Salam ..
:: aku tak pandai nak berkata-kata. apatah lagi bersajak. tak kreatif mungkin tapi aku suka membacanya. kerana setiap ayat diluahkan, pengertian yang amat mendalam. kadang-kadang dengan hanya bait-bait indah, sudah mampu membuatkan seseorang itu berfikir .. ::
:: aku tak pandai nak berkata-kata. apatah lagi bersajak. tak kreatif mungkin tapi aku suka membacanya. kerana setiap ayat diluahkan, pengertian yang amat mendalam. kadang-kadang dengan hanya bait-bait indah, sudah mampu membuatkan seseorang itu berfikir .. ::
Oleh: mia effa
Editor: salma ahsanan
Editor: salma ahsanan
Bila kita memulakan sesuatu ..
Kadang-kadang kita lupa letakkan niat
Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah
Sebab tu bila ada masalah,
Kita cepat menyerah ..
Bila kita berniat ..
Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,
Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,
Sebab tu bila kerja tak menjadi,
Kita mula angkat kaki ..
Bila kita berusaha ..
Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,
Siang malam kerah tenaga dan masa ..
Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,
Kita mudah putus asa ..
Bila kita berniat, berusaha dan berdoa ..
Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.
Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.
Sebab tu bila dilanda masalah,
Kita marah tak tentu hala ..
Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal ..
Kadang-kadang kita tetap alpa,
Nak sebut Alhamdulillah pun payah,
Berdoa pun sekali sekala,
Bersyukur sekejap cuma ..
Sebab tu bila kita berjaya,
Allah datangkan ujian dan musibah ..
Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,
Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah ..
Membenci diri memusuhi nadi ..
Sedangkan ..
Kita manusia ciptaan Allah,
Bernafas di udara yang sama,
Bila lemah Allah itu ada,
Bila derita Allah itu bersama,
Senang, susah, sedih, gembira ..
Allah takkan lupa pada langkah kita ..
Tapi sememangnya lahiriah kita,
Kadang-kadang lebih suka dipuji,
Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,
Kadang-kadang lebih suka dicintai,
Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,
Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,
Tapi lupa Allah sedang memerhati ..
Kerana itu ..
Pada masalah harus bersabar dan redha.
Pada ujian harus tabah dan teguh.
Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal.
Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal ..
Sama tetapi tidak serupa ..
Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana
Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana
Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana
Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana ..
Di sana itulah yang perlu kita kejar,
Agar dunia mengikuti dengan redha ..
Di sana ..
Akhirat yang pasti ..
Syurga yang terindah,
Atau ..
Neraka yang menyala ..!
*kopipes dari sini .. *
No comments:
Post a Comment