:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Monday, January 31, 2011

Perangai binatang ..

Salam ..

:: rasa sedih .. marah .. geram .. memang bodoh dan bongok siapa yang lakukan ni. manusia sekarang ni macam dah tak ada perasaan belas kasihan dan sifat kemanusiaan. mereka ni dah gila ke apa? rasa macam nak tunjal kepala mereka-mereka yang dungu dan cetek pemikiran ni. tak kisah kaum, agama atau bangsa apa sekalipun tapi sifat ni adalah sangat keji dan jijik ! perangai dah seakan binatang ! binatang pun sayang anak mereka. diangkut dan dikendong ke mana saja mereka pergi. ini apa yang aku baca dan tengok kat Kosmo hari ni yang berlaku di Johor. :

~ Ya Allah .. apa dosa bayi ni .. ~

:: aku rasa macam aku nak campak dan benamkan mereka-mereka yang lakukan ini ke dalam longkang jugak. boleh? apa yang kamu akan rasa ? mesti best kan ? apa dosa bayi ini ? korang yang buat dosa kenapa bayi ini yang kena tanggung ? tak sempat melihat dunia tapi di humban sebegini rupa .. bayi ni dah sah-sah masuk syurga, tapi kamu ? makin jauh .. tak tercium bau syurga .. astaghfirullahal'azim .. ::

p/s : kita makin hampir dengan akhir zaman .. ya Allah .. jauhkanlah aku dan keluarga aku dari semua ini .. amin ..

Disleksia .. apa tu?

Salam ..

:: alamak .. pagi tadi aku lambat masuk opis lagi. lepas tu hujan pulak. itulah yang menyebabkan aku lambat hari ni. bile tengok e-jari bulan ni, banyak betol warna merah. dari semalam hujan tak berhenti. aku rasa kebanyakkan tempat semua macam tu. rasa malas dan lemau nak gerak pergi mana-mana. haih ~ ::

:: ow .. malam semalam aku melepak je kat umah dengan housemate merangkap roomate aku, SHIRIN. then, kami tengok satu cerita drama kat Astro ni, tajuk dia "Disleksia". mula-mula aku blur jugak, apa makna disleksia ni. maklumlah, dulu aku bukan pelajar pure science. tu yang tak berapa nak paham nama-nama saintifik ni. perasaan ingin tahu tu meluap-luap dan menyebabkan aku on internet via HTC aku ni then mulalah aku meng'google' mencari maknanya. naseb baek la kak wiki tolong aku. thanks kak wiki. meh, aku share kat sini makna dia :

" Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.

Ciri-ciri disleksia :
1.Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
2.Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
3.Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
4.Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
5.Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
6.Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
7.Sering berlaku di kalangan lelaki.
8.Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
9.Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

(klik sini kalau nak baca lagi yee.. )

:: dan yang menariknya masa aku tengok drama ni, parents dia bersabar dan berikhtiar hantar anak mereka ke sekolah khas tapi tak berkesan. lastly, parents dia hantar ke sekolah tahfiz. alhamdulillah, anak mereka akhirnya dah boleh sembahyang, menghafaz, mengaji, mengeja dan membaca macam kanak-kanak normal. bagus ending cerita ni. last sekali, dia tunjuk gambar nama-nama terkenal yang juga pernah mengalami disleksia. contoh macam Tom Cruise, Orlando Bloom dan Abshiek Bachan. ada lagi several names tapi aku dah tak ingat. ::

:: jadi, kalau ada anak-anak kita yang mengalami disleksia, kita jangan la give-up okay. jangan la torture anak kita macam-macam. jangan marah-marah dan kena banyak bersabar. sebab dia pun tak minta jadi macam tu kan? jadi, kita kena usaha dan insyaallah, Allah juga akan bantu kita. ingat, mereka ni bukan bodoh, cuma lambat dan susah nak fokus dalam sesuatu perkara. ::

~ antara orang-orang ternama yang pernah mengalami disleksia tapi masih berjaya dalam bidang masing-masing .. ~

p/s : disleksia bukannya penyakit .. jangan takut .. parents kena aware perkara ni pada usia awal mereka .. jangan ambil sambil lewa je .. okay?

Monday, January 24, 2011

Lisa yang chomel ..

Salam ..

:: entry bergambar. chomeeeeeellll .. !!!! *paling tepi sekali tu yee ...* ::
MySpace

*Lisa ni memang chanteq ..*


~ gambar ni aku amik dari sini. ~
:: klik la kalau nak tengok gambar-gambar lain .. ::

Hani @ TV3 ..

Salam ..

:: okay .. sekarang ni macam layan pulak tengok drama-drama kat tv ni. hari tu aku layan drama Ayoub. tapi lambat follow. second last episod baru tengok. naseb baek la roomate aku ceritakan sinopsis cerita tu. time kaceh SHIRIN. ekeke. dia ikut kisah Nabi Ayoub. best jugak drama tu. ada moral of the story. tapi minggu lepas dah habis dah. so, sekarang ni aku layan cerita Hani (Slot Lestari) kat TV3. mula-mula malas jugak nak layan tapi sebab ada geng nak layan, aku on je. dah tengok 2-3 episod, best jugak. meh aku paste kat sini sinopsis cerita ni :


Ummu Hani lakonan Nur Fathia merupakan seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Hani menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara dan mahu menjadi seorang pensyarah.

Irfan lakonan Ryzal Jaafar pula seorang pelajar baru yang berpindah ke sekolah Hani selepas ayahnya, Dr. Adib ditugaskan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Irfan menjadi seorang yang pendiam dan gemar menyepikan diri selepas kematian abangnya akibat leukimia.

Kawan baik Hani, Aliah lakonan Siti Fathiyah dan Jalilah cuba mendampingi Irfan tetapi hanya mendapat layanan dingin. Hani mendapat tahu Irfan gemar membaca maka dia mula membaca novel kegemarannya bagi menarik perhatiannya.

Sikap optimis Hani telah mempengaruhi Irfan, dia telah berubah menjadi seorang yang lebih aktif. Hubungan mereka juga menjadi rapat dan Hani mula menyimpan perasaan terhadap Irfan dalam diam.

Hani yang selalu mengalami sakit kepala dan pening telah disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otaknya sebelum menghadapi peperiksaaan SPM. Lebih menyedihkan, dia akan menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya.

Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun.

Baginya, berita tersebut umpama hukuman mati untuk mengejar cita-cita dan cintanya.

Emosi Ummu Hani tertekan selepas menjadi orang buta. Mariam lakonan pelakon jelita Rozita Che Wan dan Mokhtar iaitu Esma Daniel sekeluarga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Ummu Hani.

Dr. Adib tidak mahu Irfan mengabaikan pelajarannya hanya kerana terlalu ambil berat terhadap Ummu Hani. Dr. Adib dan Shafinaz merancang untuk Aliah mendekati Irfan.

Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan Aliah telah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor.

Namun dapatkah Ummu Hani menerima hakikat bahawa kawan baiknya, Aliah telah menjadi suri hati Irfan?


:: ow .. satu lagi, aku suka jugak lagu tema drama ni. taip je kat Google .. then terus dapat. time kaceh pakcik Google ! Tajuk dia "Cinta Matiku" by Sixth Sense. Lirik dia kat bawah ni :

Akan ku biarkan dirimu
Merasuki hidupku
Akan ku biarkan cintamu
Meracuni hatiku

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

Korus
Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku

Ulang Korus

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

Ulang Korus

p/s : sad story kan? macam mana la ending dia kan? hmm .. ~~

Entah .. ~

Salam ..

Suara halus : kenapa kau menangis?
Suara hati : entahlah. airmata ni yang keluar tiba-tiba.

Suara halus : kenapa nak keluar tanpa sebab?
Suara hati : sebab 'tu' la.

Suara halus : kau takde hak nak rasa sedih.
Suara hati : aku tau. tapi aku tak boleh nak ignore.

Suara halus : aku rasa tu bukan sedih, tu jeles.
Suara hati : jeles? mane ade! suka hati dia la nak buat apa.

Suara halus : haha. jangan tipu diri sendiri.
Suara hati : eh, mana ade. ala .. lama-lama okay la ni.

Suara halus : boleh ke? mulut je kata macam tu. hati tu boleh buat ke?
Suara hati : boleh je.

Suara halus : haha. kau tipu diri sendiri lagi. kata taknak amik tau tapi kenapa sedih?
Suara hati : entahlah! haih ~

Suara halus : kalau taknak amik tau, kenapa apa yang dia buat tu, kau rasa sedih?
Suara hati : entah. tak tau. aku takde jawapan tu.

Suara halus : kalau taknak amik tau, kau takkan menangis macam ni.
Suara hati : entah. sebab aku rase sedih, sebab tu aku menangis.

Suara halus : bukan sedih, kau jeles kan? haha!
Suara hati : aku tak ada hak nak jeles.

Suara halus : kau jeles sebab kau rasa dia dengan kau makin jauh kan?
Suara hati : hmm .. ~

Suara halus : betul la kau jeles kan?
Suara hati : aku tak ada hak nak rasa macam tu.

Suara halus : haha! tau pun tak ada hak.
Suara hati : aku tau .. ~

Suara halus : haha!
Suara hati : diamlah!

p/s : sakit hati .. kenapa macam ni?

p/s lagi : macam orang tak betul pulak cakap sorang-sorang macam ni ..

Macam-macam ..

Salam ..

:: aku amek ni dari paper metro. kelakar la pulak. mentang-mentang la harga getah sekarang dah mahal .. ekeke.

*klik la gambar tu kalau rasa kecik sangat ..*


p/s : macam-macam peel la orang sekarang ni .. semuanya sebab duit ..

Wednesday, January 19, 2011

Anuar Zain & jodoh ..

Salam ..

:: eh joyah .. jom kita gosip-gosip jap. gosip pasal artis. panggil lagi ramai-ramai. yang kat hujung tu pun boleh join sekali. *wah ! gila kepoh. dah macam mami jarum pulak. yang gelang sampai ke siku tu. haih ~ .* tak ada apa sangat pun. just nak share statement yang penyanyi kesayangan ramai ni buat. *termasuk la aku. aku minat suara dia ni.* siapa lagi kalau bukan Anuar Zain (AZ). tadi aku pegi berpeleseran di website & blog-blog gosip artis. kena la jugak tau pasal perkembangan artis. sebab nanti kalau ada orang bercerita, tak adalah ternganga sangat. at least, boleh la jugak mencelah bergosip sama nanti. ::

:: aku tau ramai yang meng'admire' mamat hensem ni. dan ramai jugak yang frust dan pelik sebab sampai sekarang ni pun he's still single and available. plus good looking. nak dengar gosip dia dengan wanita pun susah. dulu ada la, sekarang senyap. high taste? hmm .. tak salah high taste untuk mencari yang terbaik untuk diri sendiri kan? so, aku baca la statement AZ ni pasal jodoh dan dia dengan cool menjawab :

"Saya rasa selesa hidup begini, mungkin juga jodoh saya sudah meninggal dunia,” kata Anuar dengan nada gurauan."

*still handsome kan? *

sumber : izyan.com

:: cool betul dia jawab macam tu kan? tapi jodoh dan pertemuan hanya DIA yang Maha Mengetahui. jadi siapalah kita untuk menentukannya kan? mungkin memang betul dia bergurau dan dia tak berniat apa-apa pun. tapi macam pelik bila ada orang berfikir macam ni. hmm .. ~ ::

p/s : AZ .. ramai lagi derr kat luar sana tu .. carilah .. hah? dah 40 tahun? ala .. live begin at 40, rite? *statement standard biasa kita dengar.*


p/s lagi : susah kalau ianya berkaitan dengan hati & perasaan .. hmm ~

p/s lagi satu : setiap makhluk di muka bumi dijadikan berpasang-pasangan .. kan .. kan?

Orang tua ni .. haih ~

Salam ..

:: emel sengal ini diberi oleh salah seorang kawan aku yang sengal jugak .. ekeke. tergelak la jugak aku baca. meh nak share dengan kamu orang. ::

Young Man: Sir, may I know the time, please?

Old Man: Certainly not.

Young Man:
Sir, but why? What are you going to loose,if you tell me the time?

Old Man: Yes, I may loose something if I tell you the time.

Young Man:
But Sir, can you tell me how?

Old Man : See, if I tell you the time you will definitely thank me and may be tomorrow again you will ask me the time.

Young Man:
Quite possible.

Old Man: May be we meet two three times more and you will ask my name and address.

Young Man: Quite possible.

Old Man: One day you may come to my house saying you were just passing by and came in to wish me. Then as a courtsey, I will offer you a cup of tea. After my courteous approach you will try to come again.This time you will appreciate tea and ask who has made it?

Young Man: Possible.

Old Man: Then I will tell you that my daughter has and I will then have to introduce my young and pretty daughter to you and you will admire my daughter.

Young Man: Smiles. ;)

Old Man: Now onwards you will try to meet my daughter again and again. You will offer her to go out for a movie together and a date with you.

Young Man: Smiles.

Old Man: My daughter may start liking you and start waiting for you. After meeting regularly you will fall in love with her and propose her for marriage.

Young Man: Smiles.

Old Man: One day both of you will come to me and tell me about your love and ask for my permission.

Young Man: Oh Yes! And smiles.

Old Man: (Angrily) Young man, I will never marry my daughter to a person like you who does not even own a watch.

p/s : bila fikir betul-betul, logik jugak orang tua ni .. macam-macam la .. ekeke.

MySpace

Tuesday, January 18, 2011

Sedikit ..

Salam ..

:: kadang-kadang dengan hanya sedikit perbualan .. sedikit sapaan .. sedikit gurauan .. sedikit senyuman .. telah memadai untuk membuatkan hari kita tersenyum indah .. tak minta banyak .. sedikit pun cukup dari tak ada langsung .. tapi kenapa sedikit saja? hmm .. tak apa, tak nak banyak-banyak .. nanti jadi tamak .. ::

Sejuk !

Salam ..

:: selamat datang ke rumah salji @ kutub utara ! sesiapa yang nak merasa macam mana keadaan di kutub utara & teringin nak jumpa santa claus .. atau teringin untuk baling-baling salji .. atau teringin nak bercakap keluar asap kat mulut macam kat oversea tu .. atau nak merasa pegi toilet 7-8 kali sehari .. atau sesiapa teringin nak awet mayat .. amatlah dialu-alukan ke tempat kerja aku ni. ni macam ala-ala percutian la aku bagi kat sesiapa yang berminat. owh .. tambahan, tempat kerja akak aku pun sama. *sibuk suruh masuk juga kat sini pasal tempat kerja dia.* ! haha .. mungkin awal tahun ni semua tempat baru service air-cond. so, sekarang ni tengah test la tahap kesejukan yang melampau yang diaorang buat ni. sejuk ni sampai boleh menyebabkan kepala aku saket. haih ~ lepas tu, mata mula ngantuk. nak tertutup mata ni rasanya. okay, tangan aku dah krem ni sebab sejuk sangat. nak stop dulu sini eh? kang sambung balik .. ::

*aku taip kat Google "sejuk", tapi gambar ni yang keluar .. *


p/s : aku siap pakai glove lagi .. ngade betul !

p/s lagi : owh .. time kaceh kepada yang sudi buat statistik aku ulang alik toilet tu .. jasamu dikenang. susah nak buat tu. sabar kena tinggi ..

Chanteq & chomey !

Salam ..

:: entry saja-saja ! gambar-gambar ni aku dapat dari opismate. maybe korang pun dah tengok. tapi disebabkan ke'chanteq'kan & ke'chomel'an mereka berdua ni, membuatkan aku nak letak gambar mereka ni. jom cuci mata ! kepada yang tak suka, tutup sebelah je mata tu eh? enjoice ~ ::





* mereka-mereka yang aku minat .. *






*the best capture ! *


p/s : LISA & MIA .. mereka sangat chanteq & chomel kan? *angguk cepat. kalau tak, ketuk kepala tu nanti. hep!*

Thursday, January 13, 2011

Our health care !

Salam ..

:: good morning guys! sehat tak? bagus, alhamdulillah. aku je yang kurang sehat. batuk still tak hilang lagi. sampai saket kepala bila batuk. semalam MC lagi sebab elergik. penuh satu badan naik merah-merah. sampai muka jadi bengkak dan pedih. housemate aku siap cakap, "zue, ko nampak tembam la kalau macam ni." perli aku la tu. ekeke. sampai hari ni puas pikir aku elergik apa. doctor cakap maybe sebab habuk, makanan @ gigitan serangga. so, bagi menghilangkan kegatalan dan merenyam seluruh badan, doctor suggest amik injection. adoi! saket jugak kena. kat bahagian mana? ala .. mana-mana je la. *malu nak bagitau*. ::
MySpace

:: then, today masuk opis macam biasa. buka emel dan 2 orang kawan baik aku bagi emel mengenai penjagaan diri dan kesihatan. memang boleh dipraktikkan. meh aku share bawah ni okay? ::


:: kecik sangat? klik kat gambar tu eh? ::


:: ini emel kedua tentang MANDI ::

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya :

Mengeluarkan racun : Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.


p/s : take care of ourselves okay? siapa lagi nak jaga kalau bukan diri sendiri ..

p/s lagi : time kaceh kawan-kawan sebab share ..

Tuesday, January 11, 2011

Lunch @ Noodle Station ..

Salam ..

:: hehe. morning sume ! sehat tak? alhamdulillah .. (^_^). entry ni dah berlaku minggu lepas tapi baru nak update. sebab baru dapat gambar dari SH. biasa la kan, henpon tak canggih nak amek gambar, so, kena la tumpang orang punye. ekeke. ::

:: ni masa kami orang lunch kat Noodle Station kat SACC Mall, Shah Alam. naseb baek orang tak berapa ramai. kami orang pegi berlima .. aku - kak ayu - kak lia - shahrul - SH. tak plan pun , tetibe mereka ajak. mengidam kot. ekeke. tapi oklah jugak sebab hari-hari lunch kat kafe bosan jugak. sekali sekala kena tukar angin. perut pun boleh nanges kalau menu hari-hari sama. meh, aku tempek gambar muka-muka orang lapar. enjoice !~ ::

:: menu aku semestinya lamb chop. yummy ! tapi fries dia agak masin .. ::

:: muka-muka lapar .. ::

:: muka-muka lapar lagi .. ::

:: tuan punya henpon yang amek gambar-gambar ni .. ::

update : lupa nak letak gambar sendiri .. ekeke .. tertinggal pulak .. time kaceh SH sebab remind I ..

p/s : sebelum balik sempat tapau Big Apple lagi .. pelahap betul.

p/s lagi : SH .. thanks for the photo .. MySpace

Friday, January 7, 2011

Wanita perlukan lelaki ..

Salam ..

:: pagi jumaat yang tenang. mendung. sejuk. alhamdulillah, aku masih lagi bernafas. walau tak berapa sihat tapi masih bersyukur kerana dapat menghirup udara segar. manusia dan oksigen tak boleh dipisahkan. masing-masing memerlukan oksigen untuk terus hidup. sama seperti wanita dan lelaki. petikan ini aku ambil dari laman web kegemaran. tertarik dengan persoalan mengenai mengapa wanita memerlukan lelaki dalam hidup mereka. ::

"Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?"

:: mesti kita juga pernah terfikir hal ni. dan masing-masing ada jawapan dalam hati. tak apa, simpan elok-elok. betul, cinta itu anugerah. anugerah yang indah. cinta juga tidak boleh dipaksa. ia datang tanpa diundang dan kadang-kadang kita sendiri tak sedar bila ia berlaku. sabar, satu hari nanti cinta itu akan datang pada kita. dia akan datang bila tiba masanya. seseorang itu telah ditentukan pasangannya. bezanya, siapa .. bila .. di mana .. itu kita tak tahu. insyaallah, Dia telah menentukan yang terbaik. ::

:: wanita dan lelaki masing-masing mempunyai kelemahan & kelebihan. kerana itulah lelaki dan wanita harus saling lengkap-melengkapi. lelaki yang baik harus sentiasa menemani kita, membimbing, mendidik, mengajar, mengetuai dan mendalami selok-belok agama dan kehidupan. dan sebagai seorang wanita, kita haruslah menjaga maruah dan kesejahteraan perhubungan itu. insyaallah, hidup kita akan lebih bahagia. ::

:: "Kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita." setuju atau tak? terpulang. ::


:: setiap pasangan ada cabaran dan dugaan yang ditempuh. bergantung kepada cara mereka menanganinya. paling utama, dapatkan restu kedua ibubapa. insyaallah, hidup lebih bahagia dan diberkati. jika mendapat tentangan, jangan fikir melulu. ada sebab mengapa mereka tentang. kita dah besar. boleh fikir secara logik. jangan butakan mata dan hati hanya kerana cinta pada pasangan. "Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa." ::

"Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai."

kredit to : iluvislam.com

p/s : semoga semua berjalan lancar .. amin ..

Wednesday, January 5, 2011

Bad cough ..

Salam ..

:: hye guys .. not feeling well today. i had a very bad cough .. non-stop okay ! adoi .. seksa ! baru baik demam, then dapat batuk. tak boleh nak bercakap. start bercakap, batuk pun start .. tekak dah rasa sangat saket. permulaan tahun baru yang tak berapa best tahun ni. guys, doakan kesihatan aku elok-elok ye lepas ni? oh my bad cough .. please go away .. syuh syuh ! ::
MySpace

:: okay .. i have discussion and meeting at 2.30 pm. i got to go. bye u olls ! see u soon ! ::

Monday, January 3, 2011

Entry pertama 2011 ..

Salam ..

:: ello ! selamat tahun baru semua ! ini adalah entry pertama di tahun 2011 .. apa mood kamu orang pagi ni ? happy ? excited ? neves ? sedih ? blur ? hmm .. jawab dalam hati eh? hari ni hari pertama bekerja di tahun 2011. tapi pagi-pagi lagi aku dah lewat thumb print. lewat 1 minit 43 saat ! adush ! permulaan tahun baru yang tak berapa nak elok. haih ~
MySpace

:: auww .. hari ni juga ramai ibubapa yang masih bercuti untuk menghantar anak-anak ke sekolah. terutamanya kepada anak-anak yang buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke sekolah. macam-macam perangai. macam-macam mood. ade yang nanges teresak-esak .. ketawa berjumpa kawan baru .. blur dengan orang yang ramai .. neves menjejakkan kaki di tempat asing .. maklumlah, persekitaran yang baru untuk mereka. hmm .. teringat zaman aku dulu, time tadika. mak terpaksa temankan aku belajar sama-sama dalam kelas. hilang kelibat mak dari pandangan, mulalah laju air mata mengalir. sabar betul mak aku tunggu kan ? hingga ke sekolah rendah, mak masih menghantar aku naik basikal. sampai darjah 4. kawan-kawan ada yang mengejek, tapi aku tak kisah langsung. sampai waktu rehat, aku bergegas ke kantin. dan mak masih setia menunggu dengan bekal di tangan. mulut riuh bercerita itu ini dengan mak. mak senyum dan mendengar. sabar betul mak aku kan? ::
MySpace

:: okay .. sekarang ni bila ingatkan balik, rasa macam dah besar sangat pulak. dah kena mula hidup berdikari. umur pun dah banyak dah. tak terbalas jasa ibubapa aku yang membesarkan aku. memberi aku kasih sayang hingga sekarang. terima kasih mak ! terima kasih apak ! haish .. mood sedih pulak ! tak mahu sedih-sedih di tahun baru kan? aku doakan kamu orang happy selalu dan mencapai impian masing-masing tahun ni okay ? ::

p/s : anak bongsu memang manjanya lebih sikit .. kan? ekeke.MySpace