Salam ..
:: alamak .. pagi tadi aku lambat masuk opis lagi. lepas tu hujan pulak. itulah yang menyebabkan aku lambat hari ni. bile tengok e-jari bulan ni, banyak betol warna merah. dari semalam hujan tak berhenti. aku rasa kebanyakkan tempat semua macam tu. rasa malas dan lemau nak gerak pergi mana-mana. haih ~ ::
:: ow .. malam semalam aku melepak je kat umah dengan housemate merangkap roomate aku, SHIRIN. then, kami tengok satu cerita drama kat Astro ni, tajuk dia "Disleksia". mula-mula aku blur jugak, apa makna disleksia ni. maklumlah, dulu aku bukan pelajar pure science. tu yang tak berapa nak paham nama-nama saintifik ni. perasaan ingin tahu tu meluap-luap dan menyebabkan aku on internet via HTC aku ni then mulalah aku meng'google' mencari maknanya. naseb baek la kak wiki tolong aku. thanks kak wiki. meh, aku share kat sini makna dia :
" Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir.
Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.
Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.
Ciri-ciri disleksia :
1.Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
2.Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
3.Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
4.Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
5.Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
6.Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
7.Sering berlaku di kalangan lelaki.
8.Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
9.Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.
(klik sini kalau nak baca lagi yee.. )
:: dan yang menariknya masa aku tengok drama ni, parents dia bersabar dan berikhtiar hantar anak mereka ke sekolah khas tapi tak berkesan. lastly, parents dia hantar ke sekolah tahfiz. alhamdulillah, anak mereka akhirnya dah boleh sembahyang, menghafaz, mengaji, mengeja dan membaca macam kanak-kanak normal. bagus ending cerita ni. last sekali, dia tunjuk gambar nama-nama terkenal yang juga pernah mengalami disleksia. contoh macam Tom Cruise, Orlando Bloom dan Abshiek Bachan. ada lagi several names tapi aku dah tak ingat. ::
:: jadi, kalau ada anak-anak kita yang mengalami disleksia, kita jangan la give-up okay. jangan la torture anak kita macam-macam. jangan marah-marah dan kena banyak bersabar. sebab dia pun tak minta jadi macam tu kan? jadi, kita kena usaha dan insyaallah, Allah juga akan bantu kita. ingat, mereka ni bukan bodoh, cuma lambat dan susah nak fokus dalam sesuatu perkara. ::

~ antara orang-orang ternama yang pernah mengalami disleksia tapi masih berjaya dalam bidang masing-masing .. ~
p/s : disleksia bukannya penyakit .. jangan takut .. parents kena aware perkara ni pada usia awal mereka .. jangan ambil sambil lewa je .. okay?
No comments:
Post a Comment