:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

Monday, February 14, 2011

Sambutan ..

Salam ..

:: hari ni hari apa? okay .. betul la tu. hari ni hari isnin. aku kerja malam hari ni. selain tu, hari ni hari apa? haa .. betul la tu. hari kekasih? kamu orang sambut ke? ish .. tak payah la. buang masa je. tak payah la nak sambut sangat hari yang bukan untuk orang Islam tu. kalau nak sangat appreciate kekasih tu, hari lain pun boleh. tak payah nak tunggu bulan Februari ni. hari ni je ke kamu orang rasa nak appreciate dan sayang kat kekasih kamu orang tu? tak kan? so, buatlah hari-hari hari kekasih. kan lagi sweet macam tu. tak payah la nak ikut sangat macam omputih tu kalau muka tu dah muka Jawa, okay? *macam penah dengar ayat ni.ekeke.* nasib muka aku tak ada iras Jawa. *sambil belek muka kat cermin untuk kepastian.* ala .. tak kisah la muka kita macam mana pun, asalkan kita orang Malaysia. proud to be Malaysian, right? yeah! ::

:: jadi, tak payah la nak menghabiskan duit untuk beli present mahal-mahal tu okay? tak payah nak pening-pening pikir nak beli hadiah apa untuk si dia. apakata kita sambut Maulidur Rasul esok? kan lagi elok kita memperingati Rasulullah SAW dari memperingati hari kekasih yang kita terang-terang tau haram kalau kita sambut. buat apa kita nak buat benda yang Allah terang-terang tak suka, kan? kalau kamu orang free, esok kat Putrajaya ada sambutan Maulidur Rasul besar-besaran dekat Masjid Tuanku Mizan. pergi la okay? ::


Quote : "Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."

Friday, January 7, 2011

Wanita perlukan lelaki ..

Salam ..

:: pagi jumaat yang tenang. mendung. sejuk. alhamdulillah, aku masih lagi bernafas. walau tak berapa sihat tapi masih bersyukur kerana dapat menghirup udara segar. manusia dan oksigen tak boleh dipisahkan. masing-masing memerlukan oksigen untuk terus hidup. sama seperti wanita dan lelaki. petikan ini aku ambil dari laman web kegemaran. tertarik dengan persoalan mengenai mengapa wanita memerlukan lelaki dalam hidup mereka. ::

"Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?"

:: mesti kita juga pernah terfikir hal ni. dan masing-masing ada jawapan dalam hati. tak apa, simpan elok-elok. betul, cinta itu anugerah. anugerah yang indah. cinta juga tidak boleh dipaksa. ia datang tanpa diundang dan kadang-kadang kita sendiri tak sedar bila ia berlaku. sabar, satu hari nanti cinta itu akan datang pada kita. dia akan datang bila tiba masanya. seseorang itu telah ditentukan pasangannya. bezanya, siapa .. bila .. di mana .. itu kita tak tahu. insyaallah, Dia telah menentukan yang terbaik. ::

:: wanita dan lelaki masing-masing mempunyai kelemahan & kelebihan. kerana itulah lelaki dan wanita harus saling lengkap-melengkapi. lelaki yang baik harus sentiasa menemani kita, membimbing, mendidik, mengajar, mengetuai dan mendalami selok-belok agama dan kehidupan. dan sebagai seorang wanita, kita haruslah menjaga maruah dan kesejahteraan perhubungan itu. insyaallah, hidup kita akan lebih bahagia. ::

:: "Kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita." setuju atau tak? terpulang. ::


:: setiap pasangan ada cabaran dan dugaan yang ditempuh. bergantung kepada cara mereka menanganinya. paling utama, dapatkan restu kedua ibubapa. insyaallah, hidup lebih bahagia dan diberkati. jika mendapat tentangan, jangan fikir melulu. ada sebab mengapa mereka tentang. kita dah besar. boleh fikir secara logik. jangan butakan mata dan hati hanya kerana cinta pada pasangan. "Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa." ::

"Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai."

kredit to : iluvislam.com

p/s : semoga semua berjalan lancar .. amin ..

Wednesday, December 15, 2010

Sebab mata lelaki gemar lihat badan wanita ..

Salam ..

:: tajuk entri tu dah menunjukkan apa yang aku nak share kat sini. kita selalu bising pasal benda-benda macam ni. terutamanya kaum wanita. bila hal ini berlaku, mulalah kita nak kutuk. mengata. marah. geram. macam-macam emosi. ::

:: pernah tak terjadi bila kamu orang tengah syok jalan-jalan bersama teman-teman yang tersayang, tiba-tiba kamu orang ternampak sepasang kapel yang tengah asyik dilamun cinta. tapi apabila mereka melintas dan berselisih bahu, sang lelaki tadi meliar matanya melihat kamu. paling biasa pun mesti dia senyum ala-ala Fahrin Ahmad. tak pun dia tengok kamu semacam. fokus terlebih. dan kadang-kadang sampai dah lepas belakang pun dia still toleh pandang kamu. then, kamu mulalah menyumpah seranah.

"ee .. gatal betul mamat tu. awek kat sebelah berkepit pun sempat nak menggatal tengok orang lain. kesian betul awek dia tu. kalau aku jadi awek dia, dah lama aku cepuk mamat tu."

~ pernah tak kamu orang cakap macam tu? *okay .. aku ngaku pernah buat macam tu.haih ~ * ::

:: kita sering menuding jari mencari kesalahan orang lain. ingat, satu jari kita tuding kat orang lain, 4 jari lagi menuding diri kita sendiri. kan? jadi, tadi aku terjumpa petikan dan kata-kata kat bawah ni dan aku rasa nak share dengan kamu orang. mungkin ada antara kamu orang pernah baca. tapi tak salah baca lagi sekali kan? meh baca meh. ::

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa .. semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya,

maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya,

maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan,
dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap,
walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,
walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan,
entah tak tahu .. Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya,

maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa,
menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan spontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.
Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.

Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan,
jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai,
perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram,
atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar,
mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
InsyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ke taraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat,
dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah,
kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat ..
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri ..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga ..


p/s : peringatan untuk diri sendiri juga .. hmm ..

Monday, December 6, 2010

Selamat Tahun Baru 1432 Hijrah ..

Salam ..

:: tak lama lagi umat Islam akan menyambut tahun baru. aku nak ucapkan "selamat tahun baru" (1432 Hijrah) kepada semua kenalan, teman dan seluruh umat Islam di muka bumi ini. harap segala doa dan hajat kita dimakbulkan. harap semua berjalan seperti yang dirancang. bawah ini aku share doa akhir tahun dan doa awal tahun. marilah kita sama-sama berdoa. ::

Doa Akhir Tahun (Baca selepas solat Asar 29 Zulhijjah 1431 / 6 Disember 2010 - Isnin) :


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.

Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.

Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun (Baca selepas solat Maghrib 6 Disember 2010 - Isnin) :


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

p/s : semoga kita semua di dalam keredhaan-Nya .. amin ..

Friday, December 3, 2010

Kelebihan ayat Kursi ..

Salam ..

:: hari ini sudah menjangkau hari Jumaat. penghulu segala hari. syukur alhamdulillah kita masih bernafas dan mensyukuri nikmat yang telah diberi oleh-Nya. hari ni aku nak berkongsi serba sediki mengenai kelebihan dan mukjizat salah satu ayat-ayat al-Quran iaitu ayat Kursi. mungkin ada yang telah mengetahuinya .. ::

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."

Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah s.a.w., " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."

Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah s.w.t. dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Quran, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah s.a.w. menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.

Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Quran, hadis Rasulullah s.a.w. dan sunnah Baginda s.a.w. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan laknatullah.

p/s : Tiada paksaan dalam Islam ..

Thursday, December 2, 2010

Romantisnya Rasulullah SAW ..

Salam ..

:: aku tertarik dengan keperibadian Rasulullah SAW melayan isterinya. sangat romantik Rasulullah SAW dulu kan? hmm .. ::

1. Tidur dalam satu selimut bersama isteri
Ini tercermin dalam hadis berikut : Daripada Atha' bin Yasar: "Sesungguhnya Rasulullah dan Aisyah biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika beliau sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya: "Mengapa engkau bangkit?" Jawabnya : "Kerana saya haid, wahai Rasulullah."

"Sabdanya: "Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali kepadaku." Aku pun masuk, lalu berselimut bersama baginda." ~(Hadis riwayat Sa'id bin Manshur)

2. Memberi wangi-wangian pada auratnya
Aisyah berkata : "Sesungguhnya Nabi apabila meminyakkan badannya, baginda memulakan dari auratnya dan menyapunya dengan nurah (sejenis bubuk pewangi) dan isterinya meminyakkan bahagian lain seluruh tubuhnya." ~(Hadis riwayat Ibnu Majah)

3. Mandi bersama isteri
Daripada Aisyah, beliau berkata : "Aku biasa mandi bersama dengan Nabi dengan satu bejana. Kami biasa bersama- sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana)." ~(Hadis riwayat 'Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

4. Disisir isteri
Daripada Aisyah, beliau berkata: "Saya biasa menyisir rambut Rasulullah, saat itu saya sedang haid." ~(Hadis riwayat Ahmad)

5. Meminta isteri meminyakkan badannya
Daripada Aisyah, beliau berkata : "Saya meminyakkan badan Rasulullah pada Aidiladha selepas baginda melakukan jumrah 'aqabah." ~(Hadis riwayat Ibnu 'Asakir)

6. Minum bergantian pada tempat yang sama
Daripada Aisyah, beliau berkata : "Saya biasa minum daripada cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan itu dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut saya.

"Lalu baginda minum, kemudian saya mengambil cawan, lalu saya menghirup isinya. Kemudian baginda mengambilnya daripada saya, lalu beliau meletakkan mulutnya pada tempat saya meletakkan mulut saya, lalu beliau pun menghirupnya." ~(Hadis riwayat Abdurrazaq dan Sa'id bin Manshur)

7. Membelai isteri
"Adalah Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri hingga beliau singgah ke tempat isteri yang beliau giliri waktunya, lalu baginda bermalam di tempatnya." ~(Hadis riwayat Ahmad)

8. Tidur di pangkuan isteri
Daripada Aisyah, beliau berkata : "Nabi biasa meletakkan kepalanya pada pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian baginda membaca al- Quran." ~(Hadis riwayat 'Abdurrazaq)

9. Memanggil dengan kata-kata mesra
Rasulullah biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti 'Aisy dan Humaira (pipi merah delima).

Mendinginkan kemarahan isteri dengan mesra.

Rasulullah biasa memicit hidung Aisyah jika beliau marah dan berkata: "Wahai 'Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku, dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan. " ~(Hadis riwayat Ibnu Sunni)

10. Memberikan hadiah
Daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, beliau berkata: "Ketika Nabi bernikah dengan Ummu Salamah, baginda bersabda kepadanya, 'Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi meninggal dunia dan aku mengira hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu."

Beliau (Ummu Kultsum) berkata: "Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah dan hadiah itu dikembalikan kepada baginda, lalu baginda memberikan kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian itu beliau berikan kepada Ummu Salamah." ~(Hadis riwayat Ahmad)


p/s : subhanallah .. begitu agungnya keperibadian Rasulullah SAW ..

Usap muka selepas usai solat ..

Salam ..

:: dah lama aku nak buat entry ini selepas cousin aku utarakan hal ni. jenuh jugak cari & tanya pakcik Google. tapi ada teman yang sudi berkongsi mengenai perkara ini. aku letak bawah sini eh? ::

Mengusap muka setelah selesai berdoa dan setelah selesai solat bukan datangnya dari Nabi s.a.w kerana banyak hadis-hadis tentang adanya hal itu telah dilemahkan oleh ulama-ulama hadis. Yang sahih dari Nabi s.a.w ialah baginda mengangkat tangannya dan pada masa tertentu baginda tidak mengangkatnya. Mengamalkan mengusap muka setelah selesai berdoa dan solat bukanlah dari ajaran Nabi s.a.w. dan tidak perlu kita memandai lebih daripada baginda.

Dari Ibnu Abbas ra.,dia berkata,Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Apabila engkau meminta kepada Allah, maka hendaklah engkau berdoa dengan kedua tapak tanganmu dan janganlah engkau berdoa dengan kedua punggung(tapak tangan). Apabila engkau telah selesai berdoa, maka usaplah mukamu dengan kedua tapak tanganmu.”

[H.R. Ibnu Majah-daif/lemah]


Dari Saaib bin Yazid dari ayahnya, “Bahwasanya Nabi s.a.w apabila berdoa mengangkat kedua tangannya. Baginda mengusap mukanya dengan kedua tangannya(setelah selesai berdoa)”

[H.R. Abu Daud-daif/lemah]


Dari Ibnu Khattab,katanya:

“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila mengangkat kedua tangannya waktu berdoa baginda tidak turunkan kedua(tangan) itu sehingga baginda mengusap mukanya lebih dahulu dengan kedua tangannya.”

[H.R. At-Tirmidzi-sangat daif/lemah]


Kata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah:

“Adapun tentang Nabi s.a.w mengangkat kedua tangannya masa berdoa maka sesungguhnya telah datang padanya hadis-hadis yang sahih banyak. Sedangkan tentang baginda mengusap mukanya dengan kedua tangannya, maka tidak ada padanya kecuali satu-dua hadis yang tidak dapat dijadikan hujah dengan keduanya.


Dari Malik bin Yasar,telah bersabda Nabi s.a.w:

“Apabila kamu meminta kepada Allah, maka mintalah kepada-Nya dengan tapak tanganmu dan janganlah meminta kepada-Nya dengan punggung(tangan)”

[H.R. Abu Daud-sahih]


Kata Ibnu Abbas ra. :

“Permintaan itu iaitu engkau mengangkat kedua tanganmu setentang dengan kedua bahumu.”

[H.R. Abu Daud]

p/s : aku baru tau .. dah terbiasa buat selepas solat .. tengok sini kalau nak tau lebih lanjut ..

Tuesday, November 23, 2010

Penawar hati ..

Salam ..

:: penawar hati? eh .. hati pun ada penawar? perlu ke? hish .. mesti la perlu. sebab dari hati la semua benda dari segi tingkah laku, perbuatan, pemikiran dan sebagainya bermula. jadi, jika nak membuat sesuatu keputusan, hati haruslah bersih .. suci .. tenang. jadi, hati memerlukan penawar untuk membersihkan hati supaya tidak bertambah parah saketnya. bawah ni aku paste sikit panduan untuk penawar hati :

"Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5 :

1)
Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya.
Tapi biasanya kita membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah ramai di kalangan umat Islam yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.

2)
Mengosongkan perut.
Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi SAW sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan.

3)
Bangun bersolat malam.
Ramai orang boleh bangun malam. Bangun sebab nak terkencing, atau kerana anak menangis, atau kerana mahu tonton Euro, atau kerana waktu penerbangan, atau juga kerana hendak makan sahur. Tetapi bangun untuk bersolat malam walau 2 rakaat, memang sangat berat.

4)
Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur.
Ramai juga beranggapan, waktu sahur hanyalah untuk makan sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya, antara waktu mustajab doa ialah ketika waktu sahur.

5)
Duduk di majlis orang-orang soleh.
Duduk menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama orang baik tentu menenangkan jiwa. Ia jauh lebih mulia berbanding berada di disko, kedai kopi atau di padang bola.


Firman Allah : “…ingatlah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang”

p/s : jadi .. jagalah hati kita dulu sebelum kita jaga hati orang lain .. kalau bukan kita sendiri yang jaga, siapa lagi kan?

Wednesday, November 10, 2010

Amin ..

Salam ..

:: semoga apa yang kita impikan selama ini dimakbulkan .. amin .. ::


quote : Sesungguhnya Allah SWT itu tidak melihat kepada tubuhmu .. tidak pula melihat bentuk rupamu .. tetapi Dia melihat kepada hatimu ..

Tuesday, November 9, 2010

Menabur tahi lembu ke dalam pinggan ..

Salam ..

:: lepak kejap. saket bahu mengadap PC. berpinar mata. jadi, aku mengambil kesempatan menjengah dan menjelajah ke blog-blog dan website-website feveret aku. tetibe, aku terjumpa artikel ni. bila baca betul-betul, apa yang dia cuba sampaikan, mungkin pernah berlaku pada kita. aku tempek sini eh? ::

::Cerita 1 : Menabur Tahi Lembu Ke Dalam Pinggan ..

Bercakap dengan menggunakan bahasa yang celaka akan merobek kebenaran dan menyakitkan hati pendengar. Kebenaran akan tertutup dengan rosaknya bahasa dan hodohnya akhlak kita.

Bercakap main redah akan mengundang padah. Bukan sahaja nasihat kita tidak akan didengari oleh manusia, bahkan penampar pula yang dilayangkan ke pipi kita.

Mulut kita perlu dipandu oleh logik akal dan disemak oleh rasa hati. Kata-kata kita perlu dilapik dengan hujah yang jelas dan jangan bercakap berlandaskan emosi.

Apabila kita memberikan nasihat kepada seseorang, pastikan niat kita adalah untuk mengubahnya ke arah kebaikan, bukannya untuk memalukan seseorang.

Nasihat kita adalah untuk membetulkan seseorang, bukannya untuk menjatuhkan maruahnya.

Nasihat yang diberi adalah sebagai tanda kasih sayang, bukannya salam untuk permusuhan sesama kita.


Cerita 2 : Kisah Tahi Lembu Sebagai Baja Sayur ..

Untuk mendapatkan sayur-sayuran yang segar dan sedap untuk dimakan, kita perlu memberikan baja kepada sayur-sayuran. Kadang-kadang, baja yang kita guna adalah baja organik ataupun baja tahi lembu.

Bilakah kita meletakkan baja itu kepada sayur-sayuran?

Kita meletakkan baja tahi lembu semasa sayur-sayuran masih berada di dalam batasan tanah kebun. Kita menabur baja ketika sayur-sayuran sedang berkembang matang sebelum dipetik dan dimasak untuk dimakan.

Bagaimana pula dengan sayur-sayuran yang kekurangan baja?

Sayur-sayuran yang kekurangan baja akan kelihatan layu, tidak segar dan rasanya pasti tidak sedap. Mungkin si petani terlupa untuk menaburkan tahi lembu dan memberikan baja yang secukupnya kepada sayur-sayuran tersebut.

Jadi, kalau kita termakan sayur yang tidak sedap kerana kekurangan baja, adakah kita akan menaburkan tahi lembu ke dalam pinggan kita untuk memberikan baja kepada sayur-sayuran itu?

Pastinya kita tidak akan sebodoh itu untuk menaburkan tahi lembu ke dalam pinggan kita hanya disebabkan oleh sayur yang kekurangan baja.

Tahi lembu perlu ditabur semasa sayur masih berada di batasan kebun, bukannya setelah dimasak dan dijadikan hidangan makan.

Begitulah perumpamaan untuk nasihat.

Kalau menabur baja, kita perlu tahu tentang tempat, masa dan kaedah yang sesuai untuk membaja, begitu jugalah dengan nasihat. Nasihat perlu diberikan pada masa yang sesuai, kena dengan tempat dan betul kaedahnya.

Ingatlah kata-kata Imam Syafie sebagai panduan untuk kita semasa memberikan nasihat kepada sesiapa sahaja.


"Berikanlah nasihat kepada aku di kala aku sedang bersendirian dan janganlah menasihati aku di kala aku di tengah kerumunan orang. Memberi nasihat di tengah keramaian orang samalah dengan kehinaan dan aku tidak sudi untuk mendengarnya. Apabila engkau tidak bersependapat dengan aku dan aku tidak mahu mematuhi nasihat kamu, maka janganlah kamu marah." Imam Syafie ..

Nasihat adalah untuk menunjukkan manusia ke arah jalan yang benar, bukannya untuk menjauhkan seseorang daripada kebenaran.

Nasihat yang baik wajib disulami dengan bahasa yang indah. Bukannya indah pada bunga bahasa yang kita pentingkan, tetapi tepat pada penggunaan kata.

Kita wajib bercakap tentang kebenaran dan perlu menghiasi kebenaran dengan bahasa yang indah. Kebenaran diutamakan, barulah diserikan dengan bahasa yang indah. Kebenaran yang disampaikan pasti akan berbekas di hati dan bahasa yang indah akan menyedapkan telinga yang mendengar.

Tiada gunanya jika bahasa dikarang indah, tetapi tiada manfaat yang dapat diambil. Rugilah pula kalau kebenaran dihambur dengan melulu, sakit telinga yang mendengar dan hati pasti sukar mahu menerimanya. Dan yang terlebih buruk, jika mulut mengeluarkan perkataan yang keji, ditambah pula dengan perangai yang buruk.

Sesungguhnya, bahasa yang indah akan memberikan sinar kepada perkara yang benar. Kebenaran didahulukan, bahasa diutamakan.

Bercakap tanpa berfikir, tanda rendahnya ilmu dan tanda rosaknya akhlak.

Inilah nasihat dan peringatan di dalam Islam.

Benar dalam perkataan dan perbuatan, mengetahui yang benar dan mengamalkannya, taat dalam beragama, meletakkan sesuatu pada tempatnya dan menjawab dengan tegas dan tepat.

Semoga Allah mempermudahkan usaha dakwah Islam dan semoga Allah membukakan hati kita untuk menerima kebenaran. Insyaallah ..


p/s : kopipes dari sini ..

Monday, November 8, 2010

Ada apa dengan C.I.N.T.A ..

Salam ..

:: alhamdulillah. perut kenyang diisi sarapan pagi yang kira cukup untuk membuatkan perut ini penuh hingga ke tengah hari. syukur dengan nikmatNya yang telah diberikan kepada umat-umatNya. hari ini aku rasa sangat bersyukur. tak tahu kenapa. hati rasa sayu. rasa kerdil denganNya. *terdiam sekejap*. baiklah. setiap pagi aku, rutin aku seperti biasa. memulakan pagi dengan membuka PC kesayanganku. sudah tiga hari tidak bersemuka. rindu rasanya. *senyum*. tertera wallpaper gambar anak saudaraku. comel. terbit rindu di hati. lantas, cepat-cepat aku hapuskan rindu itu dan membuka emel yang sentiasa menjadi agenda utama apabila PC dihidupkan. Hmm .. tiada apa yang penting. kemudian, aku buka muka buku laman sosial. melihat status teman-teman yang silih berganti. tekun aku membaca. kemudian, aku tertarik dengan satu status seorang teman maya yang aku rasa menarik untuk aku kongsi di sini. pendapat teman-teman tentang CINTA. masing-masing mempunyai pendapat tersendiri. tiada salah atau betul. hak individu. ::

:: status teman berbunyi begini : "Ada orang kata: Tidak ada istilah cinta sebelum berkahwin, bahkan cinta itu dibolehkan bila masuknya ke alam perkahwinan. Saya nak tanya: Bagaimana saya nak berkahwin dengan si dia kalau saya tak cintanya? Adakah perkahwinan itu diprogramkan tanpa ada apa-apa perasaan oleh dua insan?"

:: "Bukan cinta tu yg menjadi persoalan. Ekspresi cinta yg bagaimana mahu diterjemahkan. Cinta sebelum atau selepas itu tidak menjadi masalah. Bagaimana kamu mengendalikannya lebih penting." ~ teman memberi pendapat. ::

:: "Maksud cinta itu luas, dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar. Interpretasi pada cinta itu perlu dihayati dan dijiwai agar kita lebih mengenali apa erti cinta yang syumul." ~ komen salah seorang teman. ::

:: "Kenapa cinta tu selalu dikaitkan atau diakhiri dgn perkahwinan? Saya rasa kamu menyempitkan sesuatu yg memang sedia luas. Jangan kurung keluasan atau keindahan cinta itu di dalam penjara perkahwinan. Cinta x semestinya memiliki. Bukankah kita semua bercinta di sini. Kamu mencintaiku. Aku mencintaimu. Cuma bagaimanakah kita mengekspresikan atau menterjemahkan cinta itu? Boleh jadi berkahwin. Boleh jadi bersama berjalan dakwah. Boleh jadi kawan. Ekspresi, penghayatan atau penilaian kita itulah yg menjadi ukuran. Bercakap soal kahwin sebenarnya ia bukan setakat didasarkan dengan cinta semata. Ia lebih dr itu". ~ luahan seorang lagi teman. ::

:: "Cinta dipupuk sebelum memasuki alam perkahwinan dan perlu diteruskan sehingga anda bergelar sang suami atau isteri. Cuma terjemahan cinta dan tindakannya tentulah ada perbzaannya sebelum dan selepas berkahwin. Mudah2an kita tergolong dalam golongan cinta ini." ~ teman yang lain memberi pendapat.

:: "Cinta atau bercinta? Apa yang saudara maksudkan bercinta? Untuk mengenali antara satu sama lain sebelum berlakunya perkahwinan memang Islam menggalakkan. Kalau tidak, masakan Islam menggalakkan program 'KHITBAH'? Khitbah bukanlah diikat oleh keluarga, kemudian engkau engkaulah, aku akulah. Wanita tak peduli siapa lelaki itu, bagaimana perangai dan agamanya, lelaki pulak membiarkan apa sahaja, sekadar nak tunggu tarikh nikah sahaja. Bukankah Rasulullah pernah menyuruh sahabat pergi dan melihat serta mengenali perempuan yang ingin dinikahinya? ~ aku tertarik dengan pendapat teman ini. ::

:: walau apa pun pendapat mereka, kita sebagai umatNya telah dianugerahkan perasaan untuk menyinta dan dicintai. perasaan yang tidak boleh dielakkan dan disangkal. cuma, janganlah kita bercinta sesama manusia sehingga memudaratkan diri sendiri. ingatlah bahawa cinta yang paling agung adalah cinta kita kepada ALLAH S.W.T. cinta yang akan kekal selama-lamanya. Insyaallah .. ::

Wednesday, November 3, 2010

Perigi cari timba ..

Salam ..

:: tengah dok men'surf' internet waktu rehat ni, aku gunakan sedikit ruang dan masa menjenguk blog teman-teman. tersengih-sengih aku membacanye. dah jadi macam hobi baru pulak. sebab apa yang aku baca itu hanya sekadar pengetahuan. ada yang memang lawak. hilang penat jap baca blog-blog mereka ni. sangat kreatif. (^_^) .. jadi, masa aku tekun menghadap pc, aku terjumpa headline macam tajuk entry aku ni. tetibe aku rasa menarik nak dibincangkan kat sini. jadi, aku kopipes dari website faveret aku sebahagian situasi nya kat bawah ni. kalau amek sume, panjang sangat. meh baca kejap. ::


:: Selalunya, setiap hubungan itu dimulai oleh si jejaka. Mendekati si gadis, merisik si gadis, sehingga meminang si gadis. Caranya pelbagai. Bagi lelaki yang faham apa itu Islam, apa itu hukum syarak, si jejaka akan menguruskan dengan panduan tersebut. Tapi tidak kurang juga, lelaki mengambil panduan bukan dari Al-Quran dan sunnah.

Apabila lampu hijau diberikan oleh si gadis, biasanya selepas itu akan menyusullah ijab dan kabul. Lelaki meminang wanita, itu biasa dan lumrah bagi masyarakat.

"Apa kata, akak yang mulakan dulu. Maksud saya akak yang merisik lelaki tu?" Cadangan "ganjil" saya.

"Ish .. seganlah. Tak buat dek orang," pintas beliau.

Ya .. perempuan meminang lelaki itu aneh bagi masyarakat kita. Tetapi jika kita menyemak kembali helaian sejarah gemilang, yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat, hubungan membina keluarga Muslim lagi mukmin itu bukan dengan cara satu hala.

Ada sirah mentafsirkan hubungan itu dimulai oleh jejaka meminang wanita. Dalam pada masa yang sama, ada sirah mencatatkan hubungan itu dimulai oleh wanita itu sendiri.

Lupakah kita dengan kisah cinta Murabbi Cinta kita, Rasulullah s.a.w. dengan wanita syurga, Siti Khadijah. Dalam kisah cinta, cinta terbaik yang harus kita umat akhir zaman contohi sudah semestinya baginda. Ini membuktikan, pinangan itu bukan satu talian kehidupan yang bersifat satu hala tetapi boleh bertukar menjadi dua hala. Tergantung keadaan dan masa.

Seganlah!

Ya segan, kerana tidak dibuat dek orang kita. Sedangkan syariat begitu luas melebar dalam menatacara hidup umat Islam. Cukup cantik dan cukup sempurna, berbanding keterikatan adat yang menyempit. Menyusahkan.

Yang wajib, tidak dibuat.
Yang sunat, dilihat wajib.
Yang haram, itu dipertahan!

Sebenarnya, ada sesetengah adat dan syariat yang boleh dicantumkan. Dan jika ada pertembungan, bagi kita yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul, syariat itu diletakkan di hadapan sekali hatta pedang di leher sekalipun.

Kebenaran itu di zaman ini dilihat asing dan janggal di mata masyarakat. Justeru menjadi "cicak yang pekak" amat dituntut biarpun dicop sebagai tidak tahu malu! ::

"Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula)." (Surah An-Nur:26)

::okay. macam mane? aku kopipes ni bukan nak suruh wanita-wanita sekarang brave and make a first move but tak salah kalau kita yang approach dulu. situasi kat atas ni hanya contoh dan aku just nak share je untuk dijadikan panduan. setiap orang mesti mempunyai pandangan masing-masing. suka atau tak, itu terpulang. betol tak? ::

p/s : kejap lagi sambung bengkel ISO. so, ari ni update ni je dulu okay? (^_^) .. petang-petang sikit update lagi ..

Tuesday, November 2, 2010

Salah ke wanita tak pandai masak ..?

Salam ..

:: www.iluvislam.com ~ kamu orang memang kena baca website ni. banyak sangat input yang kita boleh share dengan orang laen. bak kata orang melayu, 'sharing is caring". betol? hehe. aku dah terpikat dengan website ni. so, tadi aku menjelajah ke sana dan terjumpa artikel ni yang sering dijadikan perbualan atau barangkali pertengkaran. depends la pada situasi kamu orang sekalian. okay .. jom baca jap! ::

:: Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan .. nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki! ::

:: awww ..! setuju ke? rasa celik mata bila baca kan? fikir-fikirkan lah .. dan selamat beramal ..! (^_^)

Cantiknya lelaki .. hebatnya wanita ..

Salam ..



Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki ?

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah :

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki ..


Dan dimana Kegagahan Wanita ?

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW: “Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat”. Surah Al-Ahzab : Ayat 71.
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.

~kopipes dari LayarMinda jugak .. ~

Monday, October 18, 2010

Di Manakah Cantiknya Seorang Wanita ..

Salam ..

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Kitalah perempuan itu.

Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.

Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua.

Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.


Anda ingin lebih cantik dan menarik?

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan "gelang tawadhu'" dan jari-jari anda dengan "cincin ukhuwwah".

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah "kalung kesucian."

# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

p/s : aku kopipes dari sini ..

p/s lagi : setiap wanita itu cantik .. cantik seseorang itu bergantung kepada dalaman seseorang itu .. bukan hanya luaran sahaja ..

Friday, October 15, 2010

Refresh hati ..

Salam ..

:: aku tak pandai nak berkata-kata. apatah lagi bersajak. tak kreatif mungkin tapi aku suka membacanya. kerana setiap ayat diluahkan, pengertian yang amat mendalam. kadang-kadang dengan hanya bait-bait indah, sudah mampu membuatkan seseorang itu berfikir .. ::

Oleh: mia effa
Editor: salma ahsanan

Bila kita memulakan sesuatu ..
Kadang-kadang kita lupa letakkan niat
Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah
Sebab tu bila ada masalah,
Kita cepat menyerah ..

Bila kita berniat ..
Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,
Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,
Sebab tu bila kerja tak menjadi,
Kita mula angkat kaki ..

Bila kita berusaha ..
Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,
Siang malam kerah tenaga dan masa ..
Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,
Kita mudah putus asa ..

Bila kita berniat, berusaha dan berdoa ..
Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.
Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.
Sebab tu bila dilanda masalah,
Kita marah tak tentu hala ..

Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal ..
Kadang-kadang kita tetap alpa,
Nak sebut Alhamdulillah pun payah,
Berdoa pun sekali sekala,
Bersyukur sekejap cuma ..

Sebab tu bila kita berjaya,
Allah datangkan ujian dan musibah ..
Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,
Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah ..
Membenci diri memusuhi nadi ..

Sedangkan ..
Kita manusia ciptaan Allah,
Bernafas di udara yang sama,
Bila lemah Allah itu ada,
Bila derita Allah itu bersama,
Senang, susah, sedih, gembira ..
Allah takkan lupa pada langkah kita ..

Tapi sememangnya lahiriah kita,
Kadang-kadang lebih suka dipuji,
Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,
Kadang-kadang lebih suka dicintai,
Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,
Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,
Tapi lupa Allah sedang memerhati ..

Kerana itu ..
Pada masalah harus bersabar dan redha.
Pada ujian harus tabah dan teguh.
Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal.
Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal ..

Sama tetapi tidak serupa ..
Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana
Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana
Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana
Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana ..

Di sana itulah yang perlu kita kejar,
Agar dunia mengikuti dengan redha ..

Di sana ..
Akhirat yang pasti ..
Syurga yang terindah,
Atau ..
Neraka yang menyala ..!

*kopipes dari sini .. *

Thursday, October 14, 2010

Empat punca hidup manusia tidak tenteram ..

Salam ..

:: aku tertarik dengan entry di bawah ni. aku kopipes dari sini. ia membuatkan aku berfikir. betul apa yang dikatakan. aku juga begitu. memilih dengan hanya memandang dari luaran sahaja. tanpa kita sedari, di dalam itu juga penting. ::

SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: ”Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! “Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!”

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: “Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.”

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.

www.iluvislam.com
dihantar oleh: delirium
Editor: deynarashid

p/s : *muhasabah diri ..*

Monday, September 27, 2010

Nak sangat ..

Salam ..

:: entry suka-suka. kelakar pulak bila baca. wahaha .. ::

(klik la kat gambar tu kalau rasa kecik sangat nak baca ..)

p/s : jangan la sampai cmtu .. hiks. MySpace

Monday, September 13, 2010

Lelaki & Wanita ..

Salam ..

:: Lelaki ::
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya . Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??!

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri oleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.

Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


:: Wanita ::
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ..

Setiap wanita itu chanteq ..

Salam ..

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya. "Mengapa ibu menangis?"

"Kerana ibu seorang wanita." kata sang ibu kepadanya.

"Saya tidak mengerti." kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kamu tak akan pernah mengerti."

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan." hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada."

Setiap Wanita itu Cantik.