:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Thursday, March 3, 2011

Definisi : cantik ..

Salam ..

:: cantik @ chantek @ chanteq @ cantek .. ejaannya mungkin berlainan tapi makna dan bunyinya tetap sama, kan? sekarang dah banyak perkataan baru yang telah dicipta oleh bebudak zaman sekarang. kreatif mungkin. aku tetiba terfikir mengenai persepsi dan pendapat mengenai cantik ni. ::

:: apa maksud cantik? macam mana yang dikatakan cantik tu? rupa paras .. perwatakan dan tingkah laku .. kesopanan .. pertuturan .. atau dalaman? pada aku, susah kita nak definisikan kategori cantik ni. mata semua lain-lain. contohnya macam Lisa Surihani .. kamu orang rasa dia cantik? pada aku dia memang cantik tapi pada orang lain belum tentu. mungkin mereka kata Fasha Sandha lagi cantik. jadi, definisi cantik ni tak ada salah betulnya. terpulang pada individu. ::

:: kurus atau gemuk. cantik tak? kalau luar negara, kebanyakkan model semua kurus kering. sebab pada mereka, kurus itu cantik. tapi kalau di Africa, gemuk itu cantik. jadi, terjadilah pelbagai cara mereka mahu nampak cantik. diet yang bukan-bukan, semata-mata mahu cantik. makin bertambah la yang menghidap penyakit Bulimia dan Aneroksia. then, sekarang ni banyak iklan untuk kuruskan badan. tinggi belanjanya tu. tak apalah kalau banyak duit. silakan. tapi janganlah sampai memudaratkan diri sendiri yer? ::

:: warna kulit. putih melepak .. hitam manis .. sawo matang .. kuning langsat .. mana satu cantik? pada aku setiapnya mempunyai keistimewaan tersendiri. jangan membandingkan diri sendiri dengan orang lain. yang penting kita sihat. contohnya macam MJ, sanggup suntik untuk jadi putih sebab padanya, putih itu cantik mungkin. tapi tengoklah efek dia kemudian hari, kan? orang banyak duit kan? tapi pada aku, biarlah warna asalnya. seperti adik-beradiknya yang lain. kata orang, hitam itu menawan. tapi, mata orang lain-lain. ::

:: botox @ plastic surgery. erk! yang ni aku memang tak sokong langsung. tak salah nak cantik tapi jangan sampai mengubah kejadian Tuhan. haish! kalau dah banyak duit sampai tak tahu nak buat apa, elok derma pada yang memerlukan dari buat benda-benda macam ni. selalunya orang-orang Barat yang buat untuk kelihatan cantik dan sentiasa muda. jangan yer! hep! ::

:: alat solek @ make-up. owh. zaman sekarang ni, keluar rumah sidai kain pun pakai make-up. nak sentiasa nampak cantik katanya. paling simple, mereka akan mengenakan bedak asas dan lip-balm. tak salah tapi berpada-pada. sesetengah orang tidak mahu kelihatan tidak bermaya dan pucat. contoh, mereka yang sentiasa berjumpa 'client'. tapi ada sesetengah tu yang 'over' sikit. pendek kata, dah macam tepung gomak. habis segala dia letak kat muka. belum lagi dengan bulu mata palsunya yang beberapa meter ke depan. mereka takut nak berdepan orang ramai dengan 'muka bogel'. memang cantik tapi menenggelamkan 'natural beauty' seseorang itu. sayangnya sebab setiap orang telah diciptakan kecantikkan yang tersendiri. kecantikkan bukan hanya bergantung kepada rupa paras semata-mata. okay? ::

:: cantik = seksi. hehe. tak tau nak komen sangat. kebanyakkan lelaki suka wanita seksi. aku pernah tanya kepada kaum adam ni tapi rata-rata mereka jawab, kawan-kawan je. stok 'geli-geli'. mereka tak nak berkahwin dengan mereka ni. sebab akhirnya mereka akan mencari wanita yang menutup aurat untuk dijadikan isteri dan ibu kepada anak-anaknya. kenapa eh? jadi, tak perlu seksi untuk menarik perhatian dan mahu kelihatan cantik. kadang-kadang, wanita bertudung juga boleh nampak seksi. ekeke. pernah dengar? sebab seksi ni subjektif. terpulang pada si dia menilainya. ::

:: cantik = keyakinan diri. memang betul. kebanyakkannya mereka rasa kalau mereka cantik, keyakinan diri juga tinggi. orang akan lebih memandang kita. tapi, janganlah sampai melanggar larangan agama kita yang melarang kita mengubah setiap kejadian-Nya. keyakinan diri bermula dari dalaman. tanamkan sifat itu dalam-dalam. ::



:: cantik = akhlak. sangat setuju. cantik dari dalaman sangat penting. cantik dari tingkah laku, kesopanan, cara bercakap dan perangai. walau kita tidak cantik di mata manusia, tapi biarlah kita cantik di mata Allah. itu lebih penting kan? cantik luaran ni sekejap je. bila-bila masa saja Allah boleh tarik balik. jadi, biarlah tak cantik di luaran tapi indah dalamannya. insyaallah ~ ::

:: dan pada aku, pertama yang aku tengok adalah mata. aku suka tengok mata orang. sebab pada aku, mata itu cantik. dan dari mata juga kita boleh tahu seseorang itu jujur atau propa. bukan yang pakai 'contact lens' tu ye? 'natural eye' la. tak nak mata yang berwarna-warni tu. lebih-lebih lagi anak matanya warna cekelat. sangat cantik. tapi mata Aishwarya Rai cantik kan? =D ::

p/s : pada aku, cantik itu datang dari mata. dan dari mata turun ke hati. sebab tu kita suka orang atau barang yang cantik ..

2 comments:

  1. blog yang menarik...tapi ada satu perkara yang menyentap hati saya...apabila saudari menyentuh tentang soal MJ...adakah saudari tahu bahawa MJ berkulit putih bukan kerana beliau menjalani pembedahan semata-mata untuk tampak putih tetapi dia menghidapi sejenis penyakit kulit atau sejenis 'infection' yang tidak dapat saya ingat istilahnya. Jikalau saudari menonton temu ramah eksklusif beliau bersama Oprah Winfrey saudari akan mengetahui mengapa dia berkulit putih. Beliau mula menghidap penyakit berkenaan semasa beliau berada di zaman kemuncak kegemilangannya. Beliau sendiri cukup terperanjat apabila mendapati beliau menghidap penyakit yang pelik itu namun beliau tidak menghebahkannya kepada masyarakat kerana bimbang peminat akan risau mengenai dirinya. Beliau antara artis yang paling jujur yang pernah saya kenali. Beliau adalah anak yang paling baik dalam keluarga, tidak pandai menipu dan sangat sangat takut kepada bapanya. Ini adalah perkara yang diakui oleh orang-orang yang mengenalinya dengan lebih baik dan lebih dekat. Saya tidak mengerti bagaimana seorang yang sebegini naif akan sanggup mengubah warna kulitnya sedangkan beliau sangat berbagga menjadi orang kulit hitam. Beliau memperjuangkan nasib orang kulit hitam bersama dengan legasi muzik yang dibawanya. Beliau seorang yang amat professional, walaupun ramai yang mengkritik beliau berkenaan dengan perubahannya itu beliau tetap meneruskan kehidupannya seperti biasa. Banyak tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepada beliau namun beliau tidak pernah melatah. Ini dapat dilihat melalui reaksi atau penerimaan peminat. Jika benarlah dia melakukan perkara tersebut mengapa peminat masih menyayanginya walaupun setelah pemergiannya. Ini kerana beliau jujur dan peminat dapat merasai ketulusan beliau dalam berkarya. Saya juga merupakan salah seorang daripada ribuan jutaan peminat beliau, saya sentiasa mengkaji kehidupan beliau yang misteri untuk mengetahui siapakah dia di sebalik kehidupannya yang popular itu. Saya harap selepas ini saudari akan lebih berhati-hati apabila mengeluarkan sesuatu artikel atau pandangan saudari kerana jika saudari tidak mengkaji sesuatu perkara itu terlebih dahulu ianya akan menyinggung hati banyak pihak lebih-lebih lagi setelah hamba Allah itu telah pergi...

    ReplyDelete
  2. kd khadijah : owh .. maaf kalau pendapat saya buat awak tersentap. itu hanya pendapat saya, tak sume orang kena terima. saya juga amat meminati MJ. insyaAllah, saya akan lebih berhati-hati lepas ni & terima kasih di atas info yang diberi! (^___^)

    ReplyDelete