkin berlainan tapi makna dan bunyinya tetap sama, kan? sekarang dah banyak perkataan baru yang telah dicipta oleh bebudak zaman sekarang. kreatif mungkin. aku tetiba terfikir mengenai persepsi dan pendapat mengenai cantik ni. ::

:: apa maksud cantik? macam mana yang dikatakan cantik tu? rupa paras .. perwatakan dan tingkah laku .. kesopanan .. pertuturan .. atau dalaman? pada aku, susah kita nak definisikan kategori cantik ni. mata semua lain-lain. contohnya macam Lisa Surihani .. kamu orang rasa dia cantik? pada aku dia memang cantik tapi pada orang lain belum tentu. mungkin mereka kata Fasha Sandha lagi cantik. jadi, definisi cantik ni tak ada salah betulnya. terpulang pada individu. ::

:: kurus atau gemuk. cantik tak? kalau luar negara, kebanyakkan model semua kurus kering. sebab pada mereka, kurus itu cantik. tapi kalau di Africa, gemuk itu cantik. jadi, terjadilah pelbagai cara mereka mahu nampak cantik. diet yang bukan-bukan, semata-mata mahu cantik. makin bertambah la yang menghidap penyakit Bulimia dan Aneroksia. then, sekarang ni banyak iklan untuk kuruskan badan. tinggi belanjanya tu. tak apalah kalau banyak duit. silakan. tapi janganlah sampai memudaratkan diri sendiri yer? ::

:: warna kulit. putih melepak .. hitam manis .. sawo matang .. kuning langsat .. mana satu cantik? pada aku setiapnya mempunyai keistimewaan tersendiri. jangan membandingkan diri sendiri dengan orang lain. yang penting kita sihat. contohnya macam MJ, sanggup suntik untuk jadi putih sebab padanya, putih itu cantik mungkin. tapi tengoklah efek dia kemudian hari, kan? orang banyak duit kan? tapi pada aku, biarlah warna asalnya. seperti adik-beradiknya yang lain. kata orang, hitam itu menawan. tapi, mata orang lain-lain. ::

:: botox @ plastic surgery. erk! yang ni aku memang tak sokong langsung. tak salah nak cantik tapi jangan sampai mengubah kejadian Tuhan. haish! kalau dah banyak duit sampai tak tahu nak buat apa, elok derma pada yang memerlukan dari buat benda-benda macam ni. selalunya orang-orang Barat yang buat untuk kelihatan cantik dan sentiasa muda. jangan yer! hep! ::

:: alat solek @ make-up. owh. zaman sekarang ni, keluar rumah sidai kain pun pakai make-up. nak sentiasa nampak cantik katanya. paling simple, mereka akan mengenakan bedak asas dan lip-balm. tak salah tapi berpada-pada. sesetengah orang tidak mahu kelihatan tidak bermaya dan pucat. contoh, mereka yang sentiasa berjumpa 'client'. tapi ada sesetengah tu yang 'over' sikit. pendek kata, dah macam tepung gomak. habis segala dia letak kat muka. belum lagi dengan bulu mata palsunya yang beberapa meter ke depan. mereka takut nak berdepan orang ramai dengan 'muka bogel'. memang cantik tapi menenggelamkan 'natural beauty' seseorang itu. sayangnya sebab setiap orang telah diciptakan kecantikkan yang tersendiri. kecantikkan bukan hanya bergantung kepada rupa paras semata-mata. okay? ::

:: cantik = seksi. hehe. tak tau nak komen sangat. kebanyakkan lelaki suka wanita seksi. aku pernah tanya kepada kaum adam ni tapi rata-rata mereka jawab, kawan-kawan je. stok 'geli-geli'. mereka tak nak berkahwin dengan mereka ni. sebab akhirnya mereka akan mencari wanita yang menutup aurat untuk dijadikan isteri dan ibu kepada anak-anaknya. kenapa eh? jadi, tak perlu seksi untuk menarik perhatian dan mahu kelihatan cantik. kadang-kadang, wanita bertudung juga boleh nampak seksi. ekeke. pernah dengar? sebab seksi ni subjektif. terpulang pada si dia menilainya. ::

:: cantik = keyakinan diri. memang betul. kebanyakkannya mereka rasa kalau mereka cantik, keyakinan diri juga tinggi. orang akan lebih memandang kita. tapi, janganlah sampai melanggar larangan agama kita yang melarang kita mengubah setiap kejadian-Nya. keyakinan diri bermula dari dalaman. tanamkan sifat itu dalam-dalam. ::



:: cantik = akhlak. sangat setuju. cantik dari dalaman sangat penting. cantik dari tingkah laku, kesopanan, cara bercakap dan perangai. walau kita tidak cantik di mata manusia, tapi biarlah kita cantik di mata Allah. itu lebih penting kan? cantik luaran ni sekejap je. bila-bila masa saja Allah boleh tarik balik. jadi, biarlah tak cantik di luaran tapi indah dalamannya. insyaallah ~ ::

:: dan pada aku, pertama yang aku tengok adalah mata. aku suka tengok mata orang. sebab pada aku, mata itu cantik. dan dari mata juga kita boleh tahu seseorang itu jujur atau propa. bukan yang pakai 'contact lens' tu ye? 'natural eye' la. tak nak mata yang berwarna-warni tu. lebih-lebih lagi anak matanya warna cekelat. sangat cantik. tapi mata Aishwarya Rai cantik kan? =D ::

p/s : pada aku, cantik itu datang dari mata. dan dari mata turun ke hati. sebab tu kita suka orang atau barang yang cantik ..

Thursday, January 13, 2011

Our health care !

Salam ..

:: good morning guys! sehat tak? bagus, alhamdulillah. aku je yang kurang sehat. batuk still tak hilang lagi. sampai saket kepala bila batuk. semalam MC lagi sebab elergik. penuh satu badan naik merah-merah. sampai muka jadi bengkak dan pedih. housemate aku siap cakap, "zue, ko nampak tembam la kalau macam ni." perli aku la tu. ekeke. sampai hari ni puas pikir aku elergik apa. doctor cakap maybe sebab habuk, makanan @ gigitan serangga. so, bagi menghilangkan kegatalan dan merenyam seluruh badan, doctor suggest amik injection. adoi! saket jugak kena. kat bahagian mana? ala .. mana-mana je la. *malu nak bagitau*. ::
MySpace

:: then, today masuk opis macam biasa. buka emel dan 2 orang kawan baik aku bagi emel mengenai penjagaan diri dan kesihatan. memang boleh dipraktikkan. meh aku share bawah ni okay? ::


:: kecik sangat? klik kat gambar tu eh? ::


:: ini emel kedua tentang MANDI ::

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya :

Mengeluarkan racun : Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.


p/s : take care of ourselves okay? siapa lagi nak jaga kalau bukan diri sendiri ..

p/s lagi : time kaceh kawan-kawan sebab share ..