:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Wednesday, October 27, 2010

Jodoh ..

Salam ..

"jodoh tak datang bergolek .." ujar seorang teman dengan tenang. ya .. memang betul tu. aku setuju dan menganggukkan sedikit kepala. acapkali mendengar ayat itu. tak boleh disangkal kesahihan. jodoh. aku kira elemen yang penting dalam hidup seseorang. mungkin pada kamu orang tidak tapi aku sebaliknya. sebab jodoh akan meninggalkan kesan sekiranya jodoh itu bukan yang terbaik untuk kita. bagaimana kamu orang mengetahui bahawa itu benar-benar jodoh kamu? terdetik juga pertanyaan ini dahulu di benak hati. kalau mungkin ada satu kayu pengukur atau mekanisme untuk kita menentukannya. ada ke? kalau ada, memang mudah urusan kita. tak pening kepala, betul? ::

:: jadi .. kita kena cari jodoh kita sendiri? bagaimana? nak cari di mana? kalau kaum adam, mungkin senang tapi kaum hawa? mungkin ramai kaum hawa yang berfikiran moden, "tak semestinya kaum adam yang mencari, kaum hawa juga boleh". tapi, pada aku .. tetap kaum adam yang harus menggerakkan langkah dahulu. aku kolot? terpulang. ini hanya pendapat aku. ::

:: "jodoh ni kerja Tuhan .. Dia yang menentukan .. kita hanya mampu berdoa untuk yang terbaik." ayat yang sering kita dengar bukan? dalam drama berlambak. seakan dah boleh hafal. ya .. memang jodoh ni kerja Tuhan. Dia memang telah menyediakan yang terbaik untuk hamba-Nya. tapi masih perlu usaha. bukan hanya berpeluk tubuh .. mendongak dan menadah tangan berserah tanpa ada usaha. ::

:: aku tertarik dengan komen ini :

“Kenapa mesti bercinta semasa belajar, bukankah jodoh dan pertemuan telah Allah tentukan .. ?” jadi penulis blog ini menjawab dan ayat tersebut digantikan dengan persoalan makan :

“Kenapa mesti mencuri untuk mencari rezeki .. bukankah makan dan minum kita telah Allah tentukan ..?"
Mampukah seorang manusia yang waras percaya bahawa perbuatan mencuri untuk mencari makan adalah kesalahan yang mesti dihentikan dan gantiannya ialah menunggu sahaja beras ajaib menjadi nasi .. ikan di laut berenang ke pinggan dan tangan menyuap tanpa usaha?
tentulah TIDAK ..!

:: jadi .. usaha tetap usaha. kadang-kadang Dia berikan kita pilihan yang salah sebelum menemui pilihan yang tepat. tapi kenapa? mungkin Dia nak tengok betapa kita mampu atau tidak mengharungi dugaan ini. kadang-kadang dugaan seperti ini mengajar kita banyak perkara. buat kita matang dalam banyak aspek. matang dalam pemikiran dan tingkah laku. ::

:: jadi .. jodoh memang tidak akan bergolek. mesti ada usaha .. ditambah sikit dengan tawakal dan berserah kepada-Nya serta diselang selikan dengan dugaan supaya rencah kehidupan lebih menarik. insyaallah .. kita akan dapat yang terbaik .. amin .. ::

No comments:

Post a Comment