:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Friday, January 7, 2011

Wanita perlukan lelaki ..

Salam ..

:: pagi jumaat yang tenang. mendung. sejuk. alhamdulillah, aku masih lagi bernafas. walau tak berapa sihat tapi masih bersyukur kerana dapat menghirup udara segar. manusia dan oksigen tak boleh dipisahkan. masing-masing memerlukan oksigen untuk terus hidup. sama seperti wanita dan lelaki. petikan ini aku ambil dari laman web kegemaran. tertarik dengan persoalan mengenai mengapa wanita memerlukan lelaki dalam hidup mereka. ::

"Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?"

:: mesti kita juga pernah terfikir hal ni. dan masing-masing ada jawapan dalam hati. tak apa, simpan elok-elok. betul, cinta itu anugerah. anugerah yang indah. cinta juga tidak boleh dipaksa. ia datang tanpa diundang dan kadang-kadang kita sendiri tak sedar bila ia berlaku. sabar, satu hari nanti cinta itu akan datang pada kita. dia akan datang bila tiba masanya. seseorang itu telah ditentukan pasangannya. bezanya, siapa .. bila .. di mana .. itu kita tak tahu. insyaallah, Dia telah menentukan yang terbaik. ::

:: wanita dan lelaki masing-masing mempunyai kelemahan & kelebihan. kerana itulah lelaki dan wanita harus saling lengkap-melengkapi. lelaki yang baik harus sentiasa menemani kita, membimbing, mendidik, mengajar, mengetuai dan mendalami selok-belok agama dan kehidupan. dan sebagai seorang wanita, kita haruslah menjaga maruah dan kesejahteraan perhubungan itu. insyaallah, hidup kita akan lebih bahagia. ::

:: "Kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita." setuju atau tak? terpulang. ::


:: setiap pasangan ada cabaran dan dugaan yang ditempuh. bergantung kepada cara mereka menanganinya. paling utama, dapatkan restu kedua ibubapa. insyaallah, hidup lebih bahagia dan diberkati. jika mendapat tentangan, jangan fikir melulu. ada sebab mengapa mereka tentang. kita dah besar. boleh fikir secara logik. jangan butakan mata dan hati hanya kerana cinta pada pasangan. "Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa." ::

"Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai."

kredit to : iluvislam.com

p/s : semoga semua berjalan lancar .. amin ..

No comments:

Post a Comment