:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Tuesday, November 2, 2010

Salah ke wanita tak pandai masak ..?

Salam ..

:: www.iluvislam.com ~ kamu orang memang kena baca website ni. banyak sangat input yang kita boleh share dengan orang laen. bak kata orang melayu, 'sharing is caring". betol? hehe. aku dah terpikat dengan website ni. so, tadi aku menjelajah ke sana dan terjumpa artikel ni yang sering dijadikan perbualan atau barangkali pertengkaran. depends la pada situasi kamu orang sekalian. okay .. jom baca jap! ::

:: Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan .. nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki! ::

:: awww ..! setuju ke? rasa celik mata bila baca kan? fikir-fikirkan lah .. dan selamat beramal ..! (^_^)

6 comments:

  1. put this way.. perempuan yg baik utk lelaki yg baik n vice versa..

    perempuan tak pandai masak oke je kot.. kira bonus la perempuan pandai masak. jaga suami kan melalui perutnya.. woha !

    ReplyDelete
  2. SK : hehe.agree la with u.memasak ni satu bonus, bukan requirement utama utk jadi isteri yang baik kan? tapi memang kena belajar la jugak .. *cakap kat diri sendiri*.

    (-_-")

    ReplyDelete
  3. hehe..agree tooo...hahha..aku nie nk kate x pandai masak itu tak la jugak, tp nk masak gedegang2 tiptop..idok ler..hehe...tp boleh la aku pinjam ayat tuh 'boleh jadi imam tak wahai saudara?"..

    ReplyDelete
  4. fara fara : hiks.tau takpe.so, lepas ni kalau ada orang 'lelaki' pertikaikan lagi, kita dah ada jawapan untuk dibalas. (^_^)

    ReplyDelete
  5. betol betol betol..dah nama pun lelaki, ketua keluarga, imam keluarga..kenalah pandai mengimamkan anak bini semayang..ye dak?

    si isteri pun nnt kenalah masak sedap2, buat makan lepas semayang..hehe

    ReplyDelete
  6. linglung : hoho.betol jugak tu.lelaki memang kena jadi idola keluarga.

    *start tnye en.google resepi sedap-sedap*. hiks.

    ReplyDelete