:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Friday, September 24, 2010

Jodoh ..

Salam ..

:: aku tertarik dengan kata-kata ini. kedengaran seperti mementingkan diri sendiri tapi pada masa yang sama, dalam diam kita akan mengakuinya. benarkah begitu wahai kaum adam? ::

"Tak ada seorang pun yang mau menikahi pelacur, sekalipun ia lelaki hidung belang, apabila menikah dia tidak akan memilih wanita jalang (nakal), akan tetapi ia akan memilih wanita yang baik kerana ia tidak rela bila ibu rumah tangga dan ibu putera-puterinya adalah seorang wanita tak bermoral .."

:: ada juga beberapa teman yang pernah aku ajukan soalan-soalan seperti ini. teman2 yang pada aku agak berfikiran terbuka dan sering mengusung wanita silih berganti. bukan aku nak menjaga tepi kain orang lain tetapi sekadar ingin bertanya. tapi rata-rata akan menjawab jawapan yang hampir sama. macam ada skema jawapan yang telah ditetapkan untuk soalan ini. kalau soalan ini ada termasuk dalam soalan SPM, aku rasa ramai yang lulus dengan cemerlang. kalau begitu, mengapa mereka masih bertukar2 wanita dan berpoya-poya dengan wanita-wanita yang 'howt'? sekadar hendak bersuka-suka barangkali. ataupun untuk mengisi masa lapang. berhibur dan menghabiskan wang juga boleh jadi. apa yang mereka fikirkan agaknya? ::

:: ada seorang teman yang dahulunya 'playboy' sekolah yang sekarang ini telah berumah tangga dengan seorang wanita yang bertudung litup dan manis orangnya. tidak macam wanita-wanita yang pernah dia dampingi. cantik dan seksi. tapi dia tetap memilih seorang wanita yang pada aku biasa-biasa saja. jodoh kan? begitu besar impak seorang wanita bukan? wanita itu juga telah berjaya mengubah temanku kepada seorang yang berbeza. aku sangat gembira dengan perubahannya. tak percaya pun ada. tapi itulah hakikatnya. temanku itu pernah berkata, "aku dah tak macam dulu Lynn. wife aku byk bantu dan ubah aku. aku sangat berterima kasih sebab dipertemukan dengan dia." terharu aku mendengarnya. aku sangat bangga dengan dia.

:: dia membuatkan aku berfikir .. wanita harus pandai menjaga kehormatan diri. jaga maruah diri. walau macam mana pun kita didampingi oleh lelaki-lelaki yang silih berganti tapi belum tentu mereka memilih kita sebagai teman hidup. macam mana jahat seseorang lelaki itu, mereka masih mencari yang terbaik untuk diri sendiri. begitu jugak kita sebagai wanita. kena tau batas-batas seorang wanita. jangan cepat terleka dengan pujuk rayu seorang lelaki. seorang teman juga pernah meluahkan kata-kata pada aku, "pada aku Lynn, susah nak dapatkan seorang wanita yang baik. kadang-kadang bila aku mengayat sape2, senang je dapat. lelaki tak suka cmtu. kalau lagi susah nak dapat, lagi lelaki tu akan menghargai perempuan tu. lebih challenging tau." hiks. ::


:: jadi, wanita kena ada satu standard yang lelaki tak boleh pandang rendah. jangan rendahkan maruah kita semata-mata untuk mendapatkan perhatian kaum lelaki. sebab semua itu hanyalah sementara. bukan nak suruh kita ego tapi sekurang-kurangnya orang lain akan hormat kita sebagai seorang wanita. carilah pasangan yang terbaik yang boleh membimbing kita. bukan lagi memeningkan kepala kita. percayalah, setiap kita telah ditentukan pasangan masing-masing kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk umat-Nya. tugas kita hanyalah berusaha, tawakal & berdoa supaya ditemukan dengan jodoh yang terbaik hingga ke akhir hayat kita. ::


p/s : aku berdoa agar jodoh ini yang terbaik untuk aku .. amin ..

2 comments:

  1. Saya mahukan wanita solehah.. hehe bukan tolehah.. =P

    yours
    SH

    ReplyDelete
  2. SH : hiks. zue doakan yang terbaik utk hairy. aminn.. =D

    ReplyDelete