:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Thursday, September 2, 2010

Iftar @ Pizza Hut ..

Salam ..

tak ada plan nak berbuka kat mane ari ni. mungkin macam biasa beli makanan di bazaar dan berbuka di rumah saja. tetibe YM one of my friend update status : "jom kwn2 mkn pizza buka nanti. ape2 ym aku." terus aku buzz dia. hehe.

so, semalam aku berbuka di Pizza Hut @ sek. 7 tu je. thanks to kakak and Wana sebab book tempat awal-awal sebab orang memang ramai gile. sampai-sampai je, pizza dah terhidang depan mata. aku lupa pulak nama pizza tu. yang ada cheese kat tepi tu. kami amek set untuk 6 orang. dugaan btol la. ditambah pulak spaghetti Wana yang seakan-akan memanggil tu. haish.



ramai jugak manusia yang berbuka dengan pizza semalam. sambil makan-makan dan borak-borak, ada la satu pasangan ni yang menarik perhatian kami. posisi btol-btol di tepi tingkap. bukan la nak mengumpat or mengutuk tapi pelik dengan pasangan tu. tak seperti pasangan-pasangan lain yang gembira sesama sendiri. senyap. tiada gelak ketawa. masing-masing tekun dengan makanan di depan mata. cuma kadang-kadang si gadis cuba untuk berbual. yang lelaki menunjukkan muka bosan seperti malas nak melayan tetapi yang si gadis sangat gembira dan excited bercerita. lama jugak kami amati pasangan tersebut tetapi cover-cover jugak la sebab takut mereka perasan. kenapa agaknya ye?

sambil menunggu Wana and Epi datang, pasangan tersebut seakan mahu pulang. si gadis bangun mengambil plastik untuk ditapau mungkin manakala si lelaki itu memandang ke arah gadis itu atas bawah. seakan tak puas hati. masih menunjukkan muka serius. apa masalah lelaki itu ye? kemudian, mereka lalu dihadapan meja kami dan terus keluar. si gadis menaiki kereta manakala si lelaki itu menaiki motor Honda. tanpa mengucapkan sebarang kata-kata, mereka menghala ke arah yang berlainan. tetapi si gadis sempat melempar senyuman yang manis tetapi si lelaki itu tak pandang. kenapa dengan si lelaki itu? jadi, kami membuat kesimpulan bahawa mereka mungkin "blind date" semalam dan 1st time bertemu di situ.

buat si lelaki :: kalau ye pun tak suka, jangan la nampak sangat kat air muka tu. adakah sebab anda hensem so anda boleh berlagak macam tu?

buat si gadis :: kalau dah macam tu gayanya, find someone else that much much better than him. banyak lagi lelaki di luar sana untuk anda.


p/s : si gadis manis berbaju kurung ungu manakala si lelaki hanya jeans lusuh dan t-shirt oren. kontra btol.

quote : Some people come into our lives and quickly go .. some stay for a while, leave footprints on our hearts, and we are never, ever the same .. ~ Flavia Weedn ..

2 comments:

  1. 1 soalan:
    Kenapa muka si Ayu sangat penyanyang terhadap kanak2?? ahahahah~ RLMAO!!!

    yours
    SH

    ReplyDelete