:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Friday, November 26, 2010

Practice makes perfect ..

Salam ..

:: hye kamu orang .. lama tak update kan? busy sikit sebab nak menghampiri hujung tahun. banyak nak kena attend bengkel sana sini. nasib baik jam kredit latihan melambak-melambak tahun ni. selama setahun lebih kerja sini, banyak benda yang aku dapat dan belajar. tahu selok belok kerja. kenal dengan ramai orang. tahu dan layan banyak kerenah. ada yang seronok dan ada yang tak sedap sangat nak layan. tapi bila nama pun kerja dalam satu organisasi, mestilah pelbagai kerenah kita jumpa dan lihat. tapi dengan semua pengalaman inilah yang banyak membantu kita menjalani kehidupan seharian kita. (^_^) ::

:: entri ini berkaitan dengan apa yang lung komen dari salah satu entri aku sebelum-sebelum ini dan membuatkan aku terfikir. ayat lung lebih kurang macam quote yang pernah diungkapkan oleh Kurt Cobain iaitu : "Practice makes perfect, but nobody's perfect, so why practice?". mungkin lung ada kaitan dengan Kurt Cobain agaknya. *lung .. jangan marah bro. gurau. hikhik.* ::

:: tapi betul kan? kita selalu dengar ungkapan itu. walaupun bukan dari Kurt Cobain sendiri, mungkin dari orang lain. kita sering lakukan perkara yang sama berulang kali untuk menjadikan kita lebih sempurna tapi kita tahu tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni selain-Nya, tapi kenapa kita masih lagi mencari kesempurnaan itu? pelik tapi inilah yang berlaku. jika aku tukar sikit ayat itu menjadi seperti, "Practice makes better." yang ni aku setuju sikit. ::

:: jadi, lung cakap .. "just be yourself." aku rasa tak perlu nak jadi perfect kalau kita rasa itu bukan diri kita. rasa tak selesa. rasa janggal. buat apa yang kita rasa betul. jangan jadi orang lain semata-mata untuk puaskan hati orang lain. cukup dengan hanya menjadi lebih baik dari sebelumnya dan sentiasa ingin memperbaiki diri sendiri. itu lebih baik aku rasa. ::


p/s : aku seronok jadi diri aku .. setiap orang ada kelebihan masing-masing .. unperfect but special .. itu yang membezakan kita dengan orang lain .. jadi, berbanggalah dengan diri sendiri ..

2 comments:

  1. betul tu
    seronok jd diri sendiri. xhipokrit, xperlu pura2 jd sempurna sbb TUHAN tu maha adil..DIA menghadiahkan setiap insan disisi kita dengan kelebihan masing2 supaya mereka bersama2 menyempurnakan hidup org lain juga :D

    ReplyDelete
  2. izzieyshahz : yup ..! it's true. jadilah diri sendiri walaupun kita tak la sempurna mana tapi masih mempunyai keistimewaan tersendiri. (^_^)

    ReplyDelete