:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Showing posts with label Quote. Show all posts
Showing posts with label Quote. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

Quote ..

Salam ..

:: post pendek ni aku kopipes dari FB. aku lupa dari sape, tapi tertarik dengan kata-katanya. saja aku share sini dengan kamu orang .. ::

Jika sesuatu itu milik kita,
Sesulit apapun jalannya,
Apapun rintangannya,
Pasti akan jadi milik kita.

Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita,
Walaupun mudah jalannya,
Walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya,
Tidak akan pernah jadi milik kita,
Kerna ia memang bukan milik kita.

p/s : memang ada betulnya .. ye dok?

Wednesday, March 2, 2011

Quote ~

Salam ..

:: juz want to share this quote :

p/s : true ? hmm .. ~ MySpace

Tuesday, January 18, 2011

Sedikit ..

Salam ..

:: kadang-kadang dengan hanya sedikit perbualan .. sedikit sapaan .. sedikit gurauan .. sedikit senyuman .. telah memadai untuk membuatkan hari kita tersenyum indah .. tak minta banyak .. sedikit pun cukup dari tak ada langsung .. tapi kenapa sedikit saja? hmm .. tak apa, tak nak banyak-banyak .. nanti jadi tamak .. ::

Thursday, December 2, 2010

c.i.n.t.a

Salam ..

:: singgah salah satu blog ni. tertarik dengan definisi beliau tentang CINTA. ::

"Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan .."

" Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta .."


"Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada .."

"Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan .."

"Kadangkala kita menyadari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorang terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya .."

:: ini hanya sebahagian saja. kalau nak baca lagi, meh tekan
sini .. ::

p/s : tak abis-abis jiwang .. haih ~

Wednesday, December 1, 2010

Ringkas ..

Salam ..

:: Sempat kopipes ayat bawah ni dari website kegemaran aku ! ::


"Walaupun belum bertemu cinta .. percayalah .. apabila kita berubah menjadi diri kita yang terbaik .. Tuhan akan buka laluan untuk cinta yang terbaik juga hadir .."
~ from iluvislam.com

Friday, November 26, 2010

Practice makes perfect ..

Salam ..

:: hye kamu orang .. lama tak update kan? busy sikit sebab nak menghampiri hujung tahun. banyak nak kena attend bengkel sana sini. nasib baik jam kredit latihan melambak-melambak tahun ni. selama setahun lebih kerja sini, banyak benda yang aku dapat dan belajar. tahu selok belok kerja. kenal dengan ramai orang. tahu dan layan banyak kerenah. ada yang seronok dan ada yang tak sedap sangat nak layan. tapi bila nama pun kerja dalam satu organisasi, mestilah pelbagai kerenah kita jumpa dan lihat. tapi dengan semua pengalaman inilah yang banyak membantu kita menjalani kehidupan seharian kita. (^_^) ::

:: entri ini berkaitan dengan apa yang lung komen dari salah satu entri aku sebelum-sebelum ini dan membuatkan aku terfikir. ayat lung lebih kurang macam quote yang pernah diungkapkan oleh Kurt Cobain iaitu : "Practice makes perfect, but nobody's perfect, so why practice?". mungkin lung ada kaitan dengan Kurt Cobain agaknya. *lung .. jangan marah bro. gurau. hikhik.* ::

:: tapi betul kan? kita selalu dengar ungkapan itu. walaupun bukan dari Kurt Cobain sendiri, mungkin dari orang lain. kita sering lakukan perkara yang sama berulang kali untuk menjadikan kita lebih sempurna tapi kita tahu tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni selain-Nya, tapi kenapa kita masih lagi mencari kesempurnaan itu? pelik tapi inilah yang berlaku. jika aku tukar sikit ayat itu menjadi seperti, "Practice makes better." yang ni aku setuju sikit. ::

:: jadi, lung cakap .. "just be yourself." aku rasa tak perlu nak jadi perfect kalau kita rasa itu bukan diri kita. rasa tak selesa. rasa janggal. buat apa yang kita rasa betul. jangan jadi orang lain semata-mata untuk puaskan hati orang lain. cukup dengan hanya menjadi lebih baik dari sebelumnya dan sentiasa ingin memperbaiki diri sendiri. itu lebih baik aku rasa. ::


p/s : aku seronok jadi diri aku .. setiap orang ada kelebihan masing-masing .. unperfect but special .. itu yang membezakan kita dengan orang lain .. jadi, berbanggalah dengan diri sendiri ..

Monday, November 22, 2010

Unperfect ..

Salam ..

:: saja nak kongsi .. ::



p/s : nobody perfect .. just be yourself ..

Wednesday, November 10, 2010

Amin ..

Salam ..

:: semoga apa yang kita impikan selama ini dimakbulkan .. amin .. ::


quote : Sesungguhnya Allah SWT itu tidak melihat kepada tubuhmu .. tidak pula melihat bentuk rupamu .. tetapi Dia melihat kepada hatimu ..

Tuesday, November 9, 2010

Menabur tahi lembu ke dalam pinggan ..

Salam ..

:: lepak kejap. saket bahu mengadap PC. berpinar mata. jadi, aku mengambil kesempatan menjengah dan menjelajah ke blog-blog dan website-website feveret aku. tetibe, aku terjumpa artikel ni. bila baca betul-betul, apa yang dia cuba sampaikan, mungkin pernah berlaku pada kita. aku tempek sini eh? ::

::Cerita 1 : Menabur Tahi Lembu Ke Dalam Pinggan ..

Bercakap dengan menggunakan bahasa yang celaka akan merobek kebenaran dan menyakitkan hati pendengar. Kebenaran akan tertutup dengan rosaknya bahasa dan hodohnya akhlak kita.

Bercakap main redah akan mengundang padah. Bukan sahaja nasihat kita tidak akan didengari oleh manusia, bahkan penampar pula yang dilayangkan ke pipi kita.

Mulut kita perlu dipandu oleh logik akal dan disemak oleh rasa hati. Kata-kata kita perlu dilapik dengan hujah yang jelas dan jangan bercakap berlandaskan emosi.

Apabila kita memberikan nasihat kepada seseorang, pastikan niat kita adalah untuk mengubahnya ke arah kebaikan, bukannya untuk memalukan seseorang.

Nasihat kita adalah untuk membetulkan seseorang, bukannya untuk menjatuhkan maruahnya.

Nasihat yang diberi adalah sebagai tanda kasih sayang, bukannya salam untuk permusuhan sesama kita.


Cerita 2 : Kisah Tahi Lembu Sebagai Baja Sayur ..

Untuk mendapatkan sayur-sayuran yang segar dan sedap untuk dimakan, kita perlu memberikan baja kepada sayur-sayuran. Kadang-kadang, baja yang kita guna adalah baja organik ataupun baja tahi lembu.

Bilakah kita meletakkan baja itu kepada sayur-sayuran?

Kita meletakkan baja tahi lembu semasa sayur-sayuran masih berada di dalam batasan tanah kebun. Kita menabur baja ketika sayur-sayuran sedang berkembang matang sebelum dipetik dan dimasak untuk dimakan.

Bagaimana pula dengan sayur-sayuran yang kekurangan baja?

Sayur-sayuran yang kekurangan baja akan kelihatan layu, tidak segar dan rasanya pasti tidak sedap. Mungkin si petani terlupa untuk menaburkan tahi lembu dan memberikan baja yang secukupnya kepada sayur-sayuran tersebut.

Jadi, kalau kita termakan sayur yang tidak sedap kerana kekurangan baja, adakah kita akan menaburkan tahi lembu ke dalam pinggan kita untuk memberikan baja kepada sayur-sayuran itu?

Pastinya kita tidak akan sebodoh itu untuk menaburkan tahi lembu ke dalam pinggan kita hanya disebabkan oleh sayur yang kekurangan baja.

Tahi lembu perlu ditabur semasa sayur masih berada di batasan kebun, bukannya setelah dimasak dan dijadikan hidangan makan.

Begitulah perumpamaan untuk nasihat.

Kalau menabur baja, kita perlu tahu tentang tempat, masa dan kaedah yang sesuai untuk membaja, begitu jugalah dengan nasihat. Nasihat perlu diberikan pada masa yang sesuai, kena dengan tempat dan betul kaedahnya.

Ingatlah kata-kata Imam Syafie sebagai panduan untuk kita semasa memberikan nasihat kepada sesiapa sahaja.


"Berikanlah nasihat kepada aku di kala aku sedang bersendirian dan janganlah menasihati aku di kala aku di tengah kerumunan orang. Memberi nasihat di tengah keramaian orang samalah dengan kehinaan dan aku tidak sudi untuk mendengarnya. Apabila engkau tidak bersependapat dengan aku dan aku tidak mahu mematuhi nasihat kamu, maka janganlah kamu marah." Imam Syafie ..

Nasihat adalah untuk menunjukkan manusia ke arah jalan yang benar, bukannya untuk menjauhkan seseorang daripada kebenaran.

Nasihat yang baik wajib disulami dengan bahasa yang indah. Bukannya indah pada bunga bahasa yang kita pentingkan, tetapi tepat pada penggunaan kata.

Kita wajib bercakap tentang kebenaran dan perlu menghiasi kebenaran dengan bahasa yang indah. Kebenaran diutamakan, barulah diserikan dengan bahasa yang indah. Kebenaran yang disampaikan pasti akan berbekas di hati dan bahasa yang indah akan menyedapkan telinga yang mendengar.

Tiada gunanya jika bahasa dikarang indah, tetapi tiada manfaat yang dapat diambil. Rugilah pula kalau kebenaran dihambur dengan melulu, sakit telinga yang mendengar dan hati pasti sukar mahu menerimanya. Dan yang terlebih buruk, jika mulut mengeluarkan perkataan yang keji, ditambah pula dengan perangai yang buruk.

Sesungguhnya, bahasa yang indah akan memberikan sinar kepada perkara yang benar. Kebenaran didahulukan, bahasa diutamakan.

Bercakap tanpa berfikir, tanda rendahnya ilmu dan tanda rosaknya akhlak.

Inilah nasihat dan peringatan di dalam Islam.

Benar dalam perkataan dan perbuatan, mengetahui yang benar dan mengamalkannya, taat dalam beragama, meletakkan sesuatu pada tempatnya dan menjawab dengan tegas dan tepat.

Semoga Allah mempermudahkan usaha dakwah Islam dan semoga Allah membukakan hati kita untuk menerima kebenaran. Insyaallah ..


p/s : kopipes dari sini ..

Tuesday, November 2, 2010

Cantiknya lelaki .. hebatnya wanita ..

Salam ..



Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki ?

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah :

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki ..


Dan dimana Kegagahan Wanita ?

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW: “Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat”. Surah Al-Ahzab : Ayat 71.
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.

~kopipes dari LayarMinda jugak .. ~

Renungan ..

Salam ..

:: Jika kamu memancing ikan .. setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup .. ::

:: Begitulah juga .. setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang .. setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu .. ::

:: Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh .. cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak .. tentu sukar untuk kamu menambalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi .. ::

:: Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya .. akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya .. ::

:: Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu .. mengenyangkan .. berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain? Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal .. ::

:: Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu .. MENYAYANGIMU .. MENGASIHIMU .. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL .. ::

~kopipes dari LayarMinda .. ~

Wednesday, October 20, 2010

Spoil : sambungan ..

Salam ..

:: Usah dituruti reaksi emosi .. lantaran implikasi tak serasi dengan apa yang diimaginasi .. ::

p/s : hanya sebaris ayat diberi .. thanks .. kerana masih ada yang sudi menasihati .. sigh ~

Monday, October 18, 2010

Allah sentiasa bersama kamu ..

Salam ..

Alihkan matamu ke laut .. airnya cantik membiru dan penuh ketenangan .. tapi hanya Allah saja tahu rahsia di dalamnya ..

Begitulah dengan kehidupan manusia .. riang ketawa .. tapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya ..

Jika rasa kecewa .. pandanglah sungai .. airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang ..

Jika rasa sedih .. pandanglah ke langit .. maka kamu akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu ..


p/s : terima kaseh kerana tak jemu-jemu layan aku .. (^_^)

Tuesday, October 5, 2010

Bencinta ..

Salam ..

:: lama betul rasanya tak cari quotes yang menarik. semua sebab kekangan masa. hari ni ada secebis masa yang aku curi untuk post something. mungkin kamu orang dah biasa dengar :

"Cintailah orang yang kamu cintai berpada-pada kerana mungkin satu hari nanti dia akan menjadi orang yang paling kamu benci .. bencilah orang yang kamu benci berpada-pada kerana mungkin satu hari nanti dia akan jadi orang yang paling kamu sayang .."

:: pernah dengar? pernah alami? aku? pernah juga. dulu. dah lama dah. dan memang aku setuju dan akui perkara ini berlaku. zaman sekolah lagi aku dah dengar ungkapan begini. telinga pun dah lali dengar. tapi kita tak boleh elak kerana cinta berkaitan dengan hati. kalau hati dah benci .. tak suka .. susah nak diubah atau dilentur. hati kalau dah tercalar, sampai bila-bila ia tetap terkesan dalam hati. tapi, aku tak pernah sampai berdendam. insyaallah aku tidak sekali-kali begitu. apa yang kita dapat dengan berdendam? tambah saket hati bukan? jadi, cheer up and move on .. past is the past .. become history .. and past teach us to be strong and matured .. all thing happens have own reasons .. so, think positive and insyaallah, Dia telah tentukan yang terbaik untuk kita .. ::


:: kamu orang bagaimana? hanya kamu sahaja yang tahu. =D ::

p/s : "ko la ni, syg sgt kat dia. tgk skrg dia buat ape kat ko..? " ~ sampai sekarang aku ingat kata-kata ni ..
MySpace

Thursday, September 23, 2010

Sweet SMS ..

Salam ..

:: antara korang ni mesti penah dapat SMS yang cute and chumil kan? hiks. ala .. biasa la tu. taktik nak mengorat .. kan? so, kat bawah ni maybe ada antara korang yang penah dapat ayat-ayat SMS ni masa dolu-dolu. kalau tak dapat pun, korang boleh la guna untuk menajamkan skill mengorat korang tu. hikhik .. ::


Do you know that a simple HELLO can be so sweet?
H: How r u?
E: Everything all right?
L: Like to c u.
L: Love 2 hear from u
O: Obviouslly miss u...

Push down if you miss me...
that is sweet of you ......
Very sweet indeed ....
You can stop now .....
You really miss me,

hee .... me too

When the night comes,
look at the sky.
If you see a falling star,
don't wonder why,
just make a wish.
Trust me, it will come true,
'cause I did it and I found you!

I have the "I",
I have the "L",
I have the "O",
I have the "V",
I have the "E",...

so pls can I have "U"?

Heart can Skip beat for a while...
Memories can be kept in d file...
A desert can be replaced by Nile.
But nothing can stop a smile,
when ur name comes on my MOBILE

There is alwayz a reason 4 evrthin
A reason 2 live,
a reason 2 die,
a reason 2 cry,
but if u cant find
a reason to smile,
can i b da reason 4 a while?

There's no Special reason for dis msg,
I juz want 2 steal a single moment out of ur busy life
and hope I can make u smile n say...

Someone remembers u..

MySpace


p/s : hehe .. dulu suke simpan msg2 yang sweet2 cmni ..

Gambate ..!

Salam ..


p/s : sometimes it teach us to be strong and more matured. true?

Wednesday, September 22, 2010

Cinta ..?

Salam ..

:: apa definisi cinta pada kamu? :: MySpace

:: Cinta mampu melunakkan besi .. menghancurkan batu .. membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin .. inilah dahsyatnya cinta .. ::

:: Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis .. debu beralih emas .. keruh menjadi bening .. sakit menjadi sembuh .. penjara menjadi telaga .. derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat .. ::

p/s : got from email .. thanks to the sender ..

Saturday, September 18, 2010

Short quote ..

Salam ..

:: If I tell you I love you .. can I keep you forever? ~ Casper .. ::



p/s : suke tengok cerita ni ..

Friday, September 17, 2010

c.i.n.t.a

Salam ..


:: aku tak pandai bicara mengenai cinta. kerana aku juga tak memahami maksud cinta. setiap orang mempunyai tafsir cinta yang tersendiri. aku tidak arif mengenai cinta. mungkin aku tak cuba untuk memahaminya. pada siapa aku harus bertanya? siapa yang arif pasal cinta? kamu? anda? kau? awak? you? kadang2 cinta ini buat kepala pening. sampai saket kepala pulak tu. penangan cinta ni amat kuat. seperti orang dulu-dulu kata : makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. makna yang paling ringkas : a.n.g.a.u. hiks. penah aku ajukan soalan ini kepada seorang teman yang tak dikenali melalui emel. jadi, dia pun membalas :


"Jika ia sebuah cinta .. ia tidak hadir dengan permintaan .. namun ia hadir kerana ketentuannya .. jika ia sebuah cinta .. ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan .. namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan .."


jawapan yang begitu mendalam. perlu penghayatan sedikit. *tapi jangan la sampai begitu kerut di muka tu. aku pun tgh cuba untuk fahami bait-bait itu. hiks.* betul ke cinta memerlukan pengorbanan? perlukah pengorbanan hanya untuk menunjukkan kesetiaan kepada orang yang kita cintai? sesetengah orang berpendapat, cinta memang memerlukan pengorbanan, baru ada thrill dalam perhubungan. baru kita rasa cinta itu terlalu berharga dan sangat sukar untuk diperoleh. justeru, kita akan lebih menghargai apa itu cinta. hmm .. betul jugak kan? ::

:: kalau kamu tanya aku tentang cinta. ops! kamu memang salah orang. aku memang tidak arif tentang cinta. tapi pada aku, setiap orang amat memerlukannya kerana cinta itu indah dan sukar digambarkan dengan kata-kata. ::


p/s : kenapa aku bicara mengenai cinta ni? hmm .. saja ..! ~lalalalala .. =D

quote : tak semua orang mampu meluahkan apa yang mereka rasa melalui pertuturan .. cukup dengan hanya tingkah laku dan bahasa tubuh untuk menerangkannya .. kadang2 instinct jugak membantu .. hmm .. sukar bukan untuk memahami cinta? (ngeee~)

Thursday, September 16, 2010

Cinta tak semestinya memiliki ..

Salam ..

Bila kita jatuh cinta pada seseorang .. jangan menyeksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima ..
Cinta itu tak pernah ditolak kerana setiap insan memerlukan .. menginginkan untuk dicintai ..
Wujudkan cinta itu dengan memberikan se
suatu b
u
kan mengharap akan sesuatu sebab .. apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati disaat itu juga ..

Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna daripada kebahagiaan kerana menerima ..
Tetapi .. lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai .. keinginan itulah yang memberikan pahit-pahit yang m
engguris hati ..

Jangan menyeksa diri dengan menginginkan sesuatu .. jangan sia-siakan cinta dengan beban yang berat yang mengharap mampu dipikul ..
Keinginan memiliki mu
ngkin tak kesampaian ..

Tetapi ..
Percayalah pada diri sendiri .. selalunya cinta yang kita berikan seadanya takkan pernah bertepuk sebelah tangan ..



p/s : showing some loves ..