:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

Raya .. Raya .. ~~

Salam ..

:: huhu .. nak dekat raya dah kan? sekejap pulak rasanya bulan puasa ni .. minggu ni semua orang busy buat persiapan raya. aku tak buat apa-apa lagi, even baju raya pun tak sempat beli lagi. kuih raya pun ada la aku beli sikit-sikit. kuih faveret aku je la. nanti aku tambah la lagi sebab tahun ni pertama kali aku beraya rumah mentua kat Parit Raja, Batu Pahat. so, persiapan kena la bahagi dua. alhamdulillah, nasib baik government bagi bonus, syukur sangat-sangat. ::

:: opis aku ni pun dah mula sunyi. ari ni okay lagi tapi esok mesti ramai yang dah mula cuti. adoi, memang tak sabar nak cuti tapi esok aku keje lagi. mula cuti ari senin depan selama seminggu. ::

:: petang ni InsyaAllah nak pegi cuci-cuci mata tengok baju raya kalau ada yang berkenan. warna maybe oren + maroon. tak tau lagi kat mana. aku rasa sume tempat penuh sesak ni. lebih-lebih lagi dah nak dekat raya ni. aku rimas sikit dengan ramai orang macam tu. tapi, nasib la kan..sape suruh shopping last minute kan? ::



p/s : mood raya .. come to me .. tak rasa lagi aura dia .. ~~

Monday, August 15, 2011

Berbuka dengan My Besties!

Salam ..

:: alhamdulillah, hari ni dah 15 hari kita berpuasa. syukur sebab dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang berpuasa walaupun keadaan tak berapa nak stabil macam ni. nasib baik yang duduk dalam perut ni tak meragam. terima kasih ye .. ::

:: tak ada apa nak cerita, cuma nak post gambar aku and my besties semalam masa berbuka puasa di Benjiana SteakHouse kat Setiawangsa. sebelah dengan Sekinchan Ikan Bakar. dekat-dekat dengan uptown Setiawangsa. nasib tak sesat cari tempat ni dengan mr. em. susah nak jumpa sebab semua ada komitmen masing-masing. tapi alhamdulillah, dapat jugak berkumpul dengan family masing-masing. food pun not bad la, dia more kepada western food. menu semalam: lamb chop, chicken chop, mushroom soup, spaghetti bolognise, nugget, fries, hotdog.. *ada lagi tapi aku tak ingat dah .. hehe ..* ada juga kuih-kuih, nasi & lauk pauk tapi saja tamao makan sebab nak makan western. tempat ni juga ada surau, so senang la untuk kita. lepas makan ala kadar, pegi solat then sambung makan. best!::


:: so, lepas ni maybe raya baru jumpa mereka-mereka ni balik. guys, aku memang happy jumpa korang semua semalam! sayang korang..! ::

Monday, August 1, 2011

Ramadhan's Return!

Salam ..

:: 1st day berpuasa .. okay tak kengkawan? alhamdulillah, kepada sesiapa yang berpuasa hari ni. petang ni mesti ramai yang menyerbu bazar-bazar Ramadhan kan? time ni la kita tengok sume makanan nampak sangat menyelerakan. so, di kesempatan ini aku nak ucapkan "Selamat Berpuasa" kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. semoga dalam bulan yang mulia ini, segala amal ibadah kita akan diterima oleh-Nya .. amin. ::

pic kredit : pakcik gugel ..

p/s : ramai yang dah balik sebab mereka amik waktu anjal 4.30ptg .. owh .. jeles!

Sunday, September 5, 2010

Puasa ..

Salam ..

Hari : Sabtu
Masa : 6.30 ptg
Tempat Kejadian : Depan The Store, Kompleks Sg. Buloh

Amoi : Eh, kenapa you pakai glasses? Tak sihat ke?

Aku : A'ah la amoi, saya sakit mata. Lepas tu, demam, selsema. Aachumm..!

Amoi : Haiya, kalau demam duduk rumah la. You larat lagi jalan-jalan ye. You puasa ke?

Aku : Hehe. Hari ni birthday ayah saya. Tadi saya tempah cake, ni tengah tunggu cake tu siap. Mesti la saya puasa amoi. Kenapa tanya?

Amoi : You demam-demam pun puasa ke? Kalau I, mesti I tak puasa. Tak larat maa.

Aku hanya tersenyum sambil menghembus hingus di tisu.

Amoi : Tapi kalau tak puasa, you kena ganti kan? Hmm..susah pulak mau ganti nanti kan?

Aku : You pun tau ye pasal puasa?

Amoi : Haiya, mesti la. I tau sikit-sikit. I ramai kawan Melayu. I pernah cuba tau tak makan satu hari tapi tak boleh tahan maa. Kadang-kadang I kagum dengan Malay people sebab you all boleh tahan lapar satu bulan.

Aku : Ow..patut la you tau. Ala amoi, malam kan boleh makan. Bukan tak boleh makan langsung.

Amoi : Memang la amoi, tapi I tak boleh la tak minum. Dahaga.

Aku : Hehe. Tak apa la amoi, at least you pernah cuba. Aachumm..!

Amoi : Haiya amoi, you pergi balik la. Kesan la I tengok you ni. Lagipun sudah mau berbuka ni. Nanti you tak sempat sampai rumah. Cake you pun dah siap tu I rasa.

Aku : Hehe. Ok amoi, thanks ye berbual dengan saya.

Amoi : Ala..takpe la amoi. I pun tak ada customer sangat hari ni.

Aku : Nanti jumpa lagi ye? bye!

Amoi : Bye!

Aku pun terus menuju ke kedai cake yang tak jauh dari tempat aku dan amoi tu berborak. walaupun perbualan yang singkat, amoi tu dah buat aku berfikir. even berlainan agama dan fahaman, dia tetap tahu serba sikit mengenai agama lain. kan bagus camtu? kejap je kami berbual tapi rasa macam kenal rapat pulak. peramah barangkali. orang-orang di situ memandang pelik ke arah aku. mana tak pelik, dalam mall pakai glasses. tapi nak buat macam mana, dah sakit mata. bukan sebab aku nak bergaya tapi takut berjangkit. so, tak perlulah pandang aku camtu.

p/s : nasib baik ari ni dah ok mata ni ..

quote : malas nak cari .. =D

Friday, August 20, 2010

Rehat sebentar ..

Salam ..

Saje post entry ni .. me dapat dari paper Metro .. juz untuk renungan kite bersama .. enjoice ..! =D

~ tak nampak nak bace? klik kat picture tu ok? =D~

p/s : so, berjimat-cermat la k? =D

quote : xde la hari ni ..

Thursday, August 19, 2010

Termenung ..

Salam ..

"sejuknya." aku betul-betul berdiri depan pintu sliding door tu.

"kuat betul angin malam ni. macam nak hujan je." penat berdiri, aku duduk di sofa yang berwarna coklat. tapi pandangan tetap dihalakan ke luar rumah.

"mane la budak-budak ni? sorang pun tak ade. hmm..tak apelah, bukan tak biasa pun tinggal sorang-sorang macam ni." aku tersenyum. lama aku biarkan tubuh disapa oleh angin yang agak kuat itu. nyaman.

Kemudian, aku menghala ke arah televisyen, mencari remote. "mane pulak remote ni?" habis semua aku angkat, nasib baik sofa tu tak diangkat sama, berat. hiks.."ok, jumpa!"

tiada cerita yang menarik kecuali drama samarinda. Syurgamu Ramadhan tajuknya. "hmm...cerita sedih la ni. layan je lah dari tak ade." sambil mata tertumpu ke arah televisyen.

yang paling aku tertarik adalah lagu tema cerita ni ~ Azfar - Akan Ku Jumpa :


Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayang mu
Langit dan bumi setia menemani ku
Matahari menyinar tak pernah berpihak pada ku
Ku kepanasan tanpa perlindungan mu

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri mu dalam hidup ku ini
Rasa kecewa ada bilakah kita nak berlari
Namun yakin ku takkan ku temui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Wajahku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diri ku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu

Akan ku jumpa diri mu .. ohh
Dan ku kan terus

Menempuh mimpi-mimpi ku .. selalu

Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara

Cinta datang sembunyi
Andai ku kabur mencari
Hadirlah dalam hidup ku ini

Cinta datang engkau pergi
Bila langkah ku cuba
Untuk mengejar diri mu


aku pun tak tahu bila masa mata ini terpejam. yang terakhir aku ingat aku sedang berbaring di sofa coklat itu. kedengaran telefon bimbit berbunyi nyaring. alarm clock aku.

ahh, sudah pagi rupanya dan aku masih lagi di sofa coklat. sambil bangun dan mengeluh, "hmm .. terlepas sahur lagi hari ni." lantas aku menuju ke bilik air dan hampir-hampir terlanggar bucu katil. "hati-hati sikit lain kali boleh?"...

p/s : berair mata dengar lagu ni .. dont know why ..

p/s lagi : drama ni cite pasal kekeluargaan .. banyak yang boleh dijadikan pengajaran .. (promote sket : Slot Samarinda ~ Syurgamu Ramadhan - Selasa hingga Khamis, 10 mlm, TV3)



quote : When you look at your life, the greatest happinesses are family happinesses .. ~Joyce Brothers

Saturday, August 14, 2010

Believe it @ not ..?

Salam ..

Sabtu ~~ x buat pape sangat ari ni..me juz lepak2 & bermalas2 kat umah je...rase malas btol nak gerak gi mane2...tadi basuh kain je..selebihnye bermalas2an depan tv...cite pun x de yang besh plak tu...tapi ari ni rase something missing tapi x tau ape...rase macam ade something x kena tapi sampai skrg x tau ape dia...puas dah pikir..hmm....xpela, abaikan..!

Malam ni pun x de wat pape, juz tengah tengok CSI je kat AXN...ni series lame ni sebab macam dah penah tengok je..my favourite series.. =D

Ow..ok..! Dah tau dah ape nak tulis..semalam me & other friends temankan member pegi berubat @ Ampang...jauh bebenor perjalanan kami...sebab my friend ni macam kena ganggu 'something' la..so, one of my friend ni ajak la try berubat dengan father-in-law dia...so, me kesian plak kalau dia nak pegi sorang2..so, me pun temankan la dia...

Hmm...honestly, me x percaye sangat bnda2 camni...bukan me nak cakap besar tapi me susah sket nak percaye...maybe sebab x penah jadi depan mata kot..kan? So, pakcik yang kiteorang jmpe ni bgtau yang my friend ni maybe dah terpijak, terlanggar & terhinggap sesuatu kat dia...then, that things tu dah masuk & menumpang dalam badan my friend...seram kan? that things tu berkenan dengan my friend...sebenarnye this things happened mase we all keluar ramai2 at 1 night pegi karaoke & minum2 kat tepi tasik sek. 7 dalam kol 12++ tgh mlm...at that time, memang kiteorang happy melampau malam tu sebab jarang dapat kuar ramai2 skaligus camtu...after that, my friend ni macam kena ganggu..

Bukan tu je, relationship dia dengan boyfriend dia pun effect sebab that things kacau both of them...kesian sangat tengok diaorang sebab asyik gaduh je...that things kacau diaorang sampai dalam phone...boyfriend dia dengar suara 'lelaki' lain dalam phone & tuduh my friend ni ade bawak guy lain balik umah...mase tu memang diaorg gaduh teruk...x kan la my friend nak buat macam tu...gile ke hape...

So, pakcik tu ade bagi my friend ni ayat al-Quran..dia pesan lepas solat bace ayat tu...ataupun mase bile2 la..kalau bleh bile kite x buat pape tu, bace ayat tu...ayat tu pakcik tu amek mase dia suruh my friend pegang al-Quran then bukak je page mane2...then, pakcik tu macam ade buat pengiraan then trus tulis ayat tu atas kertas...then, pakcik tu ade jugak bagi macam tangkal & pesan supaya tangkal tu jangan lekang dari badan dia...ayat-ayat al-Quran rasenye...then, pakcik tu ade bagi air untuk minum...last skali, dia pesan lepas ni kalau boleh jangan kuar malam2 lagi...takut plak me nak kuar malam2 pasni...

So, me ade la juga surf Internet pasal benda2 macam ni...bukan ape, juz nak gain knowledge je...interesting jugak nak tau.. =)..so, enough for today...conclusionnye, ari ni biase2 je...xde pape yang menarik...


p/s : tadi dapat berbuke dengan murtabak..yeay! =D tapi ade lagi ayam percik x mamam lagi..hiks..jom mamam skrg...! =p

quote : Being cool .. is not trying to be cool ..

Thursday, August 12, 2010

Happy ..! (^_^)

Salam ..

2nd day kite berpuase...semalam 1st day puase berbuke kat umah Kuang...sangat seronok..!!! u know what, x sangka plak sume orang balik berbuke umah ma.. =D x plan pape pun...semalam balik pun x cakap dengan sesape pun, main redah je...hiks..(tu pasal la kena marah dengan ma sebab suke sangat balik secara mengejut..hikhik...sowie ma.. =D)..tapi semalam nak balik Kuang, jem dia dah mengalahkan nak balik raye...kuar opis kol 5 sharp then sampai highway Guthrie kol 6++...adoiyai...

So..sampai kat Kuang, singgah la kat bazaar depan masjid tu...kat situ pun orangnye punyalah ramai...sampai situ dalam kol 7 camtu tapi sume makanan dah nak abis...siap ade yang tengah ngemas nak tutup dah..laku btol 1st day pose ek? Then, yang kelakarnye, sampai umah je me bukak la tudung saji nak tengok ape juadah berbuke ari ni tapi sume kueh, lauk ade la 2 jenis je kot..then, skali lagi dimarahi ma kerana me jugak xbeli lauk sangat, juz beli kueh2 and air je...ma pun trus mengeluarkan isi perut dari peti sejuk tu yang boleh dimasak dalam mase setengah jam sebelum berbuke...alang pun kena marah jugak sebab dia beli ayam percik je, tu pun dua ketul je sebab dia pun x tau sume orang balik berbuke termasuk la my brother-in-law yang tetibe jugak nak balik Kuang...and Amer, my kazen pun datang berbuke and beli kueh jugak...hahaha..tapi nasib baek sempat dicover oleh yop and kak Zu sebab diaorang ade beli lauk...hoho..(syabas yop kerana berjaye mengurangkan kemarahan ma...!=D)

So, sume la ade kat umah berbuke for 1st day pose.. =D sangat seronok..!! and yang paling seronok mestilah Zuhaira Aqila (Ya) sebab ramai orang ade kat umah.. =D so, i'm happy today!

p/s : salah satu makanan wajib yang kena ade everytime berbuke ialah murtabak..! =D

quote : Nothing can bring you happiness but yourself ..

Tuesday, August 10, 2010

Happy Ramadhan ..!

Salam..

Juz want to say Happy Ramadhan to all of u..! =D xsabar nak pose esok..so, mlm ni dah bleh gi solat terawikh.. =D so, jom2 mlm ni kite berterawikh..!

p/s : mode : happy!

quote : Ramadhan is the month of blessings .. and i'm sure you'll get your share too .. coz Allah is happy with you ..! =D