Salam ..
:: 7.00 pm. aku kerja malam hari ni. pengunjungnya juga tak berapa ramai. mungkin lebih senang menelaah di rumah sambil meniarap di hadapan komputer riba masing-masing. jadi, tahap kebosanan aku meningkat agak tinggi. ditambah dengan kesejukkan yang tak terhingga membuatkan jari jemari menjadi statik dan sukar untuk menaip dengan kelajuan yang normal di papan kekunci. masih lengang. yang ada cuma dua tiga orang yang lalu lalang di pintu masuk utama. laju saja lagaknya. mungkin hendak cepat. entah nampak atau tak aku duduk kaku di meja. tak mengapa, aku juga senang begitu. mungkin kerana kesihatan yang belum pulih sepenuhnya membuatkan aku kurang berkata-kata @ membebel. lega mungkin orang di sekeliling aku tanpa mendengar bebelan aku ni. ::
:: masih sunyi. hanya terdengar bunyi ringan dari televisyen yang terlekat di dinding. segera aku dongakkan kepala sedikit agar nampak apa yang terpancar di muka televisyen. owh .. aku lupa, aku tak memakai cemin mata. maklumlah, rabun sikit. haa .. baru nampak, iklan London Weight Management rupanya. iklan yang memang tak sesuai dengan aku. jadi, segera aku mengalihkan pandangan dan sambung mengetuk papan kekunci. ::
"Eh, tak rehat ke?" sapaan seorang teman sekerja.
"Hmm .. malas." jawab aku pendek tapi masih melemparkan senyuman. Dia berlalu melepasi pintu utama. hilang.
:: kemudian, aku perhatikan pelajar-pelajar yang melepasi pintu utama. macam-macam ragam dan gaya. membuatkan aku tersenyum sikit. teringat zaman dulu. zaman belajar. mungkin aku dulu seperti mereka. sentiasa hendak cepat. penampilan juga tidak diambil peduli. baju kurung atau baju lengan panjang. pakaian wajib ke kelas. aku memang merindui saat tu. baju kurung cotton + kasut sport nike = cantik? ekeke. ::
:: masuk seorang pelajar perempuan bersama-sama rakan. agak riuh mulut bercerita, tapi bila aku memandangnya, terus dia terdiam. segan barangkali apabila dia sedar lontaran suaranya agak kuat. segera dia senyum dan menundukkan kepalanya sedikit. aku balas senyumannya. ah .. memang aku merindui saat-saat belajar. muka takut, cuak, blur, confius dan jujur itu mengingatkan aku pada zaman belajar. waktu tu kita seperti budak yang baru belajar berjalan. serba serbi baru dan tak tahu. ::
:: aku sangat merindui saat-saat belajar aku di UiTM Segamat. banyak perubahan berlaku di Segamat. UiTM juga telah mempunyai bangunan-bangunan baru. pertama kali berjauhan dengan keluarga. walaupun mata berkaca-kaca, tetap ditahan dari mengalir. takut diejek sepupu. tapi dalam hati, Allah saja yang tahu. hmm .. aku juga rindu rakan-rakan sekuliah. yang kepala semua gila-gila. aku takkan lupa semua itu. kalian tetap dalam hati aku sampai bila-bila. dan aku bersyukur kerana sehingga hari ini, kami masih berhubung. aku harap agar persahabatan ini tidak berakhir. ::
:: apa lagi yang aku rindukan? owh .. bandar Segamat. tempat yang sering dikunjungi pada hujung minggu. 'dating' juga di situ. teringat pertemuan pertama di KFC. ditemani oleh rakan-rakan. haha .. marah mungkin dia pada aku kerana mengajak rakan menemani aku. rindu dengan burger Segamat, berhadapan dengan pasaraya Billion. burger yang sangat sedap. dengar cerita, pakcik itu masih di situ. sudah bertahun meninggalkan Segamat. semoga murah rezekinya. ::
:: pasaraya Wellward *tak pasti ejaannya betul atau tidak.* salah satu pasaraya yang pasti aku masuk. kerana di situ, terdapat banyak CD lagu. dulu aku suka mengumpul CD lagu. tapi bukan yang original. maklumlah, tak mampu lagi. jadi, aku beli yang tak original dan murah-murah. tuan kedai juga sampai sudah ramah dengan aku. baju-baju t-shirt juga dijual murah. sampai sekarang aku masih lagi memakai t-shirt putih yang aku beli di situ. tahan lama kan? tapi warnanya sudah pudar sikit tapi masih boleh dipakai. ::
:: pasaraya Billion dan Fajar. antara pasaraya paling terkenal di Segamat. tapi, sekarang pasaraya Fajar dah digantikan dengan bank sebab banjir teruk di Segamat. Billion adalah pasaraya pilihan pelajar yang ingin menambah 'stock' makanan di hostel. maggie kari + milo instant = perkara wajib akan dibeli. ekeke. ~ owh .. tapi sekarang, dengar cerita dah ada pasaraya Giant. waktu aku dulu, tak ada lagi. tapi, aku tetap rindu saat-saat dulu !::
:: pisang goreng + cicah sambal pedas. owh .. memang terbaik! mula-mula jejak di bandar Segamat, memang pelik. lama kelamaan, menjadi kebiasaan. sarapan dengan soto, makan tengahari dengan mee bandung, minum petang dengan tempe goreng + cicah sambal + cendol dan malam, tapau di pasar malam Segamat. simple kan? tapi, tak pernah pula mengomel. ya Allah .. aku sangat merindui saat-saat itu! ::
:: waktu petang, sering menghabiskan masa dengan teman-teman menyusuri jalan di sekitar UiTM. berjoging. bergelak ketawa. bercerita macam-macam. kena usik dengan abang senior-senior di tepi padang bola sepak. sengaja jalan di situ. cuci mata namanya. tak pun, kami bermain bola tampar di padang. itulah hiburan yang kami ada di sana. tapi, itu sudah cukup menggembirakan hidup aku sebagai seorang pelajar. walaupun terletak ceruk nun di hujung, tapi mendamaikan dengan persekitaran yang hijau. ah .. aku rindu! ::

:: owh .. dan di Segamat jugalah yang telah menemukan aku dan encik tunang. tak sangka, hanya dengan sapaan pendek semasa Minggu Mesra Siswa di UiTM Segamat, telah membuka hati aku menerimanya dan aku sangat bersyukur kami masih bersama hingga ke hari ini. dan bertambah bersyukur aku dan dia akan disatukan pada hujung bulan ini. hmm .. sudah 8 tahun bersama. sekejap rasanya. doakan kami supaya berkekalan hingga akhir hayat ye? *owh .. pasal KFC tu, jangan marah ye?* ::
:: kenapa agaknya tiba-tiba aku teringatkan Segamat? bila agaknya aku dapat ke sana? hmm .. Insyaallah, satu hari nanti, aku akan ke sana .. sangat teringin nak ke sana .. tunggu ye Segamat .. ::
p/s : banyak kenangan di Segamat .. tak semuanya indah .. yang tak elok, simpan rapat-rapat dalam hati .. aku saja yang tahu ..
this is sweet. =)
ReplyDeletebila nak ke jb?
hehe.thanks!
ReplyDeleteke JB? owh .. tak tau lagi.maybe after kenduri sebelah lelaki kot.tu pun kalau dia nak la. =D
zue kite pon rindduuuuuu sesangaatttt ngn segamat... mmg paling besstt laaa studi kat sane kan... n paling best gak sebab dapat jodoh pon kat sane... =) jom arr kite konvoi reramai gi segamat... hehe
ReplyDelete-k.lin-
kak lin : ekeke.kannn?? same la kan..jodoh pun dpt sane jugak.. =D mmg rindu sgt2!
ReplyDelete